Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Friday 3 February 2012

Dilema Hadi Awang

Ketua Dewan Ulama yang semakin membisu dan kurang berperanan, Harun Taib menyatakan, sekiranya Abdul Hadi Awang keluar dari PAS, bukan sahaja kaum Dewan Ulama akan bubar dengan pengunduran kesemua ulama PAS, bahkan akan berpaling dari PAS. 
Dan amaran yang paling keras ialah, jikalau Pakatan Rakyat memenangi Pilihanraya Umum Ke-13, hak menjadi Perdana Menteri perlu diberikan kepada Abdul Hadi Awang, bukannya si meroyan yang membedal China Doll, Anwar Ibrahim.
Ketika Hasan Ali dipecat, PARASIT dalam PAS menyatakan, pemecatan tersebut tidak akan mencacatkan PAS kerana kononnya, pengaruh Hasan Ali tidaklah sebesar mana di dalam PAS. 
Pun begitu, dalam perkembangan terbaru menyaksikan, Hasan Ali bukan sahaja mempunyai pengaruh di kalangan ahli-ahli PAS tetapi juga di kalangan ahli-ahli PKR berbangsa Melayu.
Tidak lagi dapat disorokkan ialah perkembangan 'tidak sihat' dalam PAS yang menyaksikan ahli-ahli parti tersebut sedang berbalah sesama sendiri. 
Biarpun telah diperingatkan berulang kali tentang bahayanya kehadiran kaum PARASIT yang menyembah Anwar Ibrahim dan DAP, ingatan-ingatan tersebut dianggap sebagai niat jahat UMNO untuk memecahbelahkan PAS.
Kata dua yang diberikan oleh Harun Taib akan menambahkan lagi kehangatan kedua-dua kem besar dalam PAS. 
Hadi Awang yang kelihatan semakin tertekan dilihat sekarang ini berseorangan dan bersendirian, manakala Majlis Syura dan Dewan Ulama yang selama ini menjadi kebangaan PAS, tidak ubah seperti berhala berserban bisu dan pekak semata-mata. 
Siapakah di kalangan PARASIT PAS yang akan kata Hadi Awang boleh berambus dari PAS kerana PAS tidak lagi memerlukan Hadi Awang?
Kita tunggu sama-sama... Yang pastinya, Harun Taib akan menjadi figur baru yang menghangatkan lagi kaum PARASIT yang terus kepanasan kerana pendedahan demi pendedahan!!!- TheFlyingKick

AnakBD : Syukur Alhamdulillah dah semakin ramai dikalangan pemimpin-pemimpin Pakatan sendiri yang mulai
Buka mata dan sedar siapa Anwar Ibrahim sebenarnya.

Saya tak dapat bayangkan sekiranya Haji Hadi berkeputusan untuk keluar PAS mengikut jejak sahabat karibnya Hasan Ali. Kerana beliau merupakan satu-satunya harapan PAS yang telah dicanang-canang sebagai calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat memerintah.

Melalui sumber2 yang boleh dipercayai ketika Hasan dipecat baru-baru ini, dikatakan Hadi Awang dah tak boleh nak pertahankan Hasan Ali kerana mesyuarat tersebut telah dikuasai oleh Pok Nik Ajis dan beberapa parasit erdogan anwarista. Mahu tak mahu, Hadi kena ikut keputusan majoriti syura.

Beliau dikatakan masih sedih dan menyesal dengan memecat Hasan Ali yang kini mempunyai sokongan padu dari majoriti penyokong PAS seluruh negara, khususnya di Selangor. Lagipun, beliau memang iktiraf perjuangan Hasan Ali lebih genuine berbanding Khalid Samad atau Rani sendiri.

Beliau juga dikatakan sangat kesal dengan campur-tangan Azmin Ali dalam kepimpinan PAS dan mendesak supaya Hasan Ali dipecat kerana telah menjadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat.

Persoalannya siapa liabiliti yang sebenar dalam Pakatan, Hasan Ali, Anwar atau Parasit PAS??

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More