Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Friday 13 January 2012

Rani Osman bakal ganti Hasan Ali- Disebalik Suara PAS


Sultan Selangor semalam perkenan untuk membatalkan pelantikan Datuk Dr Hasan Ali - yang telah dipecat sebagai ahli PAS Ahad lalu - daripada jawatan exco kerajaan negeri Selangor.

Keputusan itu dibuat selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengadap baginda di Istana Kayangan di Shah Alam pagi ini.

"Memandangkan Datuk Hasan bukan lagi ahli PAS, saya telah membuat keputusan bahawa beliau tidak boleh lagi menjadi ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri dan telah menasihati DYMM Tuanku Sultan untuk membatalkan pelantikan beliau.

"DYMM Tuanku Sultan telah bersetuju dengan pendapat saya dan baginda akan menulis surat pembatalan pelantikan YB Datuk Dr Hasan sebagai ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri," kata menteri besar dalam satu sidang media selepas mengadap Sultan Selangor pagi semalam.

Sehubungan itu, kata Khalid, pelantikan exco baru akan disempurnakan di Istana Kayangan pada hari Rabu minggu depan.

Ditanya mengenai pengganti Dr Hasan, Khalid berkata, secara rasmi beliau belum menerima senarai calon tersebut.

"Dalam (tempoh) dua hari ini, saya akan mengadakan perjumpaan dengan pemimpin PAS pusat untuk berbincang perkara ini," katanya.

Menurut Khalid lagi, beliau tidak menerima surat peletakan jawatan Dr Hasan sebaliknya mengesahkan menerima surat permohonan cuti dan tidak menghadiri mesyuarat exco.

Khalid juga berkata ekoran pemecatan Dr Hasan sebagai exco, hak keistimewaan beliau yang juga ADUN Gombak Setia, turut digugurkan.

Bagaimanapun, Khalid menegaskan ada tempoh untuk Dr Hasan menyerahkan hak keistimewaan itu kepada kerajaan negeri.

Ditanya tindakan menggugurkan Dr Hasan dilihat mendahului keputusan Majlis Syura kerana beliau masih lagi boleh merayu, Khalid berkata, tidak ada peruntukan bagi ADUN bebas untuk menjadi exco.

Ditanya perasaan beliau dan exco di atas 'kehilangan' Dr Hasan, Khalid berkata: "Soalan tersebut sepatutnya ditanya kepada PAS".

AnakBD : Walaubagaimanapun ura-ura yang didengar Dr. Rani Osman bakal dilantik Khalid Ibrahim bagi memegang jawatan Exco Agama Islam Negeri Selangor bagi menggantikan Dr. Hassan Ali yang dipecat dari PAS. Untuk rekod, Dr. Hassan Ali dipecat adalah kerana perjuangannya untuk memulihkan imej PAS yang dilihat telah menyeleweng jauh dari perjuangan asal. Dr. Hassan Ali juga dilihat konsisten dengan gesaannya agar PAS tidak menyertai perhimpunan bebaskan Anwar dimana PAS adalah rakan strategik gerakan itu.

Pengaruh Anwar dan projek Islam Liberal Malaysia-nya kelihatan sudah mula menampakkan hasil apabila jarum suntikan telah berjaya ditusuk kedalam PAS yang kelihatan tidak konsisten dengan matlamat perjuangan mereka sejak PRU 12. Dengan bermodalkan Khalid Samad, Mat Sabu dan Dr. Rani Osman beliau yakin PAS dan seluruh ahli akan berjaya ditawan.

Perjuangan Dr. Hasan Ali yang mahu memartabatkan syiar islam disamping menjaga keistimewaan orang Melayu juga telah membimbangkan DAP. Maka beliau dianggap sebagai liabiliti kepada PR dan perlu disingkir.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More