Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Saturday 26 March 2011

Pemuda BN sedia biasiswa RM16.5 juta

Biasiswa Pendidikan Pemuda Barisan Nasional (BN) (YES) yang dilancarkan hari ini menerima sumbangan RM16.5 juta daripada 12 institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, YES akan memberi peluang kepada lebih 200 pelajar cemerlang yang berasal daripada keluarga kurang berkemampuan dan kurang upaya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi pada tahun ini.

Pemuda BN akan menubuhkan satu jawatankuasa yang diketuai ahli akademik untuk menilai dan mempertimbangkan permohonan yang dibuka kepada semua pelajar di seluruh negara.

Mereka yang berminat boleh membuat permohonan itu secara dalam talian di laman web www.bnyes.com.my bermula minggu depan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More