Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Saturday, 21 May 2011

Jelas Isu Pasir (Sinar Harian, 21/05/2011)


IPOH - Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri meminta pembangkang menyatakan pendiriannya berhubung isu penjualan pasir ke Singapura yang didakwa diminta oleh DAP semasa pemerintahan 11 bulan Pakatan Rakyat (PR).

Pengerusinya, Khairul Azwan Harun berkata, pihaknya mempunyai bukti DAP mahu Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat membenarkan penjualan pasir ke Singapura.

Menurut beliau, pemimpin PR Negeri perlu menjelaskan perancangan DAP itu kepada rakyat.

“Saya ada bukti terutama Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham memang mahukan penjualan pasir ke Singapura dibenarkan oleh Kerajaan Pusat.

“Jadi saya cabar Pas dan PKR nyatakan pendirian sama ada mereka sanggup menggadaikan pasir di negeri kita ini untuk tujuan pihak Singapura memperluaskan negara mereka,” katanya pada sidang media sempena pelancaran BN Youth Street Fiesta di sini, semalam.

Hadir sama pada sidang media itu, Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri, Mohamad Anuar Ariffin dan Ketua Pemuda UMNO PPP Negeri, Mustafar Rahadi.

Khairul Azwan berkata, permintaan pasir oleh Singapura cukup tinggi kerana semua sedia maklum bahawa negara itu mahu diperbesarkan lagi dan banyak industri di sana memerlukan pasir.

Beliau berkata, penjualan pasir kepada Singapura menyamai pendekatan zionis Yahudi yang membesarkan negaranya tanpa memikirkan sensitiviti negara jiran.

“Mereka menggunakan sumber asli yang sebenarnya bukan milik mereka dan menimbulkan banyak isu seperti alam sekitar, isu laluan perdagangan dan sebagainya akibat pembesaran negara itu.

“Kita pula di Malaysia, ada pihak-pihak yang menyokong usaha-usaha yang saya anggap ala regim zionis itu,” katanya.

Menurut Khairul Azwan, sekiranya diminta untuk mendedahkan bukti berkenaan, beliau bersedia pada bila-bila masa dengan syarat pimpinan PR Negeri menyatakan pendirian mereka.

AnakBaganDatohOnline: Jual pasir ke Singapura? Baru dpt perintah Perak sekejab dah ada niat nak buat begitu.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More