Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Majlis Penyerahan Lembu Qurban Sempenan Aidil Adha 1432H

30 September 2011, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Bagan Datoh telah menyerahkan 45 ekor lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di sini. Lembu korban ini diserahkan kepada jawatankuasa Masjid di sekitar Parlimen Bagan Datoh baru-baru ini.

Program Bertemu Nelayan-Nelayan Sekitar Kawasan Hutan Melintang

HUTAN MELINTANG: Nelayan dan pemilik bot pukat tunda tempatan mendakwa hampir muflis akibat terpaksa membayar wang tebusan hampir RM10 juta kepada lanun atau pihak berkuasa Indonesia bagi membebaskan anak kapal atau bot mereka yang dirampas sebelum ditawan di negara jiran.

Program Kecemerlangan PMR 2011 Parlimen Bagan Datoh

Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah menyampaikan Anugerah Kecemerlangan kepada pelajar-pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 Parlimen Bagan Datoh bertempat di Dewan terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abdul Razak.

Pas Rompak RM 100 daripada BR1M

Khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta anggota parti pembangkang yang menerima wang RM500 di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya menderma RM100 kepada markaz PAS bagi membantu mereka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dipersoalkan oleh beberapa pihak sebelum ini.

Jangan Gunakan Institusi Agama sebagai tempat berpolitik-Zahid Hamidi

Bagan Datoh 29 Jan - Ahli Parlimen Bagan Datok Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan guru-guru KAFA agar tidak menggunakan institusi Agama sebagai tempat untuk berpolitik."Kalau nak berpolitik, di luar institusi tak apa" menurut beliau lagi. Guru KAFA merupakan Agen Perubahan Masyarakat dan haruslah bijak menggunakan peluang yang ada untuk mendidik masyarakat dengan menggunakan pendekatan yang berbeza mengikut kehendak semasa.

Majlis Ramah Mesra bersama penduduk Bagan Datoh

Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa untuk bersolat maghrib berjemaah di Masjid Simpang Tiga, Rungkup dan solat isya' di Surau Taman Bagan Pasir.

Monday 30 April 2012

Zahid nasihat Nizar jangan berdolak-dalik


RUNGKUP - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi beri amaran kepada Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin supaya tidak berdolak-dalik dalam pembohongan berkaitan pihak tentera akan mengambil alih kerajaan jika Barisan Nasional (BN) kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. 
Menurutnya, pembohongan dibuat pemimpin Pas itu, mengenai kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak me­nga­dakan pertemuan dengan pegawai kanan tentera berhubung isu pilihan raya, menunjukkan Nizar sebagai ahli politik tidak profesional.
 
“Di sini, saya mengambil kesempatan nasihatkan pemimpin Pas itu (Nizar) menjadi ahli politik profesional. Walaupun berbeza fahaman politik, kita mesti letakkan integriti di atas supaya dihormati masyarakat,” katanya.
 
Beliau berkata demikian selepas merasmikan penutup Sukaneka Hari Keluarga Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Parlimen Bagan Datoh di sini, semalam.
 
Ahmad Zahid turut meminta polis melakukan siasatan­ segera terhadap Nizar dan mahu dedah hasil siasatan supaya masyarakat tahu siapa yang benar dan salah.
 
Katanya, walaupun kawasan Dun Nizar berhampiran Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), tidak semestinya maklumat yang beliau perolehi daripada bekas pegawai tentera laut itu benar.
 
Menurutnya, sebelum ini Nizar pernah membuat pembohongan dengan mengatakan Majlis Angkatan Tentera Malaysia yang bersidang kali ke-300 buat keputusan beri tanah seluas 1.2 hektar kepada pesara tentera.
 
“Saya turut menyemak minit mesyuarat dan tidak pernah ada perkara itu dibangkitkan langsung, malah saya ada bertanya kepada Nizar yang mengaku, semasa menjadi Menteri Besar Perak, tidak ada seinci tanah pun diberikan kepada pesara tentera.

“Sehubungan itu, saya turut minta Nizar akui kesilapan agar terus dihormati,” katanya.



Terdahulu, beliau merasmikan Majlis Sukaneka Tabika Perpaduan Zon 5 Daerah Hilir Perak.







Tuesday 24 April 2012

HOT NEWS!!! YB Kesavan ADUN-PKR terdesak buat pusingan U??


Bagan Datoh - Dikhabarkan ADUN PKR-Hutan Melintang Kesavan membuat pusingan U dihadapan SMK Hutan Melintang untuk menyertai Program Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Ahli Parlimen Bagan Datoh merangkap Menteri Pertahanan Malaysia  (Pelancaran Program Khidmat Perdana Alumni PLKN) . Kami difahamkan sejurus selepas menyertai Program Jom Sarapan Bersama DS Zahid Hamidi.Beliau dilihat memandu melalui sekolah tersebut namun dilihat membuat pusingan U setelah melihat ramai yang hadir ke program tersebut dan seterusnya menyertai program tersebut .Beliau juga dikhabarkan turut sama menyanyikan lagu Negaraku dan 1Malaysia bersama-sama Pemimpin BN yang lain  Nampak sangat si Kesavan ni dah terdesak kerana dia mula sedar yang karier politiknya sudah tahap nyawa-nyawa ikan...


Sampai pakai kasut pun tak sempat yer...menyedihkan.....

Untuk rekod, YB Kesavan tidak banyak menyumbang untuk penduduk Dun Hutan Melintang.
"Nak jumpa dia punya la susah..apatah lagi nak mohon bantuan." rungut salah seorang penduduk tempatan.
Yang dia tau sibuk menyertai pemimpin pakatan lain berceramah menfitnah BN sana-sini.
Kebajikan rakyat tak pernah dijaga. DS Zahid la yang sibuk kesana-kesini membantu penduduk tempatan.
Namun adakah Kesavan akan beralih arah keluar dari PKR dan menyertai BN dibawah kepimpinan Dato' Seri Zahid Hamidi?? sama-sama kita nanti kan..


-CTCYBERTROOPER

Monday 23 April 2012

Majlis Penyampaian Hadiah Galakan Murid-murid Cemerlang SPM & STPM Parlimen Bagan Datok 2011


Majlis yang di adakan di Dewan Wisma UMNO Bahagian Bagan Datoh
telah dirasmikan oleh 
YB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi 
selaku Ahli Parlimen.

Penerima hadiah kecemerlangan tersebut terdiri daripada pelajar-pelajar cemerlang SPM & STPM 2011 di 9 buah sekolah Menengah di Parlimen Bagan Datok seramai 108 orang.

Majlis turut dihadiri oleh En. Zainal Abidin Omar Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak,
Dato' R Ganesan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perak serta pemimpin-pemimpin parti komponen BN yang lain.

Penerima dikategorikan kepada :

a) Pelajar Cemerlang STPM straight A 2011
b) Pelajar Cemerlang SPM Straight A 2011
c) Pelajar Cemerlang STPM 2011
d) Pelajar Cemerlang SPM 2011







Dalam ucapan perasmiannya, Dato' Seri Zahid Hamidi mengingatkan para pelajar supaya tidak lupa untuk membantu ibu bapa yang telah banyak berkorban untuk mereka.

" Bagi saya, soal pelajaran, soal agama, tidak ada soal politik, kalau kita gunakan agama, gunakan politik, akan rosak minda anak-anak." ujar beliau lagi.

Selain itu beliau juga berhasrat mahu menjadikan Parlimen Bagan Datoh cemerlang dalam pendidikan kategori luar bandar.

" Dengan adanya kombinasi antara, Pejabat Pendidikan Daerah , Pengetua-Pengetua, Guru-Guru, Ibu-Bapa dan Sekolah akan menjadikan Bagan Datok nombor satu dalam Pelajaran dan menyumbang kejayaan paling besar." 

"Sebagai memberi motivasi kepada calon-calon PMR tahun ini, kita akan tempatkan 220 orang calon terpilih selama 3 hari di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh (SABDA), supaya mereka merasai pengalaman berada di Sekolah Berasrama Penuh, dan ini akan memberikan motivasi kepada mereka untuk mencapai kejayaan yang cemerlang didalam PMR yang akan datang .Begitu juga, dengan calon-calon SPM, mereka akan ditempatkan di university terpilih."


Beliau juga berjanji, akan meneruskan program-program untuk membantu kecemerlangan anak-anak Bagan Datoh. Kata beliau mengakhiri ucapan perasmian.


- Bergambar bersama penerima-penerima anugerah.


Terdahulu, beliau bersarapan pagi serta mengadakan program Walkabout di Bagan Cina Hutan Melntang pada hari yang sama.





-Melawat Pelantar ikan di Bagan Hutan Melintang



- Mengambil peluang mengemudi bot penumpang


- Beramah-mesra dengan peniaga-peniaga serta penduduk-penduduk di Bagan Cina Hutan Melintang.


Sekitar Majlis Penyerahan BR1M Parlimen Bagan Datok Fasa 5

Majlis penyerahan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bagi fasa yang kelima telah dilaksanakan minggu lalu.
penyerahan melibatkan seramai 778 orang penerima.

Majlis Dirasmikan serta penyerahan dibuat sendiri oleh Ahli Parlimen Bagan Datok
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Majlis yang berlansung di Perkarangan Wisma UMNO Bahagian Bagan Datoh,
Hutan Melintang berjalan dengan lancar dan turut dibantu oleh
Rela serta pegawai-pegawai Pejabat Daerah yang bertugas.

Semua penerima melahirkan rasa gembira menerima bantuan ini.
Terima Kasih Kerajaan.






Saturday 14 April 2012

Himpunan BN Pilihan Anak Muda mendapat sambutan 10 ribu anak muda Perak.

*Foto ihsan Double Y

Syabas kepada Kerajaan negeri Perak dan BN Youth
diatas penganjuran Himpunan BN Pilihan Anak Muda
 dihadiri hampir 10,000 anak muda pelbagai bangsa yang telah mencatat sejarah tersendiri untuk negeri Perak.

Program yang turut dihadiri oleh Naib Presiden UMNO iaitu DS Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pemuda UMNO Malaysia YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak Saudara Azwan Harun dan Ketua Puteri UMNO Dato Rosnah Shirlin ternyata meriah dan mendapat sambutan luar biasa dari anak muda Perak.

Selanjutnya sila baca sini 

Program Seharian di Kawasan 8/4/2012

Program sarapan Pagi Bersama Penduduk Setempat Di Kedai Kopi Sg Dulang Pekan
 - Majlis Penyerahan Anak Angkat USM (Tanah Lalang)
 - Perasmian Kelompok Cawangan UMNO DUN Rungkup Dewan PPK Simpang Tiga
 - Perasmian Kelompok Cawangan UMNO DUN Hutan Melintang Wisma UMNO Simpang 4 Hutan Melintang 
- Majlis Perkahwinan anakanda Mr. Lui Tmn Mlintang Ria Simpang 4 Hutan Melintang







Program sarapan Pagi Bersama Penduduk Setempat Di Kedai Kopi Sg Dulang Pekan









 

 - Majlis Penyerahan Anak Angkat USM (Tanah Lalang)










 - Perasmian Kelompok Cawangan UMNO DUN Rungkup Dewan PPK Simpang Tiga



 - Perasmian Kelompok Cawangan UMNO DUN Hutan Melintang Wisma UMNO Simpang 4 Hutan Melintang 



Sesi minum petang bersama rakyat di Kedai Mee Kari Pak Mek




- Majlis Perkahwinan anakanda Mr. Lui Tmn Mlintang Ria Simpang 4 Hutan Melintang


Tuesday 10 April 2012

Tuanku Abdul Halim Mua'zam Shah, 84, ditabal sebagai Yang di Pertuan Agong yang ke -14 dalam upacara penuh istiadat di Istana Negara.Daulat Tuanku!




Merafak sembah dan menjunjung kasih kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, patik semua dari team Anak Bagan Datoh Online menyembah tahniah diatas pertabalan Tuanku menaungi rakyat Malaysia sebagai Yang Dipertuan Agong Ke-14 pada hari ini buat kali keduanya.Daulat Tuanku!

Monday 9 April 2012

PRU-13: BN sedia 'bertempur' di alam siber



BAGAN DATOH - Seluruh jentera Barisan Nasional (BN) di alam siber kini bersiap sedia berdepan taktik pembangkang yang dijangka menjadikan media baru sebagai medium melemparkan tohmahan memburuk-burukkan pemimpin kerajaan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berkata, BN tidak mahu terikut-ikut dengan strategi pembangkang menabur fitnah sebaliknya memberi penjelasan kepada rakyat berhubung isu-isu semasa dengan menggunakan kebenaran fakta.
''Pembangkang sudah tidak ada cara lain, mereka sedang tercari-cari isu dan bila tiada, mereka akan memburuk-burukkan pemimpin kerajaan dalam ceramah dan alam siber dengan harapan pemimpin berkenaan tidak akan turun padang.

''Sebab itu, jentera kita melalui media-media baru perlu bersiap sedia menangkis segala tohmahan dan fitnah dengan memberi penjelasan dan maklumat serta fakta kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas program anak angkat Universiti Sains Malaysia (USM) di Kampung Sungai Dulang, di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata, pemimpin BN di semua peringkat juga perlu bersedia kerana pembangkang dilihat bakal menggunakan pendekatan serangan peribadi terutamanya ketika pilihan raya semakin hampir.
Menurut beliau, pembangkang semakin ketandusan isu apabila satu persatu kelemahan pentadbiran di negeri yang mereka kuasai terbongkar manakala BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus diterima rakyat.

Dalam hubungan itu, jelas beliau, pembangkang sepatutnya bersikap matang dengan mengambil langkah membaiki segala kelemahan serta menunaikan janji-janji dalam manifesto pilihan raya mereka sebelum ini.
''Apabila ini tidak dapat dilakukan, pembangkang menjadikan serangan peribadi terhadap pemimpin BN sebagai modal politik untuk menutup kelemahan dan keburukan pentadbiran mereka," katanya.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, BN perlu menumpukan usaha memberi penjelasan secara berterusan terutamanya kepada golongan muda mengenai isu-isu yang sengaja diputar belit pembangkang untuk meraih sokongan.

Aktiviti Mingguan Ahli Parlimen Bagan Datok




Sarapan Pagi Bersama Rakyat Tempatan


Program Walkabout di Bagan Cina Parit 4


Walkabout di Bagan Cina Bagan Datoh Pekan








Menghadiri kenduri kahwin



Menghadiri pengebumian di Kg Sg Keli


Melawat Orang Sakit


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More