Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Majlis Penyerahan Lembu Qurban Sempenan Aidil Adha 1432H

30 September 2011, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Bagan Datoh telah menyerahkan 45 ekor lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di sini. Lembu korban ini diserahkan kepada jawatankuasa Masjid di sekitar Parlimen Bagan Datoh baru-baru ini.

Program Bertemu Nelayan-Nelayan Sekitar Kawasan Hutan Melintang

HUTAN MELINTANG: Nelayan dan pemilik bot pukat tunda tempatan mendakwa hampir muflis akibat terpaksa membayar wang tebusan hampir RM10 juta kepada lanun atau pihak berkuasa Indonesia bagi membebaskan anak kapal atau bot mereka yang dirampas sebelum ditawan di negara jiran.

Program Kecemerlangan PMR 2011 Parlimen Bagan Datoh

Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah menyampaikan Anugerah Kecemerlangan kepada pelajar-pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 Parlimen Bagan Datoh bertempat di Dewan terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abdul Razak.

Pas Rompak RM 100 daripada BR1M

Khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta anggota parti pembangkang yang menerima wang RM500 di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya menderma RM100 kepada markaz PAS bagi membantu mereka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dipersoalkan oleh beberapa pihak sebelum ini.

Jangan Gunakan Institusi Agama sebagai tempat berpolitik-Zahid Hamidi

Bagan Datoh 29 Jan - Ahli Parlimen Bagan Datok Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan guru-guru KAFA agar tidak menggunakan institusi Agama sebagai tempat untuk berpolitik."Kalau nak berpolitik, di luar institusi tak apa" menurut beliau lagi. Guru KAFA merupakan Agen Perubahan Masyarakat dan haruslah bijak menggunakan peluang yang ada untuk mendidik masyarakat dengan menggunakan pendekatan yang berbeza mengikut kehendak semasa.

Majlis Ramah Mesra bersama penduduk Bagan Datoh

Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa untuk bersolat maghrib berjemaah di Masjid Simpang Tiga, Rungkup dan solat isya' di Surau Taman Bagan Pasir.

Tuesday 31 January 2012

Kenyataan di Wall Street Journal : Pemuda PAS mengamuk , Anwar 'coverline'



Ekoran kenyataan berani mati Anwar di Wall Street Journal, sebelum ini yang menimbulkan kemarahan pelbagai pihak kerana menyatakan pendirian beliau yang menyokong puak Zionis turut dikecam oleh beberapa blogger pro-PAS juga beberapa pemimpin besar PAS.






Tetapi baru-baru ini Wall Street Journal mengeluarkan kenyataan baru untuk meng'coverline' Anwar. Jika kenyataan sebelum ini ada menyebut bahawa Anwar menyokong segala usaha yang melindungi keselamatan negara Israel.

Namun pada kenyataan terbaru yang dikeluarkan WSJ pula ada penambahan ayat 'pembelaan' daripada kenyataan yang sebelumnya iaitu

penambahan ayat '....while at the same time backing the 'legitimate rights of Palestinians."

".....tetapi dalam masa yang sama mempertahankan, hak sah rakyat Palestin" sebelum ayat " stopped short of saying of "

bezakan dengan keratan kenyataan pertama Anwar yang ditulis oleh wartawan WSJ


Mungkin Anwar atau pun proksi beliau telah menghubungi WSJ untuk menulis satu lagi artikel untuk meredakan kecaman terhadap beliau? Baca sini

Monday 30 January 2012

Penyerahan BR1M sesi kedua kepada Penduduk DUN Hutan Melintang.


Bagan Datoh 29 Jan - Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Ahli Parlimen Bagan Datok menafikan bahawa duit yang digunakan untuk memberikan bantuan kepada rakyat (BR1M) adalah duit haram seperti yang dimomokkan oleh pembangkang.

" tapi kalau dia dapat katanya 'Alhamdulillah', kalau orang lain yang dapat 'MasyaAllah'." Sumbangan ini menurutnya lagi adalah sumbangan yang diberikan oleh kerajaan atas usaha Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri yang mahu membantu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, tanpa mengira parti politik bagi mereka yang berpendapatan  RM 3000 kebawah.

Sebelum ini ujarnya kerajaan negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang  ada berjanji untuk memberikan sumbangan sebanyak RM 100 kepada warga emas yang berusia 60 tahun keatas sebulan setiap tahun. "Tapi setakat ini  hanya kerajaan Negeri Pulau Pinang sahaja yang tunaikan janji, itu pun RM100 setahun bukannya RM100 sebulan."

Dato' Seri Zahid juga menafikan bahawa sumbangan tersebut adalah merupakan hasil daripada duit cukai yang dibayar oleh rakyat seperti yang dicanang2 oleh pembangkang sebelum ini bahawa duit sumbangan ini merupakan 'duit kita, duit rakyat' . Beliau menjelaskan pula " Tidak seorang pun yang menerima duit ini, yang membayar cukai pendapatan, kita bayar cukai tanah, itu untuk kerajaan negeri, kita bayar cukai pintu juga untuk kerajaan negeri , tetapi tidak ada yang membayar cukai pendapatan."

Beliau juga menyeru supaya rakyat bersyukur diatas pemberian ini kerana menurut beliau " Tidak namanya besyukur kepada Allah sekiranya tidak bersyukur kepada manusia." Kata beliau mengakhiri ucapannya dalam Majlis Penyerahan BR1M kepada penduduk DUN Hutan Melintang untuk sesi yang kedua di Hutan Melintang di sini.


Sementara itu seorang penerima yang ditemui Suriati Bt. Abdullah , 32 tahun yang juga seorang ibu tunggal kepada 3 orang anak menyatakan rasa syukur diatas pemberian ini. " Pemberian sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban saya yang mempunyai 3 orang anak." beliau juga merupakan seorang pesakit jantung. " Kalau boleh saya juga ingin memohon bantuan daripada pihak JKM kerana saya tidak mampu untuk bekerja kerana masalah kesihatan."


Manakala bagi warga emas Sanaiah Bt. Tugalang - 69 tahun yang mempunyai 4 orang anak dan 11 orang cucu terlalu gembira menerima sumbangan ini sehingga tidak dapat menahan sebak. Beliau juga akan menggunakan duit sumbangan ini sebaik mungkin.









Melibatkan 2000 orang penerima
unutk pemberian sesi kedua untuk DUN Hutan Melintang

 Antara sukarelawan yang bertugas




Majlis Ramah Mesra bersama penduduk Bagan Datoh


Bagan Datoh 29 Jan

Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa untuk
bersolat maghrib berjemaah di Masjid Simpang Tiga, Rungkup
dan solat isya' di Surau Taman Bagan Pasir






Sunday 29 January 2012

Kunjungan hormat daripada Lt. Kol Grandmaster Prof Dr. Philbin Tan Presiden/ Ketua Jurulatih Persatuan Sang Moo Do Malaysia.


Bagan Datoh 29 Jan

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Menerima kunjungan hormat daripada 
Lt. Kol Grandmaster Prof Dr. Philbin Tan
Presiden/ Ketua Jurulatih Persatuan Sang Moo Do Malaysia. 
(Kombat Komando/Perisik tanpa senjata) 
di Pejabat beliau.

Jangan Gunakan Institusi Agama sebagai tempat berpolitik-Zahid Hamidi


Bagan Datoh 29 Jan - Ahli Parlimen Bagan Datok Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan guru-guru KAFA agar tidak menggunakan institusi Agama sebagai tempat untuk berpolitik."Kalau nak berpolitik, di luar institusi tak apa" menurut beliau lagi. Guru KAFA merupakan Agen Perubahan Masyarakat dan haruslah bijak menggunakan peluang yang ada untuk mendidik masyarakat dengan menggunakan pendekatan yang berbeza mengikut kehendak semasa.

" Guru KAFA juga merupakan agen masyarakat, kalau mereka betul orang akan ikut, kalau salah pun orang akan ikut." oleh itu beliau juga berharap agar mereka menjalankan peranan dan tanggungjawab dengan sebaik mungkin dalam mendidik masyarakat.

" Saya memang tidak boleh paksa sekiranya anda berbeza pendapat, berbeza fahaman politik tetapi saya berharap demi Agama, Bangsa dan Negara marilah kita bersatu kerana negara inilah yang akan diwariskan kepada anak cucu kita, dan jangan kerana kesilapan kita mereka yang terpaksa terima balasan serta perlu membayarnya dengan harga yang mahal". Ucap beliau lagi semasa merasmikan Program Transformasi Minda Guru-Guru KAFA yang dihadiri kira-kira 200 orang guru KAFA daerah Hilir Perak di Dewan Peladang Simpang Tiga di sini.



50,000 meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina

SITIAWAN 28 Jan.– Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, penganjuran majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina di padang Lapangan Terbang Sitiawan malam ini berjaya apabila dihadiri kira-kira 50,000 pengunjung pelbagai kaum.
Beliau berkata, ini terbukti apabila setiap pelusuk padang yang luas itu dipenuhi pengunjung daripada segenap lapisan masyarakat.
“Perhimpunan terbesar ini (orang tanya) siapa yang bilang (kira)? kita yang bilang... kerana kawasan yang besar ini dipenuhi dengan pengunjung dari empat pelusuk (padang) yang mahu meraikan perayaan ini bersama,” katanya ketika berucap pada majlis itu.
Rais berkata, beliau bangga kerana masyarakat Cina yang hadir bukan sahaja dari Sitiawan malah pelbagai kawasan berhampiran.
Selain itu, katanya, sambutan Tahun Naga mengikut kalendar Cina pada perayaan Tahun Baru perlu dijadikan elemen perpaduan di bawah gagasan 1Malaysia.
“Tahun Naga merupakan simbolik pada tahun ini kerana ia mempunyai kuasa dan sifat yang berbeza dengan makhluk yang lain.

“Naga juga membawa kekuatan, kebahagiaan serta nilai-nilai yang boleh dibanggakan. Ini boleh dijadikan lambang perpaduan rakyat yang berbilang kaum di negara ini,” katanya.
Rais turut melahirkan perasaan bangganya dengan majlis yang dianjurkan apabila 250 tarian naga dipersembahkan dicatat dalam Malaysia Books of Record.
“Tarian kebudayaan yang dipersembahkan malam ini juga membawa erti perjuangan di Malaysia dan juga di kawasan ini (Lumut),” katanya.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta pelbagai persembahan lain, antaranya pelancaran gimik, artis dan kumpulan kesenian. 


Perdana Menteri ketika menyempurnakan simbolik perasmian
Rumah Terbuka Tahun Baru Cina.

Tuesday 24 January 2012

Ustaz Kazim juga mangsa Dewan Ulama PAS

PAS memang tidak mahu mengakui bahawa parti itu tidak pernah mengamalkan budaya tegur-menegur, lebih-lebih lagi kalau teguran tersebut akan menyebabkan imej kedua-dua tok guru dalam parti itu akan merudum, sekaligus memperlihatkan kepimpinan utama PAS sebenarnya terdiri daripada mereka yang sangat kagum dengan diri sendiri. Keujuban, ketakjuban dan kekaguman terhadap diri sendiri, semakin bertambah-tambah dengan pujian serta sokongan membuta tuli daripada para penyokong yang jahil tetapi sentiasa ditanamkan dan disuburkan dengan ungkapan WALA’ dan TSIQAH.
‘Bintang’ pendakwah PAS sekarang adalah Azhar Idrus, bekas tenaga pengajar muzik pada tahun 1985 yang berasal dari Terengganu. Populariti Azhar Idrus diraih menerusi pendakwahan yang dilakukan dengan menggunakan media baru seperti Youtube, Yahoo Messenger, blog dan sebagainya. PAS yang memerlukan seorang bintang, akhirnya berjaya ‘memperolehi’ Azhar Idrus dan bermula daripada penampilan pertama Azhar Idrus dalam majlis Pakatan Rakyat, ceramah agama Azhar Idrus tidak lagi memberikan teguran kepada semua pihak yang mengaku beragama Islam, sebaliknya membuat kritikan untuk membesar-besarkan PAS.
Namun sebelum Azhar Idrus, PAS sebenarnya pernah mempunyai seorang lagi penceramah ‘bintang’ yang sehingga kini masih lagi laku ‘di pasaran’. Rakaman video cakera padatnya begitu laris dan terjual di seluruh negara. Namanya adalah Kazim Elias.
Bagaimanapun, teguran demi teguran yang dilakukan oleh Kazim Elias akhirnya membuatkan kerjayanya bersama PAS berakhir apabila Muktamar Dewan Ulama PAS pada 14 Mei 2011 telah meluluskan dua usul di mana salah satu usulnya adalah memecat Ustaz Kazim Elias yang disifatkan sebagai DURI DALAM DAGING kerana mengkritik PAS yang bergabung dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.
Untuk menghalalkan pemecatan Kazim Elias, geng-geng ulama ujub itu telah memberi alasan, kononnya Kazim Elias menggunakan hujah yang begitu dangkal dan tidak langsung mengambilkira dasar Tahalluf Siyasi yang telah diluluskan oleh Majlis Syura Ulama. Dan untuk memperlihatkan tentang dangkal dan kurangnya ilmu Kazim Elias, dikatakan pula kononnya, Kazim Elias pernah dikesan menghuraikan hukum dan mentafsir Al-Quran tanpa berdasarkan kepada tafsiran ulama mufassirin.
Alasan-alasan yang diberikan oleh para pemimpin PAS itu sebenarnya hanyalah helah untuk mengelak daripada dipersalahkan, terutama dari kalangan ahli-ahli PAS yang bengong, jahil, dan kurang berilmu. Contoh yang paling mudah, apabila UMNO yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman Putra melakukan Tahalluf Siyasi dengan MCA dan MIC pada tahun 1955, PAS begitu bersungguh-sungguh berhujah kononnya, UMNO telah mengambil kafir sebagai wali mereka.
Hujah itu terus digunakan sehinggalah awal 2008. Kerjasama antara UMNO dan parti-parti politik bukan Islam yang lain tidak dianggap sebagai Tahalluf Siyasi sebaliknya digambarkan sebagai kerjasama yang menjadikan umat Islam sebagai hamba abdi kepada kaum kafir.
Namun apa yang sebenarnya berlaku ialah, kepimpinan PAS sebenarnya terlalu takut kepada sebarang teguran yang berjayamendedahkan tembelang kebodohan dan kejahilan mereka sendiri. Sesiapa sahaja yang menegur kepimpinan PAS, sudah pasti akan menerima risiko pemecatan.
Terbaru adalah Hasan Ali, bekas Exco Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor. Tindakan Hasan Ali yang dilihat mengganggu KASIH SAYANG Anwarista di dalam PAS kepada DAP dan kegiatan-kegiatan tidak bermoral, akhirnya menyaksikan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu dipecat keahliannya.
Kazim Elias juga sama seperti Hasan Ali. Teguran yang dibuat kepada kepimpinan PAS tidak disenangi. Kepimpinan PAS berasa mereka lebih pandai, lebih hebat dan lebih berilmu sehingga tidak memerlukan teguran sesiapa pun.
Menariknya dalam sirah, Syaidina Umar Al-Khattab r.a pernah menegur Syaidina Uthman bin Affan r.a apabila menantu Nabi s.a.w itu terlambat datang mendengar khutbah Jumaat, tidak sempat mandi dan tidak sempat menukar pakaian lain kerana terlalu sibuk berniaga. Sedangkan Syaidina Uthman bin Affan r.a adalah salah seorang yang dijamin syurga oleh Nabi s.a.w.
Apa sangatlah Nik Aziz dan Abdul Hadi Awang dan Dewan Ulama PAS berbanding Syaidina Uthman Affan r.a sehingga mereka tidak boleh ditegur, bahkan memecat Kazim Elias melainkan mereka hanyalah sekumpulan KAUM MUNAFIQ yang bergerak atas lajnah penipuan dan pemerdayaan!!! - Perak Today

Pas Rompak RM 100 daripada BR1M



Khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta anggota parti pembangkang yang menerima wang RM500 di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya menderma RM100 kepada markaz PAS bagi membantu mereka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dipersoalkan oleh beberapa pihak sebelum ini. 


YB Dato' Shaarani Mohamed dalam ucapannya semasa pemberian boucer BR1M di Dun Hutan Melintang kelmarin menegaskan bahawa  wang itu sepatutnya digunakan untuk memperbaiki kehidupan, untuk membeli keperluan rumah bukannya untuk didermakan kepada parti politik mereka. Beliau juga berharap agar penerima-penerima wang bantuan akan menggunakan wang tersebut sebaik mungkin dan jangan biarkan pihak-pihak tertentu mengeksploitasi bantuan yang diberikan oleh kerajaan.


" BR1M merupakan keuntungan hasil daripada pengurusan ekonomi yang baik oleh kerajaan Barisan Nasional selama 55 tahun pemerintahan, dan kerajaan ingin berkongsi keuntungan tersebut bersama rakyat ".

Beliau juga turut menafikan bahawa pemberian BR1M adalah untuk memancing undi. " Tarikh Pilihan Raya masih belum ditentukan,Kita sendiri pun masih tidak tahu bila PRU13 akan diadakan".ulas beliau lagi.

Monday 23 January 2012

Bantuan Baik Pulih Rumah Sumbangan YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Sungai Dulang Pekan

         

Hasil pemantuan sebelum ini didapati bahawa rumah tersebut kelihatan sangat uzur dan didiami oleh seorang warga emas yang telah kehilangan suami disamping memelihara dua orang cucu yang masih tidak mempunyai kad pengenalan.  Salah seorang cucunya itu bakal menghadapi Peperiksaan Menengah Rendah PMR pada tahun ini

 Masalah tersebut juga telah dipanjangkan oleh wakil Pejabat Ahli Parlimen Bagan Datoh kepada Kementerian Dalam Negeri serta permohonan untuk membuat kad pengenalan kepada dua orang cucu warga emas tersebut telah dilaksanakan.

Wakil daripada Pejabat Ahli Parlimen, Muhammad  Nabil berkata "kami juga telah menguruskan urusan bagi memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana mendapati keluarga ini layak menerima bantuan daripada JKM." Sedikit sumbangan peribadi daripada YB Ahli Parlimen juga diberikan bagi meringankan beban keluarga tersebut.

Nasib Ibu tunggal di Sg. Lanchang bakal terbela.



Berita Harian 23 Januari 2012 telah  melaporkan seorang ibu tunggal dari Sg. Lanchang, Bagan Datoh iaitu Temah Bt. Jantan yang  kesempitan hidup akibat bantuan Baitulmal yang diberikan kepadanya sebelum ini secara tiba-tiba dihentikan tanpa sebarang makluman daripada pihak Baitulmal Teluk Intan.

Diatas keprihatinan YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Bagan Datoh melalui wakilnya daripada Pejabat Ahli Parlimen, satu lawatan ke rumah Pn. Temah telah diadakan hari ini bagi menyampaikan sedikit sumbangan peribadi dari YB Ahli Parlimen bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh Pn. Temah. Justeru itu, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bagan Datoh memanjangkan perkara ini kepada pihak JAIP dan Baitulmal Teluk Intan mengenai permasalahan yang dialami beliau sekeluarga.  Adalah diharapkan pihak JAIP dan Baitulmal dapat membantu menyambung semula bantuan yang telah diberikan ini agar Puan Temah dapat menjalani hidup dengan lebih selesa.  Keperihatinan YB Ahli Parlimen Bagan Datoh sejajar dengan slogan " Rakyat didahulukan Pencapaian Diutamakan".

Penyerahan Hamper sempena Perayaan Tahun Baru Cina



Menjelang Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina 2012 yang lalu, Ahli Parlimen Bagan Datoh Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menyerahkan Hamper Tahun Baru Cina di  Bagan Sungai Burong, Bagan Datoh. Majlis turut disertai oleh YB Dato' Shaarani Mohamad ADUN Kawasan Rungkup serta pemimpin-peminpin parti-parti komponen. Pemberian Hamper kepada lebih seratus buah keluarga tersebut disambut baik oleh penduduk di kawasan tersebut.


turut mengambil kesempatan mendengar permasalahan penduduk tempatan.

Zahid Sangkal BN Punyai Harapan 50-50 Untuk Tawan Semula Negeri Pembangkang

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyangkal analisis penganalisis politik bahawa Barisan Nasional (BN) mempunyai harapan 50-50 untuk menawan kembali negeri yang dikuasai pembangkang.
Beliau berkata tanggapan itu hanya analisis politik yang dibuat secara rambang.
“Sama ada BN atau pembangkang semua hendak menang, bagi BN, kita harus  memperkasakan usaha untuk meraih sokongan rakyat bukan setakat projek fizikal seperti memberi bantuan atau pembangunan yang masih dianggap tidak mencukupi”  katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 500 penerima di Dewan UMNO Bagan Datoh di sini hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datoh berkata BN harus mencari pendekatan baru untuk memenangi semula hati rakyat dengan turun padang bagi mengetahui permasalahan rakyat tanpa mengira fahaman politik yang berbeza.
Beliau berkata pemimpin BN perlu mencontohi usaha gigih Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kerap turun padang untuk menemui rakyat di peringkat akar umbi.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan menyeru rakyat agar tidak terpengaruh dengan fitnah pembangkang yang suka mengeksploitasikan isu kerana mereka mempunyai agenda politik tersembunyi.-UMNOonline

Majlis Penyerahan BR1M Parlimen Bagan Datoh





Seramai 1000 orang penerima yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Parlimen Bagan Datoh telah berjaya disempurnakan semalam. Penyerahan ini melibatkan penduduk DUN Hutan Melintang bagi sesi yang pertama.Pembahagian BR1M yang dijalankan di Wisma UMNO Bagan Datoh bermula daripada jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang menggunakan dana kerajaan sebanyak RM500,000 melalui Maybank berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan daripada mana-mana pihak.Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ahli parlimen Bagan Datoh. 


Terdahulu, penyampaian telah selesai bagi penduduk DUN Rungkup  bagi ketiga-tiga sesi yang melibatkan 3000 penerima yang layak.


"Dato Seri Najib Tun Razak merupakan kesinambungan kepada bapa beliau Tun Razak yang gemar membantu rakyat tak kira mereka sokong kerajaan atau tidak, semua dapat sama rata."

BR1M membuktikan keprihatinan Najib kepada rakyat, kata Zahid lagi dalam ucapan perasmiannya.


Beliau juga berharap dan berdoa agar bantuan meringankan beban rakyat ini akan berterusan untuk tahun-tahun yang akan datang.Selain berpesan agar rakyat tidak membuat tafsiran sendiri tentang pemberian ini dan mneyifatkan ianya sebagai hadiah kepada rakyat.


Sementara itu salah seorang penerima warga emas Amanah Bt. Tamin 85 tahun berkata pemberian ini sedikit sebanyak meringankan beban beliau serta keluarga memandangkan beliau yang sudah uzur dan tidak mampu untuk menyara kehidupan beliau sendiri, dan sangat bersyukur diatas pemberian kerajaan ini. " mak cik berharap agar bantuan ini akan berterusan untuk tahun-tahun yang akan datang".





Seorang lagi penerima Chandran 38 tahun seorang pemandu lori pula berkata " Terima kasih kepada kerajaan kerana memberikan bantuan ini, dapat la meringankan beban saya dan keluarga. Terima Kasih PM."







Sunday 22 January 2012

Kos baiki KD Mutiara ditanggung MMHE - Zahid


BAGAN DATOH 22 Jan. - Kos membaiki kapal KD Mutiara milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terbakar di limbungan Malaysian Marine and Heavy Engineering (MMHE) Sdn. Bhd. di Johor baru-baru ini akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat perkapalan itu.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerosakan KD Mutiara tidak akan ditanggung oleh TLDM kerana insiden tersebut berlaku ketika MMHE sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan kapal itu di limbungannya.
Menurut beliau, pihaknya dimaklumkan MMHE akan membuat tuntutan kepada syarikat insurans berhubung kejadian tersebut.
''Kita harap syarikat MMHE dapat menyegerakan tuntutan kepada pihak insurans kerana kita tidak mahu melambat-lambatkan kerja pengukuran hidrografi yang dijalankan oleh kapal itu.
''Memandangkan kapal itu tidak dapat digunakan, TLDM akan menggunakan kapal lain dengan peralatan sementara bagi melakukan pengukuran di sempadan perairan kita," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) di Kampung Sungai Nipah Darat di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam pada 12 Januari lalu, kapal KD Mutiara terbakar di limbungan MMHE di Pasir Gudang yang mengakibatkan lebih separuh kapal tersebut musnah.
KD Mutiara merupakan kapal empat tingkat sepanjang lebih 70 meter yang berusia 35 tahun dan digunakan untuk tujuan pengukuran hidrografi dan oseanografi.
MMHE dalam kenyataannya baru-baru ini memberitahu, kerja-kerja baik pulih kapal tersebut sedang giat dijalankan dan dijangka siap menjelang Mei ini.
Zahid berkata, pihak TLDM akan mendapatkan butiran terperinci daripada syarikat tersebut untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian itu.

''Kita sebenarnya yakin atas kemampuan MMHE dalam menjaga keselamatan kapal di limbungannya, kita harap mereka lebih berhati-hati agar kejadian seumpama ini tidak berulang," ujarnya. -UM

Wednesday 18 January 2012

Majlis Ceramah Penerangan

Satu program Ceramah penerangan. Anjuran AJK UMNO Caw Tebuk Bengkang bersama AJK UMNO Caw Parit Haji Tahir. Akan diadakan pada :

Tarikh : 19 Januari 2012
Masa : 4.30 petang
Tempat : Dewan Assobariah Kampung Tebuk Bengkang- Haji Tahir.
Penceramah : Ustaz Roslan Kassim
-mantan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa.

Kehadiran Tuan/Puan amatlah dialu-alukan..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Adam Adli buat hal lagi, berdemo di SOGO dan PWTC.

Tak habis2 lagi budak ni, nak tunjuk samseng ke apa..mentang2 la dia mendapat jaminan daripada pak Nuar yang tiada siapa yang boleh apa2kan dia, maka dia pun ingat dia boleh buat apa sahaja.

Boneka Anwar untuk ditarik perhatian ini, hari ini membuat demontrasi di kawasan SOGO kemudian berkumpul di markas PAS di jalan Chow Kit .

Kononnya demontrasi ini membantah penggantungan Adam Adli dr UPSI! Walhal dia digantung bukan salah siapa, salah sendiri yang bertindak mengikut emosi, nak glamor kot. Takkan nak diperagungkan tindakan salahlaku tu! Dia buat salah, bukan dia seorang je yang menangung malu, UPSI pun malu juga!

Info yang diperolehi dr sahabat cyber (jam 3.30 petang) telah menuju ke PWTC dan buat kecoh di sana. Tapi hasrat mereka terbantut kerana panglima gagah Pemuda UMNO siap siaga menanti kedatangan mereka di pwtc. Maka lintang pukang cabut melarikan diri.

Tindakan-tindakan mereka ini jelas menunjukan ketidakmatangan mereka. Tapi bukan itu persoalannya, perkara utamanya ialah kerana segelintir golongan mahasiswa tidak matang yang bertindak seperti anak2 kecil ini akan merosakan nama mahasiswa yang lain juga nama Universiti mereka.

Sumber : Blog CyberTrooper pu3

Dr Yunus ganti Hasan Ali - Pelan 'parasit' tergendala???


SHAH ALAM, 18 Jan: Dr Ahmad Yunus Hairi, Adun Sijangkang mengangkat sumpah sebagai Exco kerajaan negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Nama Dr Yunus telah diperkenankan oleh Sultan Selangor dan mengangkat sumpah di hadapan baginda Sultan hari ini.

Beliau dijangka akan menyertai mesyuarat Exco pertamanya selepas mengangkat sumpah.

Majlis Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor diadakan Bilik Singgahsana, Istana
Bukit Kayangan, Shah Alam.

Turut berada di majlis ini adalah Adun Meru Dr Abdul Rani Osman yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor dan pimpinan kerajaan negeri yang lain.
Sebelum ini, Dr Ahmad Yunus adalah Pembantu Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Sumber Manusia yang Exconya adalah Dr Halimah Ali. Di bawah portfolio ini, Dr Ahmad Yunus banyak membantu Halimah dalam urusan Briged Amal, Gems dan lain-lain projek di bawah Exco ini.

Dr Yunus juga menjaga urusan belia negeri Selangor yang portfolionya dipegang oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri.


Dalam PAS pula, Dr Ahmad Yunus adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Langat, Selangor.

Perlantikan Dr Ahmad Yunus dicadangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Awang kepada Menteri Besar Selangor berdasarkan kouta kerusi ini adalah milik PAS.




Perawakan
Dr Ahmad Yunus berperawakan lemah lembut namun tegas dan mengutamakan perkhidmatan kepada masyarakat.
Semasa menjadi Pembantu Exco kepada Dr Halimah, beliau banyak melibatkan diri dalam pembangunan belia.

Ketegasannya boleh dilihat melalui tindakannya menyaman Datuk Abdul Fatah Iskandar yang didakwanya memfitnah beliau melalui Berita Harian beberapa hari menjelang pilihan raya umum tahun 2004 lalu.

Ekoran itu, Mahkamah Sesyen Klang merekodkan persetujuan Datuk Fatah Iskandar, akhbar Berita Harian dan kumpulan NSTP Press membayar gantirugi RM55,000 tanpa pengakuan liabiliti kepadanya.

Persetujuan itu direkodkan oleh pihak yang terlibat iaitu Dr Ahmad Yunus sebagai plaintif melalui peguamnya Mohamed Hanipa Maidin dan para defendan iaitu Datuk Abdul Fatah Haji Iskandar, Kalimullah Hassan dan The News Straits Times Press ( Malaysia ) Berhad.

Sumber : HarakahDaily








AnakBD : Dengar cerita, Sultan Selangor tak perkenan cadangan perlantikan Dr. Rani sebagai exco. Mengapa Sultan tidak perkenan cadangan tersebut? Adakah Sultan Selangor juga telah maklum dengan perkara aib yang bakal didedahkan. Sultan dikhabarkan memperkenankan Dr. Yunus ADUN Sijankang menjadi pengganti kepada Hasan Ali yang dipecat 8 Jan lalu.


Pelan kumpulan parasit tergendala la nampaknya. Makin panas situasi sekarang....hotzzzz

Tuesday 17 January 2012

Hasan Ali jawab isu pemecatan, parasit dan Anwar Ibrahim



Hasan Ali pada sidang akhbar dikediaman beliau semalam mengulas.


"Kes melibatkan saya dengan parti telah diharmonikan dengan sepenuhnya. Bagi saya pemecatan saya sebagai ahli Pas adalah kerana saya menyentuh kes Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Himpunan 901.


Saya telah menasihatkan ahli-ahli Pas khususnya mahasiswa dan mahasiswi supaya tidak menghadiri himpunan tersebut. Kes tersebut adalah kes peribadi melibatkan seorang pemimpin. Bagi saya mahasiswa dan mahasiswi sepatutnya menumpukan perhatian kepada pengajian berikutan dengan minggu peperiksaan yang sedang berjalan ketika itu.


Perlu disebutkan kenyataan saya dilihat selari dengan kehendak Presiden Pas sendiri yang tidak menggalak dan tidak juga melarang ahli menyertai perhimpunan tersebut.


Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali melenting dengan kenyataan tersebut dan meminta pucuk pimpinan Pas segera memecat saya. Keesokan harinya Jawatankuasa Pas Pusat bersidang dan memutuskan secara drastik bahawa saya telah dipecat daripada menjadi ahli Pas tanpa memberi peluang kepada saya membela diri terhadap tuduhan-tuduhan yang saya sendiripun tidak dimaklumkan sehingga hari ini.


Pemecatan saya itu tidak menggunakan prosedur yang biasa diamalkan oleh mana-mana pertubuhan termasuk pertubuhan politik. Lazimnya tertuduh diberi peluang untuk membela diri terhadap tuduhan-tuduhan bertulis yang dikenakan kepada pihak tertuduh.


Bagi saya, Pas pusat yang sepatutnya mengamalkan prinsip-prinsip Islam dalam berorganisasi telah tidak mematuhi prinsip-prinsip tersebut di atas. Jelas keputusan itu dibuat secara autokratik dan menyimpang daripada asas-asas mengurus manusia dalam organisasi mengikut prinsip-prinsip Islam.


Saya yakin Presiden Pas dan lain-lain pimpinan ulama faham tentang asas-asas disiplin melibatkan manusia dalam organisasi berpandukan kepada Islam tetapi pengaruh golongan parasit dalam Pas begitu kuat sehingga pucuk pimpinan terpaksa tunduk kepada mereka.


Inilah yang sedang berlaku dalam Pas. Golongan parasit dengan jumlah yang lebih besar dan menggunakan strategi yang licik telah berjaya mengubah arah tuju Pas termasuk dalam kes pemecatan saya ini.


Saya hairan dan cuba mencari hujah yang digunakan oleh pimpinan Pas waktu membuat keputusan memecat saya. Pemecatan saya bukan atas dasar kesilapan yang saya lakukan yang telah pun diharmonikan tetapi semata-mata menegur pimpinan PKR yang menghadapi kes mahkamah yang saya katakan bersifat peribadi. Saya juga hairan bagaimana Pas boleh tunduk dengan tekanan dari PKR yang meminta saya dipecat. Apakah Pas sudah hilang maruah?"




Ulas beliau ketika ditanya mengenai pemecatan beliau sebagai ahli PAS dan juga Exco Kerajaan Negeri selangor. 


Hasan Ali juga mengulas bahawa beliau tidak ada masalah di atas pengguguran beliau sebagai Exco. " Malah saya telah bersedia secara mental dan fizikal untuk menghadapinya. Bagi saya, ini adalah asam garam perjuangan. Perkara ini tidak sedikitpun menganggu hasrat saya untuk memperjuangkan sesuatu yang paling murni dalam hidup seorang insan iaitu mengagungkan Islam.


Hanya saya tertanya-tanya apa di sebalik tindakan yang begitu tergesa-gesa untuk memecat dan menggugurkan saya. Tindakan tergesa-gesa ini seolah-olah menampakkan ada pihak yang begitu tidak sabar-sabar untuk mengeluarkan dan menggantikan tempat saya. Walhal dari segi pengguguran ahli Exco saya sepatutnya masih ada tiga minggu lagi tempoh bertenang untuk membuat keputusan yang terbaik."


Apabila ditanya mengenai siapa parasit didalam Pas, ini ulas beliau.


"Saya diberitahu Pesuruhjaya Pas Selangor dan timbalannya mencabar saya menamakan siapakah parasit yang dimaksudkan. Soal parasit ini pernah saya sebut dalam satu program, sebelum ini. Saya dan teman-teman sebenarnya bercadang untuk mengadakan ceramah-ceramah luar yang berbentuk road show. Saya telah menerima jemputan hampir seluruh Malaysia termasuk Sabah. Tujuan road show ini adalah untuk menerangkan kedudukan sebenar. Pertama, mengenai pemecatan saya daripada Pas dan keduanya, pengguguran saya sebagai Exco kerajaan Selangor. Jadi ketuanya saya tidak umumkan hari ini pengikutnya juga saya tidak umumkan hari ini. Marilah bersama-sama dalam road show saya akan datang dan saya akan maklumkan kepada tuan-tuan."


Ini pula komen Hasan Ali mengenai pertikaian Anwar Ibrahim mengenai undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini.


"Saya tidak akan bersetuju apa-apa cadangan untuk membenarkan kegiatan homoseksual, lesbian atau apa jua bentuk kegiatan tidak bermoral. Dalam isu ini saya juga akan rujuk kepada ulama kerana pendirian ulama bersandarkan hukum-hukum terdapat di al-Quran, al-hadis, qias dan ijmak. Ini bukan persoalan moral yang terasing dan kita harus ingat isu moral berkaitan dengan agama. Walau apa pun saya akan akur dengan pandangan ulama sama ada ulama di dalam Pas mahu pun di luar Pas berhubung isu yang diperjuangkan oleh Anwar Ibrahim bersama teman-temannya yang lain."







Monday 16 January 2012

Ada apa dengan Anwar???


ANWAR IBRAHIM -
"Walaupun kelihatan mempunyai tokoh kepimpinan berkarisma serta seorang pemidato yang meyakinkan, nama baik Anwar kini sudah semakin luntur dan semakin dibenci ...".
"Beliau sekalipun masih diterima oleh rangkaian rapatnya, pada usia 64 tahun Anwar dilihat begitu jauh dan kini dilabelkan sebagai seorang tokoh yang semakin tidak dipercayai oleh generasi muda Malaysia ...".

Dalam artikel yang bertajuk "The End of Sodomy 2.0 "itu juga ada menyatakan
"Anwar yang sepatutnya menjadikan PKR sebagai sebuah parti politik yang terbuka dengan suntikan pelbagai idea segar, sebaliknya menjadikan parti politiknya itu HAK MILIK KELUARGANYA serta penuh dengan perbalahan dalaman ..." - The Economist, 14 Jan 2012

untuk artikel penuh klik sini


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More