Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Majlis Penyerahan Lembu Qurban Sempenan Aidil Adha 1432H

30 September 2011, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Bagan Datoh telah menyerahkan 45 ekor lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di sini. Lembu korban ini diserahkan kepada jawatankuasa Masjid di sekitar Parlimen Bagan Datoh baru-baru ini.

Program Bertemu Nelayan-Nelayan Sekitar Kawasan Hutan Melintang

HUTAN MELINTANG: Nelayan dan pemilik bot pukat tunda tempatan mendakwa hampir muflis akibat terpaksa membayar wang tebusan hampir RM10 juta kepada lanun atau pihak berkuasa Indonesia bagi membebaskan anak kapal atau bot mereka yang dirampas sebelum ditawan di negara jiran.

Program Kecemerlangan PMR 2011 Parlimen Bagan Datoh

Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah menyampaikan Anugerah Kecemerlangan kepada pelajar-pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 Parlimen Bagan Datoh bertempat di Dewan terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abdul Razak.

Pas Rompak RM 100 daripada BR1M

Khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta anggota parti pembangkang yang menerima wang RM500 di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya menderma RM100 kepada markaz PAS bagi membantu mereka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dipersoalkan oleh beberapa pihak sebelum ini.

Jangan Gunakan Institusi Agama sebagai tempat berpolitik-Zahid Hamidi

Bagan Datoh 29 Jan - Ahli Parlimen Bagan Datok Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan guru-guru KAFA agar tidak menggunakan institusi Agama sebagai tempat untuk berpolitik."Kalau nak berpolitik, di luar institusi tak apa" menurut beliau lagi. Guru KAFA merupakan Agen Perubahan Masyarakat dan haruslah bijak menggunakan peluang yang ada untuk mendidik masyarakat dengan menggunakan pendekatan yang berbeza mengikut kehendak semasa.

Majlis Ramah Mesra bersama penduduk Bagan Datoh

Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa untuk bersolat maghrib berjemaah di Masjid Simpang Tiga, Rungkup dan solat isya' di Surau Taman Bagan Pasir.

Sunday 30 September 2012

Bajet Fantasi vs Bajet Realiti : Langkah Tepat Kerajaan Utamakan Golongan Sederhana Dalam Bajet 2013

Rata-rata kedengaran rakyat mengucapkan syukur atas pembentangan Bajet oleh Dato' Seri Najib yang menyeluruh, padat dan tepat. Nampaknya, tiada yang terpinggir dari mendapat perhatian kerajaan iaitu dari golongan miskin dan sederhana serta merangkumi semua golongan seperti pelajar, pekerja, petani sehinggalah OKU, menunjukkan yang ianya dirancang dengan penuh prihatin lagi terperinci.
Seperti yang kita sedia maklum, masyarakat luar bandar dan golongan miskin bandar adalah golongan yang paling 'tercabar' untuk bersaing dalam pembangunan yang begitu yang pesat dan ekonomi yang tidak menentu. Dengan itu, seperti kelaziman, kerajaan tidak pernah melupakan golongan ini dalam pembentangan Bajet tahunan. Rumah-rumah kos rendah dan berbagai program bantuan dan peningkatan pendapatan telah disusun khas untuk golongan ini bagi memastikan kesejahteraan mereka dalam jangka masa panjang.

Namun, hakikat hari ini ialah golongan berpendapatan sederhana iaitu dalam lingkungan RM3,000 – RM5,000 di bandar juga tidak terkecuali dari tekanan hebat peningkatan kos sara hidup. Golongan ini diwakili oleh mereka-mereka yang telah berkeluarga di mana pemilikan hartanah dan pendidikan anak-anak merupakan keutamaan.

Secara dasarnya, sebuah keluarga di bandar memerlukan sekurang-kurangnya dua buah kenderaan untuk memastikan segala-galanya 'berfungsi' dengan baik. Maka, kos bagi dua buah kenderaan dan sebuah rumah selalunya sudah menjangkau separuh dari pendapatan bulanan mereka. Itu belum lagi dikira kos pembantu rumah atau pengasuh, tadika, bas sekolah, kelas agama, tuisyen, keperluan harian serta kecemasan. Selain itu, kos sampingan yang perlu ditanggung mereka secara harian semata-mata untuk bekerja, seperti minyak, tol serta parkir yang tinggi di bandaraya Kuala Lumpur amatlah membebankan.

Dengan pendapatan sebegini, adalah sukar bagi sesebuah keluarga berpendapatan sederhana untuk membuat simpanan atau pelaburan untuk masa depan. Oleh itu, ramai yang memilih untuk berniaga sambilan bagi memastikan ekonomi rumahtangga mereka lebih 'selesa'.

Akibatnya, masa berkualiti keluarga ini amat terhad, di mana masa ibu bapa banyak dihabiskan dalam kesesakan lalu-lintas, bekerja sambilan atau keletihan lalu menyebabkan anak-anak terabai sehingga menyumbang kepada masalah yang lain pula di dalam masyarakat, seterusnya, negara.

Alhamdulillah, nampaknya kerajaan cukup maklum dan sedar akan masalah yang membelenggu golongan ini sebagaimana terbukti dalam Bajet yang dibentangkan semalam. Antaranya, pengumuman mengenai rumah mampu milik sebanyak 123,000 unit di kawasan Sungai Buloh dan Seremban, iaitu kawasan di mana golongan ini tertumpu bagi mengelak kos sara hidup yang tinggi di bandar.

Selain itu, Skim Rumah Pertama yang sebelum ini dibuka kepada mereka yang berpendapatan bawah RM3,000 kini ditingkatkan kepada RM5,000 dengan gabungan pendapatan isi rumah di bawah RM10,000 bagi rumah di bawah harga RM400,000 juga pastinya mensasarkan kepada golongan ini.

Tidak cukup dengan itu, pengurangan cukai pendapatan sebanyak 1% bagi pendapatan RM2,500 – RM50,000 juga dilihat mampu mengurangkan beban golongan berpendapatan sederhana ini.

Perlu diingatkan bahawa golongan berpendapatan sederhana bukan sahaja melibatkan pekerja kerajaan atau kakitangan awam, tetapi juga pekerja-pekerja swasta. Seperti yang kita maklum, pekerja swasta tentunya tidak berpeluang menikmati kemudahan pinjaman perumahan sepertimana kakitangan kerajaan.

Tidak dapat dinafikan bahawa walaupun Bajet yang dibentangkan kerajaan adalah menyeluruh iaitu melibatkan golongan petani, pelajar, kakitangan kerajaan, polis, perubatan, tentera sehinggalah kepada peniaga dan korporat, tetapi ramai yang terlepas pandang akan golongan pekerja swasta. Oleh itu, pekerja swasta telah biasa merasa terpinggir dalam pengumuman Bajet oleh kerajaan.

Namun, dengan skim atau program perumahan yang dibentangkan dalam Bajet semalam, pekerja swasta kini boleh sama-sama tersenyum dan berterima kasih kepada kerajaan kerana turut berpeluang menikmatinya.

Justeru, tidak salah jika dikatakan bahawa Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri adalah bajet yang terbaik, tepat dan lengkap. Pembangkang boleh menuduhnya sebagai Bajet Pilihanraya atau apa saja, tetapi apakah salahnya Bajet Pilihanraya sekiranya ia berasaskan kemampuan sebenar setelah diambilkira maklumat kewangan yang tepat?

Bukannya seperti Bajet Alternatif yang disediakan dengan menggunakan imaginasi semata-mata di mana hasilnya ialah bajet khayalan yang tidak masuk akal dan mampu mengbankrapkan negara.

Jadi, bukankah seratus kali lebih baik bagi rakyat untuk memilih kerajaan yang membentangkan Bajet Pilihanraya daripada memilih pembangkang yang berkhayal sambil mencanangkan Bajet Imaginasi?


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday 28 September 2012

Anwar yang berangan jadi PM, bentang bajet Liberal?

Kerana terlalu ingin menjadi Perdana Menteri sebelum mati, Anwar Ibrahim sentiasa memainkan peranan sebagai Perdana Menteri apabila saja berpeluang. Jika Dato' Seri Najib mengadakan program mesra rakyat dan meninjau keadaan rakyat, maka beliau pun ingin berbuat yang sama dengan mendekati rakyat sambil meninjau pengangkutan awam seperti LRT.

Jika Dato' Seri Najib ke sana ke mari dengan pengawal peribadi dan menaiki jet peribadi maka beliau juga ingin menjalani kehidupan yang sama. Dan yang paling hebat ialah walaupun belum menjadi Perdana Menteri, Anwar ingin sekali membentangkan bajet seperti seorang Perdana Menteri.

Kerana itu, walaupun Anwar tidak punya akses kepada maklumat terperinci kewangan negara bagi melayakkannya membentangkan bajet secara tepat, itu tidak menghalang beliau untuk terus melakonkan watak Perdana Menteri dan turut membentangkan bajet. Beliau juga menyatakan hasrat ingin mengadakan debat dengan PM berkaitan Bajet negara, persoalannya siapa Anwar Ibrahim untuk berdebat dengan PM, hebat sangat ke Anwar Ibrahim sewaktu menjadi Menteri Kewangan dahulu dan sekarang sebagai penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor, hebat sangat ke ekonomi Selangor?

Kerana tidak berdasarkan maklumat yang perlu, maka kita tidak perlu pun mendengar pembentangan Anwar kerana sudah pasti Bajet yang dibuat 'di atas angin' adalah Bajet Tong Kosong. Untuk sesiapa mempercayai dan menaruh harapan kepada bajet sebegini, amatlah menyedihkan.

Namun, yang menjadikan kita agak berminat untuk mendengar Bajet Alternatif ini ialah kerana sifat parti PR itu sendiri yang tidak sepakat. Kita ingin melihat apakah 'rupa' bajet yang berdasarkan prinsip Islam, Malaysian-Malaysia dan juga liberal.

Dan seperti yang dijangka, tiada apa-apa yang lebih 'Islam' dari BN dalam bajet PR. Sebaliknya, ia lebih mengutamakan golongan kaya dan berada walaupun kelihatan seolah-olah membantu yang miskin dan sederhana. Pendek kata, ia lebih menepati konsep Malaysian-Malaysia dan liberal.

Tiada peruntukan yang digariskan untuk mengekang pertumbuhan pusat-pusat maksiat. Tiada juga peruntukan khas bagi mengatasi masalah murtad yang berpunca dari kemiskinan walaupun masalah ini adalah meruncing di Selangor, iaitu negeri yang diperintah PR. Malah, kelihatan seolah-olah tiada langsung 'input' dari pihak PAS dalam bajet ini.

Selain itu, perancangan PR untuk menghapuskan cukai korporat hanya akan membebankan rakyat biasa kerana akan terpaksa membayar harga yang lebih tinggi untuk satu-satu perkhidmatan dan barangan. Seperti juga perancangan untuk menurunkan harga dan duti eksais kereta di mana ia akan menjejaskan kos pengeluaran dan pemasangan dan lain-lain di mana menyebabkan negara mungkin terpaksa mengimport barangan dari negara lain.

Akhirnya, yang akan terjejas adalah vendor-vendor Melayu yang dilahirkan oleh syarikat automobil nasional, selain syarikat automobil nasional itu sendiri. Jika ini berlaku, ia bukan sahaja melibatkan beribu-ribu pekerja tetapi juga, industri automobil nasional dan maruah negara sekali gus.

Jelas, bahawa bajet yang dibentangkan PR adalah tidak menyeluruh, tidak patriotik dan tidak membawa kebaikan untuk jangkamasa panjang terutama untuk membantu bumiputera.

PR berkali-kali menekankan bahawa Bajet tersebut adalah bersifat adil untuk semua kaum dan ungkapan ini dengan sendirinya membawa makna kesamarataan total iaitu yang menjadi tunjang Malaysian-Malaysia idaman DAP. Sedangkan, kita tahu bahawa kesamarataan total tidak akan membawa keadilan kepada semua kerana hakikat pegangan ekonomi di Malaysia adalah berat sebelah kepada satu kaum iaitu Cina.

Dengan tiadanya mekanisme khusus untuk mengukur tahap sifat perkauman seseorang, adalah sukar untuk kita memastikan bahawa kaum Melayu, India dan lain-lain tidak didiskriminasi oleh kaum yang lebih berkuasa dalam persaingan kek ekonomi ini.

Kita faham bahawa PR ingin menekankan kelemahan dasar kerajaan yang memberi bantuan kepada bumiputera yang dianggap mereka sebagai diskriminasi yang bertulis. Tetapi, PR telah mengabaikan dan menafikan hakikat yang lebih serius yang membelenggu masyarakat Malaysia hari ini iaitu diskriminasi yang tidak bertulis dalam persaingan di sektor swasta dan perniagaan yang dikuasai kaum Cina.

Kesimpulannya, Bajet PR adalah Bajet Liberal yang terbuka dan tidak mengambil kira keadaan sebenar majoriti rakyat. Tetapi, apa yang nak dihairankan kerana pembentangan Bajet PR bukanlah untuk rakyat, tetapi sekadar untuk 'mencabar' BN. Itu saja.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

#Budget2013 : Rakyat Tersenyum..


BR1M 2.0 RANGKUMI BANTUAN KEPADA INDIVIDU BUJANG 21 TAHUN KE ATAS

KUALA LUMPUR, 28 Sept  -- Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelaksanaan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) buat kali kedua, dengan kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, yang akan menerima bantuan RM250. 
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bantuan yang dikenali sebagai BR1M 2.0 itu melibatkan peruntukan RM3 bilion dan mula dibayar awal tahun depan itu akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang.
Beliau berkata bagi memudahkan pelaksanaan, penerima sebelum ini tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua, manakala pemohon baru boleh mendaftar mulai November ini secara online atau datang sendiri ke kaunter di Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara. 
"Hakikatnya bantuan kepada isi rumah dan individu bujang ini bukanlah satu langkah populis, malah manifestasi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan mampu mengurus kewangan negara dengan berhemah," katanya semasa membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat di sini.
BR1M 2.0 merupakan susulan kepada BR1M tahun ini yang menyaksikan kerajaan persekutuan memberi bantuan RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah, yang dimanfaatkan oleh 4.3 juta isi rumah, yang membabitkan peruntukan kerajaan menjangkau hampir RM2.16 bilion.
Selain BR1M, kerajaan turut menampilkan beberapa lagi langkah bagi membantu meringankan bebanan rakyat seperti pengenalan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dan banyak lagi.
Perdana Menteri berkata kerajaan akan memperuntukkan RM386 juta untuk membuka 57 lagi KR1M di Sabah, Sarawak dan Labuan dalam usaha menyeragam harga barangan keperluan di kawasan itu dengan Semenanjung Malaysia, di sampingmerendahkan lagi harganya.
Beliau berkata secara umum harga barangan keperluan di kawasan itu adalah lebih mahal berbanding di Semenanjung Malaysia disebabkan kos penghantaran dan pengagihan yang tinggi, dan kerajaan menampilkan pelbagai inisiatif bagimenanganinya termasuk Program Penyeragaman Harga, pemberian subsidi pengangkutan dan pembukaan kedai KR1M.
Najib berkata kerajaan juga akan menanggung kos penghantaran produk dari Semenanjung Malaysia ke Sabah, Sarawak dan Labuan, termasuk penghantaran ke kawasan pedalaman 
"Sebagai contoh di Ba'Kelalan, Sarawak, gas memasak 14 kg setong dijual pada harga RM70. Dengan program penyeragaman harga, gas memasak itu boleh dibeli hanya dengan harga RM26.60 setong," katanya.
Najib berkata bagi BB1M pula, program itu akan diteruskan kepada setiap penuntut Institusi Pengajian Tinggi dan pra-universiti dengan nilai baucar ditingkatkan daripada RM200 kepada RM250, dan langkah itu melibatkan peruntukan RM325 juta dan memanfaatkan 1.3 juta penuntut di seluruh negara.-- B


Berikut juga merupakan antara lain yang dibentangkan dalam #Budget2013

*Bonus Kakitangan Awam 1Bulan Setengah Gaji-Sebelum Aidilfitri- Disember dan Januari 2013


*Rebat RM200 pembelian HP 3G Untuk Gaji bawah RM3000( 21-30)

*BR1M diteruskan RM500 Diteruskan
*Bantuan Persekolahan RM100 Diteruskan
*Baucar Buku RM250- Sebelum ini RM200
*BR1M RM250 Bagi Golongan muda Bujang 21 Tahun Keatas
*Pencen Minima naik kepada RM820 Mulai 1Jan

uari 2013
*Insentif Pesara Kerajaan RM500 (Bayar pada Disember)
*Bakal2 haji yang mencarum dalam KWSP boleh keluarkan simpanan mereka daripada Akaun 2 untuk tampung kos kerja haji
*SkimRumah Pertamaku,had pendapatan dinaikkan kpd RM5 ribu
*Tambahan 10,000 ahli Pasukan Sukarelawan Polis dan pemasangan 496 unit CCTV di 25 buah Pihak Berkuasa Tempatan





AnakBD: Rakyat tersenyum tapi puak-puak yang sebelah sana panas telinga, panas bontot, panas hati..semua panas la..Teman pun tak faham pemikiran diorang ni..apa sahaja yang kerajaan lakukan unutk kebaikan rakyat tetap dipandang jelik oleh mereka..agaknya mereka memang suka melihat rakyat hidup lebih sengsara, dengan cara tu dapat la mereka melobi undi..mereka susah hati kalau Malaysia ni maju, aman, dan rakyatnya senang. Mereka juga akan lakukan apa sahaja demi memerintah negara..berhati-hatilah wahai saudaraku..sekali tersilap langkah takkan dapat undur kembali.. 

Kembali kepada pembentangan bajet2013 harap rakyat dapat menjalinkan kerjasama dengan kerajaan dalam merealisasikan apa yang telah dirancang demi bersama menjana kemajuan ekonomi keluarga dan negara.Pada akhir ucapannya juga Perdana Menteri turut mengingatkan bahawa "'Pujangga bermadah bumi mana yang tidak ditimpa hujan gading mana yang tidak retak. Kerajaan BN tidak bebas dari kekhilafan".

 Manusia hanya merencana, Allah jua merencana Justeru marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah SWT agar apa yang telah dirancangkan akan berjalan dengan lancar dengan izinNya.

Wallahualam..

Thursday 27 September 2012

Kenapa perlu Boikot Old Town White COffee Kopitiam??


Berita yang baru aku dapat malam tadi secara tak sengaja kawan seorang ini bercerita pasal kawan dia dan beberapa pekerja Old Town menghantar surat berhenti kerja kerana tindakan Ngeh Koo Ham yang menghina Islam baru-baru ini.
Terkejut juga aku bila dapat tahu sebab setahu aku anak-anak muda Melayu Islam yang kerja kat kedai kopi Cina tu selalu buat tak kisah atau buat bodoh je sebab tak menjejaskan mereka langsung.
Tapi ni lain pula jadinya. Seperti sudah tersedar dari lena yang panjang tentang rasisnya seorang pemimpin DAP.
Apa-apa pun tahniah kepada yang sudah berhenti kerja dari kedai kopi Cina yang memang tidak halal tu. Kepada yang belum berhenti bila lagi?
Banyak lagi kedai kopi yang korang boleh kerja beb. Cina rasis tu bukanlah yang menentukan rezeki korang.

sumber jawabernam

Sebelum ni pun cik CT pernah dengar isu berkaitan status HALAL yang diragui terhadap makanan yang disediakan di Old Town White Coffee milik YB Ngeh ni..

Namun isu ini kembali hangit baru-baru ini apabila status HALAL OTWC ni menjadi persoalan semula dan persoalan tersebut diajukan oleh Armand Azha SAM1M, namum persoalan itu dijawab dengan herdikan dan hinaan oleh YB Ngeh.. ini jawapannya


Pertanyaan Dan Minta Penjelasan Bukannya Serangan
Bagi Pengetahuan Rakyat Khususnya Beragama Islam



Isu Sijil Halal Old Town White Coffee Kini Kembali Panas, Bila Saya Menanyakan Soalan Saya Pada YB Ngeh Koo Ham Di Laman Twitter. Saya Menanyakan Soalan tersebut Atas Dasar Tanggungjawab Saya Sebagai Seorang Islam.
Tetapi Yang Pelik Nya Ada Segelintir Penyokong2 Politiknya Marah Saya Menanyakan Soalan Tersebut. Setahu Saya , Soalan Tersebut Bukan Pun Bentuk Serangan Tapi Lebih Daripada Mahukan Penerangan. -Armand Azha






Berikut merupakan sijil HALAL yang telah dianugerahkan kepada OTWC kopitiam didalam websitenya sini, ternyata produk2 yang disenaraikan sebagai halal terdiri daripada sebahagian sahaja minuman yang disajikan...

bagaimana dengan makanan-makanan yang lain?? kenapa tidak 100% HALAL? selain itu juga makanan-makanan di sana banyak disajikan atau disediakan oleh golongan bukan Islam..

Bukan propaganda politik semata-mata, juga kerana sifat ke'Racist'an pemiliknya..tapi apa yang Cik CT harapkan umat Islam diluar sana agar lebih peka dan prihatin akan status ke'HALAL'an premis-premis yang menyediakan makanan kerana ini adalah tanggungjawab kita yang terbesar dan Mencari Yang Halal itu Fardhu bagi umat Islam

Allahu'alam..



- CT Cybertrooper

Belanjawan Pembangkang Tidak Munasabah




Pakar ekonomi menyifatkan bajet bayangan yang dikemukakan pakatan pembangkang semalam sukar dilaksanakan kerana ia menggugat kestabilan pasaran, selain menjejaskan perolehan kerajaan.

Cadangan menghapukan tol dan menurunkan cukai kereta kepada 20 peratus, potongan cukai eksais secara mendadak juga tidak sesuai ketika ketidaktentuan ekonomi global.

Mereka berpendapat cadangan itu dilihat 'mesra rakyat' tetapi persoalannya sejauh mana ia boleh dilaksanakan tanpa menjejaskan pasaran dan pertumbuhan ekonomi negara.

Ketua Ekonomi Kumpulan RAM Holdings Bhd, Dr Yeah Kim Leng berkata cadangan penghapusan tol PLUS dan dua konsesi lain dalam masa yang singkat sukar dilakukan kerana ia memberi kesan negetif kepada pendapatan kerajaan.

Cadangan menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pula tidak munasabah kerana pinjaman pelajaran diperlukan untuk membantu rakyat mendapat pendidikan di peringkat lebih tinggi.

Katanya, pinjaman adalah saluran yang relevan untuk digunakan oleh pelajar yang menghadapi masalah kewangan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

"Adalah tidak munasabah untuk menghapuskan pinjaman pelajaran. Pembiayaan berkesan yang disediakan untuk pelajar yang layak mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) sejajar dengan hasrat kerajaan bahawa tidak ada pelajar yang gagal memasuki IPT atas sebab-sebab kewangan," katanya.

"Jika dilihat dari sudut sosial, ia tidak adil kepada pelajar yang sudah membuat pembayaran balik pinjaman mereka dengan penghapusan pinjaman itu," katanya.

Ketua Ekonomi Alliance Research, Manokaran Mottain juga berpendapat tidak wajar menghapuskan pinjaman kepada pelajar kerana ia mengundang kepada peningkatan sikap kebergantungan kepada subsidi kerajaan.

Beliau berkata pergantungan kepada subsidi kerajaan adalah tidak positif bagi perkembangan ekonomi negara. 

"Apa yang sepatutnya perlu dilakukan adalah melanjutkan tempoh bayaran balik pinjaman sehingga pelajar mempunyai pekerjaan," katanya. 

Ketua Penyelidikan dan Perundingan Kluster Ekonomi dan Kewangan, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Shazali Abu Mansor, pula berkata penghapusan pembiayaan pelajaran dan tol bersifat terkebelakang dalam proses merangka kemajuan negara.

Penghapusan memaksa kerajaan mencari pendapatan bagi menampung perbelanjaan, di samping wujud masalah seperti pengurangan tenaga kerja, penurunan kualiti infrastruktur jalan serta sekatan mendapat akses pendidikan tinggi.

"Dengan sumber negara terhad, kerajaan tidak mamapu menampung sektor yang memerlukan belanja besar seperti pembinaan infrastruktur dan pendidikan.

"Jadi mereka perlu memaklumkan sumber pendapatan bagi menampung kos kerana penghapusan tol dan pinjaman pelajaran akan menyebabkan perbelanjaan kerajaan semakin tinggi," katanya.

Penganalisis politik, Prof Ahmad Atory Hussain, berkata penghapusan pembiayaan PTPTN hanya mengurangkan semangat daya saing pelajar, di samping membebankan kerajaan kerana terpaksa mendirikan lebih banyak IPT awam bagi memberi akses pendidikan percuma.

Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rafiee pula berpendapat penghapusan kedua-duanya akan menyebabkan perbelanjaan bagi sektor lain seperti perkhidmatan, kesihatan, pendidikan dan pelaburan mungkin terjejas.

Jika semua pelajar memilih IPT awam kerana mahu mendapatkan pendidikan percuma, ramai mungkin tidak berpeluang menyambung pelajaran peringkat lebih tinggi. -BH

Bajet Alternatif 2013: Satu Lagi Pembohongan Anwar


Pada tahun 2012 kerajaan pusat membentangkan Belanjawan negara berjumlah RM232.8 billion,
dan PR pula hanya memperuntukkan hanya RM220 walaupun setelah mengambilkira segala
perbelanjaan yang termaktub dalam janji-janji syurga ala fantasi untuk rakyat.
Tahun ini, seperti biasa, PR bergegas untuk mendahului kerajaan dalam membentangkan bajet
2013. Bajet Fantasi PR untuk 2013 pula memperuntukkan RM233 billion dengan kadar defisit
sekitar 3.5% berbanding 4.4% pada pembentangan 2012.
Nampaknya Anwar Ibrahim terus yakin yang rakyat mudah diperdaya dengan janji-janji manis
yang tidak masuk akal dengan membentangkan janji-janji ‘tambahan’ di dalam Bajet Alternatif
2013 Pakatan Rakyat. Beliau nampaknya tidak serik apabila janji-janji dalam Buku Jingga
diketawakan kerana jika ditunaikan, ianya hampir pasti menyebabkan negara muflis dalam masa
dua tahun sahaja.

Kita sedia maklum bahawa Anwar Ibrahim itu mukanya tebal. Jika tidak cukup tebal, tidak
mungkin beliau sanggup ke hulu ke hilir sedangkan satu dunia telah menonton dirinya berbogel
dan beraksi di atas katil. Mungkin Anwar sudah terlalu biasa berbohong dan sudah tidak malu
lagi apabila pembohongannya terkantoi, seperti kegagalannya menunjukkan jam omega.
Kerana itu, Anwar dengan bangga membentangkan Bajet Alternatif PR yang digarapkan
dalam mimpi atau fantasi para pemimpin PR. Bajet Fantasi ini disediakan tanpa memerlukan
maklumbalas dan kajian terperinci dari Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kastam, Dewan-dewan
Perniagaan dan lain-lain badan yang berkenaan sepertimana yang perlu dilakukan oleh sesebuah
kerajaan bagi memastikan ianya praktikal dan tepat. Sebaliknya, Bajet Fantasi PR hanya
memerlukan sumbangan idea dari ahli-ahli politik PR semata-mata.

Sebenarnya, kita tidak perlu melangkau jauh untuk menilai kredibiliti Bajet Fantasi PR 2013
iaitu sama ada ia benar-benar mampu membawa kesejahteraan kepada semua terutama rakyat
biasa. Tetapi, cukup bagi kita untuk mengkaji impak dari satu perkara sahaja dari pembentangan
Bajet 2012 parti itu, iaitu penghapusan subsidi korporat seperti IPP, kepada rakyat keseluruhan.
Secara dasarnya, penghapusan subsidi korporat akan menyebabkan peniaga menanggung kos
yang lebih tinggi. Oleh itu, untuk memastikan perniagaan mereka kekal untung dan terus maju,
para peniaga ini perlu menaikkan harga barangan. Justeru, yang bakal menanggung kesan dari
penghapusan subsidi korporat akhirnya adalah pengguna, yakni rakyat biasa.
Namun, Anwar telah menjanjikan yang harga barangan tidak akan naik walaupun subsidi
korporat dihapuskan dan perbelanjaan kerajaan bertambah berdasarkan janji-janji manis yang
ditabur. Malahan, dalam Bajet yang sama juga, Anwar tidak pula membentangkan pelan
penjanaan pendapatan kerajaan untuk menampung semua kos tambahan yang dipindahkan ke
bahu kerajaan itu.

Sebaliknya, Anwar hanya menjanjikan penjimatan wang dengan cara menghapuskan korupsi
dan meningkatkan kecekapan dalam pentadbiran tanpa mampu menjelaskan cara dan jangkaan
jumlah yang dapat dijimatkan. Selain itu, Anwar juga membayangkan Petronas sebagai satu-
satunya sumber pendapatan tanpa memikirkan kesannya di masa panjang.
Jelas, apa yang dibentangkan Anwar untuk tahun 2012, adalah tidak menepati hukum ekonomi,
tidak logik dan merbahaya untuk negara.
Ekonomi bukan matematik mudah yang letaknya tetap dan tidak berubah. Ekonomi itu berbentuk
rangkaian yang berkait antara satu sama lain dan berterusan yang mana seorang graduan
Pengajian Melayu seperti Anwar mungkin sukar untuk memahaminya.

Sesuatu kos hanya boleh berpindah dari satu pihak ke pihak lain tetapi tidak boleh dihapuskan
terus. Justeru, Anwar tidak boleh menjanjikan pengurangan kos kepada satu pihak tanpa
menyebabkan pihak lain menanggung bebannya. Jika kerajaan menyerap semua kos yang
melibatkan peniaga dan pengguna sekali gus maka kerajaan pasti akan bankrap dalam masa yang
singkat. Begitu juga jika peniaga menyerap kos dari dikenakan kepada pengguna atau kerajaan
maka perniagaannya akan pasti tidak akan maju atau mengalami kerugian.
Dan nampaknya, sehingga pembentangan Bajet Fantasi 2013 ini, Anwar masih belum dapat
memahami ekonomi dengan baik. Kerana itu, beliau menambah lagi gula ke dalam janji-janji
sedia ada dalam Buku Jingga ke dalam Bajet Fantasi ini, antaranya kenaikan gaji anggota polis
sebanyak 5 peratus dan kenaikan gaji kakitangan perubatan sebanyak 20 peratus.
Antara janji di dalam Buku Jingga ialah:

Perkara
RM (Billion)
Penghapusan tol
50
Wifi percuma
1.2
Royalti minyak utk negeri pengeluar
12.5
Pendapatan minima isi rumah RM4,000
93.9
Menurunkan harga kereta
8
Pendidikan percuma
18.5
Elaun guru RM500 sebulan
2.4
Jumlah
206.5

Dan ini belum lagi diambilkira pemberian langsung kepada rakyat seperti bonus warga emas,
elaun suri rumah dan lain-lain lagi.
Pada 2012, peruntukan belanjawan kerajaan pusat ialah RM232 billion tanpa menjanjikan apa
yang termaktub dalam Buku Jingga PR. Sedangkan janji Buku Jingga PR sahaja sudah mencecah
RM206.5 billion tanpa mengambil kira janji-janji lain, janji-janji tambahan serta kos sedia ada.
Justeru, apakah rakyat boleh mempercayai Bajet Alternatif PR 2013 ini?
Apakah PR sedar bahawa ekonomi dunia berada di dalam keadaan goyah dan tidak menentu.
Keadaan dijangka semakin buruk pada tahun hadapan. Ini bermakna harga minyak dan barangan
akan terus meningkat dan kerajaan tidak akan mampu untuk terus menyerap kos bagi pihak
rakyat tanpa meletakkan ekonomi negara dalam risiko yang besar.
Walaupun kerajaan pusat dijangka membentangkan ‘Bajet Pilihanraya’ yang akan
menggembirakan rakyat tetapi kita pasti ia tentunya berpijak di bumi nyata iaitu mengambilkira
keadaan ekonomi global. Ini kerana kerajaan pusat mempunyai tanggungjawab ke atas rakyat
dan negara untuk memastikan kesejahteraan dan kemakmuran yang berterusan.
Sedangkan Pakatan Rakyat tidak mempunyai tanggungjawab terhadap rakyat dan negara
termasuk negeri yang diperintah mereka sendiri. Malah, mereka juga sering enggan
bertanggungjawab walaupun untuk memikul kesalahan sendiri.
Justeru, Anwar mampu membentangkan Bajet Fantasi yang melangkaui realiti ekonomi global
dan semasa. Malah, Anwar mampu berkata apa saja kerana sesungguhnya fantasi tidak punya
had dan peraturan.

Dan itulah realitinya hidup Anwar, iaitu beliau boleh merealisasikan segala fantasi liarnya –
dengan Chinadoll, lelaki muda, isteri orang dan siapa saja. Jika beliau berfantasi ingin menaiki
jet peribadi dan ingin hidup bagai seorang Ketua Negara, beliau boleh melakukannya.
Tetapi, ingatlah bahawa rakyat bukan hidup dalam fantasi liar Anwar Ibrahim, tetapi di bumi
nyata yang memerlukan kita bekerja dan bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, agama,
bangsa dan negara. Kerana itu, Bajet Fantasi PR perlu ditolak kerana ia bakal membawa kita ke
neraka.

#Budget2013 Temuramah Ekslusif : "Budget ini bukan Budget Pilihanraya " - YB DS Dr Ahmad Zahid Hamidi

 Rata-rata rakyat Malaysia begitu teruja ingin mendengarberita baik yang akan disampaikan pada pembentangan #Budget2013, dan semua berharap agar Budget yang akan dibentangkan pada tahun ini akan lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu. Budget2013 yang akan disampaikan oleh YAB Perdana Menteri pada petang ini..

 "Budget ini bukan Budget Pilihanraya, tetapi budget untuk menyelesaikan masalah bagi semua lapisan masyarakat " - YB DS Dr Ahmad Zahid Hamidi 

Ikuti selanjutnya temuramah eksklusif Teh Tarik YB bersama YB DS Dr Ahmad Zahid Hamidi  mengenai Budjet 2013 ..


Dengar temuramah selanjutnya : klik sini

Monday 24 September 2012

Tanpa Anwar, Terbukti Perhimpunan Jadi Aman

Tanggal 21 September 2012 yang lepas, umat Islam dari seluruh negara telah berhimpun secara aman di pelbagai lokasi sebagai bantahan terhadap filem Innocecence Of Muslims yang telah menghina agama Islam dan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Di ibukota Kuala Lumpur, dua perhimpunan dijalankan serentak - satu di perkarangan Masjid Kampung Baru yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO manakala satu lagi dilangsungkan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak.

Perhimpunan yang bermula selepas solat Jumaat itu ternyata telah berlangsung dalam keadaan tenteram dan aman tanpa sebarang kejadian tak diingini walaupun kehadiran peserta mencecah ribuan orang.

Agak menarik untuk diperkatakan apabila kelibat Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang juga adalah Ketua Pembangkang tidak kelihatan di mana-mana lokasi perhimpunan pada hari itu. Anwar tidak berada di Jalan Tun Razak dan tidak juga menghadiri himpunan di Kampung Baru.

Di Pulau Pinang, negeri tumpah darahnya juga bayang Anwar langsung tidak nampak sekalipun beberapa himpunan jalanan di sana telah menggabungkan hadirin yang terdiri dari pelbagai parti politik.

Pelik bukan? Tatkala kesucian agama Islam dan imej baik Nabi Muhammad s.a.w dirobek oleh musuh Islam melalui filem Innocence of Muslims, Anwar pula mengambil sikap mengasingkan diri dari menyertai sebarang perhimpunan membantah penghinaan tersebut.

Tidak diketahui sama ada Anwar sengaja tidak menyertainya kerana tidak mahu berhadapan dengan risiko dana asing dari Yahudi Zionis untuk kempen pilihanrayanya dipotong atau sebaliknya, sukar untuk ditentukan misterinya.

Sedangkan selama ini, reputasi Anwar cukup terkenal sebagai antara pemimpin politik yang tidak pernah melepaskan peluang merangka demonstrasi dan menyertai pelbagai perhimpunan jalanan.

Malah sejak dekad 1970-an semasa dirinya masih bergelar pelajar Universiti Malaya (UM), nama Anwar sudah sinonim sebagai pelopor demonstrasi dan himpunan jalanan termasuklah pernah menggemparkan negara dengan isu rekaannya konon ada penduduk di daerah Baling, Kedah yang mati kebuluran.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday 8 September 2012

Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kalabakan

YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO berkesempatan merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kalabakan hari ini walaupun jadual tugasan rasminya terlalu ketat. Turut menyertai mengiringi YB Dato' Seri Naib Presiden ialah rombongan UMNO Bahagian Bagan Datoh seramai hampir 60 orang. YB Dato Seri juga akan berkesempatan merasmikan mesyuarat perwakilan Bahagian Tawau dan Sempoerna esok. AnakBaganDatoh Online berkesempatan menyertai rombongan ini utk melihat sendiri kehebatan seorang tokoh anak Bagan Datoh di dalam politik Tanah Air.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More