Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Monday 23 January 2012

Bantuan Baik Pulih Rumah Sumbangan YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Sungai Dulang Pekan

         

Hasil pemantuan sebelum ini didapati bahawa rumah tersebut kelihatan sangat uzur dan didiami oleh seorang warga emas yang telah kehilangan suami disamping memelihara dua orang cucu yang masih tidak mempunyai kad pengenalan.  Salah seorang cucunya itu bakal menghadapi Peperiksaan Menengah Rendah PMR pada tahun ini

 Masalah tersebut juga telah dipanjangkan oleh wakil Pejabat Ahli Parlimen Bagan Datoh kepada Kementerian Dalam Negeri serta permohonan untuk membuat kad pengenalan kepada dua orang cucu warga emas tersebut telah dilaksanakan.

Wakil daripada Pejabat Ahli Parlimen, Muhammad  Nabil berkata "kami juga telah menguruskan urusan bagi memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana mendapati keluarga ini layak menerima bantuan daripada JKM." Sedikit sumbangan peribadi daripada YB Ahli Parlimen juga diberikan bagi meringankan beban keluarga tersebut.

1 comments:

assalamualaikum w.b.t....bagaimana caranya sy ingin memohon bantuan membina rumah baru bg kediaman pakcik sy di parit tujuh,sungai sumun,bagan datoh???

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More