Scenario politik Malaysia selepas Tsunami Pilihanraya Umum (PRU) ke 12 tahun 2008 telah menukar bagaimana Pemimpin politik di Barisan Nasional dan Pakatan Pembangkang melihat dan menilai sentiment politik dari rakyat, terutama nya dari yang berbangsa Cina. Undi Cina yang amat penting, yang telah di hilang sekali gus semasa PRU ke 12 dari Barisan Nasional, masih ada ramai tidak faham atau mengambil tahu cara untuk mengambil balik apa yang telah mereka hilang. Mereka lebih pandai menuduh jentera di dalam Barisan Nasional daripada mencari menyelesaian yang akan membawa kepada masyarakat Cina sejuk balik kepada Kepimpinan Barisan Nasional.
Ada yang menyuarakan bahawa, biar parti parti komponen seperti MCA dan Gerakan buat kerja mereka untuk mendapat balik sambutan dari bangsa Cina, tetapi apa yang di suarakan, sudah tiga tahun di dengar, dan apa yang di dengar itu sudah basi. MCA dan Gerakan tidak mampu mengambil perhatian bangsa Cina lagi dan ini kena di fahami oleh Pemimpin Pemimpin Barisan Nasional sebelum berani langkah kepada PRU-13 tidak lama lagi. Tiga tahun lebih itu bukan satu dua bulan, bukan satu tahun, lama juga tiga tahun ini, biar kita berterus terang.
Ada seorang Pemimpin yang bernama Zahid Hamidi berani berdepan dengan bangsa Cina dan berani mendengar rintihan dan luahan dari mereka. Berani bukan duduk di dalam office hawa dingin dengar lagu warisan sambil di urut oleh pembodek bahawa dia boleh menang walaupun Dato Seri Anwar Ibrahim di letak di kawasan Parlimen dia untuk bertanding. Bukan berani dengan bayar Blogger untuk membantu kempen pilihanraya, kempen menonjolkan keberanian, kempen untuk menjatuhkan pemimpin dalam Pakatan Pembangkang. Tetapi berani kerana dia sendiri akan turun padang untuk mendengar rintihan dari masyarakat Cina tentang kawasan dia, isu isu Nasional yang berhubung kait dengan Bangsa Cina, dan berdialog dengan NGO Bangsa Cina supaya masalah dan kesusahan mereka dapat di ringankan sikit oleh Pemimpin ini.
Mereka gelar Pemimpin ini sebagai Chow Yun Fat mereka. Chow Yun Fat adalah seorang artis Cina dari Hong Kong yang telah keluar dalam beratus Filem yang selalu memaparkan karektor sebagai seorang Pemimpin / Penyayang / Penjaga / Pegang Amanah / Pembela Negara. Karektor karektor yang di kaitkan kepada Pemimpin yang bernama Zahid Hamidi oleh masyarakat Cina di Malaysia.
Pada satu program Pemimpin yang bernama Zahid Hamidi, terdapat lebih kurang dua ribu rakyat menunggu kedatangan nya dalam keadaan cuaca yang amat panas, tiba Pemimpin ini dan secara kebetulan hujan rahmat turun dengan lebat. Rakyat Cina yang berada dalam program ini kebanyakan basah kerana hujan turun secara tiba tiba, tetapi mereka menjerit dengan kuat sampai Pemimpin Chow Yun Fat ini naik ke pentas “OOONNGGGG !!!!! OOONNGGGG !!!!!”. ONG untuk bangsa Cina adalah benda yang baik, benda yang bagus, tiba saja Pemimpin yang bernama Zahid Hamidi ini, hujan rahmat telah turun, dan mereka percaya bahawa dia telah bawa ONG untuk mereka semua. Begitu lah kesukaan, kemesraan dan kesetiaan mereka terhadap Pemimpin ini.
Di dalam konteks seperti ini, dan ketinggalan parti parti komponen dalam Barisan Nasional untuk menyambut balik masyarakat Cina, adakah Barisan Nasional perlu seorang Chow Yun Fat daripada seorang pemimpin bangsa lain dari Barisan Nasional ? Seorang yang tidak perlu “berlakon” dan tidak perlu “sandiwara” di depan rakyat, kerana masyarakat Cina memang sudah suka dan percaya kepada Chow Yun Fat ini. Seorang yang ada kuasa yang cukup tinggi dalam Kerajaan untuk menyambut masalah masalah masyarakat Cina tanpa menghiraukan suara dari komponen komponen Barisan Nasional yang mungkin akan dengki kerana memang itu SEPATUTNYA tanggungjawab mereka untuk selesai kan semua masalah masyarakat Cina selepas PRU-12 tahun 2008. Tiga tahun sudah berlalu dan tidak ada keyakinan bahawa komponen komponen MCA dan Gerakan akan buat apa lagi yang AJAIB untuk menyejukkan keadaan di antara mereka dan masyarakat Cina Malaysia.
Di harap Pemimpin yang bernama Zahid Hamidi menerima cabaran ini dengan hati terbuka, dan bawa kepercayaan masyarakat Cina yang secara semulajadi sudah ada, kepada PRU-13. Menang atau kalah bukan di tangan kita, tetapi usaha dan kerja, kita boleh jalan kan sementara kita masih hidup di dunia ini.
sumber : Kritis
AnakBD :Pemimpin yang menjadi idola, seharusnya berani menyahut cabaran, tidak gentar berhadapan dengan sesiapa jua, sanggup turun padang dengan tidak menghirau hujan atau panas demi mendengar rintihan dan kesusahan rakyat tanpa mengira bangsa, tanpa mengira agama dan fahaman politik.Tanggungjawab dilaksanakan dengan sebaiknya..itulah pemimpin kami yang berjiwa rakyat..
Kami warga Bagan Datoh sentiasa menyokong penuh kepimpinan Dato' Seri , semoga Allah S.W.T panjangkan umur YB Dato' Seri serta diberikan kesihatan yang sempurna, agar kita sama2 dapat meneruskan perjuang membela nasib rakyat...Demi agama, bangsa dan tanah air..
0 comments:
Post a Comment