Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Thursday, 17 May 2012

Buku Jingga Lebih Utama dari Al-Quran?

                                   
                                          
Terbukti sudah isu hudud hanyalah gimik politik PAS sekadar untuk 
mengabui mata masyarakat Islam demi kepentingan politik kepartian.
Bab sembang secara teori boleh kata semua pemimpin PAS dari bawah 
hingga atas cukup gah bercakap seolah-olah hari ini juga hudud 
akan dilaksanakan.

Itu teori, tapi bila masuk bab praktikal semuanya hancur manakan tidak, 
jawatankuasa teknikalnya hingga kini pun tak pernah selesai di susun 
dan satu mesyuarat pun tak pernah dibuat.

Terbaru, Presiden PAS, Hadi Awang sekali lagi nak tunjuk jaguh dalam isu 
hudud tapi sayangnya kejaguhannya hanya bertahan sehari dua saja. 
Sekali kena herdik dengan Karpal Singh terus tunduk malu nak angkat muka.

Melihatkan si Presiden dah layu kena herdik, mulalah dua tiga kerat 
pemimpin muda PAS nak tunjuk hebat konon nak pertahankan maruah parti
sambil menegaskan hudud akan dilaksanakan juga nanti jika PR memerintah.

Cara pemimpin-pemimpin muda PAS bercakap dah macam ayam berkokok tahi 
sendiri lekat di ekor. Macamlah kerusi Parlimen yang akan PAS tandingi 
nanti melebihi 150 kerusi dan menang minima 120 kerusi parlimen bagi 
membolehkan PAS menguasai pembentukan dasar PR jika mengambil alih 
pemerintahan.

Realitinya, PAS hanya mampu angkat muka seketika untuk tunjuk juara, 
tak sempat penyokong PAS nak kembang dada rasa bangga, datang Anwar
Ibrahim panggil semua kepala-kepala pembangkang akhirnya habis
mesyuarat,keputusannya Buku Jinggay juga yang jadi rujukan utama PR.

Kata Anwar semua parti pembangkang dalam PR akan kekal berpegang 
pada konsesus persetujuan pada 28 September 2011 yang menetapkan 
Buku Jinggay sebagai dasar bersama.

Ringkas kata, apa sahaja situasi dan apa saja strategik PAS untuk 
menarik semula undi Melayu Islam yang makin jauh dari PAS kot 
manapun mesti tertakluk pada Buku Jinggay yang menetapkan tiada 
tempat untuk perlaksanaan hudud.

Akhirnya jadilah PAS macam ayam jantan kokok berderai-derai tapi tahi
lekat di ekor sendiri, dulu sekali sekala bolehlah PAS gebang isu 
hudud untuk menarik perhatian khalayak Melayu Islam tapi sekarang nak
sembang saja pun dah tak boleh sebab risau pengundi Cina DAP pula yang
lari dari PR.

Dulu PAS tuduh UMNO lebih mendaulatkan perlembagaan negara berbanding 
Al-Quran sekarang tuduhan tersebut dah jadi boomerang kena atas muka
PAS pula apabila Buku Jinggay kini dah macam kitab suci lebih diutamakan
dan bernilai tinggi berbanding Al-Quran.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More