Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Sunday 13 November 2011

Pengakuan Hadi Tidak Mahu Jadi Perdana Menteri Memalukan Pas

KUALA LUMPUR 9 Jun- Tidak pelik dan tidak mengejutkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak berminat untuk menjadi Perdana Menteri negara ini seandainya ditakdirkan pembangkang menang pada satu ketika nanti kerana beliau tahu dan sedar kemampuan beliau.
Mungkin Hadi telah melihat “track record”nya sebelum ini sewaktu menjadi Menteri Besar Terengganu ketika negeri itu diperintah oleh Pas yang mana tidak ada satu pembaharuan dibawa oleh beliau, sebaliknya rakyat menanggung penderitaan.
Kata-kata itu diungkapkan Pengerusi Gerakan Kebangkitan Rakyat (GERTAK), Razali Idris yang melihat Hadi “ jujur“  tentang kemampuan dirinya bagi mengelakkan rakyat negara ini menjadi mangsa seperti mana rakyat Terengganu pada satu ketika dahulu.
“Terima kasih kepada Hadi yang “jujur” tentang kebolehan dan kewibawaannya dalam urus tadbir. Mungkin beliau tidak mahu apa yang berlaku di Terengganu dahulu berulang kembali.
“Lagi satu…ketidakyakinan beliau itu makin terserlah apabila jawatan Pesuruhjaya Pas Terengganu disandang oleh orang lain dan bukan beliau. Ya..betul beliau akan memberikan alasan untuk memberikan tumpuan di pusat, namun bukankah itu menimbulkan seribu satu persoalan.
“Yang jelas Hadi adalah pemimpin yang hanya pandai memberikan ceramah dan menghentam UMNO serta BN dan bukannya seorang pemimpin yang berwibawa,” katanya.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini berkata, beliau tidak mahukan jawatan Perdana Menteri jika Pakatan Pembangkang berjaya menumbangkan BN pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang berkata, perjuangan Pas adalah untuk menyelamatkan negara dan memperkenalkan dasar negara berkebajikan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat
Razali seterusnya berkata “kejujuran” Hadi dalam soal itu juga memperlihatkan bagaimana Presiden Pas itu sedar dan tahu bahawa beliau sememangnya tidak layak untuk menduduki kerusi berkenaan jika dilihat kepada jumlah kerusi parlimen yang ditandingi seluruh negara.
“Sebab itulah Pas layak digelar “junior partner” dalam pakatan pembangkang. Takkanlah jawatan Perdana Menteri akan diberikan kepada “junior partner” sedangkan PKR dan DAP  melebihi jumlah kerusi yang diperuntukkan kepada parti yang hilang arah tujuan itu.
“Justeru kepada rakyat, janganlah tertipu dengan gaya permainan politik pembangkang termasuk Hadi dan perlu melihat “ kejujuran“  beliau dalam mebuat pertimbangan menjelangnya pilihan raya umum akan datang,“ katanya. -MediaUMNO

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More