Pusat Kerjaya Amanjaya (PeKA) yang dikendalikan oleh Institut Darul Ridzuan (IDR) telah genap sebulan melancarkan dua inisiatif yakni laman portal Jobs Perak dan Skuad Ronda Jobs Perak.
Pelancaran inisiatif ini adalah bertujuan untuk membantu pencari kerja mencari peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan dan kemahiran mereka. Selain itu juga, ianya dapat memudahkan para majikan mencari pekerja yang bersesuaian dengan jawatan yang ditawarkan oleh pihak syarikat.
Rasional penubuhan Skuad Ronda Jobs Perak adalah sebagai suatu inisiatif kerajaan negeri terhadap beban atau kesukaran yang dihadapi pencari kerja terutamanya dari luar bandar untuk datang ke bandaraya Ipoh semata-mata untuk mendaftar dengan pusat berkenaan.
Sehubungan itu, Skuad Ronda Jobs Perak akan turun padang di 48 kawasan di seluruh negeri Perak bagi mendekati serta memberi peluang kepada pencari kerja untuk berdaftar dengan Pusat Kerjaya Amanjaya.
Dalam tempoh enam bulan akan datang, Skuad Ronda Jobs Perak bukan sahaja akan berada di lokasi membabitkan program turun padang di setiap daerah tetapi juga mengunjungi pusat pengajian tinggi awam, swasta dan sekolah-sekolah bagi mendedahkan golongan pelajar dengan peluang kerja yang ditawarkan di Perak.
Sepanjang bulan Oktober 2011, Skuad Ronda Jobs Perak telah menjelajah ke lima buah lokasi di sekitar negeri Perak yang bertujuan untuk mengumpul “resume” dan sesi pendaftaran sebagai pencari kerja di laman portal jobs perak dari penduduk setempat lokasi yang dikunjungi.
Lima lokasi tersebut adalah Kuala Kerang, Taiping, Institut Kemahiran Mara (IKM) Lumut, Taiping Golf Resort Bukit Jana, Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) Tanjung Malim, dan Terminal Agrobisnes Negara (TEMAN), Gopeng.
Hasil dari kunjungan ke lima lokasi tersebut, Skuad Ronda Jobs Perak telah berjaya mendaftarkan 633 pendaftaran dari penduduk setempat sebagai pencari kerja di laman portal Jobs Perak. Kesemua pendaftaran ini meliputi penduduk setempat dan para pelajar institut pengajian tinggi.
Semasa Skuad Ronda Jobs Perak berada di TEMAN, Gopeng, seorang ibu tunggal, Syarifah Nur Syahirah, 24, dari Batu Gajah, menyambut baik penubuhan PeKA yang dilihat mampu memudahkan pencari kerja mendapatkan maklumat kekosongan jawatan di negeri Perak dan mencari pekerjaaan yang bersesuaian dengan kelulusan mereka.
Ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak itu berkata, beliau berharap agar penubuhan PeKA dapat membantu golongan ibu-ibu tunggal yang berada di dalam negeri Perak mendapat pekerjaan dengan harapan sumber pendapatan yang diperolehi akan meringankan beban kewangan yang ditanggung.
“Selepas berdaftar dengan laman portal Jobs Perak ini, saya berharap peluang saya sebagai ibu tunggal untuk mendapat pekerjaan akan menjadi lebih cerah,” katanya.
Kesemua pendaftaran ini meliputi penduduk setempat, serta para pelajaryang bertujuan untuk meSiri jelajah Skuad Ronda Jobs Perak turut mengadakan aktiviti tambahan iaitu permainan “paintball” bagi menarik minat orang ramai untuk datang mendaftar sebagai pencari kerja.
Permainan paintball ini amat bersesuaian untuk dikaitkan dengan kehidupan seseorang itu, Seperti contoh keberanian untuk menempuh halangan, pengaturan strategi, pengurusan, dan sebagainya. Permainan ini diadakan secara percuma kepada sesiapa yang mendaftar sebagai pencari kerja bersama Skuad Ronda Jobs Perak.
Pada bulan November 2011 ini, Skuad Ronda Jobs Perak akan berada di tiga buah lokasi berasingan di sekitar negeri Perak. Lokasi yang pertama ialah di Titi Serong (19/11/11), kemudian di Gopeng (20/11/11), dan lokasi terakhir ialah di BN Youth Job Fair PWTC (18 – 20/11/11).
Kepada orang ramai yang tinggal berdekatan dengan lokasi jelajah tersebut, diminta untuk hadir beramai-ramai ke khemah Skuad Ronda Jobs Perak bagi sesi pendaftaran sebagai pencari kerja dan bawa bersama “resume” masing-masing.
AnakBD : Teman berbangga dengan usaha kerajaan negeri yang sangat prihatin membantu rakyat. Selain daripada menawarkan peluang pekerjaan, teman percaya usaha ini juga akan dapat mengurangkan jumlah migrasi anak muda yang kebanyakannya berhijrah keluar untuk mencari pekerjaan, kerana sepertimana yang kita tau tenaga muda juga diperlukan sedikit sebanyak dalam pentadbiran negeri.Syabas dan tahniah PeKA dan ker.ajaan Negeri
Kalau dulu kita perlu keluar mencari kerja, kini kerja pula mencari kita..Apa pun All the best
0 comments:
Post a Comment