Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Thursday, 2 February 2012

Kerana DANA PRU Anwar sanggup pertaruhkan maruah Islam.

Menurut beberapa sumber, satu mesyuarat koordinasi di kalangan pimpinan PKR yang membincangkan koordinasi menjelang pilihanraya telah diadakan.
Antara isu yang ditimbulkan adalah keperluan bajet menjelang kempen PRU nanti. Ramai yang memberikan pendapat. Rata-rata mengakui, keperluan bajet sekurang-kurangnya DUA KALI GANDA daripada bajet tahun 2008. Dua kali ganda.

Memang Kerajaan Negeri Selangor sudah asingkan keperluan pilihanraya – RM300 juta di peringkat awal. Namun, tumpuan akan diberikan kepada Selangor. Apa keperluan Negeri lain? Mereka juga perlukan pembelaaan.

Disinilah Anwar memberitahu bagaimana Pemuda PAS adalah kumpulan yang bahlol dan tidak ada strategi.

Anwar menerangkan bagaimana kenyataan yang dibuat baru-baru ini mengenai Israel – adalah bertujuan khas mendapatkan dana pilihanraya. Setelah diasingkan oleh kebanyakan lobbyists group dan NGO antarabangsa; Anwar perlu merapatkan diri semula dengan mereka. Oleh yang demikian, kenyataan Anwar baru-baru ini adalah khusus untuk membuka jalan mendapatkan dana luar.

Open Society milik George Soros tidak akan membantu jika Anwar masih mengambil pendekatan anti APCO. Ini sudah diberitahu kepada Anwar secara jelas. Malahan, Anwar juga mengakui bahawa Open Society hanya akan memberikan dana jika Anwar mampu mengubah pendirian mengenai isu Israel.

Pemuda PAS yang BAHLOL – kata Anwar tidak tahu bahawa mereka akan berjuang dengan poket kosong kalau tidak dengan bantuan PKR. Kebahlolan Pemuda PAS ini hanya akan meranapkan peluang PR dalam PRU yang akan datang.


Read more: http://www.pisau.net/#ixzz1Yhnky0zA



Masya'Allah..manusia ini sanggup mempertaruhkan keselamatan rakyat palestin maruah Islam semata-mata untuk mendapatkan DANA pilihanraya dan semata-mata untuk mencapai matlamat beliau menjadi Perdana Menteri.manusia ini sanggup melakukan apa sahaja.
.
Sebelum ini semua telah jelas bahawa dasar Malaysia tidak sama sekali mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara malah mengamalkan sistem berkecuali serta tidak mengadakan sebarang hubungan walhal hubungan diplomatik sekalipun dengan Israel ianya juga disokong oleh 130 buah negara-negara Islam yang lain.











Sebenarnya persoalan Palestine merupakan induk persoalan umat Islam. Ia adalah persoalan aqidah di dalam pemikiran umat Islam, bukan sekadar persoalan sebidang tanah di bumi yang dirampas atau satu bangsa yang dihalau. Malah ia adalah persoalan yang lebih besar daripada itu. Namun ia tetap merangkumi kedua-dua persoalan di atas.Setelah sekian lama kita memerhatikan kekejaman Rejim Zionis yang terang-terangan menindas dan menidakkan hak rakyat Palestin.Ia juga merupakan persoalan tipu muslihat dan konspirasi Yahudi itu telah dirakamkan oleh al-Quran.


“Telah dilaknat mereka yang kufur daripada keturunan Bani Israel melalui lidah Nabi Allah Daud dan Isa ibni Maryam kerana mereka derhaka dan melanggar batas-batas Allah." (Al-Maidah: 78)


Al Quran : (2) Al Baqarah : Ayat 120
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu." (QS. 2:120)


Al Quran : (5) Al Maa’idah : Ayat 51
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim." (QS. 5:51)




Sungguh malang sekiranya Malaysia yang merupakan Negara Islam dimana majoriti penduduknya beragama Islam mempunyai seorang  pemimpin yang merelakan dirinya menjadi boneka golongan Laknatullah ini. Nau'zubillah..minta dijauhkan Allah. SWT


-CT Cybertrooper



0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More