Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Sunday 29 January 2012

Jangan Gunakan Institusi Agama sebagai tempat berpolitik-Zahid Hamidi


Bagan Datoh 29 Jan - Ahli Parlimen Bagan Datok Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan guru-guru KAFA agar tidak menggunakan institusi Agama sebagai tempat untuk berpolitik."Kalau nak berpolitik, di luar institusi tak apa" menurut beliau lagi. Guru KAFA merupakan Agen Perubahan Masyarakat dan haruslah bijak menggunakan peluang yang ada untuk mendidik masyarakat dengan menggunakan pendekatan yang berbeza mengikut kehendak semasa.

" Guru KAFA juga merupakan agen masyarakat, kalau mereka betul orang akan ikut, kalau salah pun orang akan ikut." oleh itu beliau juga berharap agar mereka menjalankan peranan dan tanggungjawab dengan sebaik mungkin dalam mendidik masyarakat.

" Saya memang tidak boleh paksa sekiranya anda berbeza pendapat, berbeza fahaman politik tetapi saya berharap demi Agama, Bangsa dan Negara marilah kita bersatu kerana negara inilah yang akan diwariskan kepada anak cucu kita, dan jangan kerana kesilapan kita mereka yang terpaksa terima balasan serta perlu membayarnya dengan harga yang mahal". Ucap beliau lagi semasa merasmikan Program Transformasi Minda Guru-Guru KAFA yang dihadiri kira-kira 200 orang guru KAFA daerah Hilir Perak di Dewan Peladang Simpang Tiga di sini.



Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More