Geraksaraf & Perangsaraf Dalam Transformasi Rakyat Menjelang Pilihan Raya Umum 13
GERAKSARAF (GS) mengikut definisi tepat membawa maksud "Penggunaan propaganda dan tindakan lain yang dirancang untuk mempengaruhi pendapat, emosi, sikap dan tingkahlaku kumpulan sasar pihak sahabat dan golongan berkecuali bagi mencapai matlamat pihak penganjur" manakala PERANGSARAF (PS) pula ditujukan khusus kepada pihak seteru atau bakal musuh atau musuh sebagai kumpulan sasarnya.
Maksud "Propaganda" pula sering disalaherti oleh banyak pihak dengan mendakwa bahawa apa yang diperkatakan oleh pihak lawan adalah propaganda dan apa yang diperkatakan sendiri bukan propaganda. Sebenarnya, Propaganda adalah sebarang bentuk komunikasi yang digunakan untuk mempengaruhi pendapat, emosi, sikap dan tingkahlaku sesuatu kumpulan sasar bagi memanfaatkan pihak penganjur.
GSPS merupakan antara elemen terpenting dalam transformasi rakyat menjelang PRU 13 kepada BN dan PR kerana GSPS adalah sebahagian daripada komponen Peperangan Informasi. Sudah semestinya media baru (siber) menjadi landasan utama untuk penyebaran propaganda sekali gus berlakulah perang propaganda yang bersifat maklumat benar, separuh benar dan pembohongan. Ketiga-tiga kategori propaganda ini pula dicetuskan oleh sumber Putih (identiti sebenar), Kelabu (identiti disamarkan) dan Hitam (Identiti Tidak Dinyatakan).
Nilai keberkesanan propaganda bergantung kepada tema, simbol dan mesej yang tersurat bagi mencapai objektif atau matlamat yang diinginkan yang tersirat. Rancangan GSPS pula berkait rapat dengan kawalan kempen yang terkoordinasi dan menyeluruh. Teras kekuatan Rancangan GSPS turut berlandaskan kepada keupayaan Propagandists dalam menganalisis kekuatan, kelemahan, persekitaran dan susceptibility kumpulan sasar (pemilih berdaftar) supaya ianya berimpak tinggi.
Justeru, kemenangan PRU 13 akan berpihak kepada mana-mana parti yang dapat menguasai GSPS khususnya dalam War of Perceptions di kalangan pengundi berdaftar terutama golongan pertengahan.
AnakBD : Sekadar berkongsi artikel yang dirasakan menarik.
Artikel ini adalah milik penuh blog klik sini.
Mungkin selepas ini tidak ada lagi pihak yang mengambil mudah peranan media baru(siber) dalam penyebaran propaganda yang juga merupakan salah satu medium penting terutamanya dalam penyebaran informasi dalam mencipta 'war of perception' pengundi.. Mengambil PRU 12 sebagai iktibar, untuk kekal menang dlm PRU seterusnya GSPS harus juga dikuasai sebaik mungkin dan penguasaan media baru juga turut memainkan peranan penting sebagai salah satu saluran yang menyampaikan maklumat terutamanya untuk pengundi yang berdaftar yang berada diluar kawasan dan juga 'middle class resident' (yang mempunyai kemudahan PC dan internet).
0 comments:
Post a Comment