Apabila mahkamah jalanan berkuasa, keamanan dan ketenteraman negara akan musnah
SEMUA pihak hendaklah menghormati apa juga keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dalam kes liwat yang membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tidak kira apa jua keputusan yang ditetapkan oleh mahkamah, ia bukanlah jalan terakhir untuk mana-mana pihak mencari kebenaran.
Menurut seorang peguam, Ikbal Salam, mana-mana pihak yang terkilan dengan keputusan hakim masih mempunyai ruang luas untuk membuat rayuan di hadapan hakim mahkamah lebih tinggi.
Lebih daripada itu, katanya, luahan sokongan kepada mana-mana individu bolehlah diterjemahkan dalam kertas undi dalam proses pilihan raya yang didukungi oleh Perlembagaan Persekutuan negara.
Anwar, 64, dihadapkan ke Mahkamah Tinggi atas tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
Beliau mengaku tidak bersalah dan didakwa mengikut Seksyen 377 B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabitan kesalahan.
Perbicaraan kes liwat itu yang mendapat tumpuan meluas bermula pada 3 Februari tahun lalu dengan pihak pendakwaan memanggil 27 saksi dan empat saksi menyangkal, manakala lapan saksi pembelaan dipanggil termasuk Anwar yang memberikan keterangan daripada kandang tertuduh.
Kata Ikbal, walaupun ramai yang mencadangkan agar kes Anwar dilihat sebagai satu pertentangan keadilan antara Ketua Pembangkang itu dan Saiful Bukhari Azlan, kita tidak mungkin boleh mengelak implikasi keputusan mahkamah berkenaan terhadap senario politik negara keseluruhannya.
Ini kerana Anwar dicanangkan oleh pembangkang sebagai bakal perdana menteri ketujuh. Penghakiman yang bakal dibuat oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md Diah dilihat akan melangkaui batasan peribadi individu dan digambarkan pula sebagai pertentangan antara pembangkang dan kerajaan.
Bagaimanapun, kata Ikbal, Saiful bukan dan tidak pernah menjadi wakil parti memerintah. Sikap dan pemikiran ini tidak sepatutnya diterima oleh rakyat negara kita.
Peguam berkenaan, yang dihubungi berpendapat seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kecenderungan politik mereka, hendaklah memberikan keyakinan tinggi terhadap integriti institusi kehakiman kita memandangkan sebarang usaha untuk membuka ruang agar keputusan mahkamah ini dibawa ke jalanan akan membuka ruang kepada pelbagai anasir lain.
Ini sudah tentu boleh mengancam ketenteraman negara. Justeru, beliau berpendapat apa pun penghakiman yang ditetapkan oleh mahkamah hari ini bukanlah jalan terakhir untuk mana-mana pihak.
"Sesiapa pun yang tidak puas hati dengan keputusan seorang hakim masih boleh membuat rayuan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan," tambahnya.
Adalah tidak adil untuk mana-mana pihak meletakkan jalanan sebagai kaedah bagi mengatasi keputusan mahkamah.
Jika ditakdirkan satu hari nanti parti pembangkang pula yang memegang tampuk pemerintahan kerajaan, pihak yang satu lagi juga mampu dan boleh mengumpulkan ramai orang untuk membuat protes 'ala Medan Tahrir' dan akhirnya kerajaan yang ditubuhkan adalah atas dasar tekanan dan desakan jalanan yang tidak mampu berdiri menjadi kerajaan yang kukuh, kata Ikbal.
Katanya, apabila mahkamah jalanan mengatasi mahkamah sebenar, tunggulah kebinasaan yang akan wujud terhadap keamanan dan ketenteraman negara yang kita kecapi selama ini.
"Sementara Indonesia yang sentiasa menjuarai acara demonstrasi bangkit menjadi negara yang makin bergerak pantas dalam bidang ekonominya, kita pula sebaliknya menjadi juara baru untuk meletakkan semua perkara di jalanan.
"Kemajuan dan ketenteraman yang kita rasai selama ini boleh dihancurkan dengan sekelip mata dek kerana kerakusan ahli politik yang berlumba-lumba untuk mendapatkan kuasa.
"Hormatilah juga hak rakyat terbanyak yang mahu agar negara kita dapat terus mengekalkan keamanan dan jangan fikir keadilan hanya untuk seorang dua rakyat terpilih," kata Ikbal.
Ini adalah pertuduhan liwat kedua yang dihadapi Anwar selepas sebelum ini didakwa meliwat pemandunya, Azizan Abu Bakar. Bagi dakwaan itu, Anwar disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi, bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan menolak sabitan itu dan mengetepikan hukuman penjara.- BH
AnakBD : Berapa ramai lagi yang perlu berkorban dan terkorban kerana kepentingan individu bernama Anwar ini?? Apa pun yang berlaku percayalah pada Qada' dan Qadar Allah SWT. Kerana dia lebih mengetahui segalanya. Tidaklah Dia menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Anwar Ibrahim bukanlah matlamat perjuangan kita untuk mencapaikejayaan untuk Agama, Bangsa dan Negara. Maka segala-galanya kita serahkan kepada pemilik segala kemuliaan dan kekuasaan
“Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah dia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allahlah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula diangkatNya naik (sebagai amal yang makbul - yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya, orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan) adalah bagi mereka azab seksa yang berat, dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan pun) akan rosak binasa.” (al-Faatir:10) Tetapi di tempat lain dalam al-Quran, Allah SWT juga berfirman: “Dan milik Allahlah kemuliaan itu dan bagi rasulNya serta bagi orang-orang yang beriman.”(al-Munafiqun:8)
Maka jelasnya, sebagaimana Allah SWT berhak memberikan apa saja, kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.W/A
0 comments:
Post a Comment