Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Sunday, 22 May 2011

Sah, Datuk Ngeh Koo Ham Berniat Menjual Pasir ke Singapura


Pernah ada cadangan jual pasir



IPOH - Cadangan untuk menjual pasir negeri ke Singapura memang pernah dikemukakan kepada Kerajaan Pusat untuk kelulusan.

Pengerusi DAP Negeri, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, bagaimanapun hasrat itu tidak dapat dilaksanakan memandangkan hak penjualan itu dipegang Kerajaan Pusat.

Menurutnya, cadangan penjualan pasir ke Singapura itu bukanlah untuk menambah sumber kewangan negeri semata-mata tetapi mengatasi masalah banjir yang sering berlaku di pesisir Sungai Perak.

“Pada saya penjualan pasir ke Singapura perlu dibenarkan daripada membiarkan ia di seludup masuk ke negara jiran itu.

“Kita dan Singapura merupakan rakan dagangan yang baik dan tiada masalah jika penjualan pasir itu dibuat,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) yang mendedahkan isu penjualan pasir itu.

Koo Ham berkata, cadangan itu timbul kerana Kerajaan Pusat berhadapan masalah penyeludupan pasir ke Singapura.

Menurutnya, pasir yang mahu dijual itu adalah pasir sungai kerana tindakan itu mampu mengatasi masalah banjir yang sering berlaku di pesisir Sungai Perak.

Beliau berkata, punca berlakunya banjir di pesisir Sungai Perak disebabkan kedalaman sungai yang semakin cetek.

“Kita sedia maklum bahawa di Perak terdapat banyak kawasan yang berhadapan dengan masalah banjir khususnya penduduk yang tinggal berhampiran dengan sungai.

“Dengan penjualan pasir itu, kita mendapat banyak manfaat termasuk membantu rakyat mengatasi masalah banjir yang masih gagal diselesaikan oleh Kerajaan Pusat,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan berkata, bukan sahaja Kerajaan Negeri dan rakyat, Kerajaan Pusat juga mendapat manfaat hasil eksport pasir itu.

Menurutnya, isu ini sengaja dimainkan dan dimanipulasi Pemuda BN untuk menutup kegagalan mereka menyelesaikan beberapa isu melibatkan kepentingan rakyat.

“Tidak timbul soal kerja zionis Yahudi kerana ada dalam kalangan pemimpin BN yang berurus niaga dan menyimpan harta di Singapura.

“Ini menunjukkan sikap hipokrasi mereka yang hanya mahu memenuhkan kantung sendiri bukan memikirkan cara menyelesaikan masalah rakyat,” katanya yang juga Ahli Parlimen Beruas.


Sumber: Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More