Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Majlis Penyerahan Lembu Qurban Sempenan Aidil Adha 1432H

30 September 2011, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Bagan Datoh telah menyerahkan 45 ekor lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di sini. Lembu korban ini diserahkan kepada jawatankuasa Masjid di sekitar Parlimen Bagan Datoh baru-baru ini.

Program Bertemu Nelayan-Nelayan Sekitar Kawasan Hutan Melintang

HUTAN MELINTANG: Nelayan dan pemilik bot pukat tunda tempatan mendakwa hampir muflis akibat terpaksa membayar wang tebusan hampir RM10 juta kepada lanun atau pihak berkuasa Indonesia bagi membebaskan anak kapal atau bot mereka yang dirampas sebelum ditawan di negara jiran.

Program Kecemerlangan PMR 2011 Parlimen Bagan Datoh

Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah menyampaikan Anugerah Kecemerlangan kepada pelajar-pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 Parlimen Bagan Datoh bertempat di Dewan terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abdul Razak.

Pas Rompak RM 100 daripada BR1M

Khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta anggota parti pembangkang yang menerima wang RM500 di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya menderma RM100 kepada markaz PAS bagi membantu mereka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dipersoalkan oleh beberapa pihak sebelum ini.

Jangan Gunakan Institusi Agama sebagai tempat berpolitik-Zahid Hamidi

Bagan Datoh 29 Jan - Ahli Parlimen Bagan Datok Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan guru-guru KAFA agar tidak menggunakan institusi Agama sebagai tempat untuk berpolitik."Kalau nak berpolitik, di luar institusi tak apa" menurut beliau lagi. Guru KAFA merupakan Agen Perubahan Masyarakat dan haruslah bijak menggunakan peluang yang ada untuk mendidik masyarakat dengan menggunakan pendekatan yang berbeza mengikut kehendak semasa.

Majlis Ramah Mesra bersama penduduk Bagan Datoh

Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa untuk bersolat maghrib berjemaah di Masjid Simpang Tiga, Rungkup dan solat isya' di Surau Taman Bagan Pasir.

Monday 3 December 2012

#PAU2012 Buat Anwar Tak Tidur Malam

Perhimpunan Agung UMNO 2012 Mengundang Kebimbangan Anwar

Ternyata Perhimpunan Agung UMNO 2012 (PAU 2012) yang baru beberapa hari selesai bersidang meninggalkan impak dan kesan yang agak menggerunkan ramai pemimpin pembangkang sehingga memaksa mereka tampil mengulas dan bercakap mengenainya. Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim sendiri nampak gayanya tidak dapat menyembunyikan kebimbangannya dengan kebangkitan semangat ahli UMNO dan impak positifnya kepada rakyat berikutan perhimpunan parti orang Melayu Islam yang terbesar itu. 

Kebiasaannya semasa atau selepas UMNO bersidang di PWTC, pemimpin pakatan pembangkang hanya akan mengulas secara sepintas lalu ataupun hanya mengundang ulasan dari pemimpin pembangkang peringkat bawah sahaja, namun kali ini nampak benar lainnya. Tampak jelas kebimbangan yang bersarang dalam diri Anwar apabila dalam reaksi segeranya mengulas kejayaan PAU 2012 itu, Anwar menganggap perhimpunan tersebut gagal membincangkan kebajikan rakyat sebaliknya lebih fokus menyerang pakatan pembangkang semata-mata. Tak cukup dengan tanggapan songsang itu, Anwar putar belit pula teks ucapan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkenaan peristiwa 13 Mei 1969. 

Teks ucapan pada para 52 yang disensasikan oleh Anwar dan gerombolan pakatan pembangkang itu tidak sempat dibacakan oleh Shahrizat berikutan kesuntukkan masa antaranya menyebut;- "Keduanya, dijauhkan Allah, jika kita tidak lagi ditampuk kuasa, maka kestabilan politik negara akan goyang. Pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara kita tidak akan senang. Saya bimbang dan khuatir ini mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969. Mahukah kita melihat keadaan jijik tersebut berlaku lagi dalam negara kita? Kita pastinya tidak mahu." Berdasarkan teks di atas, bagi kita yang memahami selok belok peristiwa 13 Mei 1969 kita tahu tragedi berdarah itu bertitik tolak dari kebiadapan penyokong extrimis DAP berarak meraikan kemenangan tipis mereka sambil membawa penyapu untuk menghalau orang Melayu Islam dari Kampung Baru tika itu. Dalam tempoh genting itu berlaku beberapa pembunuhan ngeri terhadap orang Melayu Islam, diikuti dengan tindakbalas serentak dari orang Melayu Islam sehinggalah keadaan kembali stabil selepas Darurat diisytiharkan. 

Teks para 52 itu hanya menyuarakan kebimbangan sahaja, jika parti pembangkang seperti DAP dan PKR tidak berniat untuk menghuru harakan negara sama ada selepas kekalahan atau kemenangan mereka dalam PRU 13 nanti, maka mereka tidak perlu pun melatah. Tapi melihatkan kempen keganasan yang pernah dilakukan oleh penyokong PR semasa demonstrasi Bersih 2.0, Bersih 3.0 serta kelakuan biadap pada malam sambutan ambang kemerdekaan yang lalu, usahlah terkedu apabila khalayak umum melihat unsur keganasan dan kebiadapan sudah sinonim dengan PR. Bimbang benar Anwar apabila segala pekung kejahatan pakatan pembangkang yang diketuainya didedahkan kepada umum, walhal jika segala pendedahan yang dianggapnya sebagai serangan dari UMNO itu hanya retorik sahaja, sebenarnya cukup sekadar pemimpin pembangkang tahap bilis sahaja yang mempertikaikannya. Apabila Anwar sendiri terpaksa tampil ke depan diikuti dengan Presiden PAS, Hadi Awang turut mengulas sama, maknanya mereka tahu pendedahan yang dibahaskan semasa PAU 2012 itu memberi kesan yang agak besar dalam menelanjangkan kejahilan, kejahatan dan kelemahan pakatan pembangkang. 

AnakBD: Memang sewajarnya PAU2012 menjadi kebimbangan pembangkang lebih-lebih lagi Anwar Ibrahim bukan hanya kerana kebangkitan semangat perjuangan dikalangan ahli-ahli UMNO yang akan berjuang berhabisan, lebih membimbangankan lagi ia juga mendapat sambutan baik serta sokongan dan keyakinan dikalangan bukan ahli termasuk golongan muda yang juga boleh dikategorikan sebagai pengundi muda berusia lingkungan 21 - 29 tahun pada PRU ke 13. Menurut statistik 5.2 juta pengundi muda dengan jumlah 2.3 juta merupakan pengundi yang bakal pertama kali mengundi pada PRU kali ini adalah penentu kepada kemenangan sesebuah parti. 


Sent from Samsung tablet

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More