Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Majlis Penyerahan Lembu Qurban Sempenan Aidil Adha 1432H

30 September 2011, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Bagan Datoh telah menyerahkan 45 ekor lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di sini. Lembu korban ini diserahkan kepada jawatankuasa Masjid di sekitar Parlimen Bagan Datoh baru-baru ini.

Program Bertemu Nelayan-Nelayan Sekitar Kawasan Hutan Melintang

HUTAN MELINTANG: Nelayan dan pemilik bot pukat tunda tempatan mendakwa hampir muflis akibat terpaksa membayar wang tebusan hampir RM10 juta kepada lanun atau pihak berkuasa Indonesia bagi membebaskan anak kapal atau bot mereka yang dirampas sebelum ditawan di negara jiran.

Program Kecemerlangan PMR 2011 Parlimen Bagan Datoh

Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah menyampaikan Anugerah Kecemerlangan kepada pelajar-pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 Parlimen Bagan Datoh bertempat di Dewan terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abdul Razak.

Pas Rompak RM 100 daripada BR1M

Khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta anggota parti pembangkang yang menerima wang RM500 di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya menderma RM100 kepada markaz PAS bagi membantu mereka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dipersoalkan oleh beberapa pihak sebelum ini.

Jangan Gunakan Institusi Agama sebagai tempat berpolitik-Zahid Hamidi

Bagan Datoh 29 Jan - Ahli Parlimen Bagan Datok Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan guru-guru KAFA agar tidak menggunakan institusi Agama sebagai tempat untuk berpolitik."Kalau nak berpolitik, di luar institusi tak apa" menurut beliau lagi. Guru KAFA merupakan Agen Perubahan Masyarakat dan haruslah bijak menggunakan peluang yang ada untuk mendidik masyarakat dengan menggunakan pendekatan yang berbeza mengikut kehendak semasa.

Majlis Ramah Mesra bersama penduduk Bagan Datoh

Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa untuk bersolat maghrib berjemaah di Masjid Simpang Tiga, Rungkup dan solat isya' di Surau Taman Bagan Pasir.

Tuesday 27 November 2012

KENAPA HAMAS HARGAI UMNO, BUKAN PAS?

Peranan Malaysia sebagai agen pengaman telah diiktiraf dunia. Malaysia dipandang tinggi kerana komitmen dan konsistensi dalam memperjuangkan dan menyokong keamanan dunia. 

Apabila dikatakan Malaysia, maka ia secara automatik membawa erti kepimpinan dan kerajaan Barisan Nasional yang bertindak mewakili suara rakyat Malaysia keseluruhannya. Justeru, secara tidak langsung, tidak salah jika dikatakan bahawa penghargaan tersebut juga dituju kepada Barisan Nasional juga. Sebagai sebuah parti yang mewakili masyarakat Melayu Islam di Malaysia, UMNO, sebagai salah satu komponen BN turut memainkan peranan dalam memperjuangkan keamanan di dunia, terutamanya, dunia Islam. Alhamdulillah, atas segala khidmat bakti itu, hari ini, bukan sahaja Malaysia yang mendapat pengiktirafan, tetapi UMNO juga telah mula dipandang tinggi sebagai pihak yang memainkan peranan penting dalam memperjuangkan keamanan di negara-negara Islam. 

 Ini terbukti apabila Ketua Perhubungan Awam Hamas, Osama Hamdan, iaitu salah seorang daripada ahli panel dalam forum bertajuk Konflik dan Perdamaian Dalam Politik Rakyat - Memandang ke Hadapan atau ke Belakang, yang diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang akan bermula esok, menyatakan penghargaannya terhadap UMNO kerana banyak menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin yang hidup dalam keadaan serba kekurangan. UMNO juga, kata beliau, sentiasa berpegang teguh dengan pendirian menyokong perjuangan rakyat Palestin walaupun setelah Hamas mengambil alih pentadbiran negara bergolak itu daripada Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Beliau juga secara khusus menghargai kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menangani isu Palestine dan mengecam keganasan Israel. Antaranya, dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-21 di Phnom Penh baru-baru ini, Datuk Seri Najib telah membangkitkan isu mengenai Palestin dan secara spesifik, meminta Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama agar mengambil tindakan segera untuk menghentikan konflik yang berlarutan di Gaza. 

Pendirian Malaysia dalam mengiktiraf Palestine sebagai negara berdaulat adalah jelas dan konsisten. Dalam kenyataan Datuk Seri Najib di Sidang Kemuncak Luarbiasa OIC di Mekah, Ogos lalu, beliau menyatakan hal ini secara tuntas. Pendirian ini adalah yang sama yang dipegang oleh kepimpinan UMNO, BN dan Malaysia sejak sekian lama. Di masa yang sama, beliau sentiasa memastikan UMNO melakukan apa jua yang terdaya untuk membantu Palestine sama ada secara bersendirian ataupun kerjasama dengan pihak-pihak tertentu. Antaranya menghantar bantuan makanan dan keperluan pakaian serta ubat-ubatan bagi mengurangkan beban rakyat Palestine. 

 Walaubagaimana seluruh dunia cukup maklum akan pendirian Malaysia dalam isu Palestin-Israel, kita dan juga Palestin, harus bersedia menghadapi risiko perubahan dalam pendirian itu sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil-alih kuasa dalam PRU nanti. Bukan rahsia lagi, bahawa bakal Perdana Menteri Pakatan Rakyat, iaitu Anwar Ibrahim adalah antara penandatangan Annapolis Summit yang menyokong penubuhan negara Israel. Malah, tidak berapa lama dahulu beliau juga mengulangi pendirian ini dengan membuat kenyataan menyokong untuk melindungi keselamatan Israel. Kenyataan yang disiarkan oleh the Wall Street Journal itu menimbulkan kejutan dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Rasa terkejut dan kecewa terhadap kenyataan Ketua Pembangkang Malaysia itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Ismail Haniyah kepada Pengerusi Lembaga Pengurusan Yayasan Al-Quds Malaysia, iaitu Nasharudin Mat Isa ketika kunjungan beliau ke Kuwait. Nasharudin, sebagai pemimpin PAS walaupun berkongsi sentimen yang sama dengan umat Islam di seluruh dunia gagal menjelaskan pendirian partinya mahupun pendirian PR dalam isu tersebut. Ini kerana, menyatakan bahawa PAS tidak bersetuju dengan Anwar dalam isu ini adalah tidak cukup, kerana PAS nampaknya sebulat suara bersetuju agar Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan mereka menang dalam PRU nanti. 

 Justeru, pendirian Anwar pasti akan menjadi pendirian parti PR iaitu pendirian kerajaan Malaysia. Sekali gus pendirian peribadi PAS yang mungkin bertentangan, tidak akan membawa makna apa-apa. Malah, pada hari ini juga PAS boleh dikatakan tidak bermakna apa-apa lagi kerana secara realitinya ia sudah terangkum dalam sebuah pakatan di bawah teraju Anwar. Walaupun PAS menuduh UMNO kafir dan murtad serta mendabik dada konon hanya parti itu yang layak dan ikhlas memperjuangkan Islam tetapi keIslaman� PAS nampaknya tidak diiktiraf dunia. Manakan tidak, PAS bukan sahaja bersekongkol dan berusaha menobatkan talibarut Zionis pembunuh rakyat Palestin sebagai Perdana Menteri, tetapi PAS juga tidak pernah punya apa-apa jasa kepada umat Islam di dalam negara ini, jauh sekali di negara lain. Hakikatnya, PAS, sebuah parti yang hidup dengan wang derma ahli sendiri, serta wang sumbangan Zionis melalui PKR tidak mampu walaupun untuk mendirikan masjid untuk umat Islam beribadah selain dari masjid� rumahtangga dengan masing-masing punya dua hingga empat orang isteri. 

Selama 2 dekad memerintah Kelantan, PAS hanya mampu mendirikan sebuah masjid sahaja. PAS gagal secara total untuk menaikkan taraf ekonomi rakyat Kelantan dan tidak mampu menjana ekonomi negeri sehinggakan negeri yang diperintah mereka mundur dari segala segi. Dari segi Islam pula, ulama-ulama PAS langsung tidak layak untuk duduk sebaris dengan ulama-ulama tersohor dunia. Ini kerana mereka hanya tahu berceramah di tahap kampungan serta tidak pernah membuat kajian atau apa-apa sumbangan akademik mahupun pembangunan kepada dunia Islam. Justeru, kita tidak hairan apabila Hamas menghargai UMNO dan bukan PAS, dalam menangani isu Palestine yang disifatkan paling penting� dan palilng dekat di hati umat Islam pada hari ini. Yang kita hairan ialah kenapa PAS masih tidak malu merasakan parti itu lebih Islam dari UMNO?

Sent from Samsung tablet

TIME FOR PUTERI TO WAKE UP

Puteri Umno is a lost movement as it hibernates in its cocoon oblivious to the current political unrest where Umno and its leaders being attacked in every corner.

 The movement seems to be out of touch with the reality and the youngsters who are first time voters in the coming general election, estimated around 3 million. Under the leadership of Rosnah Shirlin in 2009, the movement has not made much impact or in fact, hardly heard in the country vigorous political scenario as its existence is not mentioned much, what more about its activities. The movement was set up to engage with youngsters particularly women who are in college, working and who are politically lost in the wilderness of the country politics, whose age is below 40, to be more specific below 35 and who just entered college or left school. Puteri Umno presence is no longer felt since 2008 general election and it does not seem to touch base since then, unlike when it was headed by Azalina Said where it always hold the limelight despite being flanked by its sister movement Wanita Umno. 

The movement failure in engaging with the youngsters had probably got Umno president Najib Tun Razak himself to reach out to the youngsters through the alternative media such as facebook, twitter and so on. The movement is also silent when Najib was heavily shelled by the oppositions on make-believed issues which created doubts in the minds of youngsters as to his and the government credibility and image. Puteri movement is just not there to help defend nor counter aimed at helping the party president to move forward in his transformation programs without having to look behind or blocking the onslaughts. The movement also does not seemed to make much use of the new media such as blogs or portals to reach out to the females youngsters and engage intellectually to attract them to Umno and Barisan Nasional (BN). 

Puteri silence and sleeping mode has created a void or vacuum where young voters, mainly females began to forget about Umno as they continue being fed with opposition accusations in the new media. Puteri failure to engage the youngsters through the new media have given the oppositions the much needed space to do their psy-war without hindrance and competitions. Puteri, whose members comprised intellectuals and computer savvy females have actually lost the chances or opportunities to engage with the youngsters during Umno low-period beginning 2008. 

The movement just did not have the leadership capability and minds on how to reach out to the youngsters during that period using the new media and such technology such as facebook and so on. The movements failure has somewhat shift the youngsters political inclination towards the opposition in one way or another as the onslaughts on the new media seem effective in attracting them to their side. Let alone at grassroots level.

The movement is now not seen as a force except just a follower waiting for instruction as it cannot move on its own for reasons best known to them. Given such background, this assembly is the time for the movement to make itself visible and relevant again given the present political scenario is for the young people and the young minds.

The movement should change its inferiority complex against its sister the Wanita movement as Puteri is supposed to be the frontline to engage with the youngsters and new media. The movement need to be more aggressive in the current political scenario to enable Umno and BN to withstand the onslaught of the oppositions as Najib cannot fight a lone battle in the fast changing political trend. He needs help from all the movements in the party and Wanita Umno does not seemt o be of much help with its chief Sharizat Abdul Jalil caught in the NFC controversy. As such, it is up to Puteri to stand up and be seen and counted as a force that can be depended on from now as the general election is just around the corner. 

Without pointing finger to anyone else or even trying to embrass anyone, we really hope after completed this General Assembly, Puteri will find a new spirit to be work hard together with other Party's wing in order to facing PRU13. We are sincere reprimand for the good of the party.


Sent from Samsung tablet

Thursday 22 November 2012

WHEN ANWAR HAS NO FEELING OF SHAME AND DIGNITY, ANYTHING GOES AS LONG AS HE IS PM.


Suaram is very insistent in bringing in the two French lawyers - William Bourdon and Joseph Breham  to brief MPs on the investigations of the sale of two submarines by defence firms DCNS to Malaysia. On orders from Anwar Ibrahim, Suaram is determined to do whatever it takes to make their allegations stick and have Prime Minister Najib Tun Razak appear in the court in France. Regardless of selling off dignity and pride of the country as well as oneself, Suaram mission has thus far been a failure as the case is not even taken seriously by the French court where the NGO filed the complaint. And now, since Anwar credibility is declining by the day, the latest was the rejection by Australia to interfere in the coming general election, Suaram has to work doubly hard to bring back credibility and confidence of Malaysians to Anwar.

 Suaram action, as all Malaysians know, is to dent Najib credibility so that Anwar can have an easy path to Putrajaya and Suaram is not alone in this as it is being supported by other NGOs in other issues. Anwar, on the other hand is feeling ot as he counts the days to polling, personally watching his influence, credibility and image dwindling by the day. His ceramahs no longer attract thousands, his speeches no longer explosive, his allegations are repetitive nothing new and from within the Pakatan, his image is considered as at rock bottom. Worse scenario at present is Anwar may find more rejections from other countries on his request for support to purportedly ensure free and fair election in Malaysia, claiming even 12-year olds names are found in the voting lists. If such a scenario is to follow, Anwar may find even his partners in PR may distance themselves from him come election and he can forget his dream of becoming the Prime Minister. 

Even now itself, he finds himself being challenged by PAS president Abdul Hadi Awang, despite the claimed that it was agreed he would be appointed as PM if PR wins the general election. In fact, from within Pakatan grassroots now, members are debating who is a better PM  Anwar or Hadi  a topic that was never spoken before the PAS general assembly that was concluded last Sunday. The debate within rank and file now puts Anwar in a shameful situation and the rejection by Australia further shamed him among leaders of Pakatan, even though they smile when with him. After all, Anwar does not know what are the real feelings of those leaders around him and he does not know whether they really admire him or just making use of him. Anwar ego and over-ambitious has made him lose sight of reality.

Sent from Samsung tablet

HarakahDaily setuju Hadi lebih layak jadi nelayan daripada PM ?


 Dalam Muktamar PAS baru-baru ini, kita menyaksikan bagaiamana bersemangat sekali ahli-ahli PAS mencadangkan Presiden mereka, Datuk Seri Hadi Awang sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat memerintah. Hadi Awang dilihat tidak menolak terus cadangan tersebut, sebaliknya mengambil sikap terbuka terhadap apa jua cadangan dan keputusan. Malah, beliau juga membayangkan rasa syok sekiranya ia benar-benar menjadi realiti. 

 Ini menunjukkan yang Hadi teringin juga merasa menjadi Perdana Menteri. Hari ini, Tun Mahathir pula membuat kenyataan bahawa Hadi Awang paling layak di antara semua pemimpin PR untuk memegang jawatan tersebut berdasarkan latarbelakang yang bersih berbanding Anwar Ibrahim. 

 Walaubagaimanapun, cadangan tersebut telah menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan pemimpin-pemimpin PAS. Malah, pendapat bahawa Hadi Awang layak sebagai PM juga telah tidak dipersetujui oleh mereka. Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS membuat kenyataan jelas bahawa kepimpinan PAS langsung tidak mengambil serius cadangan ahli-ahli PAS untuk melantik Hadi Awang sebagai PM. Mat Sabu sebagai orang no. 2 juga secara terang-terangan menolak cadangan itu kerana akur kepada perjanjian dengan DAP untuk melantik manusia yang digelarnya sebagai Al-juburi, sebagai Perdana Menteri. 

 Dalam kita membayangkan sokongan desakan hebat dari pemimpin-pemimpin tertinggi PAS yang lain untuk merealisasikan kehendak ahli dalam isu ini, amatlah malang bagi Hadi Awang kerana panglima-panglimanya sendiri tidak yakin dengan kepimpinannya. Tentulah sesuatu yang amat memalukan bagi Hadi Awang apabila mereka yang sepatutnya menjadi orang-kuatnya, yang sepatutnya menjadi pemangkin kepada kepimpinannya, bertindak mengenepikan idea untuk melantik dirinya sebagai PM.

 Lebih mengejutkan lagi apabila Harakahdaily, lidah rasmi PAS bagaikan segan untuk menyentuh soal Hadi sebagai PM. Sebaliknya media itu menonjolkan imej Hadi sebagai nelayan, meletakkan gambarnya di laut dengan pakaian seorang nelayan serta memetik kata-katanya yang lebih selesa menjadi nelayan dari menjadi Perdana Menteri. Apakah ertinya ini? Apakah bentuk permainan atau motif Harakahdaily berbuat demikian? Untuk menunjukkan kezuhudan Hadi Awang? Atau untuk menunjukkan hakikat kedudukan yang tepat bagi Hadi Awang iaitu hanya sebagai nelayan?

 Permainan Harakahdaily ini agak ganjil jika dilihat dalam konteks politik dalaman PAS. Kita akan tersenyum sinis jika melihat gambar Dato Seri Najib atau Tun Mahathir sebagai nelayan kerana imej tersebut pastinya tidak kena atau janggal kerana tidak sesuai dengan keperibadian dan karisma mereka. Sama seperti kita melihat gambar Obama sedang menumbuk padi iaitu tidak sesuai, pelik serta mustahil. Tetapi, meletakkan gambar Hadi sebagai nelayan membawa impak yang amat bertentangan kerana watak, latarbelakang dan penceritaan begitu sebati, sesuai, tepat dan mudah dihayati. Melihat gambar yang disiarkan oleh Harakahdaily tersebut, menjadikan ianya semakin mustahil untuk kita membayangkan Hadi Awang sebagai Perdana Menteri. 

 Mana mungkin seseorang yang begitu menepati imej seorang nelayan juga dapat menepati imej seorang Perdana Menteri? Maka, persoalannya kembali kepada Harakahdaily iaitu mengenai motifnya atau permainannya. Kita sedia maklum bahawa kepimpinan tertinggi DAP dan PKR sememangnya tidak pernah menghormati Hadi Awang sebagai setaraf dengan mereka. 

 Hadi Awang sendiri nampaknya hilang keyakinan diri bila berhadapan dengan mereka yang lebih agresif, pantas, licik dan arif tentang selok belok dunia. Jika tidak kerana kelemahan Hadi Awang sudah tentu PAS tidak akan mengaku untuk sanggup menggadaikan Negara Islam dan hudud bagi menepati syarat kerjasama Pakatan Rakyat sejak dari awal lagi. Jika Hadi Awang punya karisma dan kredibiliti sebagai pemimpin, tentu PAS tidak akan membisu dalam isu murtad, arak, judi, pusat hiburan dan sebagainya, tetapi sebaliknya akan menyinga dan menyerang DAP dan PKR habis-habisan sebagai kafir sebagaimana PAS menentang UMNO dalam isu yang sama.

 Hakikatnya, Hadi Awang bukan pemimpin antara kaum, beliau hanya pemimpin bagi satu kaum, iaitu Melayu dan itu pula terhad kepada satu golongan, iaitu golongan yang jumud yang menganggap Ulama sebagai mengetahui segala-galanya. Justeru, mungkinkah Harakahdaily cuba mengajar golongan jumud ini agar lebih terbuka dan menerima kenyataan tentang di manakah kedudukan yang paling layak atau tidak layak bagi Hadi Awang. 

 Oleh itu, Gambaran Hadi Awang sebagai nelayan diharap dapat membantu golongan jumud PAS melihat kebenaran iaitu bahawa selama ini mereka dipimpin oleh pemimpin yang juga dipimpin oleh orang lain. Apakah Harakahdaily cuba memaksa ahli-ahli PAS agar menerima hakikat bahawa mereka tiada pilihan selain akur kepada DAP dan PKR kerana PAS sendiri tidak punya pemimpin sebenar. Selama ini PAS dipimpin oleh seorang Pak Turut, Budak Suruhan atau Boneka yang tidak tahu apa-apa, yang tidak berdaya melawan atau bersuara. Pemimpin yang dipimpin, tidak mungkin layak menjadi PM, dan tentu sekali lebih sesuai menjadi nelayan menangkap ikan sambil mengikut angin di tengah lautan�


Sent from Samsung tablet

Wednesday 7 November 2012

Diktator: Hadi Sindir Nik Aziz & Anwar Ibrahim


Niat di hati sekadar nak buat gimik politik sambil menguji pengaruh, kemudian tak pasal-pasal ianya memalukan diri sendiri dan menjadi bahan lawak politik tanahair pula.

Akhirnya terpaksalah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengakui kenyataannya untuk bertanding di Parlimen Pekan hanyalah bertujuan untuk membuktikan dirinya bukan diktator.

Tahu pun Hadi takut untuk menyerahkan tengkuknya untuk disembelih oleh para pengundi di Parlimen Pekan. Lagipun dikalangan ramai pemimpin PAS sendiri pun tak yakin Hadi akan merealisasikan gimik lawaknya itu.

Kecuali, hanya Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat sahaja yang kelihatan seronok hingga senyum sampai ke telingga bila sahaja mendengar berita berkenaan ura-ura Presiden PAS itu mahu bertanding di Pekan, Pahang.

Seronoknya Nik Aziz bukan main lagi sehinggakan terus sahaja memberi lampu hijau kepada Hadi kerana tahu dengan demikian akan tamatlah riwayat politik Hadi dalam PAS dan hilanglah satu lagi perintis cadangan Kerajaan Perpaduan (UG).

Persoalan sekarang dalam keadaan ribut tak ada, angin sepoi-sepoi bahasa, mengapa agaknya perihal diktator pula yang Hadi bangkitkan? Tentu ada yang tersirat disebaliknya, tak begitu?

Kira-kira sebulan lalu, Nik Aziz yang juga adalah Menteri Besar Kelantan ada membuat kenyataan media bahawa dirinya akan terus berpaut pada kuasa dan jawatan sekalipun wujud desakan yang mahukan beliau berundur atas faktor kesihatan.

Manakala pada awal tahun ini pula, Mursyidul Am PAS itu pernah memberi bayangan keinginannya untuk terus bertanding dalam pilihanraya dan memegang jawatan politik sampai mati.

Alasannya, jawatan politik tak sama macam jawatan kakitangan awam yang ada tempoh persaraan.

Hakikatnya, hanya diktator sahaja yang berasa amat sayang pada kuasa duniawi dan agak takut untuk melepaskan kuasa dalam genggaman. Dan kebetulannya, Nik Aziz memenuhi ciri-ciri tersebut.

Sementara itu, tidak berapa lama dulu, Anwar Ibrahim pernah mengumumkan bahawa namanya adalah satu-satunya calon yang sudah disahkan akan bertanding dalam PRU 13 nanti, sedangkan nama pemimpin PKR yang lain masih lagi dalam pertimbangan.

Mengikut fahaman Hadi Awang, hak penentuan siapa yang akan bertanding atau tidak terletak pada keputusan parti, jika keputusan mendahului parti bermakna seseorang itu adalah diktator.

Jelas sekali, Anwar memenuhi ciri diktator yang dimaksudkan itu kerana Anwar telah membuat keputusan sendiri tanpa merujuk keputusan bersama pemimpin lain. Lagipun, sejak dulu hingga kini Anwar memang layak digelar diktator merangkap bapak segala nepostisme dan kronisme.

Kini terlerailah sudah kenapa tiba-tiba sahaja Hadi menimbulkan isu diktator. Rupanya ia satu sindiran sinis kepada rakan separti dan sepakatan. Tak sangka ya, dalam kalut menepis gelak tawa orang ramai dengan lawak politiknya sempat lagi melepas tembakan tepat ke dahi Nik Aziz dan Anwar.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More