Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Saturday 13 October 2012

Perlaksanaan AES : Pembangkang Sengaja Kelirukan Rakyat

Gambar menunjukkan papan tanda amaran perlaksanaan AES(Automated Enforcement System) yang dilaksanakan kerajaan bukan untuk mengambil wang rakyat seperti didakwa tetapi adalah untuk menyelamatkan nyawa.

Sejak kebelakangan ini, isu AES (Automated Enforcement System) telah banyak timbul di dalam media elektronik pro dan pembangkang.  Walaupun usaha kerajaan untuk melaksanakan AES adalah untuk kebaikan secara keseluruhan, ianya dimainkan oleh pihak pembangkang di media alternatif dengan harapan untuk hasut dan kelirukan rakyat.

Antara isu2 yang cuba dibangkitkan berkaitan AES :

•        AES adalah satu cara untuk mengambil wang rakyat
 
•        AES membebankan rakyat
 
•        AES mempunyai banyak kekurangan
 
•        AES perlu ditangguhkan

Tapi yang sebenarnya mereka tahu ke apa tujuan dan fungsi AES ataupun cuma tau nak menghentam jer.

AES telah dilaksanakan untuk mengurangkan kemalangan dikalangan pengguna jalan raya, di mana secara purata, 18 orang meninggal dunia akibat kemalangan.  Kos sosial dan ekonomi yang ditanggung oleh kerajaan untuk menguruskan kemalangan jalan raya menjangkau RM9bilion.  Sebanyak 831 buah kamera akan ditempatkan mengikut fasa di kawasan black spot yang telah dikenalpasti oleh MIROS (Malaysian Institute of Road Safety).  AES ini dilaksanakan sepenuhnya oleh syarikat swasta, iaitu  ATES  Sdn. Bhd. dan Beta Tegap Sdn. Bhd.   Walau bagaimanapun, saman yang dikeluarkan tersebut adalah oleh JPJ setelah semua maklumat berkaitan pesalah dikenalpasti.  Sehubungan itu, projek ini tidak melibatkan kos kepada kerajaan.  
  
AES sebenarnya dilaksanakan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya, AES sekarang menumpukan kepada dua kesalahan sahaja , iaitu, lebih had laju dan melanggar lampu merah.  MIROS telah mengenalpasti bahawa kedua-dua kesalahan in menyumbang kepada kemalangan yang tertinggi.  Oleh yang demikian, untuk menangani perkara ini AES telah dilaksanakan.
 
Undang-undang adalah untuk dipatuhi, jika kita melanggar had laju atau lampu trafik ianya merupakan satu kesalahan dan jika ditangkap dan terbukti akan disaman, sama seperti kesalahan-kesalahan lain.  JIka rakyat tidak mahu ikut peraturan dan undang –undang maka negara akan hancur.  Adakah ini bermaksud kita memberi subsidi kepada peragut supaya meraka tidak meragut lagi ? 
 
I8 kematian secara purata direkodkan setiap hari, berapa ramai yang menjadi anak yatim piatu, berapa ramai ibu bapa yang kehilangan anak-anak.  
 
AES akan menangkap gambar semua kenderaan termasuk motosikal yang melanggar had laju.
 
Kerajaan mempunyai sebab untuk melaksanakan had laju tertentu di kawasan-kawasan tertentu, berdasarkan infrastruktur jalan yang sedia ada yang hanya boleh menampung sesuatu kemalangan jika dalam had laju tertentu, jika terlebih ianya akan memudaratkan pengguna jalan raya.
 
Dapatan sehingga kini, data-data menunjukkan bahawa kes-kes pelanggaran had laju dan lampu trafik di kawasan-kawasan yang di mana terdapat kamera AES telah berkurangan.

Tu pun sebab takut kena saman kan.

Kerajaan buat semua ni bersebab, nak mendisplinkan rakyat yang saje suka-suka langgar undang-undang, selain mengurangkan kadar kemalangan di Malaysia.

Kita semua sedia maklum kerja pembangkang ialah membangkang apa sahaja usaha kerajaan untuk rakyat. Dengan agenda mereka tersendiri.

Lagi satu teman nak pesan kat puak-puak pembangkang ni nak bangkang pun biarlah dengan fakta bukan tau nak auta jer..

Fikir-fikirkan lah
"Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya",

"Prevention is better than cure"

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More