Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Friday 19 October 2012

Ganjaran istimewa jika ATM julang Piala Malaysia


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berjanji akan memberi ganjaran istimewa kepada semua pemain pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekiranya pasukan itu berjaya menjuarai Piala Malaysia, esok.

Bagaimanapun apa dan berapa jumlah ganjaran itu tidak diumumkan kerana ia masih lagi menjadi rahsia.

Ia tidak berlaku seperti pasukan Kelantan yang akan menerima sekeping tanah sekiranya mereka menjadi juara kali ini.

Yang paling penting Ahmad Zahid mahu pemain pasukan ATM  menunjukkan ketangkasan, gaya permainan yang menyeronok serta menghiburkan penonton dan penyokong dan setia mereka.

“Saya yakin pemain ATM akan beraksi dengan taktik dan aksi yang terbaik untuk menjadi juara Piala Malaysia tahun ini,“ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid percaya pasukan ATM dapat memikul tugasan  memartabatkan pasukan ATM setelah 46 tahun ketandusan  gelaran juara.

Menurutnya, penyokong sejak awal lagi mahukan ATM menjuarai piala berkenaan musim ini dan beliau meminta pemain tidak menghampakan harapan mereka menjuarai piala berprestij ini.

“Bermainlah dengan penuh cemerlang dan ganjaran setimpal akan menyusuli kejayaan. Ini janji saya,“ katanya.

Ahmad Zahid mahu pemain bermain bersungguh-sungguh dan membuktikan bahawa mereka adalah pasukan terunggul dalam musim kali ini.- Sinar

AnakBD : Kebanyakkan blog-blog, media elektronik termasuk media sosial mula membuat andaian masing-masing siapakah yang layak bergelar juara Piala Malaysia 2012 perlawanan diantara skuad Kijang menentang ATM. Kedua-dua pasukan diakui mempunyai kehebatan masing-masing. Yang manakah pilihan anda untuk bergelar juara??

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More