Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Wednesday 24 October 2012

Wang BR1M haram, tapi kalau sedekah pada tabung derma PAS tak haram?

BRIM 2.0 Diagih Pada Januari

Kerajaan menjangka akan mengagihkan bahagian pertama Bantuan Rakyat Satu Malaysia Rakyat 2.0 (BR1M 2.0) sebanyak RM500 pada Januari tahun depan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai.

Beliau berkata, borang permohonan akan disediakan kepada pemohon yang layak bulan depan.

Dengan pengalaman yang diperolehi daripada pembayaran BR1M pertama, Kerajaan percaya bahawa ia boleh memuktamadkan data penerima bantuan tunai dalam tempoh dua bulan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Cocoon Alorie Wellness Resort di sini, pada Rabu.

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan BRIM 2.0 semasa membentangkan Bajet 2013 di Parlimen pada 28 Sept.

Orang dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3, 000 sebulan adalah layak untuk bantuan satu kali RM500 tunai.

AnakBD : Jangan terjadi seperti pengagihan BR1M yang lepas dimana kebanyakan penerima BR1M yang merupakan ahli PAS menerima perkhidmatan SMS yang menyuruh mereka menderma wang BR1M yang diterima ke tabung parti. Pemberian wang BR1M cuba dieksploitasi oleh parti tersebut. Dengan mengatakan yang Wang BR1M tersebut adalah hasil daripada duit haram.

Tapi kalau Tuan Guru Nik Aziz dah keluar fatwa semua yang Haram jadi halal, yang halal pulak jadi haram kecuali...Ermm faham-faham sendiri la.
Ini bukan lagi dipanggil derma ikhlas, tapi boleh dikategorikan sebagai percubaan merompak wang rakyat dengan cuba mengeluarkan fatwa palsu dan cuba menakut-nakutkan pengikut-pengikut mereka.

Mereka yang terlalu taksub pun percaya la semua kata-kata dan fatwa Tuan Guru sanjungan mereka, tanpa memikirkan kemungkinan keluarga mereka lebih memerlukan wang tersebut. Inilah padahnya jika terlalu taksub dengan seseorang.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comments:

Salam,

Aku Anak Bagan Datoh di perantauan. Aku anak jati Kg. Sungai Pergam. Mohon link kan blog aku dalam blog Anak Bagan Datoh. Ini alamat blog aku ..... http://raja-jawa.blogspot.com. Yang ini pulak alamat facebook aku .....https://www.facebook.com/AminuddinbinMohamad dan http://www.facebook.com/ameen2nd

TQ

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More