Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Thursday, 10 May 2012

Allah tak redha Pakatan memerintah??


Ibu kepada Azmin Ali,Hajah Che Tom rupanya adalah SB dan perkakas Umno.Itulah tuduhan puak pakatan apabila tersebarnya kenyataan dan video rakaman luahan hati seorang ibu terhadap anak derhaka. Ada yang menuduh ibu Azmin dibayar Umno untuk mengeluarkan kenyataan menghentam pemimpin mereka. Begitu teruk sekali penghinaan yang diberikan kepada ibu malang ini. Beliau hanya meluahkan kekecewaan terhadap anak lelaki beliau .Kecewanya apabila Azmin sanggup mengaku Anwar sebagai darah daging sendiri sedangkan saudara sendiri dihina sebegitu teruk sekali. Manakala Anwar pula menuduh Hajah Che Tom dibayar Umno untuk memburukkan Azmin dan PKR. Agaknya kalau tuhan menghukum Anwar dan Azmin satu hari nanti pasti akan dituduh juga dibayar Umno. Apa jenis manusia yang haprak pakatan sanjung sangat , Ingatlah redha Allah itu terletak pada redha IBU BAPA. Allahua'lam.

Azmin Ali, si Tanggang zaman moden atau mungkin lebih tepat dipanggil si Tonggeng, nampaknya nekad untuk meneruskan permusuhan dengan keluarganya termasuk ibunya.   Ibunya, yang lebih dikenali oleh rakyat Malaysia sebagai Mak Tom sudah buntu dalam usahanya untuk mengembalikan Azmin ke pangkal jalan. 

Kerana itu, sebagai usaha terakhir Mak Tom muncul dalam televisyen, merayu anaknya agar ‘membersihkan’ diri.  Beliau sanggup menanggung malu, berhadapan dengan masyarakat semata-mata kerana mengharapkan anaknya insaf sebelum terlambat. 

Mak Tom tahu dan Mak Tom malu apabila segala kelakuan gelap Azmin, dari segi korupsi, skandal seks mahupun kedayusannya bukan lagi rahsia.  Apatah lagi, dengan tindak-tanduk Azmin sendiri sudah cukup untuk membuktikan bahawa segala tuduhan tersebut adalah benar belaka. 

Sebagai respon kepada tindakan Mak Tom yang muncul di kaca TV, Azmin Ali sebagai seorang politikus tulen membuat kenyataan menafikan yang dia telah berlaku derhaka kepada ibunya.  Namun, saranan Mak Tom agar mengemukakan saman terhadap pihak yang berkenaan serta bersumpah dengan nama Allah untuk membersihkan namanya dari tuduhan skandal seks terbaru langsung tidak diambil pusing oleh Azmin.

Malah, Azmin tergamak menuduh ibunya sebagai dibeli UMNO.  Begitu rendah sekali diletakkan martabat ibu sendiri iaitu sebagai wanita tiada harga diri, tiada maruah dan tiada pendirian.  Azmin seolah-olah meletakkan taraf ibunya sama dayus dan sama murah seperti dirinya yang sanggup berbuat apa saja demi kemewahan. 

Sudahlah Azmin menghancurkan hati Mak Tom dengan bercakap kasar, dan enggan menjenguk beliau sekian lama, kini setelah Mak Tom membuat rayuan terbuka, Azmin bukannya cuba memperbaiki keadaan tetapi menambah lagi penderhakaannya dengan menuduh ibunya sebagai wanita yang boleh dijual-beli dengan wang. 

Tidak cukup dengan itu, penyokong-penyokong Pakatan Rakyat juga turut menghentam Mak Tom, menuduh beliau dengan tuduhan yang sama, iaitu dibeli UMNO. 

Azmin tahu hal ini dan Azmin tidak peduli jika ibunya dihentam atau dituduh apa saja, asalkan beliau dapat terus bersama Anwar dan dapat hidup mewah di samping Shamsidar walaupun isterinya itu bukan miliknya secara mutlak. 

Sampai bilakah drama penafian Azmin ini akan berakhir?   Sampai mati? 

AnakBD : Bersempena dengan sambutan Hari Ibu pada hari Ahad ini, kami dengan rasa rendah hati ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU buat semua ibu-ibu di seluruh
dunia. Jasamu ibu mengandungkan, melahirkan serta membesarkan kami memang tidak dapat kami balas walau dengan segunung intan sekali pun..Semoga Allah sentiasa merahmati mu wahai ibu.
 

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More