Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Majlis Penyerahan Lembu Qurban Sempenan Aidil Adha 1432H

30 September 2011, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Bagan Datoh telah menyerahkan 45 ekor lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di sini. Lembu korban ini diserahkan kepada jawatankuasa Masjid di sekitar Parlimen Bagan Datoh baru-baru ini.

Program Bertemu Nelayan-Nelayan Sekitar Kawasan Hutan Melintang

HUTAN MELINTANG: Nelayan dan pemilik bot pukat tunda tempatan mendakwa hampir muflis akibat terpaksa membayar wang tebusan hampir RM10 juta kepada lanun atau pihak berkuasa Indonesia bagi membebaskan anak kapal atau bot mereka yang dirampas sebelum ditawan di negara jiran.

Program Kecemerlangan PMR 2011 Parlimen Bagan Datoh

Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah menyampaikan Anugerah Kecemerlangan kepada pelajar-pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 Parlimen Bagan Datoh bertempat di Dewan terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abdul Razak.

Pas Rompak RM 100 daripada BR1M

Khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta anggota parti pembangkang yang menerima wang RM500 di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya menderma RM100 kepada markaz PAS bagi membantu mereka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dipersoalkan oleh beberapa pihak sebelum ini.

Jangan Gunakan Institusi Agama sebagai tempat berpolitik-Zahid Hamidi

Bagan Datoh 29 Jan - Ahli Parlimen Bagan Datok Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan guru-guru KAFA agar tidak menggunakan institusi Agama sebagai tempat untuk berpolitik."Kalau nak berpolitik, di luar institusi tak apa" menurut beliau lagi. Guru KAFA merupakan Agen Perubahan Masyarakat dan haruslah bijak menggunakan peluang yang ada untuk mendidik masyarakat dengan menggunakan pendekatan yang berbeza mengikut kehendak semasa.

Majlis Ramah Mesra bersama penduduk Bagan Datoh

Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa untuk bersolat maghrib berjemaah di Masjid Simpang Tiga, Rungkup dan solat isya' di Surau Taman Bagan Pasir.

Wednesday, 24 October 2012

Wang BR1M haram, tapi kalau sedekah pada tabung derma PAS tak haram?

BRIM 2.0 Diagih Pada Januari

Kerajaan menjangka akan mengagihkan bahagian pertama Bantuan Rakyat Satu Malaysia Rakyat 2.0 (BR1M 2.0) sebanyak RM500 pada Januari tahun depan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai.

Beliau berkata, borang permohonan akan disediakan kepada pemohon yang layak bulan depan.

Dengan pengalaman yang diperolehi daripada pembayaran BR1M pertama, Kerajaan percaya bahawa ia boleh memuktamadkan data penerima bantuan tunai dalam tempoh dua bulan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Cocoon Alorie Wellness Resort di sini, pada Rabu.

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan BRIM 2.0 semasa membentangkan Bajet 2013 di Parlimen pada 28 Sept.

Orang dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3, 000 sebulan adalah layak untuk bantuan satu kali RM500 tunai.

AnakBD : Jangan terjadi seperti pengagihan BR1M yang lepas dimana kebanyakan penerima BR1M yang merupakan ahli PAS menerima perkhidmatan SMS yang menyuruh mereka menderma wang BR1M yang diterima ke tabung parti. Pemberian wang BR1M cuba dieksploitasi oleh parti tersebut. Dengan mengatakan yang Wang BR1M tersebut adalah hasil daripada duit haram.

Tapi kalau Tuan Guru Nik Aziz dah keluar fatwa semua yang Haram jadi halal, yang halal pulak jadi haram kecuali...Ermm faham-faham sendiri la.
Ini bukan lagi dipanggil derma ikhlas, tapi boleh dikategorikan sebagai percubaan merompak wang rakyat dengan cuba mengeluarkan fatwa palsu dan cuba menakut-nakutkan pengikut-pengikut mereka.

Mereka yang terlalu taksub pun percaya la semua kata-kata dan fatwa Tuan Guru sanjungan mereka, tanpa memikirkan kemungkinan keluarga mereka lebih memerlukan wang tersebut. Inilah padahnya jika terlalu taksub dengan seseorang.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

OPPOSITIONS ON ATTACK MODE BUT YOUNG VOTERS ARE WISE AND KNOWLEDGEABLE

So the opposition parties are making so much noise, diverting the voters' focus on their planned policies to the purported expose' of wrongdoings in ruling BN.

With the Dewan Rakyat in session, the oppositions are now on an attack mode, trying to dig further into all kinds of tenders and policies, wishing the Cabinet Ministers would bungle in their replies.

If this happens, they would then shout about it, making sure the voters know the ruling BN bungled in so many things and this would create the impression that the BN has done many wrongs.

But the most important thing here for the oppositions is that voters would forget to ask their policies and how they would rule if given the chance because these voters are busy watching how the oppositions grill Ministers on the issues raised.

Smart and shrewd, the oppositions have in fact managed to divert the focus of voters from the real issues to the 'make believe world of 'blunders and abuse of power' in BN administration.

Voters already forgotten about the shadow cabinet the oppositions are supposed to announce so that voters know exactly what they will be getting if they vote the oppositions in power.
Anwar Ibrahim, the de facto chief will not announce the shadow cabinet line-up fearing that this would affect the oppositions' chance of being voted into power, he assumes probably.

Firstly, the shadow cabinet he has would comprise old veterans, the likes of Karpal Singh and Lim Kit Siang, Abdul Hadi Awang and Nik Aziz Nik Mat, and he himself as well as the old veterans in his party PKR.
Secondly the line-up would reveal clearly cronyism and family dynasty such as Lim Guan Eng, Nurul Ezah and Karpal's sons and not to be missed Anwar's crony such as Azmin Ali and few others.

In short, announcing the shadow cabinet would 'turn off voters' as the young voters are looking forward to young fresh faces who are intellectuals, honest and wise.

The 'tastes' for people's representatives have changed the scenario and political outlook and the young voters, comprising some 3 million, are no longer 'limited to those who can talk' but more importantly those who are honest and talk with intelligence.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, 21 October 2012

HARGA ROKOK NAIK MULAI ESOK


KUALA LUMPUR - British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) telah mengumumkan peningkatan 20 sen kepada harga semua rokoknya mulai
Isnin, 22 Oktober 2012.

"Kami dimaklumkan secara rasmi oleh Kastam Diraja Malaysia pada Khamis 18 Oktober 2012, tentang kenaikan yang dimandatkan dalam harga luar kilang rokok-rokok kami antara 26 peratus ke 58 peratus berkuat kuasa Jumaat, 19 Oktober lalu.

"Berikutan itu, cukai eksais dan jualan telah dinaikkan," kata pengarah urusan BAT Malaysia, William Toh, dalam satu kenyataan.



Harga baru rokok yang bermula esok..

Rangkaian DUNHILL RM10.20

Rangkaian KENT RM10.20

Rangkaian PETER STUYVESANT RM8.70

Rangkaian PALL MALL RM8.70

PALL MALL Biasa RM10.60

BENSON & HEDGES RM10.20

LUCKY STRIKE PLAIN RM10.60

ROTHMANS INTERNATIONAL RM10.60

BAT Malaysia adalah sebahagian daripada kumpulan British American Tobacco, yang merupakan kumpulan tembakau paling antarabangsa dunia dan kumpulan tembakau tersenarai yang kedua terbesar dunia. - Bernama



AnakBD : Harga rokok naik lagi.. Tapi pada perokok tegar, ada diorang kesah?? Jom sertai kempen berhenti merokok!!

Saturday, 20 October 2012

Awas !! Nama – Nama Yang Sering Diganggu Jin (oleh Ustaz Sharhan & Ustaz Azhar Idrus)

Biasanya dalam pemberian nama anak kita tak sedar yang nama-nama yang diberikan kadang kala merupakan nama yang juga digunakan oleh jin! Petikan ceramah ustaz Sharhan


Antara nama-nama biasa yang dikenal pasti digunakan oleh Jin ialah seperti:-

1. Balqis
2. Kistina/Qistina
3. Najwa
4. Zakuan
5. Batrisha
6. Erisha
7. Mazda


Ustaz Sharhan juga ada beri tahu kalau dah bagi nama-nama seperti ini perlukah untuk pergi jabatan pendaftaran untuk tukar nama? hehe, tidak sebenarnya, hanya tukar cara panggilan nama tersebut. Contoh jika nama Siti Najwa, panggil saja nama Siti.. jangan panggil Najwa.

Ustaz Sharhan jelaskan, nama seperti di atas memang mempunyai maksud yang baik/maksud yang indah, cuma dalam perubatan Islam nama-nama ini sering digunakan oleh Jin. – Wallahua'lam

P/s: Nama-nama ini berdasarkan kajian dan pengalaman Ustaz Sharhan dalam mengendalikan kes dalam Perubatan Islam.


Ramai yang bertanya apakah benar kenyataan tentang nama-nama anak jin tersebut? sebab tiada dalam Al-Quran dan Hadis.. Meh dengar apa ustaz Azhar Idrus jawab


Memang tidak ada dalam Al-Quran, tetapi selaku pengamal perubatan Islam (Ustaz Sharhan) dia lebih tahu kerana dia orang yang selalu berurusan dengan Jin , mungkin kenyataan beliau betul sebab kita tak ada ilmu berkaitan ini.. beliau lebih arif mengenainya, jadi kita perlulah menghormati pendangan beliau selalu pengamal perubatan Islam.

Menurut pandangan Ustaz Sharhan lagi lebih kurang 60%-70% orang yang datang berubat terkena penyakit misteri adalah bernama seperti di atas..


Kesimpulannya, tidak wajib percaya nama seperti ini tidak baik, tetapi mungkin betul pandangan pangamal perubatan Islam kerana mereka lebih tahu berkaitan dengan Jin.. – Wallhua'lam


Nak tengok videonya klik sini -> http://www.infoserius.com/2012/10/nama-nama-yang-sering-diganggu-jin-oleh.html?m=1
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 19 October 2012

SIMBAH CAT : JERAT AKHIRNYA MAKAN TUAN




Usaha pihak tertentu menggambarkan kepimpinan Perdana Menteri dan Menteri Besar Perak kurang disenangi rakyat nampaknya seperti senjata memakan tuan.

Ini gara-gara tindakan menyimbah cat merah ke billboard yang tertera wajah Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di tiga lokasi di Manjung gagal memberi sebarang impak negatif.


Namun apa yang berlaku sejak program bermula disebelah pagi di Hilir Perak sehingga ke Manjung pada sebelah tengahhari Khamis, orang ramai keluar berduyun-duyun menyambut dan meraikan rombongan Perdana Menteri.

Program yang diatur berjalan lancar sehingga mengundang komen dari Perdana Menteri yang amat teruja dengan sambutan yang ditunjukkan oleh rakyat.

Ketika berucap di majlis Jamuan Janji Ditepati yang diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Manjung , Najib memberi penghargaan kepada orang ramai yang datang berpusu-pusu memberikan sokongan.

Ucapan penghargaan Perdana Menteri bermula dengan ucapan terima kasih dan tahniah kepada Menteri Besar Perak kerana berjaya mengatur program bermula dari Teluk Intan lagi.

Mengenai program di Manjung, Najib menganggap program itu “sangat meriah dan amat luar biasa.” Kira-kira 20,000 orang hadir walaupun ia diadakan pada hari kerja.

Untuk rekod, Jamal Abdillah yang dikenali dengan jolokan raja pop menghibur orang ramai dengan mempersembahkan 20 buah lagu-lagu “kelasiknya”.

Masa Perdana Menteri menjamu selera, Jamal sekali lagi tampil mengadakan persembahan.

Najib juga mengulas program Majlis Minum pagi PM bersama Anggota dan Keluarga TLDM di Pangkalan TLDM Lumut sebagai “amat memberangsangkan.” Hadir dalam program itu Menteri Pertahanan Dato’ Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi serta para pegawai kanan ATM.

Mengenai program Sepagi Bersama YAB PM di Arena Square, Teluk Intan, Najib berkata program itu sangat meriah. Dianggarkan 15,000 orang membanjiri tapak program.

Ketua UMNO bahagian Teluk Intan, Datuk Idris Hashim turut hadir bersama-sama para pemimpin kanan parti-parti komponen BN.

Najib teruja apabila dibawa Menteri Besar melihat logo gagasan NAJIB iaitu akronim kepada Negeri Aman Jaya 1Malaysia Bersatu yang diilhamkan Dr.Zambry.

Sambil melemparkan senyuman dan dengan diiring musik latar serta “gimik pelancaran”, Najib melancarkan NAJIB




AnakBD : Ternyata usaha pembangkang unutk mewujudkan kebencian kepada peminpin-pemimpin BN yang bekerja keras untuk rakyat tidak mendatangkan hasil sama-sekali. Cuba tanya balik pemimpin pembangkang buat apa?? tak perlu lihat contoh yang jauh ADUN PKR Hutan Melintang YB Kesavan, pernah ke dia turun membantu dan menyelami masalah penduduk di kawasannya?? Teman yang duduk kawasan Hutan Melintang ni nak tengok muka dia di kawasan pun susah. Tau-tau tengok dalam blog, YB Kesavan menghadiri ceramah dikawasan tu la, kawasan ni la. Di kawasan sendiri jarang sekali muncul. Ahli Parlimen YB DS Zahid Hamidi la yang bersusah payah turun ke kawasan setiap minggu mendalamai setiap masalah rakyat di kawasannya.

Ketepikan soal pilihan raya, dimanakah rasa tanggung jawab terhadap amanah dan kepercayaan rakyat terhadap pemimpin-pemimpin PR sebelum ni. Yang mereka tahu sertai ceramah-ceramah tabur fitnah sana-sini. Tapi sebenarnya siapa yang bekerja pagi, petang, siang , malam untuk rakyat.  Teman pasti ramai yang telah menyesal mengundi PR.

PRU BERSIH: AUSTRALIA ANGGAP AMBIGA PENIPU



Semakin hampir kepada Pilihanraya Umum, semakin kalutlah rangkaian talibarut Yahudi termasuk Pakatan Rakyat, SUARAM dan juga BERSIH.  Walaupun setelah habis segala penipuan dan fitnah ditabur terhadap BN, masih belum membawa apa-apa kesan yang signifikan kepada perjuangan mereka, malah sebaliknya asyik terkantoi, terperangkap dan terbabas di sana sini.  

Beberapa siri demonstrasi yang disusun juga menunjukkan kemerosotan dari segi sambutan dan bukannya peningkatan seperti yang dijangka.   Walaupun tema demonstrasi dipelbagaikan dari isu sistem pilihanraya kepada isu alam sekitar sehinggalah ke tema umum seperti demokrasi atau kebangkitan rakyat, namun keadaan masih tidak kelihatan begitu meyakinkan di pihak mereka.  

Malah, rakyat semakin meluat, menyampah, ragu-ragu hatta takut melihat gelagat mereka yang sanggup berbuat apa saja untuk mengambil alih negara.  

Perkembangan ini memaksa rangkaian pengkhianat ini untuk mencari alternatif lain bagi menyemarakkan kembali semangat untuk memusnahkan negara sendiri di kalangan penyokong mereka.  

Untuk ini, mereka bergantung kepada ëjiwa hambaí yang menyelubungi penyokong mereka iaitu dengan menghantar Ambiga Sreenavesan, Pengerusi BERSIH untuk mengadap menyembah bangsa penjajah, iaitu Nick Xenophon, seorang Senator Bebas dalam Parlimen Australia.  Ambiga ditugaskan secara rasmi untuk mengulangi sejarah dengan meminta bangsa penjajah membantu Pakatan Rakyat mengambil-alih kuasa dari kerajaan yang sah, yang dipilih oleh rakyat.

Caranya ialah dengan meminta kerajaan Australia  mencampuri proses pilihanraya Malaysia atas alasan ianya tidak dijalankan dengan bersih.

Pastinya, untuk bantuan seperti itu, Malaysia akan perlu membayar sama ada dengan menggadaikan sebahagian, atau keseluruhan kek ekonomi kepada asing, atau menggadaikan agama, bangsa atau kesemuanya sekali.  

Namun, ternyata Nick Xenophone telah gagal meyakinkan parlimen Australia untuk menyempurnakan hajat Ambiga.  Melalui transkrip debat antara Nick dengan Menteri Luar Australia, Bob Carr, jelas hujah Nick amat lemah apabila mengusulkan kenyataan Ambiga dan Andrew Khoo, iaitu ahli jawatankuasa BERSIH bahawa Pilihanraya Umum Malaysia yang akan datang tidak akan adil dan bersih.   

Hujah ini diasaskan kepada sistem pendaftaran undi, proses pengiraan undi,  keraguan mengenai undi pos serta larangan terhadap demonstrasi jalanan.  Beliau juga membangkitkankan isu semburan gas pemedih mata terhadap peserta demonstrasi sebagai faktor untuk meragui sistem pilihanraya negara ini.   Dengan itu, Nick meminta agar Australia memantau pilihanraya Malaysia.  

Bob Carr kemudian menyangkal usul Nick dengan hujah yang berdasarkan fakta jelas iaitu kerajaan Malaysia pastinya telah melalui pilihanraya yang adil di mana parti memerintah telah kehilangan majoriti 2/3 dalam PRU yang lalu.  Lebih-lebih lagi apabila keputusan ini dicapai dengan kekalahan di lima negeri yang membawa kepada perletakan jawatan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi.   Beliau juga menyatakan bahawa mengikut makluman, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia sendiri juga dalam pertimbangan serius untuk menjemput pemerhati luar untuk pemantauan proses pilihanraya.   

Dengan hujah Bob Carr yang bernas dan tidak dapat disangkal lagi, maka parlimen Australia langsung membakul-sampahkan hajat Ambiga atau usul Nick sebagai tidak berasas.    Malah Bob Carr juga menegaskan bahawa hal ehwal dalam negeri Malaysia, adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Malaysia dan Australia tidak perlu campurtangan.  

Justeru, di manakah kedudukan Ambiga sebagai warganegara, sebagai pemimpin atau sebagai manusia dalam tindakan ini?  Tiada yang lebih keji dari seorang pengkhianat yang memburukkan negara sendiri, meminta kerajaan asing campurtangan tetapi kemudian hajatnya ditolak oleh kerajaan asing tersebut atas alasan usul yang dibawanya tidak berasas kerana tidak konsisten dengan fakta, angka dan rekod sejarah?  

Jika benar Ambiga masih waras, beliau tentu merasa malu yang amat sangat.  Selepas peristiwa yang memalukan ini, wajarlah beliau belajar mengutip cebisan-cebisan maruah yang tinggal dan bersara terus dari menjadi pengkhianat negara.  


- sumber

Ganjaran istimewa jika ATM julang Piala Malaysia


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berjanji akan memberi ganjaran istimewa kepada semua pemain pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekiranya pasukan itu berjaya menjuarai Piala Malaysia, esok.

Bagaimanapun apa dan berapa jumlah ganjaran itu tidak diumumkan kerana ia masih lagi menjadi rahsia.

Ia tidak berlaku seperti pasukan Kelantan yang akan menerima sekeping tanah sekiranya mereka menjadi juara kali ini.

Yang paling penting Ahmad Zahid mahu pemain pasukan ATM  menunjukkan ketangkasan, gaya permainan yang menyeronok serta menghiburkan penonton dan penyokong dan setia mereka.

“Saya yakin pemain ATM akan beraksi dengan taktik dan aksi yang terbaik untuk menjadi juara Piala Malaysia tahun ini,“ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid percaya pasukan ATM dapat memikul tugasan  memartabatkan pasukan ATM setelah 46 tahun ketandusan  gelaran juara.

Menurutnya, penyokong sejak awal lagi mahukan ATM menjuarai piala berkenaan musim ini dan beliau meminta pemain tidak menghampakan harapan mereka menjuarai piala berprestij ini.

“Bermainlah dengan penuh cemerlang dan ganjaran setimpal akan menyusuli kejayaan. Ini janji saya,“ katanya.

Ahmad Zahid mahu pemain bermain bersungguh-sungguh dan membuktikan bahawa mereka adalah pasukan terunggul dalam musim kali ini.- Sinar

AnakBD : Kebanyakkan blog-blog, media elektronik termasuk media sosial mula membuat andaian masing-masing siapakah yang layak bergelar juara Piala Malaysia 2012 perlawanan diantara skuad Kijang menentang ATM. Kedua-dua pasukan diakui mempunyai kehebatan masing-masing. Yang manakah pilihan anda untuk bergelar juara??

Laporan Audit : Buat Kerajaan PAS Kedah tak tidor malam..


Slogan “telus, amanah dan perbelanjaan berhemah’ yang dibuat oleh kerajaan negeri Kedah pimpinan Pas hanya indah di bibir sahaja apabila Laporan Ketua Audit Negara 2011 membuktikan terlalu banyak ketirisan dalam pentadbiran kerajaan negeri, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.
Beliau berkata ibarat cacing kepanasan, kerajaan negeri Kedah terpaksa menyorok muka mereka kerana malu dengan pendedahan audit berkenaan.
“Mereka bercakap tentang pentadbiran telus, mengkritik kerajaan Barisan Nasional dengan pelbagai dakwaan, tetapi sekarang mereka sendiri didapati melakukan penyelewengan projek pembalakan di luar negara dan penyelenggaraan projek perumahan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ahmad Bashah mengulas laporan audit tentang pelaburan projek balak yang merugikan di Papua New Guinea memaksa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat meminjam sehingga RM135 juta serta projek penyelenggaraan perumahan awam kos rendah yang dilaporkan membabitkan pemberian kontrak dan pembayaran meragukan.
Beliau berkata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Exco kerajaan negeri patut meminta maaf kepada rakyat kerana salah mengurus pentadbiran negeri dan anak syarikat yang berada di bawah Perbadanan Menteri Besar.
Ahmad Bashah berkata semasa sesi persidangan Dewan Undangan Negeri yang lepas, Azizan pernah berkata kerugian pelaburan projek balak itu adalah perkara biasa dalam perniagaan.
“Semasa menjawab soalan itu beliau memandang ringan tentang kerugian tersebut dan menjawab soalan itu dengan tiada rasa tanggungjawab. Sekarang kita melihat kerugian melebihi daripada RM4 juta seperti yang dimaklumkan kerajaan negeri sebelum ini.
“Mereka sudah tidak dapat sembunyikan fakta bahawa projek itu adalah satu bencana, bukan setakat kerugian kewangan yang melibatkan duit rakyat Kedah tetapi mendedahkan hakikat ketidakupayaan kerajaan negeri mentadbir dengan baik,” katanya.
Ahmad Bashah berkata Umno Kedah pernah melaporkan kes pembalakan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi tidak pasti perkembangan kes selepas itu.
“Dengan perkembangan terbaharu daripada laporan audit itu, SPRM boleh melihat semula kes tersebut dan siasat sama ada wujud penyelewengan oleh mana-mana pihak,” katanya.
Beliau mendakwa banyak lagi perkara berkaitan kerajaan negeri yang meragukan termasuk premium balak dan pendapatan daripada hasil bijih besi dan menurutnya isu berkenaan akan dibangkitkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri yang akan bermula pada 20 Nov ini.
“Saya ada membaca komen seorang Exco kerajaan negeri dalam sebuah akhbar apabila beliau mengulas laporan audit yang menyebut tentang kelemahan pengurusan GLC di mana Exco itu masih bersikap menyalahkan kerajaan terdahulu.
“Pesanan saya kepada kerajaan negeri, bangunlah dari tidur… anda sudah menjadi kerajaan lebih empat tahun dan GLC sudah dirungkai dengan bermacam-macam cara. Bertangungjawablah dengan tindakan anda,” katanya.

Nizar Perlekeh Sumbangan Orang Asli


Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin memperlekehkan sumbangan orang asli dalam politik di negeri itu apabila berkata perletakan jawatan Bah Tony daripada DAP tidak memberi apa-apa kesan terhadap Pakatan Rakyat.
Bah Tony atau nama sebenarnya, Amani William-Hunt Abdullah merupakan bekas Presiden Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia telah menghantar surat keluar parti secara rasmi kepada Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, kira-kira dua minggu lalu.
Mengulas lanjut peletakan jawatan Bah Tony itu, Nizar seperti dilaporkan Antarapos mendakwa beliau tidak nampak keterlibatan tokoh orang asli itu secara langsung dalam program anjuran DAP dan Pakatan Rakyat peringkat negeri kecuali hanya program-program yang melibatkan masyarakat orang asli sahaja.
“Kalau tengok peranan dia dengan Pakatan Rakyat, saya rasa minima buat masa ini lah, kalau sepanjang saya kenal dia melalui DAP adalah melalui program-program kemasyarakatan orang asli (Asal) dia hadir, saya jumpa dia masa itu lah.
“Tapi kalau nampak dia terlibat sangat dalam program DAP ke Pakatan Rakyat tak nampak juga, (Pakatan) tak terjejas, di kalangan Orang Asli (Asal) saya tak tahu lah, kena tanya Orang Asli lah,” katanya ditemui pemberita di lobi parlimen hari ini.
Kolumnis portal Mkini dotcom, Terence Netto melihat perletakan jawatan Bah Tony itu berpunca dari sistem kepimpinan DAP Perak yang merujuk kepada Ngeh Koo Ham, Pengerusi DAP Perak dan sepupunya, Nga Kor Ming, Setiausaha DAP Perak.
Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata kepada The Star bahawa beliau tidak terkejut dengan peletakan jawatan Bah Tonny.
“DAP harus dinamakan Parti Tindakan Diktator..Parti itu telah menyeranaihitamkan saya apabila saya bantah penglibatannya dalam perhimpunan BERSIH,” katanya.
Bekas Ketua DAP Taman Sungai Pelek, Tan Tuan Tat, yang keluar parti bulan lepas memberi amaran bahawa budaya pecah dan perintah yang diamalkan dalam kepimpinan DAP akan merosakkan parti itu.
Turut bersamanya adalah dua bekas ahli, Tan Chew Wah dan Yap Kon Min, yang dipecat parti kerana dituduh mensabotaj parti.- AIDC

ANWAR IS MENTALLY SICK – OBSSESSED AND DISATISFIED



Opposition leader Anwar Ibrahim is just like the Malay saying goes “sakit merian’, the kind of sickness where he feels unsatisfied with his life until he gets what he wanted.

He is sick in the head and his heart is bleeding for he was very near to the post he dreamt of but missed it by ‘an inch’ as the saying goes.
The Prime Minister post is so meaningful to him that when he missed it, he was so very angry and frustrated that he might have promise himself he would die for it – in short get the post at whatever cost.
Thus, the present situation, whether one likes it or not, Anwar is going all out to get the post because he thinks he deserves it, the post was his after Tun Dr Mahathir Mohamad.

Now when Datuk Seri Najib Tun Razak took over the post, Anwar got very pissed off to the extent he would do anything…even splitting the Malays and create chaos and disunity in the country so long as he can achieve what he aims for.

Given his ‘gift’ of speech, manipulating words and playing up emotions, he managed to rally some influence but unfortunately for him, there are among the population people who see him ‘in and out’.
People who know what he is up to and what he is after – these people do not mind his ambition but what they mind is he being made a tool by foreign masters – that is what matters.

For Anwar, he does not care anymore about the country nor the religion…after all the videos that showed him having sex have no impact to him mentally nor conscience wise as he continues to seek his fortune.
He will do anything and everything so long as he can achieve what he aims for – which means he would sacrifice even his closest of friends and family members – just to get where he wanted.

A man without guilt – without conscience – without feelings – without care – Anwar will sacrifice everything for his ambition.
Currently he is using all those who are loyal to him – Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution, Tian Chua, Khalid Samad, Mat Sabu and others – to get where he wanted.

And when he gets what he wanted, he will just abandoned these people without any feelings…without any regrets…without any guilt.
Just like what he did to former Malacca Chief minister Rahim Thamby Chik, former Selangor Mentri Besar Muhammad Muhammad Taib and few others.
So now it is up to those people like Rafizi, Saifuddin and the rest to think deeply whether their loyalty would be paid accordingly or they would be abandoned when Anwar achieves his aim.

Obsession is a very bad habit that would cause destruction.

Thursday, 18 October 2012

Freedom of Expressions, A Western hypocrisy - Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad again highlighted in his blog today the issue of freedom of expression in which he said Malaysia has been 'lectured' time and time again by the West. In their attempt to correct us Malaysians, the West have conveniently forgotten that they are displaying the highest degree of hypocrisy and double-standards.

He wrote in his highly popular blog: "We are often lectured by the West, their leaders and journalists on freedom of speech, of expression, freedom of the press and media. These are part of human rights which Governments, and certainly Governments which accept democracy and the accompanying rights must respect and uphold.

"Yet this is an area which the West displays the greatest degree of hypocrisy, of double-standards. We know of many instances when Western Governments regulate and control their media. We know that the press often self-regulates in their wish to uphold Government policies or practices."

The fourth Prime Minister of Malaysia pointed out on the the protection of the Jews and how dispute of any aspect of the Holocaust have been made illegal in many places in Europe:

"But the most blatant example of control over public expression is with regard to the protection of the Jews. Not only will any criticism of the Jews be condemned, but laws have been enacted in many European countries which makes it illegal for anyone to dispute any aspect of the Holocaust. No one may question the claim that 6 million Jews were killed in the Holocaust."

"Thus when David Irving a British historian doubted the 6 million figure, he was arrested and jailed in Austria even though his opinion was not expressed in that country. Since then no one has dared to openly question the veracity of the claim on the number of Jews killed by the Nazis.

"And David Irving himself has not been heard to question the legality of his arrest and incarceration for all the beliefs in freedom of expression. This extra-territorial enforcement of a country's law is most unusual although we are seeing now such extension of the laws of powerful countries to other countries in the world."

"The action of the Austrian Government and the existence of such a law forbidding free expression not only in Austria but elsewhere is a blatant example of total negation of free speech. And there are many other examples."

Dr Mahathir further wrote:"The American press is extremely good at investigative reporting. They will go to great length to expose the truth about any scandal or event."

"One of the most newsworthy event of the last century is the 9/11 destruction of the World Trade Towers in New York. Such an event would have been thoroughly and repeatedly investigated, analysed and reported in the media even after years have passed.

"But very little has been reported about this event except for the first few weeks." – The Mole

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Enggan Sepakat Punca Umat Islam Ditindas Musuh

Pernahkah kita terfikir mengapa pada hari ini umat Islam di dunia ini sering ditindas oleh bangsa lain. Sedangkan kita mempunyai jumlah umat Islam yang ramai. Adakah kerana enggan untuk sepakat ?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Hari ini ramai kita lihat masyarakat Islam di dunia ini sering ditindas. Apa yang kita lihat perubahan peradaban manusia berlaku amat pantas. Islam yang suatu ketika dulu begitu gemilang, kini jatuh tersungkur di tangan Barat yang mendominasi dunia terutama dari segi ekonomi.  Umat Islamdalam sejarah adalah kuat serta pernah menakluki dua pertiga dunia, tetapi pada hari ini mereka ditindas, dihina dan diusir dari tanah air sendiri selain dilabel dengan imej negatif atau pengganas.
Berita keganasan, pembunuhan dan pencerobohan dilakukan kuasa besar Barat terhadap umat Islam bukan perkara baru kerana berlaku sejak lama dulu sehingga hari ini penindasan itu masih berleluasa.
Keganasan dan penindasan di Palestin, Lubnan, Kosovo, Chechnya, Bosnia dan paling hampir dengan negara kita seperti Thailand berlaku tanpa pembelaan sewajarnya. Sehingga kini entah berapa banyak nyawa terkorban, harta musnah dan air mata tumpah membasahi bumi. Peristiwa ini sungguh mengguris jiwa umat Islam.
Hari ini, ramai pemimpin negara Islam lantang menyeru umat Islam bersatu bagi menyelamatkan negara daripada penjajahan. Namun, usaha merealisasikannya bukan saja kabur, malah tidak bersungguh-sungguh serta tidak jelas dari segi matlamat dan kaedah yang mesti dilaksanakan.
Bagaimanakah negara Islam boleh bersatu jika segala ideologi yang menyesatkan seperti sekularis, komunis, sosialis dan kapitalis masih digunakan pemimpin Islam sendiri.
Ideologi bertentangan Islam patut ditolak oleh umat Islam. Jika kita lihat ketika ini kesatuan Islam masih lemah dan keadaan menjadi lebih buruk apabila umat Islam mengalami masalah dalaman sesama sendiri di samping masalah luaran dengan negara Islam lain.
Negara Islam hari ini, secara umum lemah dari pelbagai segi merangkumi politik, ekonomi dan kesatuan fikrah. Sehingga kini kesatuan dan kekuatan umat Islam secara keseluruhan masih belum pulih. Kelemahan ini juga menjadikan Barat semakin berani menekan dan melakukan pelbagai penindasan serta kekejaman terhadap umat Islam.
Pemimpin negara Islam masih gagal mencapai kata sepakat menangani masalah ini, sedangkan nyawa dan nasib umat Islam seperti di Palestin semakin terancam. Mereka juga tidak memahami perkara awlawiyyat (keutamaan) sehingga menyebabkan kepentingan umat dan agama Islam terabai. Kegagalan ini juga mengakibatkan negara Islam terpaksa tunduk kepada kehendak Barat.
Kebanyakan kita mengaku sebagai umat Islam, namun setakat manakah peranan dan tanggungjawab sebagai saudara seagama dalam usaha membantu mereka yang ditindas dan apakah sumbangan kita untuk membantu mereka?
Firman Allah SWT yang bermaksud:“Dan orang yang kafir, sesetengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi sesetengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar saling membantu yang diperintahkan Allah) itu, nescaya berlaku fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar.” (Surah al-Anfaal, ayat 73)
Kini sudah sampai masanya umat Islam insaf dan melakukan muhasabah diri serta mencari punca di manakah silapnya. Masyarakat Islam perlu membina kekuatan dalaman dan luaran seterusnya menjadi umat yang berkuasa dan disegani di seluruh dunia.
Pemimpin negara Islam harus bersatu dan memandang ke depan di samping mengatur strategi efektif ke arah mencari penyelesaiannya. Antara usaha yang mampu dilakukan ialah memperkukuhkan kuasa politik, ekonomi, ketenteraan, kesatuan fikrah, akidah, persaudaraan dan persenjataan supaya segala bentuk penjajahan, penindasan dan menghina umat Islam dapat dihindarkan.
Umat Islam juga perlu berperanan sebagai individu pengguna yang bijak dengan memboikot barang syarikat Barat yang mengaut keuntungan untuk menjatuhkan negara Islam.
Walaupun usaha ini kelihatan remeh, jika seluruh umat Islam bersatu hati natijahnya amat besar ke arah mengurangkan sumber ekonomi Barat yang nyata tujuannya untuk membeli senjata bagi meneruskan serangan terhadap umat Islam. Umat Islam perlu kembali kepada fitrah iaitu menghayati serta mengamalkan al-Quran dan hadis sepenuhnya.
Dalam dunia serba moden hari ini, walaupun ada umat Islam yang kuat imannya, tidak kurang juga yang jauh terpesong daripada landasan Islam.
Ada juga hanya Islam pada nama sedangkan segala kewajipan agama tidak pernah ditunaikan, malah cara hidup mereka juga seperti bukan Islam. Perkara ini perlu diambil perhatian supaya umat Islam dan generasi akan datang menjadi umat yang benar-benar bertakwa kepada Allah SWT serta mantap imannya seperti umat pada zaman Rasulullah SAW dan zaman sahabat Baginda. Firman Allah SWT bermaksud:
“Kekuatan itu hanya bagi Allah, bagi Rasul-Nya dan bagi orang beriman.” (Surah al-Munafiqun, ayat 8)
Jika perkara ini gagal ditangani pada peringkat akar umbinya lagi, maka tidak mustahil suatu masa nanti umat Islam menjadi umat termundur, dihina dan diperlekeh oleh bangsa asing seperti yang terjadi kepada saudara kita di negara disebutkan sebelum ini.
Oleh itu, sebagai manusia yang dimuliakan dengan akal fikiran dan khalifah di muka bumi ini, jawapannya tepuk dada tanya iman dan diri sendiri siapakah kita, apakah tujuan kita dijadikan dan ke manakah kita akan kembali suatu hari nanti.


AnakBD : Tiada kaitan dengan politik !! Sekadar pengisian rohani sebagai renungan bersama.
"Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
(Surah Al-Asr)
Apa yang kita miliki hari ini seperti kuasa, pangkat, dan kekayaan harta benda di dunia ini adalah pinjaman dan ujian semata-mata, maka pergunakan dengan sebaiknya ke jalan diredhai kerana tanpa bekalan secukupnya kita akan kembali kepada Allah SWT dengan keadaan papa dan hina. 

Islam Ala PAS: Papan Tanda Islam Tetapi Rakyat Makan Makanan Haram?



PAS sememangnya parti yang keliru hala tuju, yang dipimpin oleh orang yang celaru dan bekerjasama dalam Pakatan yang haru-biru.  Islam menjadi mainan politik seharian, dijadikan slogan promosi bagai iklan.  Islam digunakan sebagai pakaian untuk menutup kemunafikan.

 Akibat bersifat keterlaluan dalam politik, PAS akhirnya telah di’hijack’ syaitan.  Kerana itu, segala yang baik dilihat buruk dan yang buruk ditatang dan dijulang.  Musuh Islam dijadikan sahabat dan ketua manakala saudara seIslam ditentang.

 Justeru, Islam bagi PAS kini hanya tinggal pada nama parti, di pakaian, dan retorik jalanan.  PAS lebih mementingkan Islam dari segi luaran berbanding dalaman iaitu untuk dipertonton dan ditayang kepada manusia dan bukannya untuk Allah SWT.

 Maka tidak hairanlah penemuan audit negeri Kedah mendapati bahawa kerajaan PAS Kedah telah memandang remeh akan soal sijil halal yang dikeluarkan di negeri itu.  Sedangkan sijil inilah yang dapat memberi panduan kepada rakyat mengenai halal-haram sesuatu barangan atau makanan yang bakal menjadi darah daging mereka.

Laporan audit 2011 menunjukkan bahawa di antara bulan November 2011 hingga Januari 2012 mendapati bahawa sijil halal lewat dikeluarkan atas sebab-sebab kelemahan dalam aktiviti pemantauan dan Penguatkuasaan serta perkhidmatan rujukan maklumat halal tidak dikemas kini.

Namun, apa yang disebut kelemahan dalam laporan audit sebenarnya lebih tepat jika disebut ‘kemalasan’ kerana antara penemuan mengejutkan yang dilaporkan ialah, Jawatankuasa Panel Pengesahan Halal Tidak Bermesyuarat.

Jawatankuasa tersebut hanya bermesyuarat 2 kali pada tahun 2009 dan 3 kali pada tahun 2010.

Manakala pada tahun 2011, Jawatankuasa ini langsung tidak bermesyuarat.

 Walau apa jua alasan untuk tidak bermesyuarat, ia tidaklah boleh diterima, kerana kerajaan PAS Kedah sepatutnya tidak mengambil ringan soal sijil halal apatah lagi setelah berjaya menjatuhkan BN atas alasan parti itu tidak Islamik.

Apa yang lebih mengejutkan ialah MAIK telah mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal kepada 72 syarikat tanpa melalui Jawatankuasa Panel Pengesahan Halal atas alasan teknikal.  Untuk itu, Yang Dipertua MAIK menggunakan budi bicaranya untuk meluluskan SPH demi kepentingan pihak industri.

Persoalannya, apakah kelayakan YDP MAIK untuk memberi kelulusan secara persendirian?  Apakah jaminan yang beliau telah melakukan ujian atau pemantauan dengan sempurna sebelum memberi kelulusan?

Dan yang lebih penting ialah rakyat kini tertanya-tanya apakah terdapat unsur rasuah di sini apabila alasan yang diberikan ialah ‘kepentingan pihak industri’ yang mana sekali gus bermakna keuntungan adalah lebih penting dari soal agama mahupun rakyat.

Selain itu, semakan Audit juga mendapati tiada pemeriksaan berkala dijalankan bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011. Bagaimanapun, bagi tahun 2011 terdapat 2 pemeriksaan dibuat, itupun setelah mendapat aduan.

Malah, operasi penguatkuasaan bersepadu untuk memastikan penguatkuasaan penggunaan logo halal bersama KPDNKK juga tidak pernah dijalankan.

Nah, inilah pentadbiran Islamik yang dilaung-laungkan PAS di mana soal halal haram makanan yang menjadi darah daging rakyat juga tidak dititikberatkan.

 Jika perihal halal-haram makanan juga boleh diremehkan, tidak perlulah PAS terus berlakon alim melalui isu papan tanda iklan yang mewajibkan model wanita menutup aurat dan memaparkan tulisan jawi.  Dosa mata itu adalah dosa kecil dan tidak akan menjadi darah daging serta tulisan jawi di papan tanda pula hanyalah simbol usaha mendaulatkan bahasa AlQuran.  Membaca tulisan jawi di papan tanda tidak boleh menghalalkan kembali makanan haram yang dah tertelan.

Kesimpulannya, laporan audit yang dibentangkan bukan sahaja mendedahkan kelemahan pentadbiran PAS Kedah yang hangat diperkatakan kini, tetapi ia juga mendedahkan betapa munafik atau hipokritnya PAS dalam soal agama.

Jelaslah kini bahawa agama hanyalah kosmetik bagi PAS.   Pun begitu, PAS harus tahu bahawa kosmetik tidak semestinya membuat kita cantik.  Kosmetik yang berlebihan membuatkan wajah lebih buruk malah merosakkan kulit dalam jangka panjang.

Kenapa Pas Dikatakan Parti Ajaran Sesat?


Parti menggunakan agama utk kepentingan politik, parti memecahkan perpaduan umat islam, parti kuda tunggangan dap kafir harbi, parti yg menawarkan tiket syurga, parti yg menghapuskan dosa, tok gurunya yg rendahkan martabat nabi , kata Tuhan samseng dan mencarut, ini sebab dan buktinya, renung2kan!

Tentera Muda

1. PADA MULANYA… Kata PAS: UMNO menjadi kafir kerana bekerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983).

KEMUDIANNYA… PAS bekerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihan raya ke-11 dan 12.

2. PADA MULANYA… Kata PAS: “Haram orang Islam memangkah calon kafir. Ini kerana Allah me. ngharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”. KEMUDIANNYA… Dalam pilihan raya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredhai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di Pulau Pinang.

3. PADA MULANYA… PAS kata: “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi”.

KEMUDIANNYA… Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.

4. PADA MULANYA… PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: “Badawi di Arab jaga unta, Badawi di Malaysia jaga Babi”.

KEMUDIANNYA… Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan mencanggihkan ladang Babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan Babi’.

5. PADA MULANYA… PAS kata: Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.

KEMUDIANNYA… Bila Tun Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir. Ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Taman Melewar. PAS kata: “Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. 

Mahathir bukan Pak Lah”. 6. PADA MULANYA… Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: “Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…”.

KEMUDIANNYA… Bila Anwar kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”.

7. PADA MULANYA… Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.

KEMUDIANNYA… Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..”.

8. PADA MULANYA… PAS kata: “Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir”.

KEMUDIANNYA… PAS Kedah yang baru memerintah kata: “Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.

9. PADA MULANYA… PAS kata: “Bersekongkol dengan parti politik yang tidak berpegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”.

KEMUDIANNYA… PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar.

10. PADA MULANYA… PAS kata: “Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”.

KEMUDIANNYA… PAS Kedah kata: “Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah” (Azizan Razak).

11. PADA MULANYA… PAS kata: “UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves”.

KEMUDIANNYA… PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia dan tokong Budha berdiri tertinggi di Asia Tenggara…menyamai ketinggian 12 tingkat bangunan.

12. PADA MULANYA… PAS kata: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng liberal yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.

KEMUDIANNYA… Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.

13. PADA MULANYA… Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang-undang Islam memerintah.

KEMUDIANNYA..PAS perintah Kelantan dah 21 tahun, sekarang Kedah, Perak dan Selango dan 3 tahunr, mereka kata pula undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?

14. PADA MULANYA…PAS kata: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit Negara.

KEMUDIANNYA..PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?

15. PADA MULANYA…PAS kata: “Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam”.

KEMUDIANNYA..PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: “Kami menentang negara Islam” (Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: “Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO”.

16. PADA MULANYA…PAS kata: “UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya”.

KEMUDIANNYA..PAS sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS. Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar Abdul Aziz.

17. PADA MULANYA…PAS kata: “UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah”.

KEMUDIANNYA..PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Kelantan, Perak, Selangor dan Kedah. Rumah pelacuran di Kota Bharu cuma 500m sahaja dari Pejabat Nik Aziz.

18. PADA MULANYA…PAS kata: “Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam” (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).

KEMUDIANNYA..PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?

19. PADA MULANYA…Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46: PAS memuji-muji Tengku Razali, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka.

KEMUDIANNYA..PAS kutuk depa semua dan kata macam-macam. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?

20. PADA MULANYA…PAS kata: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Itu boleh batal Islam.

KEMUDIANNYA..PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: “Kita tidak berminat menentang Hndraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi” (Harakah).

21. PADA MULANYA…PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam.

KEMUDIANNYA..PAS tak marah pula orang sertai PKR dan DAP, bahkan PAS tolong mereka supaya menang dalam PRU ke-12.

- sumber 

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More