Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Majlis Penyerahan Lembu Qurban Sempenan Aidil Adha 1432H

30 September 2011, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Bagan Datoh telah menyerahkan 45 ekor lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di sini. Lembu korban ini diserahkan kepada jawatankuasa Masjid di sekitar Parlimen Bagan Datoh baru-baru ini.

Program Bertemu Nelayan-Nelayan Sekitar Kawasan Hutan Melintang

HUTAN MELINTANG: Nelayan dan pemilik bot pukat tunda tempatan mendakwa hampir muflis akibat terpaksa membayar wang tebusan hampir RM10 juta kepada lanun atau pihak berkuasa Indonesia bagi membebaskan anak kapal atau bot mereka yang dirampas sebelum ditawan di negara jiran.

Program Kecemerlangan PMR 2011 Parlimen Bagan Datoh

Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah menyampaikan Anugerah Kecemerlangan kepada pelajar-pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 Parlimen Bagan Datoh bertempat di Dewan terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abdul Razak.

Pas Rompak RM 100 daripada BR1M

Khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta anggota parti pembangkang yang menerima wang RM500 di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya menderma RM100 kepada markaz PAS bagi membantu mereka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dipersoalkan oleh beberapa pihak sebelum ini.

Jangan Gunakan Institusi Agama sebagai tempat berpolitik-Zahid Hamidi

Bagan Datoh 29 Jan - Ahli Parlimen Bagan Datok Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan guru-guru KAFA agar tidak menggunakan institusi Agama sebagai tempat untuk berpolitik."Kalau nak berpolitik, di luar institusi tak apa" menurut beliau lagi. Guru KAFA merupakan Agen Perubahan Masyarakat dan haruslah bijak menggunakan peluang yang ada untuk mendidik masyarakat dengan menggunakan pendekatan yang berbeza mengikut kehendak semasa.

Majlis Ramah Mesra bersama penduduk Bagan Datoh

Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa untuk bersolat maghrib berjemaah di Masjid Simpang Tiga, Rungkup dan solat isya' di Surau Taman Bagan Pasir.

Friday 29 March 2013

Tak Patut Wikipedia Dedah Skandal Pemimpin Pakatan Rakyat

Skandal peribadi sememangnya sukar dipisahkan dengan pemimpin politik di negara ini dan yang pastinya ia bagaikan cukup sinonim dengan Pakatan Rakyat (PR), seakan akrab bagaikan aur dan tebing. 

Mengikut sebuah artikel di Wikipedia bertajuk "Malaysian Politician Sex Scandals" terdapat sekurang-kurangnya 6 orang pemimpin PR pernah popular dengan skandal peribadi yang menjadi perhatian umum.

Antaranya ialah Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Elizabeth Wong, Nurul Izzah dan Badrul Amin yang mana kelima-lima mereka merupakan pemimpin kanan PKR. Manakala seorang lagi merupakan pemimpin PAS iaitu Mat Sabu.

Ada yang cukup dekat dengan aktiviti liwat dan berseksual, ada yang selesa beraksi dalam tandas, ada juga yang pernah bermesra dengan pegawai parti malah ada yang galak dan nakal dengan pensyarah. Pun ada juga seorang dua yang ditangkap khalwat dengan isteri rakan baik sendiri.

Pendek kata macam-macam ada, serba warna-warni kehidupan mereka. Patutlah ramai golongan LGBT dan pendukung liberalisme serta pluralisme agama lebih selesa bersama PR.

Walau pun begitu artikel di Wikipedia bukanlah satu-satunya sumber rujukan yang wajib diperakui, namun kompilasi pendedahan yang tercatat itu menarik untuk dianalisis kerana ada antaranya kes yang disebut turut disertakan rujukan sahih yang lain.

Lagi pun dalam artikel tersebut, semua skandal peribadi yang diperkatakan oleh Wikipedia sudah menjadi pengetahuan umum malah ada antaranya pernah dibicarakan di Mahkamah. Itu pun ada yang sepanjang proses perbicaraan dilakukan asyik meminta penangguhan kes dengan pelbagai alasan.

Satu perkara yang cukup menarik dalam semua skandal melibatkan pemimpin PR itu, pasangan masing-masing merupakan orang yang mereka kenali rapat sekian lama. Ada yang merupakan bekas pemandu peribadi, adik angkat, isteri rakan seperjuangan dan individu yang rapat dengan parti.

Uniknya bila diimbas kembali skandal yang mereka alami, masing-masing tidak mengaku salah dan lebih gemar mengambil pendekatan menyalahkan pihak lain. Di masa yang sama, pemimpin politik yang beragama Islam juga enggan melakukan sumpah laknat (mubahalah) bersaksikan pengadilan Allah S.W.T.

Sama ada sukar bagi mereka menyebut kalimah "Wallahi, Wabilahi, Wataallahi" atau pun memang masing-masing tiada keyakinan terhadap keadilan Allah S.W.T yang menjanjikan sesiapa yang bersumpah palsu akan menerima laknatnya, sukar ditentukan.

Terpulang pada diri pembaca untuk mentafsirkannya, tapi pepatah Melayu ada menyebut, "berani kerana benar, takut kerana salah" maka jika kita berada di pihak yang benar apa perlu untuk takut bersumpah laknat. 

Lagi pun sejarah Islam pernah menceritakan kisah seorang ulama, Ibn Hajar Al Salam as Qalani yang melakukan sumpah laknat yang berakhir dengan kematian mengaibkan seorang sufi palsu dari golongan Mulhid.

Malah seorang ulama India iaitu al-Syeikh Abi al-Wafa Thana al-Amritsari juga pernah bermubahalah dengan nabi palsu bernama Mirza Ghulam Ahmad al-Qadyani yang juga berakhir dengan laknat kebinasaan yang menimpa Mirza Ghulam setahun selepas mubahalah dilakukan.

Melihat pada kompilasi skandal pemimpin PR seperti yang didedahkan oleh artikel di Wikipedia itu, tentunya ada sesetengah kita tak menyangka sebegitu ramai pemimpin utama pembangkang yang terjebak dengan skandal peribadi. 

Barangkali ia terjadi sedemikian dek kerana gabungan parti-parti pembangkang itu sendiri bergerak secara haram maka sebab itu perkara haram seperti skandal sebegini sering dekat dengan mereka. Tapi bagi segelintir orang, benda yang haram itulah yang sedap, betulkah?





Thursday 28 March 2013

LORI TRANSFORMERS DI BAGAN DATOH


Lori Transformers Parti Ala Sarkis hari ini tiba di Bagan Datoh membawa segerombolan hero2 sarkis yang khabarnya akan beraksi petang ini... Masuk adalah percuma...opppss tapi jangan lupa bawak duit juga yer tuk di isi di tabung milo(derma) untuk dana pilihan raya katanya. Betul ke??

Pelik la diorang ni..berjanji macam-macam tapi nak tunaikan janji pada rakyat Selangor tak de duit..beli truck canggih, bas mewah , private jet ada pulak duit.

#ManifestoBukanJanji


Sent from Samsung tablet

Misteri angka 13??




Angka memang banyak misteri, tak jarang suatu angka dikait-kaitkan dengan hal hal magis atau hal mistis.

Sebagai contoh kecil, di berbagai gedung tinggi di China, tidak ada yang namanya lantai 13 dan 14. Menurut kepercayaan mereka, kedua angka tersebut tidak membawa hoki. Di Barat, angka 13 juga dianggap angka sial. Demikian pula di berbagai belahan dunia lainnya. Kalau kita perhatikan nomor-nomor di dalam lift gedung-gedung tinggi dunia, Anda tidak akan jumpai lantai 13. 

Angka sebenarnya bukan hanya sekadar ditulis, angka itu banyak makna terkandung didalamnya, banyak agenda disebaliknya...







Tetapi bagaimana pula 13 yang ini????


13 kejutan Anwar disebalik PRU 13 pada tahun 2013



















CARA MENGESAN JIN DALAM BADAN



Mungkin kita semua pernah mengalami perasaan ganjil di mana kadang-kadang kita terlihat bayangan orang di tengah malam. Suara ganjil memanggil kita ketika berseorangan. Bunyi-bunyi pelik dan seumpamanya. Hal ini berkemungkinan berlaku kerana kita tinggal bersama makhluk Allah yang lain iaitu Jin.

Tidak mengapa jika tinggal satu bumbung, tetapi bagaimana pula keadaannya jika mereka tinggal di dalam badan kita?

Mungkin kita akan mengalami banyak masalah dan penyakit misteri. Oleh itu adalah penting untuk kita mengesan adakah badan kita ditumpang oleh makhluk ini? Mari sama-sama kita mencuba..

Langkah 1
Play RUQYAH SYARIAH dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.

Langkah 2
Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dihati.

Langkah 3
Perhatikan setelah selesai… Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.

Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk.

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN

1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

LA ILAHA ILLALLAH WAH DAHU LAA SYARIKALAH, LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU, WA HUWA ALA KULLI SYAI'IN QADIR. (tidak ada sembahan kecuali Allah, Robb satu-satunya dan tiada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya-lah segala puji, dan dia adalah maha berkuasa atas segala sesuatu)

Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.




Sent from Samsung tablet

Saturday 23 March 2013

#MalamCintaRasul : Terbaik hanya di Malaysia

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri program 'Malam Cinta Rasul' di Dataran Merdeka yang bertujuan memberi kesedaran kepada umat Islam untuk mencontohi kepimpinan Nabi Muhammmad SAW.

Muhyiddin tiba di lokasi majlis di sini pada kira-kira 9 malam tadi ditemani isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Program tiga jam itu, antara lain, menampilkan tokoh qasidah terkenal Indonesia Habib Syech As Seggaf.
Malam Cinta Rasul anjuran Yayasan Pendidikan Cheras dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). - BERNAMA

AnakBD: Dimana lagi kita boleh lihat suasana sebegini, Pemimpin boleh duduk bersama berghasidah dan berselawat bersama ribuan umat Islam yang lain ditengah-tengah Bandar Raya dengan aman tanpa ada gangguan? Ini adalah kerana Islam adalah Agama Persekutuan yang tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Turut hadir sama TPM Tan Sri Muhyiddin  bersama lautan Umat Islam hadir  di Dataran Merdeka berselawat dan bersama2 menggalunkan zikir dan nasyid memuji Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Terbaik hanya di Malaysia.

1 MALAYSIA
SOKONG NAJIB
TOLAK PAKATAN

MB Perak @ZambryAbdKadir mengalu-alukan Anwar ke Lumut

Kenyataan Pemuda PAS Perak yang mahu Anwar bertanding di Lumut membuktikan bahawa PR sudah ketandusan calon. MB Perak mengalu-alukan Anwar Ibrahim bertanding di Lumut. Bagaimana dengan PKR Lumut ? Takkan PAS sahaja berani mencalonkan Anwar di Lumut? Bagaimana dengan calon sediada? Apa kata Saifullah, Cikgu Razak dan Dr Shan? Mereka ini yang dikatakan akan bertanding di Lumut. Adakah ketiga-tiga mereka ini sedia memberi kerusi ini kepada Anwar ? Ternyata BN digeruni di Lumut hingga memaksa Anwar bertanding di sini. YAB MB menyatakan beliau hanya insan kerdil tetapi bersedia menghadapi siapa sahaja yang bertanding..Tapi beliau hairan mengapa PR terpaksa meletakkan Anwar. Sudah ketandusan calon rupanya PR nih. Kepada ketiga-tiga calon PKR..kalian tidak layak bertanding di Lumut. Yang Layak HANYA Anwar alJubs..

http://mynameblackpanther.blogspot.com/2013/03/zambryabdkadir-mengalu-alukan.html

AnakBD : Siapa pun yang terpilih kelak, ia tetap dianggap sebagai calon pembangkang dan BN Perak sama sekali tidak akan gentar menghadapi parti lawan pada PRU-13 nanti.

1 MALAYSIA

SOKONG NAJIB

TOLAK PAKATAN


MB Perak @ZambryAbdKadir umum calon-calon bagi negeri Perak

Barisan Nasional (BN) Perak tidak terkecuali membuat perubahan dalam mengenalpasti calon bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) agar ia dapat memberi signifikan kepada rakyat dan semua kawasan yang ditandingi.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata tidak penting samada ia kecil atau besar, perubahan itu sama sekali tidak boleh dielakkan.

"Ketika ini, pemilihan calon BN sudah di peringkat akhir dan kita sedang buat saringan keselamatan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga kedudukan bangkrap atau sebaliknya.

"Saya juga ingin tegaskan bahawa mereka yang terpilih sebagai calon perlu memikul amanah yang diberikan dan bukannya menganggap sebagai satu keistimewaan.

"Dan bagi mereka yang tidak disenaraikan sebagai calon pula, mereka hendaklah menerima dengan hati terbuka kerana BN itu lebih penting dan memastikan parti itu terus berada di persada politik negara dan negeri ini," katanya.

Terdahulu, Menteri Besar Perak itu merasmikan Program RTM Merentas Kampung Bersama TM di Arena Square, Pulau Pangkor.

Mengulas lanjut, Zambry turut mengingatkan agar unsur sabotaj dielakkan bagi mengelak tragedi tsunami politik 2008 berulang kembali.

Pengalaman berada di bawah kerajaan pembangkang selama 11 bulan katanya, perlu dijadikan sebagai pengajaran kepada BN.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menegaskan semua pihak perlu memberi keutamaan kepada BN daripada melihat individu-individu yang bertanding.

"Sudah pastinya kita akan memilih calon yang memiliki ciri disukai rakyat dan boleh membawa peluang kemenangan kepada BN," katanya lagi.

AnakBD : Teman mandapat maklumat bahawa calon yang disokong 100% oleh MB bagi Dun Rungkup dan Hutan Melintang ialah Dato Shahrul Yahya dan Dato R.Ganesan namun belum dipastikan kesahihannya..Jika benar tahniah diucapkan..Apapun kita tunggu sahajalah apabila Parlimen dibubarkan nanti dan calon diumumkan, teman juga percaya siapa sahaja yang akan dicalonkan akan mendapat sokongan padu dari seluruh parti komponen Barisan Nasional.

DI TOLAK PENGUNDI MELAYU, ANWAR TERPAKSA LARI KE KAWASAN CINA

 Pasti ramai yang telah mendengar mengenai keputusan Anwar Ibrahim yang terkenal dengan jolokan pemimpin 'ANUgerah Tuhan' untuk tidak mempertahankan kerusi Permatang Pauh dalam pilihanraya umum yang akan datang.      Anwar melalui kenyataannya baru-baru ini berkata, 'ada cadangan' yang meminta agar dia bertanding di Selangor dan Perak. Namun antara kedua negeri tersebut, dia mengatakan lebih cenderung memilih untuk bertanding di salah satu kerusi Parlimen di Perak berbanding Selangor. 
 Namun melalui analisa yang dijalankan, keputusan Anwar itu disebabkan penolakkan yang kuat di kalangan pengundi Melayu kerana mula sangsi dengan kredibiliti dan intergriti Ketua Pembangkang itu. Maka ia bukan soal 'ada cadangan' yang meminta dia bertukar tempat, tetapi sebenarnya dia 'TERPAKSA' untuk berpindah.      Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas mengenai keputusan Anwar itu berkata Malaysia negara bebas dan "Anwar boleh pergi ke mana saja yang dia mahu, tetapi untuk menang, satu cerita lain."      "Maksud saya jika beliau mahu LARI daripada Permatang Pauh, tak mengapa. Ini jelas menunjukkan keyakinan beliau terhadap (mengekalkan) kerusi Parlimen Permatang Pauh semakin hari semakin berkurangan". 
 Malah menurut salah seorang pengundi Pas di kawasan Permatang Pauh, tindak-tanduk yang jelas kemaruk untuk menjadi perdana menteri itu, dilihat amat membimbangkan. Pendekatan 'matlamat menghalalkan cara' yang digunakan sebagai strategi meraih simpati juga dilihat amat bertentangan dengan ajaran Islam.      Beliau turut menjelaskan yang ditolak ialah Anwar Ibrahim dan bukannya pakatan rakyat, kerana sekiranya ketua umum PKR itu berjaya dikalahkan peluang Pas untuk menobatkan Hadi Awang sebagai perdana menteri terbentang luas.         Tambahan pula ia selari dengan keputusan Dewan Pemuda di dalam muktamar baru-baru ini yang membawa usul untuk memilih Presiden Pas sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya merampas Putrajaya.
 "Isu kalimah Allah, adalah merupakan 'turning point' yang menyebabkan ramai penyokong pakatan khususnya Pas mula meninggalkannya, ditambah pula dengan pendedahan yang mendakwa penglibatan Anwar dalam tragedi berdarah di Lahad Datu" katanya yang enggan dikenali.      Apa dah jadi Pak Sheikh??? Anwar takut lettew!!! Patutlah dia mengelabah sakan apabila melihat penolakkan undi Melayu terhadapnya semakin jelas. Atas faktor itu, maka Anwar terpaksa lari ke kawasan yang mempunyai pecahan pengundi Cina yang tinggi.         Malah penyebaran rakaman wawancara bersama radio BFM serta paparan video gelap yang dikaitkan dengannya juga, telah menyebabkan Anwar semakin hilang punca. Buat makhluk bernama Anwar Ibrahim, "If you want to claim the moral high ground, you better be standing on it #VideoTerlampau".      Kesimpulannya, rakyat perlu sedar, memilih seorang pemimpin yang ingin diangkat sebagai Perdana Menteri bukan semudah memilih baju. Banyak faktor dan kriteria yang perlu diambil kira dan dipertimbangkan. Pemimpin yang penuh dengan onar, sering terpalit dengan isu moral, tidak tetap pendirian dan yang paling utama sanggup melacurkan agama demi kuasa TIDAK LAYAK diberikan kuasa untuk memimpin negara.

Friday 1 March 2013

Lahad Datu : Kerajaan UMNO/BN dalang???

Pihak Perisik Filipina melalui Inquirer News telah mendedahkan dalang sebenar disebalik peristiwa berdarah di Lahad Datu Sabah.

Menurut laporan tersebut, terdapat tiga kumpulan yang menjadi dalang pencerobohan di kawasan itu antaranya ialah Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar Ibrahim.

Laporan tersebut juga menyebut, seorang pemimpin utama Pakatan Rakyat di Sabah yang rapat dengan Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan pihak penceroboh serta menawarkan jaminan sokongan dari Pakatan Rakyat di Sabah.
Ini sekaligus membuktikan desas desus serta khabar angin tentang penglibatan pihak pembangkang di Malaysia didalam pencerobohan di Lahad Datu bagi menggugat keselamatan negara.
Setakat ini, dua anggota keselamatan negara dilaporkan terkorban didalam pertempuran dengan penceroboh di tempat kejadian. Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando telah terkorban setelah mengalami kecederaan parah akibat tembakan mortar musuh.
Kekacauan beginilah yang dikehendaki oleh pihak pembangkang didalam negara bagi menunjukkan bahawa Malaysia tidak selamat dan stabil dibawah pemerintahan BN.

Ini semua merupakan agenda terancang Pakatan Rakyat yang terdesak untuk merampas kuasa dari kepimpinan kerajaan.

http://apakata.blogspot.com/2013/03/lahad-datu-anwar-dalang-insiden-berdarah.html?m=1

AnakBd : cer @abby_abadi112 yang kuat meroyan tu tanya sendiri kat pak Nuar pujaan dia tu betul ke idak dakwaan kerajaan Filipina tu??

SATU MALAYSIA!!!
SOKONG NAJIB!!!
TOLAK PAKATAN!!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lahad Datu : Takziah anggota yang terkorban..

Senarai anggota yang terlibat dengan serangan.

Serbu Penceroboh, Tindakan Polis Adalah Betul

Berita yang baru diterima sebentar tadi berhubung insiden 'penaklukan' Lahad Datu, yang mengakibatkan beberapa orang anggota keselamatan terkorban, begitu mengejutkan masyarakat di negara ini. Kemelut yang memakan masa hampir sebulan ini telah mengakibatkan Malaysia menjadi perhatian dunia berhubung pendekatan penyelesaian yang bakal diambil.

Pelbagai cara dan kaedah telah digunakan oleh pihak kerajaan, antaranya melakukan rundingan demi rundingan dengan ketua penceroboh bersenjata bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Tambahan sekiranya isu ini tidak ditanggani dengan cara yang berkesan, ia boleh mengugat hubungan dunia hala antara kerajaan Malaysia dan Filipina.

Namun semua pendekatan tersebut menemui jalan buntu, bilamana pihak penceroboh tetap berkeras dan enggan menerima keputusan kerajaan. Kerajaan sebelum ini bertegas meminta mereka pulang ke negara asal sekaligus menghormati kedaultanan sesebuah negara.

Namun disebalik kesedihan itu, tidak dilupakan juga setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak keselamatan negara atas tindakan yang diambil terhadap kumpulan penceroboh bersenjata itu. Dan yang paling penting, ia dilakukan setelah kerajaan dan pihak keselamatan negara mengunakan semua pendekatan dan ruang perbincangan.

Menurut sumber, kejadian serangan bermula ketika pihak keselamatan negara yang sedang berkawal di salah satu pos kawalan di sekitar Kampung Tanduo diserang oleh pihak penceroboh bersenjata. Selain senapang dan mesingan, pihak penceroboh turut dilaporkan menyerang pihak keselamatan dengan mengunakan mortar.

Apa yang menyedihkan, ada di kalangan pencacai pembangkang yang mempertikai tindakan tersebut dengan menyalahkan kerajaan dan pihak keselamatan negara di atas serangan tersebut. Namun ia bukanlah satu perkara yang pelik, kerana sudah menjadi resam pembangkang untuk 'spin' apa sahaja isu yang boleh digunakan semata-mata untuk merosakkan imej dan kredibilti kerajaan.

Sedangkan pada hakikat, sekiranya benar pihak berkuasa bertindak gopoh dan terburu-buru untuk menamatkan kemelut pencerobohan ini, sudah pasti strategi kumpulan penembak tepat akan digunakan. Ia bukan sahaja dapat mengelakkan nyawa pihak keselamatan negara dari menjadi korban, namun di masa yang sama ia akan dapat diselesaikan tanpa perlu mengambil masa yang lama.
Dengan kelengkapan kepakaran dan peralatan terkini yang dimiliki oleh pihak tentera, bukanlah satu perkara yang mustahil buat kerajaan untuk segera bertindak. Namun sekiranya tindakan tersebut di ambil, maka sudah pasti pihak kerajaan khususnya Datuk Seri Najib akan dikecam oleh masyarakat dunia yang sentiasa cemburu dan iri hati dengan pencapaian negara selama ini.

Dan apa yang pasti, pada ketika itu, para pencacai pembangkang akan turut sama mengambil kesempatan untuk mengkritik kepimpinan kerajaan, kononnya telah gagal menanggani kemelut pencerobohan ini dengan cara yang berkesan. Anwar pula pada ketika itu, yang telah lama merasa kononnya dirinya adalah pilihan yang terbaik bagi menerajui kepimpinan Putrajaya akan memgeluarkan kenyataan menyelar tindakan tersebut.

Isu yang pada mulanya berpunca dari pendekatan dan perancangan sulitnya dengan pemimpin kumpulan penceroboh bersenjata akhirnya telah bertukar menjadi konflik antarabangsa. Dan sekiranya gagal, kerajaan akan dijadikan sebagai kambing hitam, bagi menanggung semua masalah cipntaannya ini.

Oleh yang demikian, sekali lagi diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan dan pihak keselamatan negara diatas kecekapan dalam menghadapi kemelut ini.

AnakBd: Takziah kami ucapkan kepada anggota keluarga 2 orang perwira kita yang terkorban dalam mempertahankan tanah air tercinta ini iaitu Inspektor Zulkifli d an Koperal Sabarudin..Al-fatihah...

Kepada anggota keselamatan yang lain teman doakan supaya cepat sembuh..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Manifesto: PR kafirkan Orang Islam

BUKAN sedikit, tapi ramai yang terkejut dengan ketiadaan perkataan 'hudud', 'negara Islam', 'hukum Islam' dan seumpama dengannya di dalam Manifesto Rakyat yang dilancarkan Pakatan Rakyat kelmarin.

Bukan itu sahaja, isu royalti yang setengah mati diperjuangkan puak-puak ini di Kelantan, turut tidak mendapat tempat di dalam Manifesto tersebut. Takkan Rafizi tertinggal kot. Khabarnya dia tidur dalam pejabat demi nak menyiapkan manifesto ni, itupun boleh tertinggal juga?

Macam tak logik.

Bagaimanapun, isu itu (royalti tertinggal) adalah perkara lain yang akan dibincangkan di masa yang lain juga. Hari ini, teman lebih nak menumpukan kepada perkataan-perkataan Islamik seperti disebutkan di atas yang tercicir (atau sengaja dicicirkan) dari Manifesto ini.

Suka atau tidak, kebelakangan ini, semua perlu menerima hakikat bahawa PAS sudah kembali kepada perjuangan asalnya, iaitu menegakkan Negara Islam dan melaksanakan hudud. Walaupun Muktamar 2011 sudah membuat ketetapan untuk menerima Negara Berkebajikan sebagai asas perjuangan yang baru, tapi sama ada kita semua sedar atau tidak, PAS tidak pernah mengatakan perjuangan negara Islam dan hudud ini digugurkan.

Ada? Confirm tidak ada.

Suka juga nak disebutkan, negara Islam dan hudud ini juga adalah 2 jenama politik PAS yang berkait rapat dengan Amanat Haji Hadi tahun 1981. Dalam amanat tersebut, UMNO dituduh kafir kerana menolak perundangan Islam (hudud) dan mengamalkan politik suku, agama suku. Ini boleh baca sendirilah dalam internet, tak perlu nak cerita panjang lebar.

Jadi, apa natijahnya bila sekarang PAS sendiri menerima manifesto yang di dalamnya tidak langsung menyebut tentang hudud dan Negara Islam? Yang kering air liur menuduh UMNO kafir kerana kononnya menolak Islam dulu, dah kemana hilang, bila perlembagaan 'Lord Reid' ini juga yang dipertahankan Pakatan Rakyat dalam manifestonya?

Ingat, Amanat Hadi memang dilancarkan tahun 1981, tapi falsafah itu dipegang hingga kini – 32 tahun selepas ianya mula disebut. Buktinya, kalau sesiapa tanya Nik Aziz sekarang, kenapa tolak UMNO, jawapannya ialah UMNO tolak Islam. Sudah tentu 'Islam' yang dimaksudkan Nik Aziz ialah perundangan Islam (hudud).

Kalau teman katakan penerimaan PAS terhadap Manifesto Rakyat yang mempertahankan perlembagaan sedia ada ini sebagai mengkafirkan orang Islam, agak-agak PAS setuju tak? Kalau tak setuju, kenapa? Bukankah ia tak selari dengan tafsiran PAS mengenai perlembagaan ini dulu?

Kononnya, perlembagaan Negara sedia ada ni kan perlembagaan kafir, penjajah, Lord Reid yang buat kata PAS. Tapi siapa sangka ya, kemudiannya dia juga bersama-sama dengan DAP dan PKR pertahankan (secara bertulis lagi) perlembagaan sedia ada!!

Inilah padahnya kalau mempolitikkan agama. Sampai satu masa Tuhan nak tunjuk, habis bercanggah dengan apa yang dia juga cakap dan buat dulu.

Kesimpulannya, dengan perkembangan sekarang, semua ahli PAS perlu bertaubat dan mengucap 2 kalimah syahadah semula. Mana yang dah meninggal dunia kerana percayakan perlembagaan Negara kafir seperti yang didakwa Hadi dan PAS, dosanya akan ditanggung oleh sesiapa yang terlibat.

Ini sesuai dengan sabda Nabi Muhammad saw "..sesiapa yang membuat (mengajarkan) perkara baik, baginya ganjaran dan ganjaran orang yang mengikutnya sedangkan tidak dikurangkan sedikitpun ganjaran orang yang mengikutnya. Dan barang siapa yang membuat (mengajarkan) perkara keburukan, baginya dosa dan dosa orang yang mengikutnya sedangkan tidak dikurangkan sedikitpun dosa orang yang mengikutnya.." [Riwayat Muslim dalam kitabnya, Sahih muslim]

Allahualam..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

OPPOSITION’S MANIFESTO REFLECTS ACT OF DESPERATION, DEVOID TRUE CONTENTS AND INTELLIGENCE

NOW, many people are seeing 'red' over Pakatan' manifesto that reflected the opposition pact's lackadaisical attitude towards the true management of the country and the people.
The manifesto truly seems like a piece of paper done in a rush manner without true research in every aspect of economy and human needs and desire.
The manifesto looks as though it is just a piece of propaganda item that serves just to attract people for a few hours and then forgotten, like a flyer offering special discounts and limited products.
It is a pity that a manifesto that is supposed to be a party's commitment towards enhancing the lives of the people and developing a country has been made to look like just an offering of discounts on products in supermarkets.
Malaysians who are voters should ask why the opposition pact does not put importance in putting up a realistic manifesto that reflects the maturity and wisdom of the parties?
Why the pact did not put serious thoughts in drawing up the manifesto so that voters can make evaluation and judge when comparing it with the ruling BN manifesto?
Why the leaders of the pact erred and left out many more important matters in the manifesto and then when queried simply reply the manifesto cuts across races and creed, and oil royalty for states in peninsular have been overlooked.
What a joke…when a leader or leaders and their men overlooked such important matters in a written document that is to be the parties' pledge and promise, does voter think these people are serious in wanting to run the country?
Voters knew already these people (opposition pact leaders and members) have yet to fulfill any of the item in the manifesto – pledges and promises – made in 2008 and now a new promise is put forward to attract.
The REALITY is that the opposition pact is devoid of content and intelligence as what they have put up thus far and shouted out loud are just empty talks or the Malays termed them as OMONG KOSONG.

The pact does not even know the depth of the country's economy, the taste and needs of the young people, the feelings and desires of the middle-age Malaysians – in short leaders and members of the pact are not 'touching base', not feeling 'real pulse' of Malaysians.
What they have shown and reflected in the manifesto is an act of desperation, an act of damage control to sustain their existence and relevance as they already see the writing on the wall that their days are numbered.
They know support for them have been on the decline and add to that the libel suits they are getting from voters who trusted them with their votes in 2008.
Besides, supporters are running away when they see leaders of the three parties are embroiled in clashes in many issues that will not any end while within the parties themselves, politicking and back-stabbing take centre-stage.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More