Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Sunday 15 January 2012

Program Kecemerlangan PMR 2011 Parlimen Bagan Datoh






Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah menyampaikan Anugerah Kecemerlangan kepada pelajar-pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 Parlimen Bagan Datoh bertempat
di Dewan terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abdul Razak.

Menurut beliau, hadiah tersebut merupakan satu usaha untuk merangsang calon-calon PMR di daerah ini agar lebih bersemangat dan tekun belajar demi masa depan mereka.


"Kita harap semua murid akan lebih berusaha untuk mencapai kejayaan kerana ilmu merupakan bekalan utama untuk kita semua," katanya.

Turut hadir, YB Dato' Shaarani Mohamed Adun kawasan Rungkup dan Pengetua Sekolah Tersebut Pn. Hjh Hamidah Bt. Johari

Beliau juga turut memberikan sumbangan wang tunai sebanyak RM 300 kepada pelajar-pelajar terlibat selain hamper dan sijil.

Katanya, pemberian sumbangan itu adalah antara cara untuk UMNO mendekati sekolah dan mengenal pasti masalah murid-murid sesuai dengan usaha kerajaan untuk menjaga kepentingan rakyat.

Menurut beliau, pihaknya akan terus peka dan memberi keutamaan terhadap keperluan sekolah dan mengharapkan ibu bapa turut memberi penekanan ke arah itu.



0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More