Suasana di restoran masih ramai dengan pengunjung lagi ketika jam menunjukkan 1.30 a.m |
Terletak di kawasan bangunan baru berhampiran dengan Balai Bomba Hutan Melintang, iaitu laluan menghala ke Bagan Datoh, restoran ini menawarkan menu dalam ruang makan yang selesa, dan ruang terbuka.
Tarikan utama restoran berkenaan ialah kepelbagaian menu selain keenakan masakan dan ruang menjamu selera yang selesa. Selain itu, tempat letak kereta disediakan selain kemudahan wi-fi.
Selain restoran di Simpang Empat, Hutan Melintang, yang dibuka Julai lalu, cawangan lain ialah di Pekan Bagan Datoh yang beroperasi terlebih dahulu.
Restoran ini mampu memuatkan 150 hingga 200 pengunjung dalam satu masa. Kari Kepala Ikan Mydin bukan saja menyediakan pesanan secara ala carte, malah juga bufet, selain menerima tempahan untuk majlis dan katering.
Menu menarik untuk dicuba ialah kari kepala ikan yang dimasak 20 minit sahaja. Istimewanya, kuah kari diadun menggunakan kari buatan sendiri selain sedikit kari dalam pek.
Kepala ikan Kerapu dipilih kerana ikannya besar, isinya manis dan pejal. Isi yang tidak mudah hancur memudahkan ia dimasak dan dipersembahkan dalam keadaan cantik. Terung, bendi, kacang panjang, tomato dan tauhu kering turut melengkapkan menu berkenaan. Dalam menyahut slogan 1 Malaysia, Restoran ini dapat menghimpunkan rakyat berbilang kaum menjamu selera bersama-sama.

Published with Blogger-droid v2.0.1
0 comments:
Post a Comment