Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Friday, 28 September 2012

#Budget2013 : Rakyat Tersenyum..


BR1M 2.0 RANGKUMI BANTUAN KEPADA INDIVIDU BUJANG 21 TAHUN KE ATAS

KUALA LUMPUR, 28 Sept  -- Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelaksanaan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) buat kali kedua, dengan kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, yang akan menerima bantuan RM250. 
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bantuan yang dikenali sebagai BR1M 2.0 itu melibatkan peruntukan RM3 bilion dan mula dibayar awal tahun depan itu akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang.
Beliau berkata bagi memudahkan pelaksanaan, penerima sebelum ini tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua, manakala pemohon baru boleh mendaftar mulai November ini secara online atau datang sendiri ke kaunter di Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara. 
"Hakikatnya bantuan kepada isi rumah dan individu bujang ini bukanlah satu langkah populis, malah manifestasi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan mampu mengurus kewangan negara dengan berhemah," katanya semasa membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat di sini.
BR1M 2.0 merupakan susulan kepada BR1M tahun ini yang menyaksikan kerajaan persekutuan memberi bantuan RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah, yang dimanfaatkan oleh 4.3 juta isi rumah, yang membabitkan peruntukan kerajaan menjangkau hampir RM2.16 bilion.
Selain BR1M, kerajaan turut menampilkan beberapa lagi langkah bagi membantu meringankan bebanan rakyat seperti pengenalan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dan banyak lagi.
Perdana Menteri berkata kerajaan akan memperuntukkan RM386 juta untuk membuka 57 lagi KR1M di Sabah, Sarawak dan Labuan dalam usaha menyeragam harga barangan keperluan di kawasan itu dengan Semenanjung Malaysia, di sampingmerendahkan lagi harganya.
Beliau berkata secara umum harga barangan keperluan di kawasan itu adalah lebih mahal berbanding di Semenanjung Malaysia disebabkan kos penghantaran dan pengagihan yang tinggi, dan kerajaan menampilkan pelbagai inisiatif bagimenanganinya termasuk Program Penyeragaman Harga, pemberian subsidi pengangkutan dan pembukaan kedai KR1M.
Najib berkata kerajaan juga akan menanggung kos penghantaran produk dari Semenanjung Malaysia ke Sabah, Sarawak dan Labuan, termasuk penghantaran ke kawasan pedalaman 
"Sebagai contoh di Ba'Kelalan, Sarawak, gas memasak 14 kg setong dijual pada harga RM70. Dengan program penyeragaman harga, gas memasak itu boleh dibeli hanya dengan harga RM26.60 setong," katanya.
Najib berkata bagi BB1M pula, program itu akan diteruskan kepada setiap penuntut Institusi Pengajian Tinggi dan pra-universiti dengan nilai baucar ditingkatkan daripada RM200 kepada RM250, dan langkah itu melibatkan peruntukan RM325 juta dan memanfaatkan 1.3 juta penuntut di seluruh negara.-- B


Berikut juga merupakan antara lain yang dibentangkan dalam #Budget2013

*Bonus Kakitangan Awam 1Bulan Setengah Gaji-Sebelum Aidilfitri- Disember dan Januari 2013


*Rebat RM200 pembelian HP 3G Untuk Gaji bawah RM3000( 21-30)

*BR1M diteruskan RM500 Diteruskan
*Bantuan Persekolahan RM100 Diteruskan
*Baucar Buku RM250- Sebelum ini RM200
*BR1M RM250 Bagi Golongan muda Bujang 21 Tahun Keatas
*Pencen Minima naik kepada RM820 Mulai 1Jan

uari 2013
*Insentif Pesara Kerajaan RM500 (Bayar pada Disember)
*Bakal2 haji yang mencarum dalam KWSP boleh keluarkan simpanan mereka daripada Akaun 2 untuk tampung kos kerja haji
*SkimRumah Pertamaku,had pendapatan dinaikkan kpd RM5 ribu
*Tambahan 10,000 ahli Pasukan Sukarelawan Polis dan pemasangan 496 unit CCTV di 25 buah Pihak Berkuasa Tempatan





AnakBD: Rakyat tersenyum tapi puak-puak yang sebelah sana panas telinga, panas bontot, panas hati..semua panas la..Teman pun tak faham pemikiran diorang ni..apa sahaja yang kerajaan lakukan unutk kebaikan rakyat tetap dipandang jelik oleh mereka..agaknya mereka memang suka melihat rakyat hidup lebih sengsara, dengan cara tu dapat la mereka melobi undi..mereka susah hati kalau Malaysia ni maju, aman, dan rakyatnya senang. Mereka juga akan lakukan apa sahaja demi memerintah negara..berhati-hatilah wahai saudaraku..sekali tersilap langkah takkan dapat undur kembali.. 

Kembali kepada pembentangan bajet2013 harap rakyat dapat menjalinkan kerjasama dengan kerajaan dalam merealisasikan apa yang telah dirancang demi bersama menjana kemajuan ekonomi keluarga dan negara.Pada akhir ucapannya juga Perdana Menteri turut mengingatkan bahawa "'Pujangga bermadah bumi mana yang tidak ditimpa hujan gading mana yang tidak retak. Kerajaan BN tidak bebas dari kekhilafan".

 Manusia hanya merencana, Allah jua merencana Justeru marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah SWT agar apa yang telah dirancangkan akan berjalan dengan lancar dengan izinNya.

Wallahualam..

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More