Kalau bab cakap besar, serah sajalah kepada PAS. Dan kalau dengar cakap PAS, harus terbalik dunia kalau tidak pun terlungkup langit dibuatnya. Kalau tak pernah tahu politik Malaysia, kemudian bersembang pula dengan orang PAS, apa yang wujud dalam kepala selepas itu ialah, PAS sebenarnya adalah puak yang menang atau sedang diambang kemenangan. Misbahul Munir, Setiausaha PAS Perak yang juga merupakan bekas SETPOL Nizar Jamaluddin sewaktu si meroyan itu jadi MB Perak, berkata, Himpunan Kebangkitan Rakyat ‘PAS Ganti UMNO’ pada 14-15 Mei di Zon Utara Perak iaitu di Padang Rengas, dan 28-29 Mei di Zon Selatan membabitkan Pasir Salak. Kononnya Himpunan Kebangkitan Rakyat itu adalah usaha bersungguh-sungguh PAS untuk menggantikan UMNO memerintah Perak! Entah dari mana datangnya idea ini, Misbahul Munir yang pernah dikaitkan dengan tandatangan kompartment balak dan tanah lombong ketika Nizar Jamaluddin jadi MB dulu, bercakap seolah-olah PAS akan bertanding di kesemua kawasan yang ditandingi oleh UMNO. Berdasarkan pilihanraya umum yang lepas, ketika PAS menaruh keyakinan, isu Anwar Ibrahim akan membuatkan mereka menang besar, PAS sekadar mampu menang 6 kerusi. Hanya kerana DAP adalah chauvinist dan calon MB DAP adalah seorang Cina, maka PAS akhirnya berjaya menumpang tuah apabila Nizar Jamaluddin yang sebelum itu bukan siapa-siapa, dilantik oleh Paduka Seri Sultan Perak sebagai Menteri Besar. Itu pun, DAP berkokok dan memulaukan majlis berkenaan membuatkan perlantikan Nizar tertangguh lebih seminggu. Sembang PAS memang besar. PAS nak ganti UMNO. Dari 6 kerusi, PAS ingin mendapatkan 26 kerusi lagi bagi menyamai penguasaan UMNO dalam Barisan Nasional Perak. Barangkali inilah yang dikatakan, ilmu tak cukup, amal sangat berkurang, tetapi berharap dapat masuk syurga dengan hanya berdoa dan berjuang di dalam parti. Perkasakan PAS Perak dahulu wahai Setiausaha PAS Perk. Tak payahlah sembang besar sangat. Tak payahlah sibuk nak berslogan nak gantikan UMNO kononnya. PAS sendiri sebenarnya mampu ke tidak menepis cubaan tunjuk kuasa PKR dalam pembahagian kerusi nanti di Perak. Yang tu jawab dulu. Selesaikan dahulu bab tu. Tak guna kalau Himpunan Kebangkitan Rakyat ‘PAS Ganti UMNO’ dibuat hari-hari dan menarik puluhan ribu orang Melayu sekalipun, tetapi akhirnya PAS tetap juga terpaksa tunduk kepada PKR sebagaimana yang berlaku di Sarawak baru-baru ini. Apatah lagi PAS Perak sebenarnya TIDAK PERNAH ada keberanian pun untuk menyanggah DAP dan PKR… setakat beretorik seperti Negara Islam dan hudud serta qisas, mungkin PAS sangat hebat… tetapi dalam bab buat kerja, PAS yang pandai hanyalah mengutip duit derma daripada para penonton yang datang ke tapak ceramah. PAS Ganti UMNO kononnnn… piiiiraaaahhhh… sekali kena jegil dengan Ngeh Kor Ham dan Ngah Kor Meng, tercirit-birit Misbahul Munir ni pi cari pil chi kit tek aun cap burung rajawali dan menara kuil!!! >> Perak Today
CHE WAN AL LAKAZAM KEHABISAN MODAL SERANGAN
1 year ago
0 comments:
Post a Comment