YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan Replika
Kad Penyerahan Lembu Qurban di Perumahan Awam Parit 4, Sungai Sumun
30 September 2011, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Bagan Datoh telah menyerahkan 45 ekor lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di sini. Lembu korban ini diserahkan kepada jawatankuasa Masjid di sekitar Parlimen Bagan Datoh baru-baru ini.
|
YB. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan 45 ekor lembu qurban di sekitar kawasan Parlimen Bagan Datok
Beliau berucap, agihan lembu korban ini diberi tanpa mengira fahaman politik kerana dalam soal ibadat hal politik perlu diketepikan. Menurutnya lagi, pihaknya memilih masjid dan surau menerima lembu korban atas rasa tanggungjawab sosial dan jika ada sesiapa membuat tomahan, biar individu tersebut menjawabnya di akhirat. "Dalam soal ibadat kita harus bersatu dan bijak menangani segala masalah menerusi kaedah yang beradab untuk mendapat keberkatan dari Ilahi, " katanya ketika berucap sempena penyerahan lembu korban. Semua lembu korban itu disumbangkan oleh dua tokoh korporat untuk disalurkan menerusi Ahli Parlimen Bagan Datoh. |
0 comments:
Post a Comment