Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Wednesday 2 March 2011

OHH ADA UDANG DISEBALIK MEE RUPANYA....

Salam, entry kali ini ada kena-mengena atau saling kait mengait dengan entry yang sebelum ni yang teman repost dari blog kodomolion. 
Menurut sumber berita terbaru dari Bukit Gantang rupa-rupanya YB Dato Seri Nizar Jamaluddin beriya-riya benar nak menentang YB Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Bagan Datoh, rupa-rupa ada cerita menarik disebaliknya.

Nizar sudah berjanji kepada  YB Dato Ngeh Ko Ham untuk menyerahkan kerusi mutlak Pas sejak dulu kala kepada DAP.

Idris Ahmad, Ketua Penerangan Pas yang disebut-sebut untuk menggantikan Nizar hanyalah main mulut Nizar dengan orang Pas sahaja.

Mengikut satu sumber sulit, Idris Ahmad akan menjadi calon Pas untuk kerusi Dun Trong yang kini diwakili oleh YB Dato Rosli Husin. Pkr akan bertanding di Dun Changkat Jering dan Kuala Sepetang.

Kerusi yang paling panas ialah kerusi Dewan Rakyat yang kini milik Pas melalui Nizar Jamaluddin. Kerusi ini akan menjadi milik Dap. Cuma Dap perlu meletakkan calon Melayu untuk menarik pengundi Melayu dari kalangan penyokong Pas.

Dap begitu yakin akan mendapat sokongan 100 % daripada pengundi Cina dan hanya memerlukan sedikit sahaj undi Melayu daripada Pas, Pkr dan pengundi atas pagar.

Jika pendaftaran pengundi terus meningkat kepada kaum Cina dan statistik menyatakan pengundi Cina melebihi Melayu, Dap akan meletakkan calon Cina .

Inilah agenda Dap untuk menguasai kerusi Dewan Rakyat Parlimen Bukit Gantang. Dap kini sudah memiliki kerusi Sungai Siput dan juga Taiping.

Jika ketiga-tiga kerusi ini milik Dap , Lim Kit Siang sudah tentu akan menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen. Ini kerana YB Dato Seri Anwar Ibrahim tidak lagi mempunyai kelayakan untuk bertanding kerana terpaksa berehat sekali lagi di Rumah Rehat Sungai Buloh.



sumber : TaipingMali

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More