Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Majlis Penyerahan Lembu Qurban Sempenan Aidil Adha 1432H

30 September 2011, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Bagan Datoh telah menyerahkan 45 ekor lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di sini. Lembu korban ini diserahkan kepada jawatankuasa Masjid di sekitar Parlimen Bagan Datoh baru-baru ini.

Program Bertemu Nelayan-Nelayan Sekitar Kawasan Hutan Melintang

HUTAN MELINTANG: Nelayan dan pemilik bot pukat tunda tempatan mendakwa hampir muflis akibat terpaksa membayar wang tebusan hampir RM10 juta kepada lanun atau pihak berkuasa Indonesia bagi membebaskan anak kapal atau bot mereka yang dirampas sebelum ditawan di negara jiran.

Program Kecemerlangan PMR 2011 Parlimen Bagan Datoh

Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah menyampaikan Anugerah Kecemerlangan kepada pelajar-pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 Parlimen Bagan Datoh bertempat di Dewan terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abdul Razak.

Pas Rompak RM 100 daripada BR1M

Khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta anggota parti pembangkang yang menerima wang RM500 di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya menderma RM100 kepada markaz PAS bagi membantu mereka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dipersoalkan oleh beberapa pihak sebelum ini.

Jangan Gunakan Institusi Agama sebagai tempat berpolitik-Zahid Hamidi

Bagan Datoh 29 Jan - Ahli Parlimen Bagan Datok Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan guru-guru KAFA agar tidak menggunakan institusi Agama sebagai tempat untuk berpolitik."Kalau nak berpolitik, di luar institusi tak apa" menurut beliau lagi. Guru KAFA merupakan Agen Perubahan Masyarakat dan haruslah bijak menggunakan peluang yang ada untuk mendidik masyarakat dengan menggunakan pendekatan yang berbeza mengikut kehendak semasa.

Majlis Ramah Mesra bersama penduduk Bagan Datoh

Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa untuk bersolat maghrib berjemaah di Masjid Simpang Tiga, Rungkup dan solat isya' di Surau Taman Bagan Pasir.

Thursday 31 May 2012

Why Is PKR Still Keeping Azmin?

Up to this moment, the name of Azmin Ali is often discussed among Malaysians when it comes to the topic of this country's politics. From his ice-cream issue, him cheating his wife. betraying his mother until the reveal on illogical ownership of property when he was Anwar's Personal Secretary in 1995 made by Raja Petra Kamarudin (RPK).
PKR supporters are beginning to play this theory saying that it is a personal attack to divert rakyat's attention from cases that are surrounding Azmin right now. This is PKR's usual tactic if they ever find loophole among their leaders. Lets take the example of Anwar;s case in having sex with the Chinese prostitute. Instead of focusing on Anwar, the questioned other things such as hair, stomach etc.
Writer personally do not care about Azmin's issues because writer is already aware that Azmin is never clean, he and Anwar really had fun misusing their powers in the Finance Ministry back then that it had scratched BN's name up until today.
What writer would like to question here is that with all the talks going around, why didn't PKR take any action against Azmin? If they need documents, it is there. Picture? It's there, Video, we might have to wait for that. Even if they do not want to sack him, they least they should do is to suspend him until the investigation is over.
How can PKR be fair to rakyat if even now, mistakes that are made by certain people (those who are close with Anwar) roam free and they simply create conspiracy theories to deny every one of the claims made?
This is just about Azmin, we are not even talking about Anwar. Anwar is another thing because PKR is Anwar and Anwar is PKR, that is why it is not surprising with the fact that PKR would defend Anwar every time he is involved in any scandal. He is not as same as Azmin because Azmin only has certain leaders to support him.
If this is how things go, rakyat has a huge obligation to object PKR and its allies in Pakatan Rakyat. Their cronyism and nepotism behavior is too obvious especially among PKR and DAP that it is ridiculous. Imagine how it would be if Anwar becomes the Prime Minister and Azmin commits crime. Do you think Azmin would be charged? Considering to what is happening now.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Nizar Memang Kurang Ajar, Hanya Mohon Maaf Melalui Twitter



Pemimpin PAS yang juga bekas MB Perak, Nizar Jamaluddin telahpun meminta maaf di atas keterlanjurannya mempertikaikan keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim yang membida nombor pendaftaran kenderaaan WWW1 pada harga RM520,000.00.

Namun masyarakat umum masih sukar untuk melupakan begitu sahaja sikap Nizar yang agak kurang ajar dan tidak beradab kerana dari komennya dalam twitter sebelum ini jelas kelihatan seperti satu cubaan yang secara tersiratnya bermaksud untuk menyemai kebencian terhadap Institusi Raja.

Selepas tidak tahan menerima kecaman ramai, barulah Nizar mahu meminta maaf tapi apa gunanya lagi sedangkan imej Sultan Johor telah tercalar dan ramai juak-juak PAS masih memandang sinis bidaan tersebut dengan mengaitkannya sebagai pembaziran wang rakyat.

Ini bukan pertama kali berlaku kontroversi membabitkan Nizar dan pihak istana. Tiga tahun lepas, Nizar yang ketika itu sedang meroyan kekecewaan pernah memohon sembah derhaka kepada Sultan Perak hanya semata-mata gagal mempertahankan kerajaan pimpinannya.

Hasilnya, hingga kini masih kedapatan ramai penyokong pembangkang cuba memperlekehkan kewibawaan Sultan Perak walaupun keptusan Sultan Perak jelas sah, betul dan sahih baik secara perundangan, perlembagaan mahupun dalam konteks demokrasi. 

Satu perkara yang Nizar gagal fahami dalam isu bidaan nombor pendaftaran JPJ ialah walau berapa tinggi sekalipun harga bidaannya, pulangannya tetap masuk ke kantung kerajaan sepenuhnya. Lagi besar kutipan dapat dibuat, lagi bagus untuk ekonomi negara kerana pulangan kemudiannya pergi kepada rakyat juga.

Ia jauh berbeza dengan proses jual beli kenderaan baru Toyata Camry yang pernah dipelopori oleh kerajaan negeri Perak semasa Nizar memerintah Perak sebelum ini yang mana wang dibelanjakan untuk pembelian tersebut masuk ke kantung pihak pembekal dan hanya 27% sahaja keuntungan bersih yang kembali ke kantung kerajaan dalam bentuk cukai.

Jika pembelian nombor pendaftaran oleh Sultan Johor itu merupakan satu pembaziran, apa pula alasan yang mahu Nizar gunakan bagi menghalalkannya menggunakan nombor pendaftaran AGS 10 yang hingga kini masih menempel pada Toyota Camry milik Nizar? 

Malah Nik Aziz selaku Mursyidul AM PAS yang juga MB Kelantan selama 22 tahun merangkap pemimpin utama kepada Nizar sendiri pun hingga saat ini masih menggunakan nombor pendaftaran istimewa DAT 55, kenapa tidak dipertikaikannya?

Walhal logiknya tentu sahaja plet DAT 55 tersebut diperolehi hasil penggunaan wang rakyat kerana mercedes tersebut dibeli oleh kerajaan negeri untuk kegunaan Nik Aziz sebagai MB Kelantan.

Paling penting, apa yang susah sangat untuk Nizar bertemu muka sendiri dengan pihak Istana Johor untuk memohon ampun maaf diatas keterlanjurannya? Bukankah terlampau biadap bila hanya sekadar memohon maaf melalui twitter sedangkan selaku bekas MB sepatutnya adat dan protokol sepatutnya sudah lama lekat dalam kepala?

Isu siapa bakal PM : PAS, DAP tikam belakang Anwar



Nampaknya isu siapa bakal memegang jawatan Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raua umum ke 13 nanti masih menjadi polemik hangat di kalangan pemimpin mereka.

Satu perkara yang jelas timbul daripada perdebatan siapa PM Pakatan Rakyat ialah Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tidak lagi menjadi pilihan eksklusif PAS dan DAP.

Ini berdasarkan kepada kenyataan Pengerusi Kebangsaan DAP bahawa beliau akan berjuang untuk impian Malaysia mempunyai PM daripada kalangan bukan Melayu akan menjadi realiti pada suatu hari nanti.

Maksud beliau, DAP, dengan bantuan sekutu rapatnya, PAS, sudah berkeyakinan untuk merampas Putrajaya, walaupun tanpa sokongan PKR.

Ini kerana DAP melihat PKR sebagai sebuah parti pembangkang yang penuh dengan masalah dalaman terutamanya yang membabitkan peribadi dan moral Anwar.

Oleh sebab itu Karpal pernah mendakwa masalah terbesar dalam Pakatan Rakyat ialah Anwar lalu memintanya meninggalkan perkongsian tiga serangkai itu serta bertaubat.

Untuk menyemarakkan api perselisihan antara PKR-DAP, Mursyidul PAS, Nik Aziz Nik Mat pula menyokong pendirian Karpal dengan menyatakan cadangan beliau boleh dilaksanakan asalkan calon PM beragama Islam, tidak kira apa bangsa sekali pun.

Dalam polemik PM yang berlaku sekarang, Anwar tidak berani berkata sepatah pun, malah terus membisu dan bersikap seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Kononnya untuk menjaga keharmonian dan keutuhan perpaduan, Anwar tidak mahu memberi sebarang komen, namun hakikatnya beliau kini tidak lagi dianggap pemimpin besar Pakatan Rakyat tetapi lebih kepada bangkai hidup yang terpaksa digalas oleh PAS dan DAP.

Anwar tahu PAS dan DAP telah memainkannya dan menikamnya dari belakang, bukan sekali tetapi beberapa kali.

Perasaan saling tidak mempercayai di antara PKR-PAS-DAP diketahui umum.

Anwar dikatakan telah menyatakan secara peribadi kepada beberapa pemimpin PKR yang rapat dengannya, betapa beliau tidak mempercayai DAP dan merasa sangsi terhadap PAS yang gila kuasa.

PAS dan DAP pula tidak mempercayai Anwar dan tidak menganggap bekas Timbalan Perdana Menteri itu individu paling sesuai menjadi PM.

Bagi Karpal dan Nik Aziz, PKR adalah parti yang membawa paling banyak masalah kepada mereka.

Sebagai parti carca marba dan paling kecil dari segi jumlah kerusi dalam parlimen (setelah lima ahli parlimennya melompat jadi anggota bebas), PKR pula mempunyai nafsu paling besar untuk menerajui Pakatan Rakyat dan seterusnya membolot jawatan PM dengan mengenepikan PAS dan DAP.

PAS dan DAP pula tidak mungkin berdiam diri kerana mereka berfikir sebagai parti yang lebih besar, lebih lama dan lebih tersusun organisasi serta disiplinnya, hak menjadi PM seharusnya jatuh kepada mereka.

Bekas senator dan mantan Naib Presiden DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim, secara sinis membayangkan senario di mana Anwar, Lim Kit Siang (mungkin juga Karpal) dan Abdul Hadi Awang (atau Nik Aziz) akan bergegas ke Putrajaya untuk menuntut jawatan PM sekiranya Pakatan Rakyat menang.

Akhirnya kata Tunku Aziz lagi, negara akan terjerumus dalam krisis yang amat serius disebabkan perebutan jawatan tersebut yang bukan sahaja menjadi impian Anwar, malah juga Kit Siang dan Abdul Hadi.

Gambaran ini tidak mustahil berlalu melihat kepada insiden rusuhan yang berlaku semasa Bersih 3.0.

Pembangkang akan melakukan apa sahaja termasuk memporak perandakan negara yang aman dan makmur ini tanpa rasa bersalah sedikit pun.

Sanubari pemimpin pembangkang dipenuhi dengan cita-cita politik rakus dan kepentingan masing-masing.

Bagi mereka rakyat hanya tunggangan yang digunakan untuk meraih undi dan sokongan, dan akan dicampak ketepi pabila mereka sudah menikmati kuasa.

Namun impian Anwar mahupun Karpal atau Nik Aziz untuk mengecapi jawatan PM hanya mainan mimpi di siang hari atau lebih tepat 'syok sendiri'.

Daripada sokongan yang semakin melonjak kepada pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai PM, rakyat sedari awal sudah membuat keputusan bahawa mereka mahukan permata bernilai bukannya kaca tiruan.

Wednesday 23 May 2012

Mesti baca!!! Punca Kes Liwat Anwar Tertunda Lebih 60 Kali Terjawab

Kes Liwat Anwar yang membabitkan Saiful Bukhari telah berakhir dengan kejutan pada 9 Januari tahun ini, iaitu setelah lebih 60 kali atau lebih 3 tahun tertangguh jika dikira dari tarikh laporan polis dibuat.

Ketika kes masih berjalan, ramai yang tertanya-tanya apakah drama atau permainan yang sedang dimainkan oleh pihak pengamal undang-undang Malaysia? Mana tidaknya, jika kes jenayah seksual tersebut melibatkan rakyat biasa, pastinya ia sudah lama selesai, lebih-lebih lagi apabila terdapat bukti forensik dan saintifik yang nyata.

Ramai yang mengesyaki bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan keseluruhan perbicaraan apabila pihak pembela dilihat mendapat kelebihan untuk menangguhkan kes dengan berbagai-bagai alasan yang tidak masuk akal dan merapu. Lebih pelik lagi, pihak pendakwa juga tidak banyak menyanggah alasan-alasan yang tidak masuk akal dan merapu itu. Sebaliknya, pihak pendakwa membiarkan saja pihak pembela mempermainkan undang-undang dan seolah-oleh mengejek rakyat jelata yang dambakan keadilan.

Walaupun hujah Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden begitu baik, konklusif, tepat serta layak diberi 'tepukan berdiri', tetapi sikap beliau yang keberatan atau enggan menyanggah strategi licik pembela untuk terus menunda kes membuatkan kita hairan.

Dan apabila peguam Anwar memilih untuk membela diri dengan hujah 'suka-sama-suka', mereka sebenarnya telah membuka ruang untuk pihak pendakwa mengikat terus keputusan berdasarkan undang-undang Malaysia yang mengharamkan aktiviti homoseksual tanpa mengira keadaan suka-sama-suka berlandaskan hak asasi dua orang dewasa yang waras.

Inilah yang dijangkakan oleh rakyat, kecualilah jika rakyat tidak dimaklumkan yang undang-undang ini telah dihapuskan?

Jika alasan penghakiman adalah DNA yang diperolehi dari lokap tidak wajar diterima, maka pihak pendakwa seharusnya berusaha memohon sampel melalui perintah mahkamah bagi mencari keadilan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday 22 May 2012

Muzakarah Pas-Umno : Satu lagi sinetron arahan Nik Aziz.

Belum pun habis sinetron Hudud, kini timbul pula sinetron Muzakarah arahan Nik Aziz. Kedua-dua skrip sinetron ini sama saja iaitu sekejap hendak, sekejap tak hendak dan kemudian salahkan UMNO. Lepas itu, diam sekejap bila disergah DAP, dan salahkan UMNO lagi. Bila pilihanraya makin hampir, timbul lagi dan kemudian salahkan UMNO lagi.

Hudud dan Muzakarah timbul kembali akhir-akhir ini adalah bukti keterdesakan PAS. Dengan maruah yang sudah tiada lagi, PAS bergelut untuk mengekalkan sokongan bagi menghadapi pilihanraya umum kali ini.

Pengumuman Hadi Awang untuk tidak bertanding lagi seolah-olah bukti yang PAS sudah kehilangan semangat, buntu dan kecewa. PAS menjadi mangsa kerakusan dan ketakburan serta kebodohan pemimpin-pemimpin sendiri.

Jika orang Melayu berpecah dua iaitu Melayu PAS dan Melayu UMNO, tetapi PAS itu sendiri berpecah seribu.

Ada yang berkiblatkan Anwar Ibrahim, ada yang berkiblatkan Syiah, Komunis, ada yang masih bermimpi berada di zaman Dato' Asri, ada yang Wahhabi, dan ramai lagi yang buta tuli – tidak sedar Negara Islam telah dibuang dari perjuangan, tidak sedar membontoti belakang peliwat dan tidak kesah menyembah Dewi Murtad dan LGBT, Ambiga Sreevanesan.

Penyokong-penyokong semuanya dibenarkan menyedapkan hati sendiri dengan membuat alasan sendiri dalam mempertahankan mana-mana pendirian atau keputusan parti yang bertentangan dengan keputusan dan pendirian terdahulu, mahupun yang bertentangan dengan Islam.

Melihat kepada kecelaruan PAS ini, bukankah lebih afdal jika PAS duduk bermuzakarah sesama sendiri dahulu daripada bergebang mengacah untuk bermuzakarah dengan UMNO?

Sedangkan, idea muzakarah ini juga nampaknya dibuat tanpa bermuzakarah. Kerana itulah Hadi cakap lain dan Nik Aziz cakap lain pula.

Hakikatnya, PAS telah membangkitkan soal muzakarah minggu lepas dan menegaskan bahawa mereka sanggup bermuzakarah dengan siapa saja termasuk UMNO. Hakikatnya juga, UMNO telah menyarankan yang sama berkali-kali sebelum ini, tetapi ditolak mentah-mentah oleh PAS.

Namun, demi perpaduan ummah UMNO tetap menghulurkan tangan untuk menyambut tangan Nik Aziz kali ini.

Tidak semena-mena, Nik Aziz menarik balik tangannya, manakala Hadi Awang pula menyembunyikan terus tangan di belakang. Lalu, kelihatannya hanya tangan UMNO yang masih terhulur dan dijadikan momokan oleh Nik Aziz konon UMNO yang terdesak terhegeh-hegeh inginkan perpaduan dengan PAS.

Apapun, UMNO telah menjangkakan bahawa PAS hanya 'bermain wayang' dalam soal muzakarah dan tidak terkejut apabila PAS mengenakan berbagai syarat untuk tujuan itu.

Namun, apa yang lebih menyedihkan ialah ketegasan Nik Aziz mempertahankan perpecahan ummah walaupun ketika membincangkan soal muzakarah.

Kata Nik Aziz, muzakarah ini harus berkenaan PAS lawan UMNO dan tentang kenapa UMNO lawan PAS dan bukannya tentang perpaduan malah beliau mengulangi buat kesekian kalinya pendirian untuk tidak sekali-kali menyokong perpaduan ummah antara PAS dengan UMNO.

Jika mengikut kata-kata Nik Aziz maka apa yang disarankan beliau bukanlah muzakarah tetapi debat, iaitu di mana kedua-dua pihak menyatakan pertentangan pendapat dan prinsip masing-masing tanpa berniat untuk mencari jalan perdamaian.

Justeru, apa yang dapat penulis sarankan ialah, tepuk dada, tanyalah iman. Apakah wajar seorang Ulama, Tok Guru atau Mursyid bermati-matian menentang perpaduan ummah? Malah mempersendakan usaha ke arah perpaduan?

Untuk itu, kita jangan sekali-kali lupa akan pesanan Rasulullah S.A.W tentang kewujudan Ulama Suk (Ulama jahat) di akhir zaman:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah s.w.t. berfirman kepada mereka: "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)";- (Riwayat Tirmidzi).

AnakBD: Seperti yang diduga ianya hanya taktik untuk tarik perhatian rakan pakatan lain.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday 18 May 2012

Sokong transformasi Najib, Tunku Aziz kata tak setuju cara politik Anwar...

Orang yang Lim Kit Siang penah gelarkan 'Towering Malay' aka 'Melayu Terbilang',  Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, pada Jumaat berkata kepimpinan Datuk Seri Najib Razak harus disokong dan patut diberi peluang dan masa bagi menjayakan program transformasi yang sedang dilaksanakan.

Bekas Naib Pengerusi  DAP yang bertindak keluar parti itu Isnin lalu kerana mempertahankan prinsipnya menentang demonstrasi BERSIH pada 28 April lalu, sekali lagi mengulangi pandangannya bahawa program transformasi yang dimulakan Perdana Menteri adalah baik untuk negara.

"Apa yang Perdana Menteri buat sekarang ini adalah betul, jadi kita kena sokong dia... Proses dari segi definisinya pun kena ambil masa sikit.

"Proses bukan produk...produk boleh keluar terus, awak pergi Tesco boleh beli," katanya sambil menegaskan ini termasuk usaha pentadbiran Najib untuk menambah baik proses demokrasi negara.

Diminta pandangannya sama ada kepimpinan Najib akan mendapat sokongan rakyat pada pilihan raya umum akan datang kerana perubahan yang sedang dibawanya, Tunku Aziz berkata:

"Saya bukan penganalisa politik dan tidak mahu membuat spekulasi. Tapi proses, kena bagi masa, bagi peluang. Dulu kita dok jerit itu, ini, kerajaan tak buat itu dan ini, sekarang kerajaan dah dengar...itulah saya kata tak payahlah lagi lah nak buat protes...nak buat BERSIH 4.0...mahu apa lagi."

Beliau berkata, tunjuk perasaan diadakan untuk menarik perhatian dan mempertingkatkan kesedaran orang ramai.

"Awak fikir kerajaan tak nampak apa rakyat hendak...98 peratus yang protes nak tukar undang-undang itu ini, tapi yang dua peratus tu...mereka itu ada agenda lain...mereka buat kacau," katanya.

Beliau merujuk kepada tindakan parti politik pembangkang tertentu yang dikatakan "merampas" tunjuk perasaan itu daripada badan bukan kerajaan yang menganjurnya dan dikatakan bertanggungjawab mencetuskan huru-hara pada hari itu sehingga beberapa anggota polis dan orang awam mengalami kecederaan.

Beliau turut menolak perlantikkannya sebagai fellow di Intitut Pulau Pinang seperti yang diwar-warkan DAP, dan menyifatkan tawaran tersebut "tidak masuk akal".

Ditanya pendapatnya mengenai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tunku Abdul Aziz berkata sejak beliau menjadi kolumnis untuk akhbar The New Sunday Times, beliau memang tidak bersetuju dengan cara politiknya dan pernah menulis artikel bertajuk "Stop the theatrics Anwar, let the Malaysian get on with their life".
-Agenda Daily

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 17 May 2012

Buku Jingga Lebih Utama dari Al-Quran?

                                   
                                          
Terbukti sudah isu hudud hanyalah gimik politik PAS sekadar untuk 
mengabui mata masyarakat Islam demi kepentingan politik kepartian.
Bab sembang secara teori boleh kata semua pemimpin PAS dari bawah 
hingga atas cukup gah bercakap seolah-olah hari ini juga hudud 
akan dilaksanakan.

Itu teori, tapi bila masuk bab praktikal semuanya hancur manakan tidak, 
jawatankuasa teknikalnya hingga kini pun tak pernah selesai di susun 
dan satu mesyuarat pun tak pernah dibuat.

Terbaru, Presiden PAS, Hadi Awang sekali lagi nak tunjuk jaguh dalam isu 
hudud tapi sayangnya kejaguhannya hanya bertahan sehari dua saja. 
Sekali kena herdik dengan Karpal Singh terus tunduk malu nak angkat muka.

Melihatkan si Presiden dah layu kena herdik, mulalah dua tiga kerat 
pemimpin muda PAS nak tunjuk hebat konon nak pertahankan maruah parti
sambil menegaskan hudud akan dilaksanakan juga nanti jika PR memerintah.

Cara pemimpin-pemimpin muda PAS bercakap dah macam ayam berkokok tahi 
sendiri lekat di ekor. Macamlah kerusi Parlimen yang akan PAS tandingi 
nanti melebihi 150 kerusi dan menang minima 120 kerusi parlimen bagi 
membolehkan PAS menguasai pembentukan dasar PR jika mengambil alih 
pemerintahan.

Realitinya, PAS hanya mampu angkat muka seketika untuk tunjuk juara, 
tak sempat penyokong PAS nak kembang dada rasa bangga, datang Anwar
Ibrahim panggil semua kepala-kepala pembangkang akhirnya habis
mesyuarat,keputusannya Buku Jinggay juga yang jadi rujukan utama PR.

Kata Anwar semua parti pembangkang dalam PR akan kekal berpegang 
pada konsesus persetujuan pada 28 September 2011 yang menetapkan 
Buku Jinggay sebagai dasar bersama.

Ringkas kata, apa sahaja situasi dan apa saja strategik PAS untuk 
menarik semula undi Melayu Islam yang makin jauh dari PAS kot 
manapun mesti tertakluk pada Buku Jinggay yang menetapkan tiada 
tempat untuk perlaksanaan hudud.

Akhirnya jadilah PAS macam ayam jantan kokok berderai-derai tapi tahi
lekat di ekor sendiri, dulu sekali sekala bolehlah PAS gebang isu 
hudud untuk menarik perhatian khalayak Melayu Islam tapi sekarang nak
sembang saja pun dah tak boleh sebab risau pengundi Cina DAP pula yang
lari dari PR.

Dulu PAS tuduh UMNO lebih mendaulatkan perlembagaan negara berbanding 
Al-Quran sekarang tuduhan tersebut dah jadi boomerang kena atas muka
PAS pula apabila Buku Jinggay kini dah macam kitab suci lebih diutamakan
dan bernilai tinggi berbanding Al-Quran.

Wednesday 16 May 2012

Panazz!! Pembongkaran kezaliman 42 tahun pemerintahan UMNO/BN 1970 - 2012

Mesti baca! Bukti kezaliman 42 tahun UMNO dari tahun 1970 sehingga 2012! 

Pendapatan kasar Negara tahun 1970 RM12.75 billion sekarang RM830 billion.
Pendapatan Per Kapita tahun 1970 RM1,070 sekarang RM29,225.
Kadar Kemiskinan tahun 1970 – 49.3% sekarang 3.8%
Bilangan sekolah tahun 1970 – 5,109 buah sekarang 10,019 buah.
Bilangan universiti tahun1970 – 3 buah sekarang 59 buah
Bilangan Hospital tahun 1970 – 126 buah sekarang 376 buah
Purata Jangka Hayat tahun 1970 - 63.6 tahun sekarang 74.1 tahun
Pelaburan asing tahun 1970 – RM212 juta sekarang RM32.9 billion.
Populasi tahun 1970 10.9 juta sekarang 28.4 juta

Kematian bayi bagi setiap 1000 kelahiran hidup tahun 1970 - 39.4 orang sekarang cuma 7 orang
Jumlah subsidi setahun RM33 billion.
Bermakna setiap rakyat mendapat secara purata RM7,560 setahun subsidi seorang..tua muda dan pelbagai kaum.
Itu belum masuk BRIM, KRIM, PRIMA, BBIM, KARISMA, KlIM, SLIM, SARA1, Menu Rakyat....whoaaa...letih tangan mahu taip.
NKRA..7 bidang keberhasilan wa tak mahu tulis. Terlalu banyak... lu orang cari sendiri...

Dari sudut sukan, Petronas F1, LIMA, Le Tour De Langkawi, Monsoon Cup, Sukan Komanwel, CIMB Asia Pacific Golf, Maybank Malaysia Open Golf

GLC spt Tabung Haji , Felda , Felcra ..., PNB, , PERKIM , , KLCC, Penang Bridge, KLIA, Putrajaya, Plus Highway , Telekom, TNB, POS Malaysia, Maybank, CIMB, Proton, Perodua, Modenas, Petronas dan puluhan lagi hasil kerajaan diterajui UMNO
Ditubuhkan pulak Baitulmal, Mahkamah syariah , Pusat tahfiz, Universiti Islam, PERBANKAN ISLAM,

Wujudkan sekolah khas untuk anak yatim , Rumah anak2 yatim, rumah warga emas, bantuan kepada fakir miskin , subsidi baja kepada petani , subsidi diesel kepada nelayan woooo ...jahat sungguh kerajaan !

Ahli tetap OIC , Salurkan bantuan kepada Mujahideen Bosnia , Mujahideen Afghanistan , beri bantuan kepada jabatan agama Bosnia [melatih dan mengajar mufti ] .. ,
wooooooo ... kejamnya kerajaan ! pehh,kezaliman bertimpa2:)
Itu pasai satu dunia sudah cakap. BN kerajaan paling berjaya didalam dunia..

Kami tidak akan menghina org yang buruk.. kita hina org yang bagus... kita makan burger 2 bijik setiap sorang sampai kenyang, kita salahkan umno... kenapa kalo makan mesti kenyang... cubala kalo lepas makan kita kesejukan ke?? kita dah boring asal makan kenyang...

Ya Allah kejamnyeeee........ takutnya aku, badan aku ni sampai kering kontang la UMNO tak bg makan.... duduk pun x bebumbung, x skolah anak2 aku, UMNO tak pernah buat skolah, yang ade pun untuk anak2 UMNO aje, yang dapat Bonus pun geng2 UMNO aje, yang dapat durian runtuh pun UMNO2 aje, yang dapat kerjapun orang2 umno jer… mmg kroni betul la.... kenapa KEJAM sangat nihhh.....!!!! semua salah umno kejam sangaat kerajaan ni….

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday 15 May 2012

POLEMIK NEGARA ISLAM PAS-DAP AKAN KUBURKAN PAKATAN

Nampaknya setiap kali hampir demam pilihan raya, isu negara Islam akan timbul semula.

Yang menjadi karektor dalam adegan polemik isu negara Islam ialah PAS sebagai protaganis atau pelopor dan DAP yang menentang atau antagonis.

Setiap kali PAS membuka mulut cuba menghidupkan impiannya untuk membentuk Daulah Islamiyah a ala acuan politiknya, DAP akan segera menghentam.

Lebih dua dekad lalu semasa kedua-dua parti masih menjadi seteru ketat politik, Karpal Singh mencabar pemimpin PAS supaya 'langkah mayatnya dahulu' jika berani menampilkan cita-cita perjuangan mereka.

Kini perkelahian mereka masih berterusan; yang berbeza hanya kedua-duanya kini menjadi rakan kongsi dan kawan baik dalam Pakatan Rakyat.

Terkini, Karpal yang sudah menjadi Pengerusia Kebangsaan DAP mengkritik Presiden PAS, Abdul Hadi Awang kerana bercakap mengenai cita-cita PAS mahu menubuhkan negara Islam.

Abdul Hadi berkata sekiranya parti itu menjadi rakan kongsi terkuat dalam kerajaan pusat apabila memerintah kelak, impian itu akan menjadi realiti.

Malah PAS mahu meminda Perlembagaan Persekutuan untuk merealisasikan cita-citanya itu.

Bagi DAP, negara Islam versi PAS akan bermakna berkuburnya parti yang memperjuangkan slogan 'Malaysian Malaysia' - satu perjuangan yang hanya berlandaskan kepada konsep rasisme Cina.

PAS dan DAP hanya bersatu di dalam Pakatan Rakyat atas peranan pujukan PKR yang diterajui Anwar Ibrahim.

Tanpa Anwar, tidak mungkin PAS dan DAP akan duduk semeja apatah lagi tidur sebantal.

Dengan masalah dalaman  melanda PKR yang semakin parah dan kucar kacir, ia tidak lagi mampu menjadi simen yang mencantumkan perkahwinan antara PAS dan DAP.

Tambahan lagi, Anwar yang dibebankan dengan skandal seks songsang berpanjangan tidak mungkin dapat mempertahankan maruah,  moral dan kredibilitinya sebagai pemimpin Pakatan Rakyat.

Mungkin api persengketaan dapat diredakan pada permukaannya tetapi perkelahian PAS-DAP adalah seperti api dalam sekam yang akan membakar seluruh Pakatan Rakyat dalam masa terdekat.

Setelah lima wakil parlimen PKR melompat menjadi anggota bebas dalam Dewan Rakyat, PKR tidak lagi menjadi blok terbesar dalam pakatan pembangkang.

Jawatan Anwar sebagai Ketua Pembangkang dalam Parlimen hanya dikekalkan sebagai tanda hormat PAS dan DAP, tidak lebih daripada itu.

PAS dan DAP muncul sebagai dua parti yang lebih kuat daripada PKR.

PKR dilihat sebagai parti ang tidak boleh diharap untuk memimpin pakatan pembangkang kerana kualiti pemimpin-pemimpinnya yang lemah serta tidak kukuh prinsip perjuangan.

Maka dalam pertembungan PAS-DAP kali ini dalam isu negara Islam, mereka mungkin tidak mendengar lagi nasihat Anwar, dan tidak mustahil mengambil haluan masing-masing.

Lagi pun PAS berpendapat mereka tidak lagi memerlukan PKR untuk terus berkuasa di Kedah dan Kelantan, sementara DAP yakin kekal memerintah di Pulau Pinang dan beranggapan pengaruhnya melebihi PKR di Sabah dan Sarawak.

Natijahnya, akan berlaku perebutan kuasa hebat antara PKR, PAS dan DAP menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti.

Mimpi gah mereka untuk menawan Putrajaya hanya akan tinggal mimpi dan fatamorgana yang semakin pudar dan akhirnya lenyap.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday 14 May 2012

Hari Belia Negara 2012 sediakan 500 aktiviti menarik #HBN2012



7 hari menjelang Hari Belia Negara yang bertemakan Himpunan Jutaan Belia 2012 yang menyediakan sebanyak 500 aktiviti ini turut mendapat kerjasama dan penglibatan pelbagai pihak termasuk Kementerian, Jabatan dan agensi kerajaan, swasta serta badan bukan kerajaan (NGO). 


Karnival yang akan berlansung pada 23 Mei - 27 Mei 2012 ini dibahagikan kepada beberapa segment antaranya ialah  











dan banyak lagi.. Untuk aktiviti lanjut klik #HBN2012

JOM KITA MERIAHKAN HARI BELIA NEGARA 2012!!!









Nizar insaf, terima tawaran masuk UMNO???






Benarkah Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin sudah bertaubat dengan segala perbuatan fitnahnya lantas mula membuat pertimbangan untuk berjuang bersama pemimpin UMNO?
Malah, semalam beliau dilihat menghadiri ceramah anjuran UMNO di Tualang Sekah, Kampar di mana Nizar muncul secara tiba-tiba sambil tersengih-sengih macam kerang busuk seperti tidak pernah melakukan sebarang fitnah ke atas parti itu.

Kejadian seumpama ini pertama kali berlaku.
Mungkin kerana pemimpin meroyan jawatan ‘Menteri Besar’ itu sudah mula mendapat hidayah dan menggunakan ceramah terbabit untuk mengimbau kembali segala kesalahan, tuduhan dan fitnah yang pernah dikeluarkan oleh beliau.
Apa tidaknya, ceramah berkenaan yang bertajuk ’NIZAR PEMBOHONG BERSIRI’ mampu mengenang kembali betapa banyaknya fitnah dan segala pembohongan yang pernah dilakukan oleh pemimpin parti ISLAM  Semalaysia (PAS) ini.
Nizar dengan beraninya naik dan duduk di atas pentas pada ceramah yang berlangsung.
Lebih menarik, Nizar lebih rela berceramah di pentas UMNO daripada menghadiri ceramah Pakatan Rakyat yang sepatutnya beliau hadir kira-kira 100 meter dari situ.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda BN Perak, Khairul Azwan Harun turut menyuarakan keterbukaan UMNO dalam menerima keinsafan Nizar serta pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang lain sekiranya mereka benar-benar telah mendapat hidayah.

Katanya, Nizar sepatutnya menjemput rakan-rakan sekapalnya yang lain bagi membolehkan pihak Umno mencuci otak mereka yang tidak sedar-sedar dari segala perbuatan terkutuk.

“Eloklah jika benar dia sudah bersedia untuk menyertai kita tapi bukankah lebih bagus kalau Nizar bawa sekali rakan-rakan yang sering menyokong fitnah dan pembohongan yang beliau lakukan,” katanya.
Hadir sama pada ceramah berkenaan ialah Exco Kerajaan Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri  Kota Tampan, Datuk  Shaarani Mohamad; Ketua UMNO Bahagian Kampar, Datuk Radzi Manan dan pegawai pejabat Perhubungan UMNO Negeri Perak , Hanafiah Man.

Pada kejadian sekitar jam 9.45 malam itu, Nizar tiba-tiba naik dan duduk di kerusi Hanafiah yang kebetulan sedang memberi ceramah dan kemudiannya  duduk di sebelah Radzi.
Ketika itu, Nizar yang masih bangga dengan kehadirannya ke ceramah anjuran UMNO kemudiannya dihentam bertubi-tubi oleh Hanafiah yang juga merupakan Pengerusi War Room Umno Perak.
Mungkin panas telinga dengan segala pembongkaran yang dilakukan oleh UMNO, Nizar kemudiannya pasrah dengan gelodak hati sendiri iaitu mengutamakan kuasa dan pangkat dari segala hal.
Beliau kemudianya beredar dari kawasan itu sekitar 10 minit kemudian.
Perangai Pelik dan Jelik Nizar semakin menjadi-jadi sejak hilang jawatan Menteri Besar yang disandangnya selama 11 bulan dulu mmemang sudah menjadi bahan bualan ramai di Perak.
Inilah yang dinamakan gila meroyan. Dan atas sebab itu ada di kalangan masyarakat yang mula mengelarnya sebagai ‘Pak Lawak PAS’.

Ceramah Bongkar : Benarkah Pas itu Islam?? dan Benarkah Umno tolak Islam??

Ceramah Bongkar : Benarkah Pas itu Islam?? dan Benarkah Umno tolak Islam??

Oleh Ustaz Hj. Kamal Bin Saidin (Peg. Khas Agama Menteri Besar Neg Terengganu)

Tarikh : 14 Mei 2012 (Isnin)
Masa : 8.45 malam
Tempat : Perkarangan Rumah kediaman Tn.    
        HJ. Abd. RashiD bin Abd Manan
        Kg. Seri Perkasa, Hutan Melintang

Semua dijemput hadir!!

Disaster For PAS In Kelantan


Most PAS leaders still think that Kelantan is the main arch for them, the people would die for them and that the rise of UMNO can never hurt them and loyalty of rakyat towards Nik Aziz as the greatest PAS leader.
Least that is what they are saying to rakyat through their endless ceramah.
Lets look at these two examples which happened in about a little more than a month. These examples would show how PAS shackled their supporters especially among Kelantanese voters to vote for them.
In May 12, 2012 in Pasir Puteh, Kelantan, former Selangor PAS Commissioner,  Dr Hasan Ali in one of his roadshow series managed to attract more than 3,000 people which were mostly PAS supporters at Pasir Puteh.
Even though a few banners and posters that tells the time and venue of the ceramah went missing a couple of days before the event, it still went with great success.
Meanwhile, a ceramah that was attended by PAS's Vice President, Mat Sabu, a person that usually attracts least four to five thousand people in his events, other PAS leaders as well, has now gone sour among Kelantanese supporters.
In March 29, 2012, Mat Sabu and a few Pasir Puteh PAS's leaders  organized a ceramah at the Pasir Putih District hall but the attendance was quite sad. It was only around 30 people.
This is quite rare considering that usually their ceramah would gain at least 100 people, except for UMNO states.
Even when Nik Aziz was going through his dark days he would get at least 5,000 people compared to 10,000 regulars, but Mat Sabu managed to break the record as the first PAS leader who had 30 people listening in his ceramah.
3,000 and 30 is a huge gap. A big disaster for PAS Kelantan especially we are getting near towards the 1th General Election. This is one of the signs that shows that PAS is dying and they would be facing tough challenge for the coming election in Kelantan.
There are a few things that we need to bear in mind. The signs of declining supports to PAS Kelantan is getting clearer since their close win in Manek Urai election a few years ago, followed by the red wave in the election at Galas which brought PAS down about more than a year and a half ago.
And what had happened at PAS's briefing ceremony in Pasir Puteh in March was just the sequel of the decline that PAS is facing through now. If this goes on, things would be very bad for PAS and Nik Aziz.
It is not impossible that in the coming GE, result of PAS Kelantan might just change. Even if they could stay in Kelantan, it might face the situation in 2004 where they barely rule the state.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday 12 May 2012

Selamat Ulang Tahun UMNO Ke-66

Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-66 disambut dengan begitu bersemangat dan meriah hari ini.  Stadium Bukit Jalil yang mempunyai kapasiti 100,000 penuh sesak sehingga tidak cukup tempat duduk.  Tidak salah jika dikatakan bahawa sambutan ini adalah yang paling bersemangat dan hebat sejak berakhirnya era pemerintahan Ayahanda Tun Dr. Mahathir Mohamad.  

Petikan lirik lagu UMNO iaitu, 'UMNO terus mara' adalah tepat untuk menggambarkan perjuangan parti yang banyak berjasa ini.  Walaupun dicabar, ditentang dan diasak dari luar, dari dalam dan sejak dahulu sehingga sekarang, UMNO kekal tegak berdiri memikul amanah agama, bangsa dan negara.  

Jika pembangkang masih enggan mengakui akan kekuatan UMNO, maka mereka harus berfikir sekali lagi selepas menyaksikan perhimpunan raksaksa ini.      

Tetapi, kita yakin bahawa pembangkang sebenarnya cukup maklum akan kekuatan UMNO dan kerana itulah mereka perlu mengadakan BERSIH, perlu mempersoalkan sistem pilihanraya, perlu menggembar-gemburkan kisah pengundi hantu dan sebagainya untuk dijadikan alasan apabila kalah dalam pilihanraya nanti.  

Kerana itulah juga mereka tidak jemu-jemu berusaha menjatuhkan UMNO melalui jalan belakang bagi mengelak dari melalui pilihanraya.  

Begitu jelas sekali bahawa sokongan terhadap pembangkagn tidaklah sekuat laungan fitnah yang mereka lemparkan terhadap kerajaan.   Malah, perhimpunan BERSIH 3.0 yang ditaja oleh zionis, di mana peserta-peserta diberi bayaran juga hanya mampu mengumpul lebih kurang 25,000 orang sahaja.   Itupun setelah dicampur dengan kumpulan penentang Lynas dan penyokong LGBT yang menyasarkan musuh yang sama iaitu UMNO.  

Justeru, di manakah yang dikatakan kekuatan pembangkang?   Di dalam laman sosial di internet sajakah?   Kenapakah penyokong-penyokong tegar di internet itu tidak mampu dikumpulkan secara tersusun untuk turun berdemonstrasi ketika BERSIH 3.0?  Apakah mereka tidak cukup bersemangat?  Atau tidak cukup keyakinan?  Atau pengecut?   Atau bayaran yang diberi oleh pihak pembangkang/BERSIH terlalu rendah?  

Jawapannya ialah kerana penyokong mereka tidak seramai mana.  Segelintir yang ada itu pula pondan-pondan, pengecut dan pak-pak turut belaka - konon ingin berjuang tetapi terhegeh-hegeh meminta simpati apabila cedera.    Kerana itulah BERSIH 3.0 gagal dan kerana itulah juga pembangkang bakal kalah lagi dalam pilihanraya kali ini.

Walaubagaimanapun, kita wajar mengucapkan terima kasih kepada pembangkang kerana kita percaya, semangat yang memuncak dan kesedaran yang meningkat di kalangan golongan atas pagar yang diterjemah dalam sambutan ulang tahun UMNO hari ini adalah sedikit sebanyak berpunca dari sikap dan kelemahan pembangkang sendiri, terutamanya dalam penganjuran BERSIH 3.0.  

Sesungguhnya, sifat pembangkang yang sentiasa bergelumang dengan skandal dan suka melakukan kerosakan, memudahkan kerja UMNO.  Jika pembangkang perlu melakukan penipuan dan memfitnah seperti memalsukan gambar dan mereka-reka cerita tentang keburukan pemimpin UMNO, UMNO pula tidak perlu berbuat begitu.  UMNO hanya perlu tunggu dan lihat sahaja bagaimana pembangkang 'membunuh' diri mereka sendiri secara perlahan-lahan.  

Itulah bezanya parti yang berjasa dengan parti yang hanya tahu bercakap.   Manusia yang banyak bercakap selalunya akan lebih banyak berbuat silap.  Begitu jugalah dengan pembangkang yang saban hari kerjanya adalah bercakap, berkempen dan berceramah.   Semakin lama semakin banyak yang mereka tersasul dan semakin teruk mereka merapu.  

UMNO pula tidak perlu bercakap banyak dan hanya bercakap bila perlu.  Selebihnya UMNO bekerja untuk rakyat dan untuk negara.  

Hari ini, kita bertuah dapat menyaksikan UMNO bangkit kembali dari kecederaan dan terus mara menuju pilihanraya demi agama, bangsa dan negara!  Hidup UMNO! Hidup Melayu!  Allah selamatkan Malaysia!

Thursday 10 May 2012

500,000 DIJANGKA HADIRI SAMBUTAN ULANG TAHUN UMNO KE 66 TANPA MEROSAKAN HARTABENDA AWAM





Kira-kira 500,000 orang dijangka menghadiri sambutan ulang tahun ke-66 UMNO di Stadium Nasional Bukit Jalil mulai Jumaat hingga Ahad ini dengan penuh so[an santun tanpa merosakkan harta benda dan mencederakan pihak Polis.

Berbeza dengan pakatan rakyat yang menganjurkan perhimpunan haram Bersih, mereka lebih suka berarak, menyusahkan orang lain, menjahanamkan hartabenda orang lain, memukul polis dan seterusnya membuat tuduhan dan fitnah kepada pihak polis.



Anda tidak dapat melihat perkara jijik seperti di atas berlaku semasa perhimpunan sambutan UMNO ke-66 hari ini. Perlakuan di atas ini hanya dilakukan oleh monyet-monyet Ambiga sahaja.

Acara kemuncak ialah perhimpunan raksasa anggota parti selain pelbagai aktiviti, termasuk sambutan Hari Ibu dan kejohanan futsal.

Sambutan ulang tahun UMNO, yang bertemakan ‘UMNO Pembela Rakyat’, berlangsung selama 13 hari, bermula 1 Mei lepas.

Hasil Tarbiyah Nik Aziz: Bekas Ahli PAS Murtad


                                                                             

Penulis terjumpa sebuah blog yang amat mengganggu fikiran, iaitu blog Kelab Murtad DiMalaysia (http://kelab-murtad.blogspot.com).  Blog tersebut bertujuan menyatukan semua rakyat Malaysia yang murtad, bekas Muslim dan Muslimah serta bukan Islam ke arah satu matlamat iaitu untuk menggerakkan semua rakyat Malaysia yang membenci Islam dan berhasrat untuk menghapuskan Islam, setiap mahkamah Syariah dan juga kesemua 9 Raja-raja Melayu bagi menubuhkan negara sekular, Republik Malaysia. 

Pemilik blog berkenaan mengenalkan dirinya sebagai Hassan bin Mohamed Ali, bekerja dalam sektor kerajaan, beralamat di Selangor dan bekas Ahli PAS, parti Islamofasis di Malaysia.  Menurut beliau, dia berhasrat untuk menghapuskan Islam sepertimana Mustafa Kamal AttaTurk dengan memisahkan Islam dari Negara Turki sama seperti konsep memisahkan gereja dari Negara Kristian.  

Entah untuk apa blog ini dibuat kita tidak tahu.  Jika niatnya hanya untuk memprovokasi dan melagakan Melayu dengan Melayu atau Islam dengan Islam, ia adalah sedikit keterlaluan dan tidak akan berkesan.  

Tetapi jika beliau benar-benar menulis dari hatinya, dan berkata benar mengenai identitinya maka kita ingin mengucapkan Tahniah kepada PAS kerana berjaya mentarbiyah ahlinya sehingga menjadi murtad.  
 
Mungkin jurublog ini antara manusia yang masuk PAS kerana benar-benar menyangka yang PAS itu Islam.  Maka setelah melihat betapa buruknya tingkah laku pemimpin PAS yang sanggup menutup mata atas kesalahan rakan-rakan sendiri yang berzina, berkhalwat dan sebagainya maka beliau menyangka bahawa itulah ajaran Islam dan Islam itu adalah buruk sekali.  Inilah bahayanya apabila menjenamakan parti atas nama agama di mana semua kesalahan, keburukan dan kelemahan akan memberi impak kepada agama itu sendiri.  
 
Saudara Hassan ini juga adalah produk hasil dari keengganan PAS untuk bertegas menentang isu murtad.  Kerana tegarnya PAS ingin menjaga hati DAP dalam isu murtad, PAS sanggup menyepak keluar aset mereka, Datuk Dr. Hasan Ali seperti seekor anjing kurap.  Bagi mereka, DAP lebih penting dari seorang Hasan Ali dan jika umat Islam ingin murtad, apa masalahnya?  DAP boleh membawa mereka ke Putrajaya dan mereka pula tidak perlukan Hasan Ali untuk membawa mereka ke syurga kerana sebagai ahli PAS, syurga telah pun pasti bagi mereka.  
 
Inilah yang jurublog ini nampaknya terlepas pandang iaitu PAS tidak pernah memusuhi orang murtad.  Malah PAS hari ini  duduk di belakang pejuang murtad tegar iaitu Ambiga Sreevanesan dalam usaha merealisasikan agenda menukar kerajaan kepada kerajaan yang lebih liberal dan menerima murtad.  PAS juga bukan memperjuangkan Islam dan cukup selesa dengan perjuangan DAP untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.  Ini terbukti dengan kenyataan Hadi Awang yang ingin menukar perlembagaan dan membuang Islam sebagai agama rasmi negara. 
 
Justeru, berdasarkan hakikat ini, saudara Hassan wajar berdamai dengan PAS kerana PAS bukan musuh sebenar bagi orang-orang murtad mahupun orang yang memusuhi Islam dan Raja-raja Melayu.

Allah tak redha Pakatan memerintah??


Ibu kepada Azmin Ali,Hajah Che Tom rupanya adalah SB dan perkakas Umno.Itulah tuduhan puak pakatan apabila tersebarnya kenyataan dan video rakaman luahan hati seorang ibu terhadap anak derhaka. Ada yang menuduh ibu Azmin dibayar Umno untuk mengeluarkan kenyataan menghentam pemimpin mereka. Begitu teruk sekali penghinaan yang diberikan kepada ibu malang ini. Beliau hanya meluahkan kekecewaan terhadap anak lelaki beliau .Kecewanya apabila Azmin sanggup mengaku Anwar sebagai darah daging sendiri sedangkan saudara sendiri dihina sebegitu teruk sekali. Manakala Anwar pula menuduh Hajah Che Tom dibayar Umno untuk memburukkan Azmin dan PKR. Agaknya kalau tuhan menghukum Anwar dan Azmin satu hari nanti pasti akan dituduh juga dibayar Umno. Apa jenis manusia yang haprak pakatan sanjung sangat , Ingatlah redha Allah itu terletak pada redha IBU BAPA. Allahua'lam.

Azmin Ali, si Tanggang zaman moden atau mungkin lebih tepat dipanggil si Tonggeng, nampaknya nekad untuk meneruskan permusuhan dengan keluarganya termasuk ibunya.   Ibunya, yang lebih dikenali oleh rakyat Malaysia sebagai Mak Tom sudah buntu dalam usahanya untuk mengembalikan Azmin ke pangkal jalan. 

Kerana itu, sebagai usaha terakhir Mak Tom muncul dalam televisyen, merayu anaknya agar ‘membersihkan’ diri.  Beliau sanggup menanggung malu, berhadapan dengan masyarakat semata-mata kerana mengharapkan anaknya insaf sebelum terlambat. 

Mak Tom tahu dan Mak Tom malu apabila segala kelakuan gelap Azmin, dari segi korupsi, skandal seks mahupun kedayusannya bukan lagi rahsia.  Apatah lagi, dengan tindak-tanduk Azmin sendiri sudah cukup untuk membuktikan bahawa segala tuduhan tersebut adalah benar belaka. 

Sebagai respon kepada tindakan Mak Tom yang muncul di kaca TV, Azmin Ali sebagai seorang politikus tulen membuat kenyataan menafikan yang dia telah berlaku derhaka kepada ibunya.  Namun, saranan Mak Tom agar mengemukakan saman terhadap pihak yang berkenaan serta bersumpah dengan nama Allah untuk membersihkan namanya dari tuduhan skandal seks terbaru langsung tidak diambil pusing oleh Azmin.

Malah, Azmin tergamak menuduh ibunya sebagai dibeli UMNO.  Begitu rendah sekali diletakkan martabat ibu sendiri iaitu sebagai wanita tiada harga diri, tiada maruah dan tiada pendirian.  Azmin seolah-olah meletakkan taraf ibunya sama dayus dan sama murah seperti dirinya yang sanggup berbuat apa saja demi kemewahan. 

Sudahlah Azmin menghancurkan hati Mak Tom dengan bercakap kasar, dan enggan menjenguk beliau sekian lama, kini setelah Mak Tom membuat rayuan terbuka, Azmin bukannya cuba memperbaiki keadaan tetapi menambah lagi penderhakaannya dengan menuduh ibunya sebagai wanita yang boleh dijual-beli dengan wang. 

Tidak cukup dengan itu, penyokong-penyokong Pakatan Rakyat juga turut menghentam Mak Tom, menuduh beliau dengan tuduhan yang sama, iaitu dibeli UMNO. 

Azmin tahu hal ini dan Azmin tidak peduli jika ibunya dihentam atau dituduh apa saja, asalkan beliau dapat terus bersama Anwar dan dapat hidup mewah di samping Shamsidar walaupun isterinya itu bukan miliknya secara mutlak. 

Sampai bilakah drama penafian Azmin ini akan berakhir?   Sampai mati? 

AnakBD : Bersempena dengan sambutan Hari Ibu pada hari Ahad ini, kami dengan rasa rendah hati ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU buat semua ibu-ibu di seluruh
dunia. Jasamu ibu mengandungkan, melahirkan serta membesarkan kami memang tidak dapat kami balas walau dengan segunung intan sekali pun..Semoga Allah sentiasa merahmati mu wahai ibu.
 

Friday 4 May 2012

Hadi Awang: Islam Bukan Agama Rasmi Negara Jika PR Memerintah

Presiden PAS, Hadi Awang nampaknya ingin terus bermain dengan kata-kata dengan menggunakan 'Islam' sebagai kata dasarnya.  

Jika sebelum ini PAS ingin menubuhkan Negara Islam tetapi kemudiannya digugurkan dan ingin menubuhkan Negara Kebajikan seolah-olah di dalam Islam tidak terdapat kebajikan, maka kali ini, Hadi bukan sahaja ingin menukar terma tetapi ingin membuang terus 'Islam' dari perlembagaan jika Pakatan Rakyat ditakdirkan memerintah negara ini.  

Menurut Hadi Awang, ketika merasmikan mesyuarat tahunan Pemuda Pas Terengganu di Kampung Kubang Lembek baru-baru ini, "sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Perlembagaan Persekutuan akan diubah dan Islam tidak lagi akan dijadikan agama rasmi tetapi akan dijadikan 'cara hidup'".  

Menurut beliau, meletakkan Islam sebagai 'agama' di dalam perlembagaan adalah tidak wajar kerana agama hanya merupakan kepercayaan seperti yang dipegang oleh barat iaitu hubungan antara manusia dan Tuhan, tetapi tidak mengambilnya sebagai 'cara hidup'.  

Bagaimanapun, untuk kesekian kalinya, Hadi Awang ditempelak lagi oleh Karpal Singh yang menganggap cadangan Hadi Awang itu sebagai satu tindakan yang tidak tepat.  

Menurut Karpal, "Islam telah diterima di peringkat antarabangsa sebagai agama sejak sekian lama dan Suruhanjaya Reid pasti telah mengambilkira dan mempertimbangkan perkara itu sebelum memasukkannya di dalam Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan."

Karpal juga menegaskan bahawa cadangan itu adalah kenyataan peribadi Hadi dan bukannya pendirian Pakatan Rakyat malah Hadi juga tidak pernah berbincang dengan mana-mana sekutu Pakatan Rakyat mengenai perkara ini.  

Kita faham bahawa Hadi ingin sangat mengambil hati DAP dan PKR dan ingin sangat dilihat sebagai seorang yang berfikiran terbuka agar dapat 'diterima' sebagai setaraf dengan pemimpin-pemimpin DAP dan PKR.  Selama ini, Hadi dilihat sebagai pak turut dan tidak mendapat penghormatan yang sepatutnya dari 'rakan sejawat' dalam PR.  

Mungkin kerana itulah, beliau sanggup membuang kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.  

Namun, keterbukaan yang cuba ditonjolkan Hadi nampaknya tidak menjadi kerana ia dilihat sebagai ancaman pula oleh Karpal yang mewakili DAP.  

Karpal nampaknya dapat melihat kehadapan, di mana sekiranya Islam dijadikan cara hidup, maka orang Cina dan India pasti akan diharamkan dari minum arak dan berjudi serta tentunya tiada lagi jualan makanan tidak halal di seluruh Malaysia.  Sedangkan, arak dan judi dan daging khinzir sudah menjadi sebahagian dari 'cara hidup' mereka.  

Ini bukan kali pertama PAS membuat kenyataan yang bertentangan dengan aspirasi Pakatan Rakyat.   Sebelum ini, isu hudud, arak, judi, Negara Islam dan banyak lagi hukum hakam agama dijadikan isu dan perdebatan antara PAS dengan DAP.   Dan seperti yang kita sedia maklum, dalam semua isu, PAS telah mengalah kepada DAP.  

Cadangan Hadi untuk menjadikan Islam sebagai cara hidup itu sebenarnya baik. Tetapi, antara mengamalkan Islam sebagai cara hidup dan meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara adalah dua perkara yang berlainan sama sekali.  

Andainya Islam tidak tertulis secara sah di dalam perlembagaan sebagai agama rasmi, maka bagaimana kita hendak menjustifikasikan undang-undang menghalang agama lain berdakwah kepada orang Islam?  

Dan di manakah kedudukan kita jika terdapat usaha melarang laungan azan di masjid-masjid?  

Bagaimana pula dengan kuasa untuk memastikan tanda 'halal' atau 'tidak halal' dipaparkan sewajarnya di kedai-kedai yang menjual makanan?  

Hadi mungkin berhujah bahawa halal atau tidak halal tidak lagi menjadi isu jika Islam dijadikan addin dan bukan sekadar agama di Malaysia.  

Namun, bukankah Islam juga menyatakan secara tegas akan hak bukan Islam untuk hidup dengan caranya?   Cara hidup Islam juga bermakna kita tidak boleh memaksa mereka untuk melakukan sesuatu semata-mata untuk menepati kehendak Islam.  

Justeru, jika Islam tidak termaktub sebagai agama rasmi negara ini, di manakah hak dan kuasa kita untuk menuntut bukan Islam menitikberatkan soal tanda 'halal' dan 'tidak halal' dalam produk mereka?  

Sungguh kita tidak faham kenapa seorang Presiden parti Islam sanggup mencadangkan sesuatu yang boleh merugikan umat Islam.  Satu-satunya penjelasan yang ada ialah beliau tidak berfikiran jauh dan tidak mampu menganalisa implikasi dari cadangan yang beliau kemukakan.  

Atau mungkinkah beliau sudah mula terpengaruh dengan fahaman pluralis yang menerima semua agama sebagai sama?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 3 May 2012

Lagi Penipuan Pakatan Rakyat terbongkar!!

Semalam, sebuah laman web pro Pakatan Rakyat, suarapakatanrakyat.com  telah memaparkan beberapa imej yang diambil dari beberapa lokasi dalam negara bagi menggambarkan seolah-olahnya perhimpunan ganas Bersih 3.0 mendapat sokongan rakyat dari serata pelusuk negara ini.


Setelah membuat beberapa penyelidikan, ternyata, semua gambar-gambar tersebut adalah gambar-gambar yang diubah suai menggunakan perisian Photoshop.

Dibawah ini  adalah perbandingan antara gambar sebenar dengan gambar yang telah diubahsuai laman web pro pembangkang tersebut.  Ternyata puak-puak ini semakin terdesak untuk mengangkat demonstrasi ganas itu mendapat sokongan rakyat.


   Georgetown (Palsu)                    Georgetown (Asli)
GEORGE TOWN, PULAU PINANG.jpg     GEORGE TOWN1.jpg

   Johor Baharu (Palsu)                   Johor Baharu (Asli)
JOHOR BHARU, JOHOR.jpg    JOHOR BHARU2.jpg

     Kota Bahru (Palsu)                       Kota Bahru (Asli)
KOTA BHARU, KELANTAN.jpg    KOTA BHARU.jpg

     Kuantan (Palsu)                              Kuantan (Asli)
KUANTAN.jpg    KUANTAN.4jpg.jpg

     Melaka (Palsu)                             Melaka (Asli)
MELAKA.jpg    MELAKA5.jpg


AnakBD : Nampak sangat mereka terdesak untuk mempopularkan BERSIH.


Karnival Kerjaya BN Tawar 100,000 Peluang Kerja

KUALA LUMPUR: Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) kali kedua yang diadakan selama tiga hari bermula 11 Mei ini di Bukit Jalil menawarkan lebih 100,000 peluang pekerjaan untuk direbut khusus bagi lepasan graduan dan mereka yang ingin mencari pengalaman dalam kerjaya sedia ada.

Pengerusi Karnival Kerjaya Pemuda BN 2012, Nazir Hussin Akhtar Hussin, berkata penganjuran acara itu tahun ini tidak hanya memfokus kepada peluang pekerjaan, sebaliknya ia turut mengambil pendekatan holistik khusus dalam pembangunan kerjaya dan peningkatan diri.

"Kami akan memberi fokus kepada semua lapisan masyarakat pada penganjuran kali ini, malah akan memberi khidmat nasihat berhubung peluang pekerjaan ditawarkan.

"Seperti tahun lalu, pencari kerja perlu mengisi maklumat berkaitan secara dalam talian, bagi membolehkan mereka mengenalpasti kekuatan dan kesesuaian terhadap kerja dicari," katanya pada sidang media selepas menandatangani perjanjian persefahaman penganjuran program itu bersama JobsDB Malaysia Sdn Bhd dan RedTone International Bhd di sini, semalam.

Nazir Hussin berkata, pihaknya mensasarkan satu juta pengunjung dan pencari kerja hadir memanfaatkan program itu seperti dicapai tahun lalu.

Beliau berkata, pada penganjuran tahun lalu, lebih 30,000 kerja berjaya diisi melalui temu duga terbuka dijalankan dan jumlah itu dijangka terus meningkat tahun ini.

Sementara itu, Pemangku Pengurus Besar JobsDB Malaysia, Steven Seek, berkata buat pertama kalinya, JobsDB akan menggunakan kaedah padanan kerja melalui lebih 100,000 kerja yang sudah disenaraikan syarikat yang akan menyertai karnival itu nanti.
Katanya, kaedah itu sudah digunakan sebelum ini di Singapura dan amat membantu dalam pencari kerja mendapatkan kerja bersesuaian dengan bidang dan minat mereka.

"Bagaimanapun, laman web khusus penjodoh kerja itu hanya boleh diakses sepanjang karnival itu berlangsung dan tidak boleh diakses melalui laman web biasa JobsDB," katanya. – Berita Harian

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday 2 May 2012

Skandal Seks Azmin : Haji Hadi kata WAJIB dedahkan aib pemimpin.

Jom kita flashback..

Haji Hadi kata WAJIB dedahkan aib pemimpin.
-DetikDaily bertarikh 27 Ogos 2009-

 
Haji Hadi berkata:

"Saya ingin menarik perhatian, dalam pilihan raya kecil di Permatang Pasir sebagai contoh, Umno dan Barisan Nasional mengatakan kita tidak boleh menyebut keaiban seseorang, sedangkan pilihan raya adalah suatu amanah yang besar untuk rakyat memilih pemimpin.

Di mana dalam amanah memilih pemimpin kita wajib mendedah peribadi orang yang hendak dipilih itu, adakah ia seorang yang benar-benar adil, tidak fasik dan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan maruah.

Itu satu tanggungjawab agama yang tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan pahala puasa. Ini jelas diperkatakan oleh ulama-ulama dalam kitab mereka, khususnya dalam perkara yang seperti ini.

Bahkan, dalam perkara saksi di mahkamah, saksi dalam perkahwinan pun kita kena dedahkan peribadi seseorang. Inikan pula untuk memilih wakil rakyat dalam satu kawasan yang mewakili rakyat untuk membuat dasar dalam Dewan Undangan Negeri (Dun).

Maka, ia perlu ditelitikan dalam perkara maruah dan peribadi pemimpin ini."

AnakBD : kalau depa buat tak pa semua Halal..sebagai contoh di atas sewaktu di PRK Permatang Pasir.."WAJIB dedahkan aib pemimpin"..Tapi cuba kalau kita yang buat.."Tak boleh harrrrammmmmmm mendedahkan aib org."Rapla jingga punya Pakatan Haprak..

Sumber : http://penaksj.wordpress.com/

Lagi-lagi BERSIH..?? Ahli Parlimen Bagan Datok teruskan turun padang dekati rakyat..







 Merasmikan Program Sukaneka Perpaduan Zon 5 Simpang 4, Hutan Melintang





Melawat Tapak Tanah Perkuburan Islam Taman Mewah Simpang 4 Hutan Melintang




Menziarahi Jenazah Almarhumah Ibunda Kepada. En Kamarulzaman Badri Ketua Kampung Bharu Timur Hutan Melintang





Menghadiri Jemputan Perkahwinan di rumah Tn. Shafie dan Puan Jama'yah di Taman Bagan Pasir, Selekoh.







Menghadiri Jemputan Perkahwinan kedua di Rumah Tn Hj Juraimi di Kg Sg. Batang, Selekoh


Dalam kesibukan pemimpin-pemimpin pembangkang menyertai demonstrasi BERSIH 3.0 pada Sabtu yang lalu Ahli Parlimen Bagan Datok meneruskan misi turun padang untuk mendekati menyelami masalah setiap lapisan masyarakat di Bagan Datoh.

Sambil berpesan kepada masyarakat Bagan Datoh agar tidak menyertai mana-mana perhimpunan yang boleh merosakkan diri dan negara.










Majlis Perasmian Penutup Hari Keluarga Amanah Ikhtiar Malaysia Di Pekan Selekoh Bagan Datoh


"Untuk mencapai sesuatu kejayaan itu adalah sukar, tetapi lebih sukar untuk mengekalkannya. Untuk mengekalkannya pula ialah dengan istiqomah, marilah kita sama-sama beristiqomah dalam menuju kejayaan dunia dan akhirat." pesan beliau mengakhiri ucapannya dalam salah satu Majlis Perasmian Sukaneka dan Hari Keluarga Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Blok Rungkup.





Lawatan dan pemberian sumbangan kepada Orang Kurang Upaya dan uzur oleh Datin Seri




Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More