Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Thursday, 11 October 2012

Erkk Anwar terkedu dibantai Haron Din?

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini enggan mengulas kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang menempelaknya bersekongkol dengan penulis Islam berfikiran liberal dari India.

Beliau yang ditemui di lobi Parlimen hanya mengeleng kepalanya dan berlalu pergi, selepas enggan menjawab soalan yang diajukan wartawan Antarapos.

Haron ketika dihubungi Antarapos sebelum ini menyifatkan tindakan Anwar bersekongkol dengan Mobashar Jawed Akbar sebagai tindakan yang tidak direstui PAS.

"Jangan kita rujuk kepada seorang perseorangan seperti Anwar, kerana itu tindakan dia sendiri.

"Anwar pun ada cara dia sebab dia pun bukan tubuh parti Islam tetapi parti Keadilan. Dia rasakan itu boleh mendapat keuntungan (buat) dia, maka dia buat. Itu politik Anwar dan dia tiada asas politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tidak macam kita," kata Haron.

Anwar sebelum ini menjemput Akbar yang merupakan bekas Ahli Parlimen India untuk melancarkan bukunya berjudul,"Tinderbox: The Past and Future of Pakistan".

AnakBD : Akhirnya tembelang manusia bernama ANUwar ni pecah juga..Sebelum ni beliau bukan main lagi mendabik dada mengatakan yang dia kononnya merupakan seorang pejuang Islam..Tapi tindak-tanduk manusia ANU-gerah tuhan ni sejak akhir-akhir ni menampakkan siapa beliau sebenarnya..Kerana gilakan kuasa dia sanggup lakukan apa sahaja termasuklah menggadaikan agama. Adakah ini yang dikatakan manusia ANU-gerah tuhan seorang yang memperjuangkan Islam.

Tapi yang hairannya Pimpinan Tertinggi Parti Islam Semalaysia (PAS) terus diam membisu..kecuali beberapa yang telah menyatakan hasrat untuk tidak lagi menyokong ANUwar tapi yang lain buat pekak dan buta jer..Adakah kerana gilakan kuasa? Mereka terlalu ghairah untuk memimpin negara lalu matlamat menghalalkan cara??

Dan kenapa pula pemimpin - pemimpin PAS seperti Khalid Gereja tu hanya memberikan tumpuan kepada kenyataan Ustaz Nasha sahaja dan tidak kepada kenyataan Dr. Haron Din?
Mungkin mereka juga sependapat dengan Haron Din yang ANUwar ni bukanlah seorang pejuang Islam.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More