Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Saturday, 23 March 2013

MB Perak @ZambryAbdKadir umum calon-calon bagi negeri Perak

Barisan Nasional (BN) Perak tidak terkecuali membuat perubahan dalam mengenalpasti calon bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) agar ia dapat memberi signifikan kepada rakyat dan semua kawasan yang ditandingi.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata tidak penting samada ia kecil atau besar, perubahan itu sama sekali tidak boleh dielakkan.

"Ketika ini, pemilihan calon BN sudah di peringkat akhir dan kita sedang buat saringan keselamatan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga kedudukan bangkrap atau sebaliknya.

"Saya juga ingin tegaskan bahawa mereka yang terpilih sebagai calon perlu memikul amanah yang diberikan dan bukannya menganggap sebagai satu keistimewaan.

"Dan bagi mereka yang tidak disenaraikan sebagai calon pula, mereka hendaklah menerima dengan hati terbuka kerana BN itu lebih penting dan memastikan parti itu terus berada di persada politik negara dan negeri ini," katanya.

Terdahulu, Menteri Besar Perak itu merasmikan Program RTM Merentas Kampung Bersama TM di Arena Square, Pulau Pangkor.

Mengulas lanjut, Zambry turut mengingatkan agar unsur sabotaj dielakkan bagi mengelak tragedi tsunami politik 2008 berulang kembali.

Pengalaman berada di bawah kerajaan pembangkang selama 11 bulan katanya, perlu dijadikan sebagai pengajaran kepada BN.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menegaskan semua pihak perlu memberi keutamaan kepada BN daripada melihat individu-individu yang bertanding.

"Sudah pastinya kita akan memilih calon yang memiliki ciri disukai rakyat dan boleh membawa peluang kemenangan kepada BN," katanya lagi.

AnakBD : Teman mandapat maklumat bahawa calon yang disokong 100% oleh MB bagi Dun Rungkup dan Hutan Melintang ialah Dato Shahrul Yahya dan Dato R.Ganesan namun belum dipastikan kesahihannya..Jika benar tahniah diucapkan..Apapun kita tunggu sahajalah apabila Parlimen dibubarkan nanti dan calon diumumkan, teman juga percaya siapa sahaja yang akan dicalonkan akan mendapat sokongan padu dari seluruh parti komponen Barisan Nasional.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More