Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Tuesday, 10 May 2011

"UMNO Masih Memegang Prinsipnya" - TPM


Timbalan Pengerusi Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pemimpin UMNO perlu sedar akan asas perjuangan parti itu bagi mengubah persepsi rakyat terhadap parti itu.
Malah katanya, tanggapan yang menyatakan bahawa Umno adalah sebuah parti yang lemah dan lesu perlu diperbetulkan untuk terus mendapat sokongan dan dokongan rakyat.
“Prinsip perjuangan Umno perlu kita pegang… dan ia seharusnya menjadi asas yang menjadi pedoman kepada kita untuk terus berjuang memartabatkan bangsa melayu.
“Kita perlu mempertahankan perjuangan yang selama ini kita dokong…kita perlu sedar Umno adalah satu parti yang berjuang untuk mempertahankan bangsa demi menjaga maruah melayu di negara ini.
“Ingin saya ingatkan antara perlembagaan parti Umno ini adalah untuk mempertahankan kemerdekaan dan maruah melayu selain mempertahankan Islam… Ini adalah faktor utama yang patut kita tanamkan dalam diri kita supaya Umno terus menyinar sebagai sebuah parti yang membela nasib orang Melayu.

Tambah Muhyiddin lagi, persepsi negatif yang sering dilemparkan terhadap parti itu perlu diubah serta merta dan ia hanya dapat direalisasikan dengan keutuhan pemimpin Umno terhadap asas perjuangan parti itu.
Katanya, apa yang menjadi kepentingan adalah pemimpin Umno perlu melakukan transformasi politik pada diri sendiri terlebih dahulu dengan berpegang kuat kepada asas perjuangan parti.

Justeru tambah beliau, dengan perubahan dan semangat juang yang tinggi maka pemimpin Umno
selepas ini akan mampu mengikis persepsi rakyat yang selama ini menggangap parti itu sebagai parti lesu.
“Kita perlu memperkuatkan diri kita dahulu dengan asas-asas perjuangan jitu dan kemudian rakyat dengan sendirinya akan yakin dan sekaligus menyokong kita.

“Persepsi yang menyatakan Umno sebuah parti lesu perlu diperbaiki dan satu-satu caranya adalah dengan mempamerkan kekukuhan kita sebagai agen yang berjuang dan membela rakyat dan bangsa Melayu.” Katanya dalam ucaptama semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh yang turut dihadiri sama oleh YAB Dato' seri Diraja Zambry B. Abdul Kadir Menteri Besar Perak dan YB Dato' R. Ganesan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.

( TPM melakukan gimik perasmian sambil diperhatikan oleh Dato' Seri Zahid Hamidi ketua Bahagian Bagan Datoh, YAB Menteri Besar Perak dan Tn. Hj. Hassan B. Hj Hamzah Naib Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh )

Anak BD : Alhamdulillah selesai sudah Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh yang dirasmikan oleh TPM. Dalam sesi lawatan beliau ke Bagan datoh, beliau juga sempat merasmikan Dewan terbuka Sek. Men Tun Abdul Razak, Selekoh dan juga menyampaikan anugerah kecemerlangan di sekolah terbabit. Kami warga Bagan Datoh sangat-sangat mengalukan kehadiran TPM Tan Seri muhyiddin Yassin ke kawasan kami. Kami akan tetap memberi sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri kita Dato' seri Najib Tun Razak serta barisan kepimpinannya dalam merealisasikan "Goverment Transformation Programme", Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More