Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Thursday, 11 October 2012

Nik Aziz rela PAS digelar Parti Angguk Sajer demi memenangi PRU 13

Pas tetap bekerjasama dengan DAP bagi mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU-13), kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, beliau hairan dengan sikap sesetengah pihak khususnya orang Pas sendiri yang mengkritik kerjasama dengan DAP walaupun parti itu tidak mengacau perjuangan Pas.

"Saya pun tidak tahu mengapa tersasar dia tidak sebut mengapa kita beralah dengan DAP jadi tidak tahu kenapa yang keduanya saya tidak nampak DAP ganggu kita.

"Masalahnya ialah orang-orang Pas tengok televisyen, dengar radio dan baca surat khabar Umno jadi terbawa-bawa. Jadi oleh yang demikian saya nasihat orang Pas boleh baca surat khabar Umno tapi kena ada jawapanlah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Pasar Saidina Ali di Kok Lanas di sini semalam.

Nik Aziz diminta mengulas kenyataan Sasterawan Negara Prof. Emeritus Datuk Dr. Shahnon Ahmad kelmarin bahawa perjuangan politik Pas tidak lagi menepati kehendak Islam sejak parti itu bekerjasama dengan DAP.

AnakBD : Tu la orang Pas banyak sangat baca surat khabar UMNO, tengok tv UMNO kan dah terpengaruh..Hadoi buat lawak la pulak Nik Aziz ni..Tapi secara jujurnya seandainya Pakatan Rakyat memerintah sekalipun teman tak nampak ada apa2 kesan pada perjuangan pas, silap hari bulan pas yang selama ni jadi pak turut akan terus jadi orang suruhan. Mana taknya yang disuruh baring atas jalan siapa? orang2 Pas, yang di suruh terpacak di tengah panas kononnya sebagai benteng semasa perhimpunan/demonstrasi siapa?? Unit Amal Pas, yang redah pasukan keselamatan dan disembur gas pemedih mata siapa?? Unit Amal Pas..Orang2 Pas ni memang suka beramal tapi, orang2 DAP dan PKR pi mana?? Duk dalam bilik air cond..

Secara peribadi juga teman dulu agak menyokong perjuangan Parti Islam Semalaysia ni kerana ingin menegakkan negara yang 100% mengamalkan undang2 Islam, tapi tidak kini, perjuangan Pas sudah jauh lari landasan asal dengan adanya golongan parasit dalam pas..Golongan yang cuba mengubah hala tuju dan matlamat asal parti tersebut dan mempunyai agenda yang tersendiri.

"Apa pun semua salah UMNO"..Orang lain pun boleh berfikir la wahai Tuan Guru Nik Ajis mereka juga ada pendirian dan matlamat masing2 untuk memperjuangkan Islam..Bukan semua orang bersifat angguk sajer macam Tuan Guru..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More