Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Thursday, 10 November 2011

Penyerahan Kunci Rumah Kepada Peserta Program Bantuan Rumah (PBR)



Hj Khairuddin Tarmizi, Setiausaha Khas
Menteri Pertahanan Malaysia
memotong riben sebagai
simbolik penyerahan kunci rumah
kepada peserta. Turut kelihatan Hj Musa

Alip, Pengerusi JKKK Batu 20
4 Oktober 2011- Pelaksanaan PBR adalah selaras dengan matlamat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah Kementerian Luar Bandar dan Wilayah untuk menaik taraf sosio ekonomi rakyat luar termasuk di kawasan Parlimen Bagan Datoh yang diuruskan oleh pihak Felcra Berhad di Kampung Bagan Lipas, Hutan Melintang, Perak.

Pada Majlis Penyerahan Kunci Program Bantuan Rumah (PBR) yang dihadiri oleh Setiausaha Khas Menteri Pertahanan Malaysia merangkap Setiausaha Bahagian UMNO Bagan Datoh, Hj Khairuddin Tarmizi berkata "PBR merupakan usaha kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk membantu rakyat miskin tegar yang memerlukan tempat kediaman lebih selesa".

Pengerusi JKKK Batu 20,  Hj Musa Alip berkata," Ini membuktikan Kerajaan Barisan Nasional sentiasa prihatin dengan nasib mereka yang kurang upaya berkemampuan untuk memiliki rumah yang selesa sama ada rumah baru atau yang dibaik pulih " katanya.   Turut hadir sama di majlis ini ialah Penyelaras Dun Hutan Melintang,  Baharom Md. Saari.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More