Adun Hutan Melintang, YB S.Kesavan bakal menghadiri ceramah Umum: Fitnah III di Padang Markas Pas, Parit 24. Kali ini beliau ingin menegakan juga benang yang dah sememangnya basah. ADUN Hutan Melintang yang pada saya hanya ADUN boneka yang dijelmakan oleh PKR untuk menjadi hero di bumi Hutan Melintang ini. Saya ingin ingatkan kepada Yb Kesavan, bercakap lah dengan kebenaran. Sebagai orang yang dipilih rakyat di DUN Hutan Melintang, tunaikanlah tanggungjawab dengan sepenuhnya. Saya sekali lagi ingin mencabar beliau apakah bentuk sumbangan yang telah beliau buat disini..Jangan cuba menipu rakyat di Hutan Melintang dengan ceramah-ceramah yang boleh mengelirukan rakyat. Bersihkan diri sebagai pemimpin tulen, supaya tidak dipersoalankan oleh rakyat kelak. Jangan alihkan pandangan rakyat dengan hanya meneruskan propaganda dan provokasi yang akhirnya boleh merosakan keharmonian masyarakat Hutan Melintang. Saya juga menasihatkan YB Kesavan agar membentuk semula kesepakatan masyarakat disini yang telah berpecah belah hanya kerana politik sempit yang diterjemahkan beliau.
Monday, 20 June 2011
CERAMAH UMUM FITNAH: Padang Markas PAS, Parit 24, Hutan Melintang
Mohd Najib Mokhtar
Naib Ketua Pemuda Cawangan
UMNO Simpang 4
1 comments:
ceramah je lebih..no action talk only!
Post a Comment