Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Saturday 21 May 2011

Program Ziarah Keluarga Miskin Pemuda UMNO Cawangan Simpang 4, Hutan Melintang

Pergerakkan Pemuda UMNO Simpang 4 yang diketuai Ketua Pemuda Cawangan, Saudara Mohd Khairul Azam serta Naib Ketua Pemuda Cawangan, Saudara Mohd Najib Mokhtar turun padang ke kawasan Kampung Sungai Timah untuk menjalankan Program Ziarah Keluarga Miskin di sekitar kawasan Simpang 4, Hutan Melintang.



Pergerakkan Pemuda UMNO Cawangan Simpang 4 telah mengambil langkah dalam menghulurkan sedikit bantuan berupa barang-barang keperluan dapur bagi keluarga-keluarga miskin ini ini. Menurut Ketua Pemuda Cawangan Simpang 4, Mohd Khairul Azam, program ziarah ini telah dimulakan hampir 2 tahun yang lepas dengan menumpukan pemberian bantuan-bantuan kepada golongan miskin di kawasan Simpang 4, Hutan Melintang. Program ziarah ini dilaksanakan secara menyeluruh dan tanpa batasan bangsa sama ada Melayu, Cina dan India.


Bantuan barang dapur dihulurkan oleh Mohd Azam, Ketua Pemuda UMNO Cawangan Simpang 4. Turut kelihatan, Mohd Najib Mokhtar, Naib Ketua Pemuda Cawangan Simpang 4.



Sehubungan dengan itu, segala maklumat keluarga miskin yang diperlukan ini telah diambil untuk dipanjangkan kepada Yayasan Bina Upaya Perak untuk bantuan selanjutnya. Kerajaan Negeri Perak melalui Gagasan Perak Amanjaya ingin melihat masyarakatnya mendapat agihan manfaat ekonomi yang seimbang dan mampu menambah baik taraf kehidupan mereka. Yayasan Bina Upaya merupakan sebuah wadah bagi proses pengupayaan semula masyarakat merentasi batasan bangsa dan latarbelakang agar harapan baru kehidupan akan dapat diwujudkan.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More