Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Majlis Penyerahan Lembu Qurban Sempenan Aidil Adha 1432H

30 September 2011, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Bagan Datoh telah menyerahkan 45 ekor lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di sini. Lembu korban ini diserahkan kepada jawatankuasa Masjid di sekitar Parlimen Bagan Datoh baru-baru ini.

Program Bertemu Nelayan-Nelayan Sekitar Kawasan Hutan Melintang

HUTAN MELINTANG: Nelayan dan pemilik bot pukat tunda tempatan mendakwa hampir muflis akibat terpaksa membayar wang tebusan hampir RM10 juta kepada lanun atau pihak berkuasa Indonesia bagi membebaskan anak kapal atau bot mereka yang dirampas sebelum ditawan di negara jiran.

Program Kecemerlangan PMR 2011 Parlimen Bagan Datoh

Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah menyampaikan Anugerah Kecemerlangan kepada pelajar-pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 Parlimen Bagan Datoh bertempat di Dewan terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abdul Razak.

Pas Rompak RM 100 daripada BR1M

Khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta anggota parti pembangkang yang menerima wang RM500 di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya menderma RM100 kepada markaz PAS bagi membantu mereka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dipersoalkan oleh beberapa pihak sebelum ini.

Jangan Gunakan Institusi Agama sebagai tempat berpolitik-Zahid Hamidi

Bagan Datoh 29 Jan - Ahli Parlimen Bagan Datok Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan guru-guru KAFA agar tidak menggunakan institusi Agama sebagai tempat untuk berpolitik."Kalau nak berpolitik, di luar institusi tak apa" menurut beliau lagi. Guru KAFA merupakan Agen Perubahan Masyarakat dan haruslah bijak menggunakan peluang yang ada untuk mendidik masyarakat dengan menggunakan pendekatan yang berbeza mengikut kehendak semasa.

Majlis Ramah Mesra bersama penduduk Bagan Datoh

Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa untuk bersolat maghrib berjemaah di Masjid Simpang Tiga, Rungkup dan solat isya' di Surau Taman Bagan Pasir.

Thursday 12 September 2013

Anugerah Inovasi Sektor Awam Peringkat Kebangsaan 2013.



Anugerah Inovasi Sektor Awam 2013 Di Teluk Intan

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) 2013 bagi mengiktiraf inovasi dan pencapaian cemerlang sektor awam dalam empat bidang pengurusan utama akan diadakan di Arena Square, Teluk Intan, Perak Khamis.


Majlis disempurnakan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa itu bertemakan 'Mencabar Kemustahilan, Mencipta Keunggulan', menyeru penjawat awam untuk menyingkap tirai keterasingan dan memecah tembok kemustahilan yang menghalang pelaksanaan perkara yang melangkaui norma.

Menurut kenyataan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) Rabu, penganugerahan untuk empat bidang pengurusan utama ialah Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Pengurusan Kewangan, Pentadbiran Daerah dan Tanah, dan Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan.

Proses pengenalpastian dan penilaian calon-calon bagi empat kategori tersebut dilaksanakan oleh panel penilai yang diterajui oleh empat agensi iaitu:

Mampu bagi Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT);

Kementerian Kewangan bagi Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK);

Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri bagi Anugerah Inovasi Pentadbiran Daerah dan Tanah (AIPDT); dan

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT).
                                                             sumber : Shahril

Pemenang bagi setiap kategori anugerah akan menerima ganjaran wang tunai RM300,000, trofi dan sijil penghargaan.

AISA merupakan anugerah peringkat kedua tertinggi dalam struktur pengiktirafan sektor awam selepas Anugerah Inovasi Perdana Menteri.

-- BERNAMA

Thursday 9 May 2013

PRU-13 Tidak Adil: PR Perlu Bubarkan Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor

Seperti yang telah dirancang berbulan-bulan lalu, perhimpunan membantah keputusan PRU-13 pun diadakan semalam di Stadium Kelana Jaya.  Stadium yang berkapasiti 25,000 tempat duduk itu dianggarkan memuatkan seramai 40,000 dengan 15,000 lagi duduk di atas padang.      Beberapa kawasan terutama di bahagian belakang masih terdapat ruang tetapi ditutup dengan bendera-bendera bagi memperlihatkan stadium seperti sesak.  Seperti biasa, media pro-pembangkang pula melaporkan kehadiran sehingga 200,000 tanpa mengambil-kira logik angka berbanding kapasiti stadium.       Laporan juga menunjukkan bahawa 80% peserta himpunan terdiri dari anak-anak Cina dan hanya 20% dari kaum lain termasuk Melayu.  Kita yakin tidak semua yang hadir itu adalah dari golongan yang terpedaya bahawa benar-benar berlaku penipuan undi dalam PRU kali ini.  Kita yakin bahawa sebahagian besarnya, cukup maklum bahawa tiada penipuan yang berlaku dan perhimpunan itu hanyalah untuk mencabar kerajaan dengan cara menunjuk kuasa penyatuan kaum Cina dengan Anwar sebagai penyamarannya.   Mungkin kerana melihat kerajaan sering mengalah apabila mereka memberi tekanan, maka kaum Cina mengambil kesempatan ini untuk memberi tekanan secara besar-besaran. 
 Dalam ucapan Anwar di perhimpunan itu, beliau menyatakan bahawa himpunan seterusnya akan diadakan di Ipoh dan Pulau Pinang.      Apa yang pelik ialah Lim Guan Eng dan Datuk Ahmad Yakob masing-masing telah pun menerima keputusan PRU-13 dengan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Besar Kelantan penggal baru pada 7 Mei lalu.   Sementara itu, Selangor juga tidak menolak keputusan pilihanraya yang menyebelahi Pakatan Rakyat dan kini sedang sibuk berebut kerusi Menteri Besar. 
Justeru, sekiranya himpunan membantah keputusan pilihanraya ingin diadakan seperti yang dirancang, maka Guan Eng dan Ahmad Yakob perlu terlebih dahulu membubarkan perlantikan di Pulau Pinang dan Kelantan serta PR perlu menolak keputusan di Selangor.  Mana mungkin protes ditujukan terhadap negeri-negeri yang dimenangi BN sahaja?      Alasan yang digunakan oleh Anwar untuk membuat bantahan iaitu penipuan sewaktu pengundian juga ternyata tidak kukuh.  Contohnya, kisah mengenai wujudnya 45,000 pengundi hantu berbangsa Bangladesh sedangkan sebelum ini Anwar menyatakan bahawa pengundi hantu didatangkan dari Sabah dan Sarawak.       Katanya lagi terdapat juga tuduhan kononnya berlaku 'silap mata' di mana terjadi gangguan elektrik di beberapa tempat mengundi dan kemudiannya peti undi bertambah apabila elektrik kembali berfungsi.  Selain itu, beberapa gambar diedar kononnya bagi membuktikan terdapat cubaan melarikan peti undi oleh pegawai SPR menggunakan kereta dan juga helikopter. 
 Namun, apabila kita meminta PR menyenaraikan di kawasan mana gangguan elektrik berlaku, mereka tidak mampu pula menyatakan dengan jelas.  Begitu juga dengan Bangladesh yang konon mengundi, tidak dapat juga mereka beritahu di peti undi mana, berapa ramai dan bagaimana ia boleh berlaku tanpa bantahan dari wakil parti mereka sendiri.       Gambar-gambar kotak undi yang dilarikan juga tidak dapat mereka jelaskan pegawai SPR yang mana, dan di mana mahupun mendedahkan nombor kereta.  Bantahan rasmi pula langsung tidak ada.  Malah, yang lebih menghairankan, kotak undi yang konon 'terjatuh' dari sebuah helikopter pula berada dalam keadaan kemas sebelah menyebelah tanpa terbalik atau terkoyak dan berterabur walaupun jatuh dari tempat tinggi.      Jelas, bantahan yang dibuat adalah tidak jelas dan tiada bukti.   Sepatutnya Anwar, sebagai 'bakal Perdana Menteri' tidak membuat tuduhan rambang secara umum.  Ini bukan cara orang terpelajar, jauh sekali cara seorang pemimpin.  Seorang pemimpin tidak boleh bercakap cara seni, abstrak atau sastera, tetapi wajib bercakap dengan jelas dan berfakta.      Justeru, himpunan bantahan bersiri yang ingin dilakukan oleh Anwar adalah tidak berasas selain tidak masuk akal.  Dan jika Anwar masih berdegil ingin menolak keputusan peringkat pusat, maka Anwar perlu terlebih dahulu menolak keputusan peringkat negeri dan mengarahkan kesemua DUN di negeri-negeri yang dimenangi PR dibubar.

Sunday 28 April 2013

Budaya Politik Samseng Pakatan Rakyat #bagandatok #tolakPR #lainkalilah @zahid_hamidi


Tak habis dengan isu simbah cat pada poster Calon Parlimen Bagan Datok, Zahid Hamidi. Satu lagi pembohongan yang cuba dilakukan oleh pihak pembangkang dengan mengeluarkan surat jemputan ke majlis ceramah yang kononya di anjurkan oleh Barisan Nasional, turut menjemput Pakatan Rakyat dalam ceramah tersebut. Surat jemputan yang kononnya di keluarkan oleh Unit Penerangan Pakatan Rakyat Kg Baru Batu 16 turut diedar kepada penduduk setempat menjemput supaya hadir ke ceramah tersebut turut menggunakan cop rasmi Barisan Nasional Bagan Datok. 

Bagaimanapun satu surat penafian telah dikeluarkan oleh Tn Haji Khairuddin setiausaha Barisan Nasional Bahagian Bagan Datoh menafikan Program ceramah bersama tersebut yang sedang berlansung ketika ini dan menganggapnya sebagai satu Sabotaj daripada pihak pembangkang kerana semua telah sedia maklum bahawa ceramah tersebut merupakan Program ceramah anjuran PakatanRakyat.

Sehubungan dengan itu satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Hutan Melintang yang menafikan Program tersebut dan menganggapnya sebagai satu sabotaj dari pihak Pakatan Rakyat.

Tidak cukup dengan itu pihak PR juga cuba melakukan provokasi di hadapan Bagunan Umno Bagan Datoh ketika Majlis bersama jentera BN sedang diadakan petang tadi, lebih kurang 20 buah kereta yang membawa bendera PR melalui hadapan bagunan sambil membunyikan hon bagi mengganggu perjalanan program.

Budaya politik samseng semakin menular di dalam Pakatan Rakyat. Inikah yang kita mahu jadikan contoh dan tauladan kepada anak-anak kita dan generasi akan datang sekiranya mereka memerintah negara?

JOM TOLAK PAKATAN
UNDI BN

Sent from Samsung tablet

Tuesday 23 April 2013

AGENDA TAWAN MELAYU!! SEBARKAN MESEJ INI DEMI MENYELAMATKAN MELAYU KITA #BetterNation #GE13 #PRU13 @NajibRazak

Samada saudara sedar atau tidak DAP telah merancang sejak dari penubuhannya untuk menjadikan negara ini sebagai ketuanan CINA. DAP telah mengambil alih peranan KOMUNIS yang telah digagalkan dalam usaha memerintah negara ini. DAP tidak pernah berterima kasih kepada kerajaan yang telah memakmurkan orang CINA di negeri majoriti orang Melayu.


Apa sahaja dasar untuk memakmurkan Melayu telah DITENTANG habis habisan sejak puluhan tahun lalu. Mereka tetap menganggap MELAYU BODOH bahawa kemajuan yang dinikmati oleh orang Melayu adalah hasil dari cukai orang Cina. Mereka mengatakan Melayu boleh dibeli/rasuah dengan hanya secawan kopi dan paling tinggi bernilai RM50 kerana mereka tahu orang Melayu mudah lembut hati dan mudah terpedaya jika ada orang yang berbuat baik terhadapnya. 


Kini mereka telah merancang untuk menguasai Gelang Patah, Pulai, Johor Bahru dan Kulai kerana kawasan ini lubuk emas untuk orang Cina. Siapa yang membangunkan kawasan ini jika bukan atas jasa dan keringat kepimpinan Melayu Johor. 

Jika matlamat DAP ini berjaya sudah pasti mereka akan membawa masuk ribuan Cina Singapura yang kelaparan tanah dan rumah ke lubuk emas ini. Akhirnya melayu akan dihalau keluar secara rahsia ke pinggir kampung. Ini telah berlaku di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. 


DAP telah memaksa PAS bertanding di Nusajaya untuk memecahkan undi Melayu Gelang Patah. Melayu pengkhianat dari PAS yang hanya bernilai secawan kopi ini telah dengan bangga sanggup menggadaikan maruah bangsa. 


Dalam masa yang sama dihadapan orang cina DAP Bercakap dalam bahasa mereka mengatakan bahawa : MELAYU SAMPAH KITA TELAH BERSIHKAN DI PULAU PINANG DAN SEKARANG KITA MAHU BERSIHKAN SAMPAH MELAYU DI JOHOR. 


Saudara saudari ku yang ada baki sedikit IMAN dalam dada...renung renungkanlah. Jangan sampai kita dihina dan diludah. Sayangilah diri kita..keluarga kita..agama kita...bangsa kita dan negara kita yang dirahmati ini. Sebarkanlah kepada keluarga kita...saudara kita...jiran jiran kita dan rakan rakan kita. Jika saudara sebarkan kepada 10 orang dalam tempoh satu jam ia boleh sampai kepada 1 juta umat Melayu.

Sunday 21 April 2013

Rumah Dah Siap , Pahat Berbunyi..

Program 'Mesra Rakyat' merupakan Program pemberian saguhati kepada Jentera PRU 13 yang dirasmikan oleh Dato Seri Zahid Hamidi. Pemberian wang RM 100 dan beras 5 kg merupakan saguhati kepada Jentera BN Bagan Datok. Namun ada yang merayu untuk turut serta sebagai jentera PRU 13 dan berikrar untuk taat dan setia kepada BN pada PRU 13.

Seperti kebiasaan, ' rumah dah siap, pahat pula berbunyi'. Ada pula pihak yang memfitnah ianya sebagai duit rasuah kepada pengundi. 

Sunday 14 April 2013

Gempar!!!Ops Harimau Belang : PAS terdesak, perguna orang UMNO

Surat ini ada punyai maksud...
Dinamakan ia sebagai Ops Harimau Belang.
Dilakukan untuk mengeruh dan menakutkan pemikiran pengundi UMNO.

Arahannya mudah...
Orang PAS perlu mengajak bekas ahli UMNO mahupun yang aktif dalam UMNO ( bahagian dan cawangan) untuk menyertai Ops Harimau Belang.

Secara mudah bahasanya PAS nak ahli umno sabotaj parti umno..
Dilakukan pada PRU ke 13 nanti..

Sampai begitu sekali PAS terdesak hinggakan terpaksa menggunakan ahli UMNO untuk sabotaj parti UMNO sendiri.

Ini bermaksud PAS sudah tidak berdaya lagi untuk meyakinkan pengundi hingga terpaksa panggil pemain import untuk sabotaj UMNO !

PAS sudah tewas dengan UMNO !!!

TAKDIR!!!!!,


Thursday 11 April 2013

Panas Bahang!!! Video Mustapha Ali, Pas Pusat adakan mesyuarat tergempar!!

Difahamkan Pas Pusat akan adakan mesyuarat tergempar pada pagi esok bagi membincangkan berkenaan isu video Mustapha Ali yang dikatakan sedang diedarkan  oleh 'orang dalam' pakatan sendiri.

Pas Pusat mengambil langkah tunggu dan lihat berkenaan isu ini kerana isu ini merupakan isu berat dan mesyuarat perlu diadakan segera bagi mengambil tindakan selanjutnya.

Dalam keadaan menjelang pilihanraya masih ada duri dalam daging yang sanggup mengambil kesempatan terhadap rakan dalam pakatan sendiri.

Majlis Mesra Rakyat serta lawatan ke PDM-PDM sekitar Rungkup oleh Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi @zahid_hamidi @umnobagandatoh @AnakBaganDatoh

Kehadiran Ahli Parlimen Bagan Datoh Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melawat PDM-PDM di kawasan Dun Rungkup disambut meriah dan penuh mesra oleh penduduk sekitar yang terdiri daripada pelbagai kaum serta lapisan masyarakat. Mereka yang juga terdiri dari jentera-jentera Parti Barisan Nasional dan penduduk tempatan ternyata cukup gembira menerima kehadiran Dato' Seri serta rombongan melawat ke Kawasan mereka sekali gus menambah semangat dan kekuatan mereka untuk bekerja keras dalam mempertahankan Parlimen Bagan Datoh, Dun Rungkup serta membantu jentera yang lain merampas semula Dun Hutan Melintang.

Dalam siri ucapannya Dato' Ahmad Zahid berkata beliau amat percaya dan yakin bahawa BN akan menang besar di Bagan Datoh pada PRU kali ini apabila melihat akan semangat serta kerja keras setiap jentera BN yang akan berjuang habis-habisan untuk kemenangan Barisan Nasional. Turut hadir sama Dato' Shahrul Yahya, Tn Hj Hasan Hamzah serta Pengerusi-pengerusi Parti-Parti Komponen BN Bahagian Bagan Datok.




Tuesday 9 April 2013

'Kegilaan Nik Aziz sudah diramal?

Arwah Tok Guru Haji Lah ( Pondok Lubuk Tapah ) semasa hayatnya pernah memberitahu kepada seorang Tok Guru pondok Berangan, bernama Haji Yaakob ( iaitu ayah kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan sekarang ) supaya mengawasi Nik Aziz. Katanya ' mu tengok molek sikit ajiz ni dia kuat berpolitik dan tak sempat mengaji dengan mendalam. Pengikut dia ramai dan kalau dia sesat maka sesatlah semua yang memujanya sebagai tok guru '.

Memang benar perkara itu telah berlaku dan telah banyak perkataan dia menyesatkan orang ramai seperti mengatakan sanggup berkawan dengan syaitan, Tuhan gedebe, Tuhan mencarut dan sebagainya. Jelas bahawa Tok Guru pondok yang sangat dihormati seperti Tuan Guru Haji Lah ( Allahyarham) sendiri yang dikenali umum sebagai alim ulamak terbilang di Kelanta sendiri, tidak yakin dengan keilmuan Nik Aziz dan sudah nampak bagaimana dia akan merosakkan agama dengan menggunakan ilmu agamanya demi untuk kepentingan politik yang sedikit lagi sempit.

Selanjutnya baca sini

Deklarasi bersejarah, Haram Mengundi PKR, PAS & DAP

Sejak dulu lagi bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila ada sesetengah ulama, cendekiawan Islam dan tok guru pondok menyuarakan sokongan masing-masing dan turut berkempen untuk parti politik tertentu.    Biasanya PAS yang sering menjadi pilihan mereka disebabkan tarikan perjuangan Islam yang kononnya diperjuangkan oleh parti berlabel Islam itu.
 Tapi suasana sudah berubah, apabila golongan ini yang pernah dekat dengan PAS dulu, kini berubah arah apabila buat pertama kalinya bersatu suara dan senada pandangannya dalam gerakan besar-besaran bagi menghalang pakatan DAP, PKR dan PAS.    Gerakan ini dapat dilihat jelas apabila Persidangan Ulama-Ulama Bersama Kepimpinan Pondok-Pondok / Sekolah Agama Rakyat / Tahfiz Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang berlangsung selama tiga hari berakhir 8 April 2013, telah membuat satu deklarasi bahawa adalah haram mengundi PKR, PAS dan DAP.    Persidangan yang di adakan di Gurun, Kedah itu dihadiri seramai 150 orang tokoh ulama dan tok guru pondok dari seluruh negara itu sependapat bahawa ketiga-tiga parti dalam PR itu telah dengan sengaja menyokong pluralisme agama dengan menyekutukan Allah S.W.T.    Mereka juga mengecam kenyataan pemimpin-pemimpin PR yang terus menerus menyokong penggunaan kalimah suci Allah S.W.T oleh agama lain khususnya untuk dinukilkan dalam kitab Bible, yang dianggap umpama satu perbuatan jenayah yang paling besar ke atas agama Islam. 
 Membenarkan kalimah Allah S.W.T diguna pakai dalam kitab Bible samalah seperti menyamatarafkan Keesaan Allah S.W.T dengan konsep triniti Kristian dan ia seolah-olah meletakkan agama lain juga tidak ada bezanya dengan kesucian agama Islam.     Perjuangan PKR, PAS dan DAP ternyata bukan sahaja telah menyalahi nas daripada kitab-kitab Ulama Ahlusunnah Waljamaah yang muktabar malahan bertentangan dengan ajaran Islam serta sesat lagi menyesatkan.     Bersandarkan hujah-hujah tersebut, para ulama dan tok guru pondok seluruh negara sepakat dan berkongsi pandangan bahawa adalah haram bagi umat Islam bersekongkol atau menyokong mana-mana parti dalam gabungan PR.
Dengan wujudnya deklarasi bersejarah ini bermakna buat pertama kalinya PAS selaku sebahagian dari PR secara rasminya hilang satu lagi akar kekuatannya apabila golongan ulama, cendekiawan Islam dan tok guru pondok semakin menjauhkan diri dari PAS.

Kalimah Allah hak Umat Islam - Al- Fadhil Ustaz Kazim Elias

Pendakwah bebas terkenal, Al-fadhil Ustaz Mohd Kazim sering dilabel dan difitnah sebagai ulama UMNO oleh pihak pembangkang hanya kerana beliau tidak senada dan seirama dengan mereka.

Dalam siri ceramahnya di Bagan Datoh baru- baru ini yang dihadiri kira-kira seribu orang, beliau sekali lagi menegaskan " saya bukan ahli politik, kalau saya berceramah dengan orang UMNO , saya orang UMNO ke? saya juga berceramah dengan orang asli pula, adakah saya ni orang asli ?" Beliau akan menegur sesiapa sahaja yang dirasakan perlu walhal Perdana Menteri sekali pun dan apa sahaja yang bertentangan dengan Islam. 

Dalam senario politik hari ini, Umat Islam harus bertegas terutamanya dalam mempertahankan kalimah Allah kerana ada pihak lain yang dilihat mula berminat untuk menggunakannya. "Dan yang saya peliknya, ada umat Islam yang bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah di dalam Bible, ini yang menyebabkan saya marah." Penggunaan kalimah Allah dalam Bible bukan masalah politik, bukan permasalahan istilah tapi ia akan membawa kepada permasalahan aqidah umat Islam.Tegas beliau , "jadi sebagai umat Islam kita harus bertegas mempertahankan kalimah Allah demi keamanan Bumi Malaysia, kerana jika kita tak jaga Allah maka Allah takkan jaga kita."ujar beliau lagi.

Bukti PKR bakal ulangi budaya samseng pada PRU13

Sejak tahun 1999 ketika di dalwm penjara Anwar Ibrahim memang merancang unutk menjatuhkan kerajaan. Perkara ini didakwa dan dibuktikan sendiri oleh bekas setiausaha biro penerangan pemuda PKR Nordin Ahmad. Melalui surat sulit tersebut Anwar mengarahkankan beliau untuk mengumpulkan sebilangan ahli PKR untuk mengadakan demonstarsi pada tahun 2000 yang diberi nama BLACK 14 yang diadakan dengan bertujuan bagi memperingati tarikh beliau disabitkan kesalahan dan dipenjarakan. mereka bukan sahaja berkumpul dengan tangan kosong sebaliknya diarahkan membawa senjata haram berupa buluh runcing, 'molotov cocktails' dan besi bai persediaan bertempur dengan anggota keselamatan.

Atas dasar sayangkan negara saudara Nordin telah bertemu dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang merupakan Menteri Dalam Negeri pada masa itu dan Tun telah mengarahkan polis untuk mengambil keterangan saudara Nordin. Dari hasil tindakan polis, taktik kotor itu berjaya disekat

Apa yang dibimbangkan ialah kemungkinan mereka akan gunskan taktik yang sama pada PRU13 ini jika Anwar tewas ataupun PKR tumbang. Ada beberapa bukti sumber risikan Bukit Aman mendakwa mereka akan mengupah samseng dan golongan muda untuk cetuskan huru-hara serta provokasi. Kita tidak tahu apa strategi mereka.

Sekiranya ianya benar Rafizi yang harus dipertangungjawabkan..

Monday 8 April 2013

Manifesto PRU : Pembangkang Jangan Perasan Lebih La #AkujanjiBN #manifestobukanjanji #BNbagus #tolakPR

Selepas manifesto Pakatan Rakyat (PR) gagal menyentuh jiwa dan perasaan rakyat, maka untuk survival politik pada pilihan raya umum kali ini, terpaksalah serangan ditujukan kepada Aku Janji yang dibuat Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi.
Hakikatnya, kedua-dua pihak mahu undi rakyat melalui manifesto, jadi sudah tentu ada skop atau bidang serta perkara yang sama antara kedua-dua pihak.

Rumah sebagai contohnya, salah satu keperluan asas, sesiapa yang boleh manjanjikan yang terbaik untuk memilikinya sudah pasti akan dipilih rakyat. Kedua pihak menyedari hakikat itu.

Begitu juga dari segi pemilikan permit teksi individu. Kedua-dua pihak tahu pemandu teksi yang berurusan dengan ratusan ribu orang sehari adalah ejen penyebar pemikiran yang sangat penting untuk dikuasai.

Justeru, kedua-dua pihak berebut-rebut mengambil jiwa pemandu teksi.

Ia lebih kepada kedua kumpulan berebut untuk mendapatkan kelompok yang berkepentingan.

Itu sahaja. Jadi pertembungan memang ada.

Jadi, tak perlulah perasan melampau-lampau dan terasa diri tu cam bijak sangat kononnya manifesto diciplak.

Kalau manifesto anda hebat sangat, mengapa respon dari rakyat tidak banyak? Yang buat bunyi hanyalah cybertrooper atau macai keyboard yang diupah aje untuk memperlihatkan 'kehebatan' manifesto pembangkang.

Sebenarnya, di bawah 17 perkara asas yang diumumkan Najib malam tadi, BN sebetulnya berjanji 150 komitmen jika diberi mandat tadbir negara selepas PRU13.

Di mana 112 daripada komitmen itu telah pun dilaksanakan, selebihnya menambah kekuatan janji-janji demi memenuhi keperluan rakyat.

Manifesto BN perlu dilihat sebagai moving target dan janji-janji dinamik yang akan dilaksanakan sepanjang 2013-2018.

Apa yang dibentangkan adalah sangat realistik, berlandaskan kalkulasi ekonomi yang berhati-hati dan tidak semberono.

Pendekatan manifesto yang sangat bertanggungjawab dan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. Merangkumi keperluan rakyat termasuk di Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman di Malaysia.

Penambahan BR1M untuk segmen masyarakat yang memerlukan pembelaan. Kejayaan BR1M 1.0, 2.0 diteruskan – menggunakan falsafah 'perkongsian kemakmuran' bersama rakyat.

Mengikut rekod, kerajaan BN berjaya mengurangkan defisit fiskal daripada 6.7 peratus KDNK pada tahun 2009 kepada 4.5 peratus pada 2012.

Jika mengikut pengumuman Najib malam tadi, ia seterusnya akan kurang sehingga 3 peratus pada tahun 2015.

Ini berbeza sekali dengan manifesto penuh gula-gula PR yang mana jika dilaksanakan, defisit dijangka meningkat kepada 11.5 peratus (RM114.9 bilion) dan hutang dijangka meningkat kepada 62.1 peratus KDNK.

Dan yang paling berbeza….manifesto pakatan bukan janji, tapi manifesto BN adalah Aku Janji….

Intipati AkuJanji Barisan Nasional

Berikut intipati Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan Perdana Menteri dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, malam Sabtu.

Manifesto bertajuk 'Menepati Janji Membawa Harapan' itu, mengandungi janjiBN untuk membawa negara ke peringkat lebih tinggi sekiranya diberikan mandat baharu dalam pilihan raya umum ke-13 nanti:

1. Menangani Kos Sara Hidup:

* Menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan.

* Mempertingkatkan Baucar Buku 1Malaysia kepada RM300 dan Bantuan Persekolahan kepada RM150.

* Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.

* Menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia.

* Memperkenalkan produk 1Malaysia di stesen minyak dan pasar raya besar.

* Membuka Klinik 1Malaysia di dalam kawasan komuniti padat penduduk.

* Menyediakan lebih banyak Pusat Jagaan Harian 1Malaysia untuk ibubapa bekerja.

* Menurunkan yuran jalur lebar sekurang-kurangnya 20 peratus dengan jaminan bandwidth internet.

* Melaksanakan dasar 1Negara 1Harga bagi barangan keperluan asas.

* Memperkenalkan lebih banyak produk 1Malaysia yang digerakkan oleh GLC dan sektor swasta.

2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar:

* Menstruktur semula kerajaan termasuk mewujudkan kementerian baharu seiring dengan anjakan corak demografi bandar di negara ini dan menangani cabaran sosial dan ekonomi bandar.

* Menambah perwakilan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat awam dalam kerajaan tempatan.

manifesto menyeluruh grafik

* Memulihkan semula rumah kos rendah dan flat di bandar-bandar.

* Mengambil alih penyelenggaraan prasarana perumahan awam.

* Menyediakan perumahan awam berkualiti khusus untuk generasi muda yang mencari kerja.

* Membina kemudahan dan kawasan rekreasi bagi meningkatkan kualiti hidup di bandar.

* Memastikan kemudahan pendidikan, latihan dan perkhidmatan kesihatan.

* Menambah baik rangkaian pengangkutan antara bandar dan penempatan.

* Membuka lebih banyak Anjung Singgah (pusat perlindungan sementara untuk golongan gelandangan) di kawasan yang diperlukan.

3. Menyediakan Rumah Mampu Milik:

* Membina 1,000,000 buah rumah mampu milik – digerakkan oleh sektor awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PR1MA.

* Memastikan harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20 peratus di bawah harga pasaran.

* Memperkenalkan skim sewa dan milik untuk projek perumahan kerajaan.

* Memulihkan semula projek perumahan terbengkalai untuk melindungi pembeli rumah.

* Mengambil alih penyelenggaraan semua Projek Perumahan Awam.

* Membantu pemilik rumah berpendapatan rendah dan miskin untuk memperbaiki rumah mereka.

* Menggantikan kawasan setinggan dengan kawasan perumahan tetap yang selesa.

* Memperbaiki perumahan estet dan menyediakan rumah untuk bekas pekerja estet melalui perkongsian kerajaan-estet.

* Memansuhkan yuran setem untuk pembelian rumah pertama berharga di bawah RM400,000.

4. Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti:

* Membangunkan sistem nasional yang akan menyediakan akses penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada semua rakyat.

* Menubuhkan Pusat Kanser dan Pusat Jantung di hospital-hospital utama di setiap zon – Utara, Selatan, Timur di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

* Mewujudkan kemudahan awam untuk rawatan dialisis buah pinggang di setiap kawasan penduduk berkepadatan tinggi.

* Melaksanakan sistem kad prihatin kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bagi membolehkan mereka mendapat diskaun harga untuk ubat-ubatan tertentu.

* Memperkenalkan sistem sokongan kepada rumah penjagaan untuk golongan warga tua dan mereka yang menghidap sakit kronik.

5. Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam:

* Mengembangkan perkhidmatan sistem bas Rapid ke setiap ibu negeri yang lengkap dengan kemudahan untuk golongan berumur dan kurang upaya.

* Terus memperluaskan sistem rel, MRT, LRT dan komuter.

* Membina terminal bas, rel, dan teksi bersepadu di semua pekan dan bandar.

* Menyusun semula laluan bas untuk memastikan perkhidmatan yang lebih cekap dan memudahkan rakyat.

* Meningkatkan jumlah permit teksi individu.

* Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan sistem landasan kereta api berkembar.

6. Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar:

* Memperbanyakkan lorong dan susur keluar Lebuh Raya Utara-Selatan.

* Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Semantan di Sarawak hingga ke Serudong di Sabah.

* Menyambung Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Krai-Kota Bharu dan Gambang-Segamat.

* Membina Lebuh Raya Pantai Barat baharu dari Banting-Taiping.

* Mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat.

* Melaksanakan konsep Kampung Abad ke-21 bagi melonjak transformasi luar bandar dan membawa komuniti berkenaan ke dalam pembangunan arus perdana.

* Membina 6,300km lagi jalan raya berturap di Semenanjung Malaysia, 2,500km di Sabah dan 2,800km di Sarawak yang memberi faedah kepada kira-kira 3.3 juta penduduk.

* Menyelesaikan masalah bekalan air terawat di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kelantan.

* Memperluaskan bekalan air bersih untuk 320,000 rumah lagi di seluruh negara.

* Mempertingkatkan bekalan tenaga elektrik kepada 6,000 rumah lagi di Semenanjung, 60,000 rumah di Sabah dan 80,000 rumah di Sarawak.

* Menggalakkan pembekal perkhidmatan telekomunikasi untuk memastikan kualiti perkhidmatan telefon bergerak dan liputan memuaskan di seluruh negara.

7. Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif:

* Menarik pelaburan bernilai RM1.3 trilion dan mencipta 3.3 juta peluang kerja baharu dengan 2 juta daripadanya dalam sektor berpendapatan tinggi.

* Mencapai pendapatan per kapita AS$15,000 (RM45,000) menjelang 2020.

* Menyediakan insentif khas untuk perniagaan inovatif dan kreatif bagi menjana lebih banyak pekerjaan dan kejayaan.

* Melaksanakan dasar yang adil dan saksama kepada semua kaum di Malaysia termasuk dasar menyokong pertumbuhan, penglibatan besar-besaran sektor swasta dan pembangunan pasaran modal.

* Mempertingkatkan agenda Bumiputera termasuk Bumiputera di Sabah dan Sarawak menerusi penyediaan peluang-peluang perniagaan, ekosistem yang kukuh (misalnya kemudahan pinjaman dan latihan) dan sokongan institusi.

* Bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri bagi menyediakan lebih banyak tanah dan meningkatkan produktiviti tanah sedia ada untuk meningkatkan pengeluaran makanan dan ternakan.

* Membuat pembaharuan dalam struktur cukai sedia ada ke arah sistem percukaian yang lebih terbuka serta mengurangkan cukai individu dan korporat secara berperingkat.

* Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20 peratus daripada perolehan minyak dan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang.

* Melaksanakan pelan transformasi SME dan melahirkan Syarikat Dagangan Negara untuk meneroka pasaran antarabangsa bagi produk SME.

* Melahirkan lebih banyak juara di peringkat serantau dan global dalam kalangan masyarakat Malaysia.

* Memastikan GLC terus membantu pembangunan usahawan melalui pemindahan pegangan bukan strategik GLC dan memperhebatkan program penyumberan luar kepada syarikat Bumiputera.

* Menyediakan dana saham amanah RM500 juta untuk meningkatkan pegangan ekuiti komuniti India kepada sekurang-kurangnya 3 peratus.

* Menubuhkan sebuah Unit Khas bagi memastikan kejayaan pelaksanaan dasar untuk mempertingkatkan kehidupan masyarakat India.

* Meningkatkan akses kredit mikro untuk semua rakyat Malaysia, termasuk RM100 juta diperuntukkan kepada penjaja dan peniaga kecil.

8. Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara:

* Membawa Malaysia ke tahap 'kategori tiga teratas' dalam sistem pendidikan terbaik dunia dengan memperbaiki kualiti sekolah kebangsaan.

* Memperbaiki penguasaan Bahasa Malaysia dan Inggeris dalam kalangan pelajar dari tahap prasekolah, dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM di semua sekolah.

* Memperbaiki akses untuk pendidikan berkualiti bagi komuniti kecil dan kawasan luar bandar terutama Sabah dan Sarawak.

* Menyediakan lebih banyak biasiswa berdasarkan merit dengan peruntukan khas kepada komuniti yang kurang bernasib baik.

* Meneruskan peruntukan khas kepada semua jenis sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Maktab Rendah Sains MARA, Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah mubaligh.

* Mengembangkan persekolahan satu sesi.

* Merombak institut-institut perguruan dan menaikkan syarat pengambilan guru pelatih.

* Memperkenalkan sistem pembelajaran dan pengajaran yang mudah bagi Bahasa Malaysia di sekolah Cina dan Tamil.

* Membina lebih banyak sekolah, meliputi semua jenis sekolah, di kawasan yang mempunyai permintaan tinggi.

* Mempertingkatkan prestasi mata pelajaran Matematik dan Sains, dan membentuk kemahiran berfikir yang tinggi dalam kalangan pelajar.

* Menyediakan insentif kewangan sebanyak RM100,000 setahun kepada sekolah yang menawarkan kelas pendidikan khas.

* Menukar status Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil kepada sekolah bantuan penuh kerajaan jika sekolah berkenaan ingin berbuat demikian.

* Berikirar menyediakan makmal ICT di sekolah-sekolah yang memerlukannya.

* Mentransformasikan sekolah vokasional menjadi kolej dan menambah kemasukan pelajar sebanyak 20 peratus.

* Memperluaskan pendidikan prasekolah meliputi semua jenis sekolah.

* Menyediakan laluan kerjaya baru bagi membolehkan 420,000 guru dinaikkan pangkat segera berdasarkan prestasi.

* Menyediakan jalur lebar WiFi secara percuma dan terjamin di semua kampus institusi pengajian tinggi awam.

* Memperkenalkan skim pemilikan komputer riba di sekolah-sekolah bersama dengan kemudahan Internet.

9. Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam:

* Meningkatkan jumlah tenaga kerja PDRM, dengan tambahan 4,000 anggota polis pada setiap tahun.

* Memasang lampu di jalan-jalan, lorong-lorong dan laluan bagi mengurangkan lagi jenayah jalanan.

* Mengukuhkan Unit Rondaan Bermotosikal PDRM dengan menambah 5,000 buah kenderaan tambahan.

* Menambah baik kebajikan, profesionalisme dan keupayaan Polis, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

* Meningkatkan keupayaan keseluruhan Angkatan Tentera Malaysia untuk menangani apa jua bentuk pencerobohan dan ancaman luar.

* Mempertahankan dan memperkuatkan Suruhanjaya Polis.

* Menggunakan sistem 6P untuk mengekang pendatang asing tanpa izin.

* Mewujudkan Program SafeCam untuk menghubungkan sistem CCTV swasta dengan awam.

* Mengembangkan secara meluas penggunaan CCTV untuk memantau kawasan-kawasan laluan awam yang sibuk seperti kawasan letak kereta, kawasan riadah, pasar malam dan sekolah.

* Memperkenalkan inisiatif keselamatan di kawasan skim perumahan awam.

* Pengambilan tambahan 50,000 anggota Pasukan Sukarelawan Simpanan Polis untuk membantu PDRM membuat rondaan dan menjadikan kawasan persekitaran lebih selamat.

10. Memperkasa Penyertaan Wanita

* Menambah jumlah wanita yang terlibat dalam proses membuat keputusan nasional.

* Menggalakkan kesamaan gender untuk memaksimumkan potensi rakyat Malaysia dalam semua bidang, tanpa mengira jantina.

* Menyediakan lebih banyak peluang bisnes dan ruang bagi menambah pendapatan untuk wanita supaya mereka lebih berkeupayaan untuk berdikari.

* Mewujudkan lebih banyak insentif untuk inisiatif bekerja dari rumah, dengan penekanan yang lebih besar kepada golongan ibu tunggal.

* Membuka pusat-pusat Asuhan 1Malaysia di semua pejabat Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta menggalakkan sektor swasta untuk melakukan perkara yang sama.

* Mengetatkan undang-undang untuk mencegah kejadian penderaan dan gangguan seksual di rumah dan di tempat kerja.

11. Memenuhi Aspirasi Belia:

* Memperuntukkan tabung latihan dan insentif kepada belia yang mahu melakukan usaha niaga komersial.

* Menyediakan ruang komersial di dalam pusat membeli belah selama sehari pada setiap bulan untuk golongan belia mempamerkan dan memasarkan produk kreatif dan perkhidmatan mereka.

* Mewujudkan inkubator bagi memupuk kualiti kepimpinan dan kreativiti.

* Melahirkan belia yang lebih berdaya tahan menerusi aktiviti kesukarelawan dalam 1M4U.

* Mewujudkan lebih banyak lokasi WIFI percuma dengan penekanan kepada kawasan luar bandar dan separa bandar.

* Melahirkan lebih ramai atlet berprestasi tinggi di peringkat serantau dan antarabangsa serta mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat.

* Mengkaji semula undang-undang berkaitan hiburan untuk promosi seni persembahan dan kebudayaan.

12. Merancang Jaringan Keselamatan Sosial:

* Memperhalusi dan menambah baik jaringan bantuan keselamatan menerusi sistem pangkalan data yang bersepadu.

* Menyediakan bantuan kewangan dan peluang pendidikan untuk golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum.

* Mengubah Brickfields di Kuala Lumpur menjadi zon mesra golongan orang buta supaya kawasan itu menjadi zon contoh yang bakal mendorong lebih banyak tempat seumpama itu disediakan bagi memenuhi keperluan golongan kurang upaya di tempat-tempat lain.

* Mewujudkan mahkamah khas yang mempunyai status yang sama dengan Mahkamah Tinggi di bawah sistem kehakiman sedia ada, yang mana hakim-hakim akan dibantu oleh penasihat-penasihat yang dipilih dalam kalangan ketua komuniti untuk menyelesaikan isu-isu tanah pribumi.

* Mewartakan semua tanah adat menerusi perundingan bersama kerajaan-kerajaan negeri.

* Menyediakan lebih banyak peluang untuk menjana pendapatan dalam kalangan komuniti pribumi dan meningkatkan bilangan pengambilan pribumi ke dalam pendidikan vokasional, kolej dan universiti.

* Menyediakan tabung untuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan berdaftar dan gerakan masyarakat sivil.

13. Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama:

* Mendukung Islam sebagai agama Persekutuan serta mempromosikan syiar dan syariat Islam mengikut prinisp Maqasid Syariah.

* Memastikan agama-agama lain diamalkan dalam suasana aman dan harmoni.

* Isu-isu berkaitan dengan golongan bukan Islam diletakkan di bawah bidang kuasa seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

* Mempromosikan prinsip kesederhanaan (wasatiyyah) dalam semua pendekatan.

* Meningkatkan inisiatif dalam menyatukan ummah.

* Menjana pendapatan daripada pembangunan tanah wakaf dengan kerjasama Pihak Berkuasa Agama Negeri-negeri.

* Menaikkan pengecualian cukai untuk sumbangan ke atas pembinaan, membesarkan dan memulihara rumah-rumah ibadat.

* Meneruskan peruntukan tanah untuk pembinaan rumah ibadat.

* Menyediakan lebih banyak bantuan kewangan kepada institusi-institusi agama berdaftar dan rumah-rumah ibadat.

* Mempromosikan kebajikan imam, pegawai masjid dan guru Kafa dengan menyediakan gaji berasakaan perkhidmatan dan kenaikan gaji.

* Meningkatkan kualiti Sekolah Agama Rakyat dan membenarkan para pelajarnya mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan infrastruktur pendidikan kerajaan.

* Menyediakan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok.

14. Memerangi Gejala Rasuah:

* Meningkatkan ketelusan dalam prosedur perolehan kerajaan dengan mendedahkan kontrak kepada awam.

* Memberi kuasa kepada SPRM menerusi penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM yang akan bertanggungjawab terhadap perkhidmatan dan pengambilan kakitangan.

* Menaik taraf kedudukan Ketua Pesuruhjaya dan pegawai kanan SPRM ke satu peringkat yang lebih tinggi.

* Memberikan penekanan yang sama rata terhadap siasatan dan tindakan yang dilakukan ke atas pemberi dan penerima rasuah.

* Akses yang cepat kepada Laporan Audit Prestasi Ketua Audit Negara untuk tindakan segera.

* Menubuhkan Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan Mahkamah Tinggi tambahan untuk kes-kes rasuah.

* Melaksanakan akujanji integriti untuk ahli-ahli Parlimen dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri .

15. Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus:

* Memperkenalkan Skim Gaji Transformatif untuk penjawat awam, termasuk menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak tiga peratus kepada mereka yang mencapai gaji maksimum jika pada waktu tiada semakan gaji dilakukan.

* Penambahbaikan skim perkhidmatan awam dengan menyediakan lebih banyak peluang kenalkan pangkat dan pembangunan bakat serta memastikan kualiti kehidupan penjawat awam terpelihara.

* Melanjutkan tempoh kontrak para pegawai dan menyerap kakitangan yang cekap ke dalam perkhidmatan tetap.

* Memperluaskan Pusat Transformasi Bandar ke semua bandar dan pekan utama.

* 'Merakyatkan Perkhidmatan Awam' bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang.

* Menggerakkan dan memperkasa perkhidmatan awam, termasuk Pejabat-pejabat Daerah dan Kerajaan Tempatan, bagi memenuhi permintaan dan keprihatinan rakyat.

* Menambah baik kaunter perkhidmatan menerusi pelantikan anggota-anggota barisan depan daripada pelbagai kaum dan memperluaskan perkhidmatan online untuk urusan pembayaran dan permohonan.

* Memperkenalkan program-program pengambilan pekerja untuk memastikan keseimbangan antara kaum dalam perkhidmatan awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

* Meningkatkan potensi, kemampuan dan kapasiti semua penjawat awam tanpa mengira kaum dan jantina.

* Memberikan perhatian yang istimewa kepada orang kurang upaya untuk memanfaatkan potensi dan kemampuan yang mereka miliki.

16. Gerakan Kesederhanaan Global:

* Berjuang untuk penubuhan sebuah negara Palestin.

* Menyokong usaha menjadikan Asean sebuah komuniti ekonomi menjelang tahun 2015.

* Berusaha memenangi Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi memainkan peranan utama dalam keamanan serantau dan keselamatan antarabangsa melalui dasar kesederhanaan.

* Meningkatkan hubungan ekonomi dan kepentingan bilateral dengan negara rakan dagang utama dan ekonomi negara sedang membangun.

* Membentuk Dasar Luar yang menyokong kepentingan-kepentingan strategik politik, ekonomi dan keselamatan kita.

* Mengetuai usaha menentang jenayah-jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan manusia dan dadah.

* Memperbanyakkan program 'outreach' kemanusiaan di wilayah-wilayah konflik seperti Gaza, Tebing Barat, selatan Thailand, Mindanao dan di mana sahaja.

17. Memulihara Sumber Semula Jadi:

* Menawarkan insentif kewangan kepada premis komersial dan persendirian yang melabur dalam sumber-sumber teknologi hijau yang boleh diperbaharui seperti tenaga suria dan biomas.

* Memperuntukkan lebih banyak ruang untuk kawasan hijau di bandar-bandar utama.

* Memulihara sungai dan anak sungai menerusi pertambahan peruntukan kewangan dan undang-undang yang lebih ketat, selain memperhebatkan usaha itu melalui program khas UNDP dan Sungai Nadi Kehidupan.

* Menambah program pendidikan untuk menyemai sikap mencintai alam sekitar.

* Memulihara hutan dan melaksanakan program penanaman semula hutan.

* Menguatkuasa undang-undang yang ketat dan dikemas kini untuk mencegah kegiatan penerokaan secara haram di kawasan-kawasan strategik dan utama.

* Menggunakan teknologi hijau dan terbaharu dalam pengurusan sistem pepejal


    Share

    Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More