Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Monday 30 January 2012

Penyerahan BR1M sesi kedua kepada Penduduk DUN Hutan Melintang.


Bagan Datoh 29 Jan - Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Ahli Parlimen Bagan Datok menafikan bahawa duit yang digunakan untuk memberikan bantuan kepada rakyat (BR1M) adalah duit haram seperti yang dimomokkan oleh pembangkang.

" tapi kalau dia dapat katanya 'Alhamdulillah', kalau orang lain yang dapat 'MasyaAllah'." Sumbangan ini menurutnya lagi adalah sumbangan yang diberikan oleh kerajaan atas usaha Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri yang mahu membantu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, tanpa mengira parti politik bagi mereka yang berpendapatan  RM 3000 kebawah.

Sebelum ini ujarnya kerajaan negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang  ada berjanji untuk memberikan sumbangan sebanyak RM 100 kepada warga emas yang berusia 60 tahun keatas sebulan setiap tahun. "Tapi setakat ini  hanya kerajaan Negeri Pulau Pinang sahaja yang tunaikan janji, itu pun RM100 setahun bukannya RM100 sebulan."

Dato' Seri Zahid juga menafikan bahawa sumbangan tersebut adalah merupakan hasil daripada duit cukai yang dibayar oleh rakyat seperti yang dicanang2 oleh pembangkang sebelum ini bahawa duit sumbangan ini merupakan 'duit kita, duit rakyat' . Beliau menjelaskan pula " Tidak seorang pun yang menerima duit ini, yang membayar cukai pendapatan, kita bayar cukai tanah, itu untuk kerajaan negeri, kita bayar cukai pintu juga untuk kerajaan negeri , tetapi tidak ada yang membayar cukai pendapatan."

Beliau juga menyeru supaya rakyat bersyukur diatas pemberian ini kerana menurut beliau " Tidak namanya besyukur kepada Allah sekiranya tidak bersyukur kepada manusia." Kata beliau mengakhiri ucapannya dalam Majlis Penyerahan BR1M kepada penduduk DUN Hutan Melintang untuk sesi yang kedua di Hutan Melintang di sini.


Sementara itu seorang penerima yang ditemui Suriati Bt. Abdullah , 32 tahun yang juga seorang ibu tunggal kepada 3 orang anak menyatakan rasa syukur diatas pemberian ini. " Pemberian sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban saya yang mempunyai 3 orang anak." beliau juga merupakan seorang pesakit jantung. " Kalau boleh saya juga ingin memohon bantuan daripada pihak JKM kerana saya tidak mampu untuk bekerja kerana masalah kesihatan."


Manakala bagi warga emas Sanaiah Bt. Tugalang - 69 tahun yang mempunyai 4 orang anak dan 11 orang cucu terlalu gembira menerima sumbangan ini sehingga tidak dapat menahan sebak. Beliau juga akan menggunakan duit sumbangan ini sebaik mungkin.









Melibatkan 2000 orang penerima
unutk pemberian sesi kedua untuk DUN Hutan Melintang

 Antara sukarelawan yang bertugas




0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More