Benarkah Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin sudah bertaubat dengan segala perbuatan fitnahnya lantas mula membuat pertimbangan untuk berjuang bersama pemimpin UMNO?
Malah, semalam beliau dilihat menghadiri ceramah anjuran UMNO di Tualang Sekah, Kampar di mana Nizar muncul secara tiba-tiba sambil tersengih-sengih macam kerang busuk seperti tidak pernah melakukan sebarang fitnah ke atas parti itu.
Kejadian seumpama ini pertama kali berlaku.
Mungkin kerana pemimpin meroyan jawatan ‘Menteri Besar’ itu sudah mula mendapat hidayah dan menggunakan ceramah terbabit untuk mengimbau kembali segala kesalahan, tuduhan dan fitnah yang pernah dikeluarkan oleh beliau.
Apa tidaknya, ceramah berkenaan yang bertajuk ’NIZAR PEMBOHONG BERSIRI’ mampu mengenang kembali betapa banyaknya fitnah dan segala pembohongan yang pernah dilakukan oleh pemimpin parti ISLAM Semalaysia (PAS) ini.
Nizar dengan beraninya naik dan duduk di atas pentas pada ceramah yang berlangsung.
Lebih menarik, Nizar lebih rela berceramah di pentas UMNO daripada menghadiri ceramah Pakatan Rakyat yang sepatutnya beliau hadir kira-kira 100 meter dari situ.
Dalam pada itu, Ketua Pemuda BN Perak, Khairul Azwan Harun turut menyuarakan keterbukaan UMNO dalam menerima keinsafan Nizar serta pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang lain sekiranya mereka benar-benar telah mendapat hidayah.
Katanya, Nizar sepatutnya menjemput rakan-rakan sekapalnya yang lain bagi membolehkan pihak Umno mencuci otak mereka yang tidak sedar-sedar dari segala perbuatan terkutuk.
“Eloklah jika benar dia sudah bersedia untuk menyertai kita tapi bukankah lebih bagus kalau Nizar bawa sekali rakan-rakan yang sering menyokong fitnah dan pembohongan yang beliau lakukan,” katanya.
Hadir sama pada ceramah berkenaan ialah Exco Kerajaan Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Tampan, Datuk Shaarani Mohamad; Ketua UMNO Bahagian Kampar, Datuk Radzi Manan dan pegawai pejabat Perhubungan UMNO Negeri Perak , Hanafiah Man.
Pada kejadian sekitar jam 9.45 malam itu, Nizar tiba-tiba naik dan duduk di kerusi Hanafiah yang kebetulan sedang memberi ceramah dan kemudiannya duduk di sebelah Radzi.
Ketika itu, Nizar yang masih bangga dengan kehadirannya ke ceramah anjuran UMNO kemudiannya dihentam bertubi-tubi oleh Hanafiah yang juga merupakan Pengerusi War Room Umno Perak.
Mungkin panas telinga dengan segala pembongkaran yang dilakukan oleh UMNO, Nizar kemudiannya pasrah dengan gelodak hati sendiri iaitu mengutamakan kuasa dan pangkat dari segala hal.
Beliau kemudianya beredar dari kawasan itu sekitar 10 minit kemudian.
Perangai Pelik dan Jelik Nizar semakin menjadi-jadi sejak hilang jawatan Menteri Besar yang disandangnya selama 11 bulan dulu mmemang sudah menjadi bahan bualan ramai di Perak.
Inilah yang dinamakan gila meroyan. Dan atas sebab itu ada di kalangan masyarakat yang mula mengelarnya sebagai ‘Pak Lawak PAS’.
0 comments:
Post a Comment