Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Friday, 19 October 2012

Nizar Perlekeh Sumbangan Orang Asli


Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin memperlekehkan sumbangan orang asli dalam politik di negeri itu apabila berkata perletakan jawatan Bah Tony daripada DAP tidak memberi apa-apa kesan terhadap Pakatan Rakyat.
Bah Tony atau nama sebenarnya, Amani William-Hunt Abdullah merupakan bekas Presiden Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia telah menghantar surat keluar parti secara rasmi kepada Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, kira-kira dua minggu lalu.
Mengulas lanjut peletakan jawatan Bah Tony itu, Nizar seperti dilaporkan Antarapos mendakwa beliau tidak nampak keterlibatan tokoh orang asli itu secara langsung dalam program anjuran DAP dan Pakatan Rakyat peringkat negeri kecuali hanya program-program yang melibatkan masyarakat orang asli sahaja.
“Kalau tengok peranan dia dengan Pakatan Rakyat, saya rasa minima buat masa ini lah, kalau sepanjang saya kenal dia melalui DAP adalah melalui program-program kemasyarakatan orang asli (Asal) dia hadir, saya jumpa dia masa itu lah.
“Tapi kalau nampak dia terlibat sangat dalam program DAP ke Pakatan Rakyat tak nampak juga, (Pakatan) tak terjejas, di kalangan Orang Asli (Asal) saya tak tahu lah, kena tanya Orang Asli lah,” katanya ditemui pemberita di lobi parlimen hari ini.
Kolumnis portal Mkini dotcom, Terence Netto melihat perletakan jawatan Bah Tony itu berpunca dari sistem kepimpinan DAP Perak yang merujuk kepada Ngeh Koo Ham, Pengerusi DAP Perak dan sepupunya, Nga Kor Ming, Setiausaha DAP Perak.
Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata kepada The Star bahawa beliau tidak terkejut dengan peletakan jawatan Bah Tonny.
“DAP harus dinamakan Parti Tindakan Diktator..Parti itu telah menyeranaihitamkan saya apabila saya bantah penglibatannya dalam perhimpunan BERSIH,” katanya.
Bekas Ketua DAP Taman Sungai Pelek, Tan Tuan Tat, yang keluar parti bulan lepas memberi amaran bahawa budaya pecah dan perintah yang diamalkan dalam kepimpinan DAP akan merosakkan parti itu.
Turut bersamanya adalah dua bekas ahli, Tan Chew Wah dan Yap Kon Min, yang dipecat parti kerana dituduh mensabotaj parti.- AIDC

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More