Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Majlis Penyerahan Lembu Qurban Sempenan Aidil Adha 1432H

30 September 2011, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Bagan Datoh telah menyerahkan 45 ekor lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di sini. Lembu korban ini diserahkan kepada jawatankuasa Masjid di sekitar Parlimen Bagan Datoh baru-baru ini.

Program Bertemu Nelayan-Nelayan Sekitar Kawasan Hutan Melintang

HUTAN MELINTANG: Nelayan dan pemilik bot pukat tunda tempatan mendakwa hampir muflis akibat terpaksa membayar wang tebusan hampir RM10 juta kepada lanun atau pihak berkuasa Indonesia bagi membebaskan anak kapal atau bot mereka yang dirampas sebelum ditawan di negara jiran.

Program Kecemerlangan PMR 2011 Parlimen Bagan Datoh

Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah menyampaikan Anugerah Kecemerlangan kepada pelajar-pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 Parlimen Bagan Datoh bertempat di Dewan terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abdul Razak.

Pas Rompak RM 100 daripada BR1M

Khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta anggota parti pembangkang yang menerima wang RM500 di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya menderma RM100 kepada markaz PAS bagi membantu mereka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dipersoalkan oleh beberapa pihak sebelum ini.

Jangan Gunakan Institusi Agama sebagai tempat berpolitik-Zahid Hamidi

Bagan Datoh 29 Jan - Ahli Parlimen Bagan Datok Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan guru-guru KAFA agar tidak menggunakan institusi Agama sebagai tempat untuk berpolitik."Kalau nak berpolitik, di luar institusi tak apa" menurut beliau lagi. Guru KAFA merupakan Agen Perubahan Masyarakat dan haruslah bijak menggunakan peluang yang ada untuk mendidik masyarakat dengan menggunakan pendekatan yang berbeza mengikut kehendak semasa.

Majlis Ramah Mesra bersama penduduk Bagan Datoh

Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa untuk bersolat maghrib berjemaah di Masjid Simpang Tiga, Rungkup dan solat isya' di Surau Taman Bagan Pasir.

Thursday 31 March 2011

Kwifi:300 lokasi wifi tanpa had di Perak

Dalam usaha membangunkan industri ICT di Perak, KPerak Inc (KPerak) telah mencetuskan Projek K-Wifi atau Perak Komuniti Wifi dimana ia membolehkan rakyat negeri itu menggunakan capaian jalur lebar tanpa had.

Ketua Pegawai Eksekutif KPerak, Dr. Ahmad Kamil Mahmood berkata projek berkenaan merupakan antara initiatif kerajaan negeri dengan mensasarkan pemasangan access point (AP) di 300 lokasi khusunya di kawasan yang tidak mendapat liputan telekomunikasi dan internet komersial.

Tambahnya, bagi merealisasikan cetusan berkenaan, kerajaan negeri telah mempertanggungjawabkan KPerak dengan kerjasama Innergia Group International (IGI) dan Telekom Malaysia untuk memajukan segala aktiviti berkaitan ICT

di Perak.

“Kwifi adalah pelengkap kepada usaha kerajaan pusat dan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) melalui Kampung Wifi untuk memastikan satu kitaran lengkap hubungan digital yang merangkumi penduduk luar bandar.

“Apa yang kita lihat sekarang, perkembangan pesat ICT telah mendorong kepada meningkatnya penggunaan internet samada kanak-kanak, remaja mahupun orang dewasa… jadi adalah penting untuk kita menyalurkan kemudahan ini kepada mereka.

Menurut Kamil, apa yang dibimbangkan kini adalah cara penggunaan internet dimana terdapat fenomena sekarang yang lebih cenderung untuk menyalahgunakan teknologi ICT untuk tujuan-tujuan tertentu.

Dalam pada itu, Pengerusi CyberSecurity Malaysia, Jeneral Datuk Seri Panglima Bersara Mohd Azumi Mohamed menegaskan adalah menjadi tanggungjawab pihaknya untuk memastikan hal ehwal keselamatan siber negara terjamin.

“Initiatif awal kerajaan dalam menubuhkan CyberSecurity merupakan satu langkah positif dalam mewujudkan prasarana keselamatan siber yang kondusif.

“Jadi kita akan memperbanyakkan lagi kempen-kempen kesedaran dalah hal-hal melibatkan keselamatan siber dengan mendedahkan kepentingannya terutama kepada pelajar sekolah.” katanya kepada pemberita pagi tadi.

Terdahulu Dr. Mohd Kamil dan Panglima Bersara Ahmad Azumi ditemui di Majlis Perlancaran Kwifi dan pertukaran MoA antara KPerak dan Innergia Group di Lumut, Perak.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang berbesar hati merasmikan Projek Kwifi itu.


AnakBD : Sekali lagi teman ingin mengucapkan tahniah kepada MB Perak YB DS Zambry kerana atas usaha beliau membangunkan negeri Perak selaras dengan arus pembangunan semasa.. Selain daripada melancarkan Pusat Kerja Amanjaya (PEKA)yang menawarkan lebih 30,755 peluang pekerjaan kepada golongan muda, MB DS Zambry mengambil tindakan selangkah lagi dengan mewujudkan Kwifi ini..Dengan segala usaha ini diharapkan dapat mengurangan kadar migrasi golongan muda dan para belia dan terus menetap di Perak kerana seperti mana yang kita semua tahu tenaga dan idea golongan muda amat diperlukan dalam merealisasikan Slogan Perak Aman Jaya

Saturday 26 March 2011

Pemuda BN sedia biasiswa RM16.5 juta

Biasiswa Pendidikan Pemuda Barisan Nasional (BN) (YES) yang dilancarkan hari ini menerima sumbangan RM16.5 juta daripada 12 institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, YES akan memberi peluang kepada lebih 200 pelajar cemerlang yang berasal daripada keluarga kurang berkemampuan dan kurang upaya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi pada tahun ini.

Pemuda BN akan menubuhkan satu jawatankuasa yang diketuai ahli akademik untuk menilai dan mempertimbangkan permohonan yang dibuka kepada semua pelajar di seluruh negara.

Mereka yang berminat boleh membuat permohonan itu secara dalam talian di laman web www.bnyes.com.my bermula minggu depan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday 20 March 2011

Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubar Isnin ini




Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud umum petang Sabtu Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan Isnin ini.Berikutan pembubaran itu nanti pilihanraya negeri Sarawak perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.Taib buat pengumuman itu dalam sidang akhbar bersama Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Mahyuddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.BN Sarawak kini kuasai 63 dari semuanya 71 kerusi DUN Sarawak.DAP 6,PKR 1,Bebas 1 -19/3/2011

Wednesday 2 March 2011

OHH ADA UDANG DISEBALIK MEE RUPANYA....

Salam, entry kali ini ada kena-mengena atau saling kait mengait dengan entry yang sebelum ni yang teman repost dari blog kodomolion. 
Menurut sumber berita terbaru dari Bukit Gantang rupa-rupanya YB Dato Seri Nizar Jamaluddin beriya-riya benar nak menentang YB Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Bagan Datoh, rupa-rupa ada cerita menarik disebaliknya.

Nizar sudah berjanji kepada  YB Dato Ngeh Ko Ham untuk menyerahkan kerusi mutlak Pas sejak dulu kala kepada DAP.

Idris Ahmad, Ketua Penerangan Pas yang disebut-sebut untuk menggantikan Nizar hanyalah main mulut Nizar dengan orang Pas sahaja.

Mengikut satu sumber sulit, Idris Ahmad akan menjadi calon Pas untuk kerusi Dun Trong yang kini diwakili oleh YB Dato Rosli Husin. Pkr akan bertanding di Dun Changkat Jering dan Kuala Sepetang.

Kerusi yang paling panas ialah kerusi Dewan Rakyat yang kini milik Pas melalui Nizar Jamaluddin. Kerusi ini akan menjadi milik Dap. Cuma Dap perlu meletakkan calon Melayu untuk menarik pengundi Melayu dari kalangan penyokong Pas.

Dap begitu yakin akan mendapat sokongan 100 % daripada pengundi Cina dan hanya memerlukan sedikit sahaj undi Melayu daripada Pas, Pkr dan pengundi atas pagar.

Jika pendaftaran pengundi terus meningkat kepada kaum Cina dan statistik menyatakan pengundi Cina melebihi Melayu, Dap akan meletakkan calon Cina .

Inilah agenda Dap untuk menguasai kerusi Dewan Rakyat Parlimen Bukit Gantang. Dap kini sudah memiliki kerusi Sungai Siput dan juga Taiping.

Jika ketiga-tiga kerusi ini milik Dap , Lim Kit Siang sudah tentu akan menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen. Ini kerana YB Dato Seri Anwar Ibrahim tidak lagi mempunyai kelayakan untuk bertanding kerana terpaksa berehat sekali lagi di Rumah Rehat Sungai Buloh.



sumber : TaipingMali

{KodomoLion}.:::.: PRU 13 - NIZAR CABAR ZAHID HAMIDI DI PARLIMEN BAGA...

{KodomoLion}.:::.: PRU 13 - NIZAR CABAR ZAHID HAMIDI DI PARLIMEN BAGA...: "Menurut sumber Lion dapat tahu, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri ir. Nizar Jamaludin bakal beralih angin ke Parlimen Bagan Datoh. Un..."

PRK KERDAU : ADUN PAS BERKEMPEN UNTUK CALON BN???























Kesinambungan daripada entry semalam...

Alhamdulillah!!! mungkin ADUN Pas Kuala Semantan ni dah bertaubat dari menjadi kuda tungangan DAP dan kembali kepangkal jalan...
Takbir!!!!!

sumber : Blog Mymassa

Tuesday 1 March 2011

PRK KERDAU : USTAZ IBRA FOR ALL!!!!



kenalkah anda dengan lelaki berkupiah itu???

menurut sumber yang dipercayai
kelibatnya berada dimana-mana...

baik semasa penamaan calon di Kerdau mahupun
kempen calon BN sedang diadakan..

Menurut sumber juga teman diberitahu bahawa lelaki tersebut kelihatan begitu mesra dengan barisan pimpinan BN berbanding dengan pakatan



mula-mula diorang ingat beliau merupakan YDP PAS kawasan
tapi
selidik punya selidik
rupa-rupanya beliau merupakan ADUN PAS Kuala Semantan



Di satu majlis yang diadakan di kawasan tersebut walaupun turut dihadiri oleh calon PAS tapi beliau buat tak endah je dengan si Hasannudin Al-rejected, sebaliknya beliau kelihatan lebih sibuk melayan Ustaz Ibra



selidik punya selidik lagi...
rupa-rupanya beliau merupakan pakcik kepada calon BN Ustaz Syed Ibrahim...



al-kisah...
sekian tamatlah cerita teman


AnakBD : Memang shesuai sangatlah dengan title yang teman letak kat ateh tu Ustaz Ibra for All...sampaikan adun PAS for All sendiri pun berkempen untuk beliau..terbukti lah sudahhhhh!!!

Pesanan teman kepada penduduk DUN Kerdau buatlah pilihan yang bijak!!!
Insya'llah BN akan mengekalkan kerusi di Kerdau..


sumber : GAP

FLOM : Wanita Igauan ngeri kepada pembangkang!!!!



Tentunya sekeping hati wanita akan sedih bukan kepalang, hancur berderai, dan terkilan dengan pelbagai tohmahan dan fitnah dilemparkan kepada dirinya dan keluarga. Tentunya semangat yang membara akan terpadam jika tidak memiliki sekujur jiwa yang betah dan jitu. Namun, begitulah perihal isteri kepada Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah, seorang wanita, isteri dan insan yang mempunyai keperibadian yang sangat teguh prinsipnya.

Rosmah Mansor, bukan calang-calang wanita Melayu. Biarpun dihujani dengan kutukan dan serangan yang tidak putus-putus dari pihak pembangkang, beliau tetap utuh berdiri dengan sifat “srikandi Melayu”nya yang tersendiri. Sejak Dato’ Seri Najib menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri lagi, beliau diserang. Sehingga kini, suaminya bergelar Perdana Menteri sekalipun, beliau tetap memainkan peranannya yang istimewa sebagai satu-satunya isteri Perdana Menteri yang paling aktif dan prihatin terhadap rakyat Malaysia.

Alhamdulillah, hari ini Datin Seri Rosmah menafikan segala tohmahan tersebut. Beliau menyatakan bahawa setiap apa yang beliau ingin lakukan, pastinya akan memaklumkan kepada suaminya terlebih dahulu dan jika suaminya mengizinkan, maka barulah beliau melaksanakannya.

“Saya ingin tegaskan di sini bahawa semua itu (mengongkong) tidak benar kerana segala keputusan dibuat sendiri oleh Datuk Seri Najib. “Malah, apa jua yang saya lakukan adalah dalam pengetahuan dan perlu mendapat kebenaran daripada beliau terlebih dahulu,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada pesakit kronik di Felda Jengka 25 di sini hari ini. -Utusan

Hairannya, puak-puak pembangkang seakan-akan arif pula tentang kehidupan suami isteri Perdana Menteri dan isterinya sehingga menuduh pasangan no.1 itu dengan pelbagai fitnah. Apakah mereka tinggal sebumbung, makan semeja, tidur sekatil atau 24 jam sentiasa bersama Perdana Menteri dan keluarganya?

Datin Seri Rosmah sering dituduh sebagai “queen control” oleh segelintir pihak, terutamanya pembangkang. Namun, tuduhan tanpa asas yang kukuh itu ternyata tidak melemahkan semangat beliau untuk terus menjadikan slogan yang diilhamkan oleh suaminya terus dizahirkan melalui sentuhan istimewanya. Siapa sangka, Datin Seri Rosmah muncul sebagai “ibu” yang prihatin terhadap pembangunan minda dan pendidikan asas anak-anak kecil yang bakal menerajui negara kelak.

Program Permata yang dinaunginya itu menjadi ikutan dan contoh kepada banyak negara Islam lain di seluruh dunia. Justeru begitu, beliau diundang khas oleh pelbagai negara untuk menunjuk ajar sebuah program yang bakal melahirkan produk-produk yang berharga untuk masa depan negara – modal insan masa depan yang berkualiti.

Busuknya hati pemimpin politik pembangkang telah cuba menimbulkan persepsi buruk dikalangan rakyat terhadap usaha isteri Perdana Menteri itu. Mereka menuduh Datin Seri Rosmah hanya menghabiskan duit kerajaan dengan program Permatanya itu. Malah Perdana Menteri turut ditohmah kononnya beliau “mengikut telunjuk isteri”.

Entah dimana letaknya akal yang Allah berikan kepada mereka itu? Program itu ternyata bermanfaat kepada masa depan anak-anak kita kelak. Bak pepatah Melayu, “Melentur buluh, biarlah dari rebungnya”, itulah yang cuba dilaksanakan oleh isteri Perdana Menteri itu. Beliau cuba membina generasi akan datang yang lebih baik dan berkualiti serba serbinya. Dan salahkah seorang Perdana Menteri menyokong sesuatu yang akan memberikan pulangan yang hebat untuk masa depan negara? Itu pun nak bangkang juga, kah?

Datin Seri Rosmah bukannya buat program yang menguntungkan diri sendiri. Beliau bukannya menjual aset negara kepada Singapura atau negara asing lain. Beliau bukannya melobi projek sebagaimana yang dilakukan oleh pemimpin pembangkang di negeri-negeri jajahan pembangkang. Beliau bukannya seorang “peniaga”, beliau hanya ingin membangunkan modal insan yang lebih berkualiti pada masa akan datang.

Pemergian beliau ke negara-negara timur tengah baru-baru ini turut dipertikai dan dijadikan modal politik murahan. Beliau dituduh menghabiskan wang Kerajaan dengan lawatan tersebut. Namun hakikatnya, lawatan tersebut dibiayai sepenuhnya oleh negara-negara yang menjemput beliau ke sana! Malah, jemputan itu juga membabitkan program Permata yang ingin dicontohi oleh negara-negara tersebut. Apakah tindakannya salah juga sehingga perlu difitnah sedemikian rupa?

Mujurlah Datin Seri Rosmah teguh hatinya. Segala fitnah tersebut bagaikan menjadi “penguat semangat” kepadanya untuk terus berbakti kepada rakyat dan negara. Segala usahanya itu tidak bertentangan dengan nilai-nilai murni masyarakat di Malaysia dan penulis menyokong penuh tindakan beliau itu. Bersabarlah Datin Seri, kuatkanlah hati dan berserahlah pada Allah S.W.T. Teruskanlah usaha murni mu wahai Datin Seri, hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa baik mu…

Penulis melihat pendekatan baru wanita yang bergelar isteri kepada Perdana Menteri ini sebagai satu rahmat dari Allah S.W.T. Sebelum ini, kita dikurniakan lima orang isteri Perdana Menteri yang mempunyai pelbagai keistimewaan masing-masing. Namun, keistimewaan Datin Seri Rosmah ini bagaikan menjadi igauan ngeri untuk segelintir pihak yang ber”agenda”kan politik murahan seperti Pakatan Haram! Semoga Allah terus memberikan kekuatan, rahmat dan hidayahNya kepada Datin Seri Rosmah pada masa akan datang.

Wallahua’alam.
 
Sumber : MyMKU

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More