Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Friday, 18 November 2011

Video Panas!! Bob Lokman buat hal lagi murtadkan rakyat Johor..

Sebelum ini kita dikejutkan dengan tindakan Bob Lokman yang mencabar JAIS supaya menangkapnya ketika mengadakan ceramah tanpa tauliah di Selangor, kini kita disajikan pula dengan kenyataan terbaru Bob Lokman yang “memurtadkan” sebilangan besar rakyat Johor yang berkerja di Singapura.
Siapa sebenarnya Bob Lokman sehinggakan dia sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian? Bob Lokman sebelum ini hanyalah seorang artis yang lebih cenderung kepada genre lawak jenaka didalam dunia lakonan. Jadi apakah Bob Lokman layak menghina rakyat Johor?
Suatu ketika dulu, Bob Lokman mencipta lagu dan lirik untuk mengkhayalkan kita, sekarang ini setelah dia menyertai PAS, Bob cipta pula “fatwa” untuk murtadkan rakyat Malaysia. Apakah Bob Lokman merasakan dengan menyertai PAS, dia mempunyai lesen besar untuk menghukum umat Islam di negara ini sesuka hatinya?
Didalam isu rakyat Johor yang mencari rezeki di Singapura, mengapa begitu mudah Bob Lokman menganggap mereka itu murtad? Jika hanya kerana beralasan tidak solat Subuh, apakah Bob Lokman yakin bahawa semua rakyat Johor yang bekerja di Singapura itu tidak solat?
Seperkara lagi, tahukah Bob bahawa didalam Islam semuanya dipermudahkan bagi mereka yang ada kesulitan. Didalam hal rakyat Johor yang terpaksa keluar rumah sebelum subuh hingga terlepas solat mereka, Islam membenarkan umatnya mengambil rukhsah jamak sembahyang kerana bermusafir.
Apakah yang dimaksudkan dengan Rukhsah? Rukhsah bermaksud kelonggaran ketetapan hukum syarak kerana darurat. Ini merupakan sedekah Allah swt kepada manusia sebagai bukti bahawa Allah itu maha mengerti dan memahami.
Dengan ini, apakah Bob Lokman merasakan dirinya lebih hebat dari Allah sehingga sanggup memurtadkan mereka di Johor hanya kerana terpaksa pergi berkerja sebelum waktu Subuh? Kesombongan serta kebongkakan Bob Lokman jelas terpancar melalui kata-katanya itu.
Apakah kini Bob Lokman merasakan dirinya amat suci setelah dia menyertai jemaah PAS? Jika begitu keadaanya, Bob ternyata silap kerana PAS itu hanya sebuah parti politik sahaja. Jadi tak perlulah Bob berlagak suci sebab menyertai gerombolan puak-puak yang bertopengkan Islam didalam PAS.
Hanya Allah mampu menilai iman serta ibadah manusia, bukannya Bob Lokman yang bermegah dengan title cucu kepada seorang ulama!


AnakBd : Teman malas nak ulas panjang isu ni...sebelum ni pun teman da pernah komen mengenai Bob Lokman ni..Anda dah tengok video di atas, anda nilaikan lah sendiri..


0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More