KUALA LUMPUR: Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) kali kedua yang diadakan selama tiga hari bermula 11 Mei ini di Bukit Jalil menawarkan lebih 100,000 peluang pekerjaan untuk direbut khusus bagi lepasan graduan dan mereka yang ingin mencari pengalaman dalam kerjaya sedia ada.
Pengerusi Karnival Kerjaya Pemuda BN 2012, Nazir Hussin Akhtar Hussin, berkata penganjuran acara itu tahun ini tidak hanya memfokus kepada peluang pekerjaan, sebaliknya ia turut mengambil pendekatan holistik khusus dalam pembangunan kerjaya dan peningkatan diri.
"Kami akan memberi fokus kepada semua lapisan masyarakat pada penganjuran kali ini, malah akan memberi khidmat nasihat berhubung peluang pekerjaan ditawarkan.
"Seperti tahun lalu, pencari kerja perlu mengisi maklumat berkaitan secara dalam talian, bagi membolehkan mereka mengenalpasti kekuatan dan kesesuaian terhadap kerja dicari," katanya pada sidang media selepas menandatangani perjanjian persefahaman penganjuran program itu bersama JobsDB Malaysia Sdn Bhd dan RedTone International Bhd di sini, semalam.
Nazir Hussin berkata, pihaknya mensasarkan satu juta pengunjung dan pencari kerja hadir memanfaatkan program itu seperti dicapai tahun lalu.
Beliau berkata, pada penganjuran tahun lalu, lebih 30,000 kerja berjaya diisi melalui temu duga terbuka dijalankan dan jumlah itu dijangka terus meningkat tahun ini.
Sementara itu, Pemangku Pengurus Besar JobsDB Malaysia, Steven Seek, berkata buat pertama kalinya, JobsDB akan menggunakan kaedah padanan kerja melalui lebih 100,000 kerja yang sudah disenaraikan syarikat yang akan menyertai karnival itu nanti.
Katanya, kaedah itu sudah digunakan sebelum ini di Singapura dan amat membantu dalam pencari kerja mendapatkan kerja bersesuaian dengan bidang dan minat mereka.
"Bagaimanapun, laman web khusus penjodoh kerja itu hanya boleh diakses sepanjang karnival itu berlangsung dan tidak boleh diakses melalui laman web biasa JobsDB," katanya. – Berita Harian
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
CHE WAN AL LAKAZAM KEHABISAN MODAL SERANGAN
1 year ago
0 comments:
Post a Comment