Berita Harian 23 Januari 2012 telah melaporkan seorang ibu tunggal dari Sg. Lanchang, Bagan Datoh iaitu Temah Bt. Jantan yang kesempitan hidup akibat bantuan Baitulmal yang diberikan kepadanya sebelum ini secara tiba-tiba dihentikan tanpa sebarang makluman daripada pihak Baitulmal Teluk Intan.
Diatas keprihatinan YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Bagan Datoh melalui wakilnya daripada Pejabat Ahli Parlimen, satu lawatan ke rumah Pn. Temah telah diadakan hari ini bagi menyampaikan sedikit sumbangan peribadi dari YB Ahli Parlimen bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh Pn. Temah. Justeru itu, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bagan Datoh memanjangkan perkara ini kepada pihak JAIP dan Baitulmal Teluk Intan mengenai permasalahan yang dialami beliau sekeluarga. Adalah diharapkan pihak JAIP dan Baitulmal dapat membantu menyambung semula bantuan yang telah diberikan ini agar Puan Temah dapat menjalani hidup dengan lebih selesa. Keperihatinan YB Ahli Parlimen Bagan Datoh sejajar dengan slogan " Rakyat didahulukan Pencapaian Diutamakan".
0 comments:
Post a Comment