Alhamdullilah, berlawanan dengan tanggapan banyak pihak bahawa Anwar mungkin dibebas dan dilepas tanpa perlu dipanggil membela diri, akhirnya Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah memerintahkan agar Anwar membela diri atas pendakwaan liwat yang dikenakan ke atasnya.
Pada kita, ini satu lagi kejayaan kepada sistem keadilan di Malaysia terutama dalam kes membabitkan Anwar bila kita melihat pertama kali dalam sejarah pelbagai jenis manipulasi dalam sistem perundangan yang digunakan bagi melewatkan kes sehingga mencecah lebih dari 50 kali!!!
Keputusan ini juga menunjukkan sebelah kaki Anwar sudah jejak ke dalam Sg Buluh semula, tempat jatuh lagi dikenang kata orang, ini kan pulak tempat menerima hukuman, ye tak?
Kita yakin Anwar dan pengikutnya akan memberikan seberapa banyak alasan atas keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi hari ini, kita rasa itu adalah tindakan biasa yang dilakukannya dari kes liwat yang pertama lagi. Konspirasi lah, apalah. Kalau video yang jelas tunjuk muka dia pun dia boleh nafi, apa lagi yang tidak ada video.
Cuma yang kita tidak faham ialah kenapa Mahkamah masih lagi membiarkan Anwar bebas sementara menunggu proses membela dirinya yang dijangka pada hujung bulan Jun ini kerana ada banyak kemungkinan yang Anwar akan melarikan diri.
Sekarang ini banyak betul cubaan untuk membunuh dan mengapa-apakan ahli keluarga Anwar, atas alasan apa yang kita tidak pasti. Dan tidak mustahil semua alasan ini akan digunakan untuk menjustifikasikan tindakannya untuk melarikan diri atas alasan nyawa dirinya dan keluarga sudah terancam.
RPK sudah membuktikan bahawa duduk di luar negara adalah amat mudah dari menghadapi proses perundangan di Malaysia.
Jadi kita harap sesuatu perlu dilakukan sekurang-kurangnya memegang pasport Anwar bagi mengelakkan sebarang usaha untuk melarikan diri bagi mengelakkan hukuman. Kalau susah sangat, tahan saja dia di dalam penjara sementara menantikan tarikh perbicaraan.
0 comments:
Post a Comment