Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Thursday, 9 February 2012

PAS nak ketui Pakatan??



Sebenarnya apa yang orang PAS nak? Seluruh Malaysia tertanya tanya juga dek kerana parti ini yang sekejap nak itu sekejap nak ini.

Katanya mahukan hudud ,kemudian tukaq tak jadi sebab DAP berdehem,kemudian nak negara kebajikan,Nik Aziz berdehem pulak habis gelabah seluruh angkatan khawarij negara.Hangat cerita hudud sampai sekarang diam katanya tok wali nak ada hudud sebelum PRU13,sampai sekarang ada korang dengar hudud nak laksana?

Macam biasalah PAS ceramah bagai nak rak,takbir sampai tekak kering ,jihad katanya.Katanya nak ganti Umno tapi DAP yang tarbiah sampai walaq dan bertahaluf siyasi atas Malaysian Malaysia.

Dominannya tiada tapi katanya nak juarai dan tolong orang melayu,dalam pakatan hasilnya jadilah kasta paling rendah tukang tidor diatas jalan.

Agaknya apa akan jadi kalau tok presiden PAS istihar nak jadi kepala pakatan,agaknya DAP & Anwar bagi tak?

Islam membenarkan persepakatan antara orang Islam dan orang bukan Islam dengan syarat pemimpin Islam mempunyai kuasa yang lebih dominan dalam sesebuah pentadbiran.Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahya berkata, tidak cukup sekadar menjadi seorang ketua, pemimpin Islam wajib memiliki keupayaan tersebut untuk memastikan pemerintahan tidak dikuasai oleh golongan bukan Islam.
Sehubungan itu, beliau berkata, dalam konteks tersebut, Pas sebagai sebuah parti memperjuangkan Islam dilihat gagal mendominasi pakatan pembangkang yang turut dianggotai DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). 
 “Dalam keadaan sekarang Pas masih gagal mendominasi pemerintahan yang dikongsi bersama DAP sehingga terpaksa mengorbankan prinsip perjuangan asal parti itu.“Tidak seperti UMNO yang berdiri sebagai parti induk dan mempunyai pengaruh terhadap parti-parti di bawahnya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Fathul Bari berkata, walaupun Pas mungkin mendakwa perkongsian kuasa dengan DAP dan PKR dibuat secara berasingan tetapi pemimpin parti itu perlu sedar siapa sebenarnya yang menerajui pakatan pembangkang. 
 “Dalam hal ini pemimpin Islam perlu lebih tegas agar isu Islam dapat diselaraskan dengan betul. Pas tak boleh diam, sama juga dengan UMNO,” katanya.Menurutnya, Islam meletakkan dominasi dalam pemerintahan yang dikongsi bersama golongan bukan Islam bagi memastikan kedudukan agama dan kepentingan umatnya diperjuangkan pada tempat paling atas. 
 “Dalam Surah Al-Maidah Allah SWT membenarkan persepakatan antara umat Islam dengan bukan Islam dalam perkara yang berkaitan kebajikan dan taqwa.“Itu dengan syarat mesti ada dominasi Islam, kalau tak ada itu yang jadi masalah sehingga kena ikut telunjuk golongan yang buat keputusan berasaskan hawa nafsu,” katanya.-UM


sumber : Pisau.net

AnakBD : Cuba time baring-baring kat jalan, time demostrasi. Ada DAP turun?? 

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More