Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Majlis Penyerahan Lembu Qurban Sempenan Aidil Adha 1432H

30 September 2011, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Bagan Datoh telah menyerahkan 45 ekor lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di sini. Lembu korban ini diserahkan kepada jawatankuasa Masjid di sekitar Parlimen Bagan Datoh baru-baru ini.

Program Bertemu Nelayan-Nelayan Sekitar Kawasan Hutan Melintang

HUTAN MELINTANG: Nelayan dan pemilik bot pukat tunda tempatan mendakwa hampir muflis akibat terpaksa membayar wang tebusan hampir RM10 juta kepada lanun atau pihak berkuasa Indonesia bagi membebaskan anak kapal atau bot mereka yang dirampas sebelum ditawan di negara jiran.

Program Kecemerlangan PMR 2011 Parlimen Bagan Datoh

Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah menyampaikan Anugerah Kecemerlangan kepada pelajar-pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 Parlimen Bagan Datoh bertempat di Dewan terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abdul Razak.

Pas Rompak RM 100 daripada BR1M

Khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta anggota parti pembangkang yang menerima wang RM500 di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya menderma RM100 kepada markaz PAS bagi membantu mereka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dipersoalkan oleh beberapa pihak sebelum ini.

Jangan Gunakan Institusi Agama sebagai tempat berpolitik-Zahid Hamidi

Bagan Datoh 29 Jan - Ahli Parlimen Bagan Datok Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan guru-guru KAFA agar tidak menggunakan institusi Agama sebagai tempat untuk berpolitik."Kalau nak berpolitik, di luar institusi tak apa" menurut beliau lagi. Guru KAFA merupakan Agen Perubahan Masyarakat dan haruslah bijak menggunakan peluang yang ada untuk mendidik masyarakat dengan menggunakan pendekatan yang berbeza mengikut kehendak semasa.

Majlis Ramah Mesra bersama penduduk Bagan Datoh

Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa untuk bersolat maghrib berjemaah di Masjid Simpang Tiga, Rungkup dan solat isya' di Surau Taman Bagan Pasir.

Thursday 9 February 2012

PAS nak ketui Pakatan??



Sebenarnya apa yang orang PAS nak? Seluruh Malaysia tertanya tanya juga dek kerana parti ini yang sekejap nak itu sekejap nak ini.

Katanya mahukan hudud ,kemudian tukaq tak jadi sebab DAP berdehem,kemudian nak negara kebajikan,Nik Aziz berdehem pulak habis gelabah seluruh angkatan khawarij negara.Hangat cerita hudud sampai sekarang diam katanya tok wali nak ada hudud sebelum PRU13,sampai sekarang ada korang dengar hudud nak laksana?

Macam biasalah PAS ceramah bagai nak rak,takbir sampai tekak kering ,jihad katanya.Katanya nak ganti Umno tapi DAP yang tarbiah sampai walaq dan bertahaluf siyasi atas Malaysian Malaysia.

Dominannya tiada tapi katanya nak juarai dan tolong orang melayu,dalam pakatan hasilnya jadilah kasta paling rendah tukang tidor diatas jalan.

Agaknya apa akan jadi kalau tok presiden PAS istihar nak jadi kepala pakatan,agaknya DAP & Anwar bagi tak?

Islam membenarkan persepakatan antara orang Islam dan orang bukan Islam dengan syarat pemimpin Islam mempunyai kuasa yang lebih dominan dalam sesebuah pentadbiran.Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahya berkata, tidak cukup sekadar menjadi seorang ketua, pemimpin Islam wajib memiliki keupayaan tersebut untuk memastikan pemerintahan tidak dikuasai oleh golongan bukan Islam.
Sehubungan itu, beliau berkata, dalam konteks tersebut, Pas sebagai sebuah parti memperjuangkan Islam dilihat gagal mendominasi pakatan pembangkang yang turut dianggotai DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). 
 “Dalam keadaan sekarang Pas masih gagal mendominasi pemerintahan yang dikongsi bersama DAP sehingga terpaksa mengorbankan prinsip perjuangan asal parti itu.“Tidak seperti UMNO yang berdiri sebagai parti induk dan mempunyai pengaruh terhadap parti-parti di bawahnya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Fathul Bari berkata, walaupun Pas mungkin mendakwa perkongsian kuasa dengan DAP dan PKR dibuat secara berasingan tetapi pemimpin parti itu perlu sedar siapa sebenarnya yang menerajui pakatan pembangkang. 
 “Dalam hal ini pemimpin Islam perlu lebih tegas agar isu Islam dapat diselaraskan dengan betul. Pas tak boleh diam, sama juga dengan UMNO,” katanya.Menurutnya, Islam meletakkan dominasi dalam pemerintahan yang dikongsi bersama golongan bukan Islam bagi memastikan kedudukan agama dan kepentingan umatnya diperjuangkan pada tempat paling atas. 
 “Dalam Surah Al-Maidah Allah SWT membenarkan persepakatan antara umat Islam dengan bukan Islam dalam perkara yang berkaitan kebajikan dan taqwa.“Itu dengan syarat mesti ada dominasi Islam, kalau tak ada itu yang jadi masalah sehingga kena ikut telunjuk golongan yang buat keputusan berasaskan hawa nafsu,” katanya.-UM


sumber : Pisau.net

AnakBD : Cuba time baring-baring kat jalan, time demostrasi. Ada DAP turun?? 

Menjelang PRU 13 : Transformasi Gerak saraf& Perang Saraf dalam Penyebaran Propaganda



Geraksaraf & Perangsaraf Dalam Transformasi Rakyat Menjelang Pilihan Raya Umum 13

            GERAKSARAF (GS) mengikut definisi tepat membawa maksud "Penggunaan propaganda dan tindakan lain yang dirancang untuk mempengaruhi pendapat, emosi, sikap dan tingkahlaku kumpulan sasar pihak sahabat dan golongan berkecuali bagi mencapai matlamat pihak penganjur" manakala PERANGSARAF (PS) pula ditujukan khusus kepada pihak seteru atau bakal musuh atau musuh sebagai kumpulan sasarnya.

Maksud "Propaganda" pula sering disalaherti oleh banyak pihak dengan mendakwa bahawa apa yang diperkatakan oleh pihak lawan adalah propaganda dan apa yang diperkatakan sendiri bukan propaganda. Sebenarnya, Propaganda adalah sebarang bentuk komunikasi yang digunakan untuk mempengaruhi pendapat, emosi, sikap dan tingkahlaku sesuatu kumpulan sasar bagi memanfaatkan pihak penganjur.

            GSPS merupakan antara elemen terpenting dalam transformasi rakyat menjelang PRU 13 kepada BN dan PR kerana GSPS adalah sebahagian daripada komponen Peperangan Informasi. Sudah semestinya media baru (siber) menjadi landasan utama untuk penyebaran propaganda sekali gus berlakulah perang propaganda yang bersifat maklumat benar, separuh benar dan pembohongan. Ketiga-tiga kategori propaganda ini pula dicetuskan oleh sumber Putih (identiti sebenar), Kelabu (identiti disamarkan) dan Hitam (Identiti Tidak Dinyatakan).

            Nilai keberkesanan propaganda bergantung kepada tema, simbol dan mesej yang tersurat bagi mencapai objektif atau matlamat yang diinginkan yang tersirat. Rancangan GSPS pula berkait rapat dengan kawalan kempen yang terkoordinasi dan menyeluruh. Teras kekuatan Rancangan GSPS turut berlandaskan kepada keupayaan Propagandists dalam menganalisis kekuatan, kelemahan, persekitaran dan susceptibility kumpulan sasar (pemilih berdaftar) supaya ianya berimpak tinggi.
            Justeru, kemenangan PRU 13 akan berpihak kepada mana-mana parti yang dapat menguasai GSPS khususnya dalam War of Perceptions di kalangan pengundi berdaftar terutama golongan pertengahan.

AnakBD : Sekadar berkongsi artikel yang dirasakan menarik.
Artikel ini adalah milik penuh blog klik sini.

Mungkin selepas ini tidak ada lagi pihak yang mengambil mudah peranan media baru(siber) dalam penyebaran propaganda yang juga merupakan salah satu medium penting terutamanya dalam penyebaran informasi dalam mencipta 'war of perception' pengundi.. Mengambil PRU 12 sebagai iktibar, untuk kekal menang dlm PRU seterusnya GSPS harus juga dikuasai sebaik mungkin dan penguasaan media baru juga turut memainkan peranan penting sebagai salah satu saluran yang menyampaikan maklumat terutamanya untuk pengundi yang berdaftar yang berada diluar kawasan dan juga 'middle class resident' (yang mempunyai kemudahan PC dan internet).

Wednesday 8 February 2012

Nizar Jamaludin AKhirnya Sokong Kerajaan



YB Dato Seri Nizar Jamaludin bekas MB Perak yang pernah menyaman kementerian pelajaran hari ini telah hadir ke MRSM Taiping bersama 380 ibu bapa yang lain untuk mendaftar masuk anaknya ke tingkatan 4.
Nizar yang sebelum ini mengkritik hebat Dasar Ekonomi Baru akhirnya akur dan sanggup tebal muka dengan merelakan anaknya masuk belajar di MRSM yang diilhamkan daripada DEB. 
Selepas ini jika Nizar mengkritik dasar-dasar kerajaan terutama DEB, eloklah kita pakat-pakat ludah mukanya kerana cakap tak serupa bikin.- Perak Today
AnakBD : Ini la muka pemimpin Pas yang muka tak malu. Dalam ceramah sering menghentam DEB dan dasar2 kerajaan bantu Bumiputra.

Hari ini dalam tweet begitu bangga anaknya masuk MRSM . Mungkin Nizar lupa yang MRSM anaknya daftar itu lah hasil dasar DEB di pejuangkan kerajaan BN.

Tuesday 7 February 2012

Program Sarapan Pagi Bersama Rakyat



Bagan Datoh 5 Febuari - Seawal jam 9 pagi  Ahli Parlimen Bagan Datoh Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah menghadiri Program Sarapan Pagi Bersama Rakyat tempatan. Program tersebut berlansung di Kedai Kopi Batu 13, Kg. Badri. Program pemimpin turun padang yang berbentuk santai dihadiri kira-kira 20 orang penduduk tempatan ini bertujuan untuk mendekati rakyat dan menyelami masalah mereka secara peribadi.







Friday 3 February 2012

Dilema Hadi Awang

Ketua Dewan Ulama yang semakin membisu dan kurang berperanan, Harun Taib menyatakan, sekiranya Abdul Hadi Awang keluar dari PAS, bukan sahaja kaum Dewan Ulama akan bubar dengan pengunduran kesemua ulama PAS, bahkan akan berpaling dari PAS. 
Dan amaran yang paling keras ialah, jikalau Pakatan Rakyat memenangi Pilihanraya Umum Ke-13, hak menjadi Perdana Menteri perlu diberikan kepada Abdul Hadi Awang, bukannya si meroyan yang membedal China Doll, Anwar Ibrahim.
Ketika Hasan Ali dipecat, PARASIT dalam PAS menyatakan, pemecatan tersebut tidak akan mencacatkan PAS kerana kononnya, pengaruh Hasan Ali tidaklah sebesar mana di dalam PAS. 
Pun begitu, dalam perkembangan terbaru menyaksikan, Hasan Ali bukan sahaja mempunyai pengaruh di kalangan ahli-ahli PAS tetapi juga di kalangan ahli-ahli PKR berbangsa Melayu.
Tidak lagi dapat disorokkan ialah perkembangan 'tidak sihat' dalam PAS yang menyaksikan ahli-ahli parti tersebut sedang berbalah sesama sendiri. 
Biarpun telah diperingatkan berulang kali tentang bahayanya kehadiran kaum PARASIT yang menyembah Anwar Ibrahim dan DAP, ingatan-ingatan tersebut dianggap sebagai niat jahat UMNO untuk memecahbelahkan PAS.
Kata dua yang diberikan oleh Harun Taib akan menambahkan lagi kehangatan kedua-dua kem besar dalam PAS. 
Hadi Awang yang kelihatan semakin tertekan dilihat sekarang ini berseorangan dan bersendirian, manakala Majlis Syura dan Dewan Ulama yang selama ini menjadi kebangaan PAS, tidak ubah seperti berhala berserban bisu dan pekak semata-mata. 
Siapakah di kalangan PARASIT PAS yang akan kata Hadi Awang boleh berambus dari PAS kerana PAS tidak lagi memerlukan Hadi Awang?
Kita tunggu sama-sama... Yang pastinya, Harun Taib akan menjadi figur baru yang menghangatkan lagi kaum PARASIT yang terus kepanasan kerana pendedahan demi pendedahan!!!- TheFlyingKick

AnakBD : Syukur Alhamdulillah dah semakin ramai dikalangan pemimpin-pemimpin Pakatan sendiri yang mulai
Buka mata dan sedar siapa Anwar Ibrahim sebenarnya.

Saya tak dapat bayangkan sekiranya Haji Hadi berkeputusan untuk keluar PAS mengikut jejak sahabat karibnya Hasan Ali. Kerana beliau merupakan satu-satunya harapan PAS yang telah dicanang-canang sebagai calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat memerintah.

Melalui sumber2 yang boleh dipercayai ketika Hasan dipecat baru-baru ini, dikatakan Hadi Awang dah tak boleh nak pertahankan Hasan Ali kerana mesyuarat tersebut telah dikuasai oleh Pok Nik Ajis dan beberapa parasit erdogan anwarista. Mahu tak mahu, Hadi kena ikut keputusan majoriti syura.

Beliau dikatakan masih sedih dan menyesal dengan memecat Hasan Ali yang kini mempunyai sokongan padu dari majoriti penyokong PAS seluruh negara, khususnya di Selangor. Lagipun, beliau memang iktiraf perjuangan Hasan Ali lebih genuine berbanding Khalid Samad atau Rani sendiri.

Beliau juga dikatakan sangat kesal dengan campur-tangan Azmin Ali dalam kepimpinan PAS dan mendesak supaya Hasan Ali dipecat kerana telah menjadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat.

Persoalannya siapa liabiliti yang sebenar dalam Pakatan, Hasan Ali, Anwar atau Parasit PAS??

Thursday 2 February 2012

Kerana DANA PRU Anwar sanggup pertaruhkan maruah Islam.

Menurut beberapa sumber, satu mesyuarat koordinasi di kalangan pimpinan PKR yang membincangkan koordinasi menjelang pilihanraya telah diadakan.
Antara isu yang ditimbulkan adalah keperluan bajet menjelang kempen PRU nanti. Ramai yang memberikan pendapat. Rata-rata mengakui, keperluan bajet sekurang-kurangnya DUA KALI GANDA daripada bajet tahun 2008. Dua kali ganda.

Memang Kerajaan Negeri Selangor sudah asingkan keperluan pilihanraya – RM300 juta di peringkat awal. Namun, tumpuan akan diberikan kepada Selangor. Apa keperluan Negeri lain? Mereka juga perlukan pembelaaan.

Disinilah Anwar memberitahu bagaimana Pemuda PAS adalah kumpulan yang bahlol dan tidak ada strategi.

Anwar menerangkan bagaimana kenyataan yang dibuat baru-baru ini mengenai Israel – adalah bertujuan khas mendapatkan dana pilihanraya. Setelah diasingkan oleh kebanyakan lobbyists group dan NGO antarabangsa; Anwar perlu merapatkan diri semula dengan mereka. Oleh yang demikian, kenyataan Anwar baru-baru ini adalah khusus untuk membuka jalan mendapatkan dana luar.

Open Society milik George Soros tidak akan membantu jika Anwar masih mengambil pendekatan anti APCO. Ini sudah diberitahu kepada Anwar secara jelas. Malahan, Anwar juga mengakui bahawa Open Society hanya akan memberikan dana jika Anwar mampu mengubah pendirian mengenai isu Israel.

Pemuda PAS yang BAHLOL – kata Anwar tidak tahu bahawa mereka akan berjuang dengan poket kosong kalau tidak dengan bantuan PKR. Kebahlolan Pemuda PAS ini hanya akan meranapkan peluang PR dalam PRU yang akan datang.


Read more: http://www.pisau.net/#ixzz1Yhnky0zA



Masya'Allah..manusia ini sanggup mempertaruhkan keselamatan rakyat palestin maruah Islam semata-mata untuk mendapatkan DANA pilihanraya dan semata-mata untuk mencapai matlamat beliau menjadi Perdana Menteri.manusia ini sanggup melakukan apa sahaja.
.
Sebelum ini semua telah jelas bahawa dasar Malaysia tidak sama sekali mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara malah mengamalkan sistem berkecuali serta tidak mengadakan sebarang hubungan walhal hubungan diplomatik sekalipun dengan Israel ianya juga disokong oleh 130 buah negara-negara Islam yang lain.











Sebenarnya persoalan Palestine merupakan induk persoalan umat Islam. Ia adalah persoalan aqidah di dalam pemikiran umat Islam, bukan sekadar persoalan sebidang tanah di bumi yang dirampas atau satu bangsa yang dihalau. Malah ia adalah persoalan yang lebih besar daripada itu. Namun ia tetap merangkumi kedua-dua persoalan di atas.Setelah sekian lama kita memerhatikan kekejaman Rejim Zionis yang terang-terangan menindas dan menidakkan hak rakyat Palestin.Ia juga merupakan persoalan tipu muslihat dan konspirasi Yahudi itu telah dirakamkan oleh al-Quran.


“Telah dilaknat mereka yang kufur daripada keturunan Bani Israel melalui lidah Nabi Allah Daud dan Isa ibni Maryam kerana mereka derhaka dan melanggar batas-batas Allah." (Al-Maidah: 78)


Al Quran : (2) Al Baqarah : Ayat 120
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu." (QS. 2:120)


Al Quran : (5) Al Maa’idah : Ayat 51
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim." (QS. 5:51)




Sungguh malang sekiranya Malaysia yang merupakan Negara Islam dimana majoriti penduduknya beragama Islam mempunyai seorang  pemimpin yang merelakan dirinya menjadi boneka golongan Laknatullah ini. Nau'zubillah..minta dijauhkan Allah. SWT


-CT Cybertrooper



Wednesday 1 February 2012

Kenyataan Anwar Sokong Israel Gambaran Awal Dasar Luar Pakatan Pembangkang

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu mempertahankan Israel sudah memberi gambaran awal dasar luar negara jika Ketua Pembangkang itu menjadi Perdana Menteri.
“Saya fikir daripada apa yang terlontar sekarang jelas (memberi) gambaran awal apa yang akan berlaku dan nauzubillah…,” katanya ketika ditanya mengenai pandangannya terhadap dasar luar negara jika Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Mengenai beberapa pihak yang mempertahankan bahawa kenyataan Ketua Pembangkang itu selaras dengan Inisiatif Keamanan Arab yang mahukan Israel dan Palestin memiliki negara masing-masing, Ahmad Zahid berkata Malaysia tidak pernah mengiktiraf saranan sedemikian.
“Pendirian Kerajaan Malaysia ialah Israel mesti mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara yang selamat bukan sebaliknya dan yang kita perjuangkan selama ini sebuah negara Palestin yang merdeka,” katanya.
Beliau berkata Malaysia bersama-sama 132 negara mengiktiraf Palestin dan pendirian Anwar dalam isu Palestin-Israel itu adalah pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan parti pakatan.
“Ini yang sebenar diperjuangkan beliau dan rakan-rakan lain dalam Pakatan Rakyat. Apabila mereka berada di negara Islam seolah-olah mereka pejuang Islam tetapi bila berada di negara Barat mempertahankan pula Israel.
“Inilah pendirian berubah-rubah kerana cuba mengambil hati semua orang dan akhirnya terperangkap,” kata Ahmad Zahid. - UMNO Online

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More